Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 13 Jun 2010

MB Selangor tak bimbang dokumen urus niaga pasir hilang!

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim berkata kehilangan dokumen penting berkaitan urus niaga pasir di negeri itu bukan masalah besar kerana salinannya masih boleh diperolehi menerusi sistem pengkomputeran. Beliau berkata kandungan dokumen berkenaan juga boleh didapati menerusi audit secara fizikal ke atas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), iaitu pemegang konsesi perlombongan pasir di negeri itu.

"...tak timbul masalah. Saya anggap ini (kehilangan dokumen) sebagai satu perbuatan jenayah. Kita kena buat sesuatu agar perkara itu tidak berulang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Abdul Khalid diminta mengulas laporan polis yang dibuat seorang pegawai Jabatan Tanah dan Galian semalam berkenaan kehilangan dokumen berkenaan daripada pejabatnya di tingkat empat bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pegawai terbabit sedang membuat siasatan dalaman berhubung aktiviti urus niaga pasir di negeri itu. Mengulas lanjut, Khalid berkata kehilangan dokumen juga adalah perkara biasa di mana-mana tempat kerja.

Isu urus niaga pasir di Selangor mendapat perhatian selepas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mendakwa terdapat unsur rasuah dan penyelewengan di KSSB yang juga anak syarikat kerajaan negeri.

Bagaimanapun Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang menyiasat dakwaan berkenaan tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan KSSB dengan unsur rasuah.

Komen : Agak pelik apabila seorang MB berkata kehilangan dokumen penting di pejabat SUK sendiri adalah perkara biasa? Mungkin ada sesetengah dokumen itu adalah bukti bertulis yang mana tidak boleh didapati semula melalui sistem pengkomputeran. Jika dibuat audit secara fizikal pun, adakah ia masih boleh dipercayai apabila segala bukti-bukti penting telah di musnahkan. Bagaimana Selcat boleh berkata tidak menemui sebarang bukti yang KSSB terlibat dengan unsur rasuah jika semua bukti-bukti penting sudah hilang?

Wasabi Oyabun

2 ulasan:

  1. salam....

    'pasir hilang,wang juta-juta hilang..pastu dokumen hilang,pasni orang hilang,kaw.lombong pasir tinggal lubang,ajk selcat girang,MB sungguh malang kerna jawapan bagai otak letak
    belakang...kena sembur maki bak pelakun wayang!!!

    BalasPadam
  2. Polis telah memulakan siasatan kehilangan beberapa dokumen penting berkaitan urus niaga pasir yang disimpan di dalam peti besi di tingkat empat bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor kelmarin.

    Ketua Polis negeri, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi dalam bangunan.

    Beliau berkata, pihaknya sedang merakam percakapan kakitangan yang bertugas di tingkat empat yang turut menempatkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri.

    "Kita akan siasat bagaimana dokumen yang disimpan di dalam peti besi boleh hilang.

    "Jika perlu kita akan melakukan tangkapan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Kelmarin, pegawai PTG yang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan wujud amalan rasuah dan penyelewengan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) dalam aktiviti melombong pasir di Selangor mendapati beberapa dokumen penting berkaitan urus niaga pasir negeri hilang.

    Sehubungan itu, satu laporan polis berhubung kehilangan dokumen penting tersebut telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 4 petang oleh pegawai yang menjalankan siasatan kes tersebut.

    Siasatan berhubung dakwaan wujud amalan rasuah dan penyelewengan anak syarikat kerajaan negeri KSSB dalam aktiviti melombong pasir di Selangor bermula selepas laporan polis dibuat oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pada 12 Mei lalu.

    BalasPadam