Tun Dr Mahathir dalam ucapanya menjelaskan Kita orang Melayu bukanlah RACIST, namun kita menyuarakan hak kita yang termaktub dalam perlembagaan. Apa yang telah kita menterai semasa di dalam perjanjian kemerdekaan.
Jika kita RACIST sudah pasti kaum kaum lain tidak mendapat kebebasan sepertimana yang mereka perolehi pada masa ini. Sekolah Cina dan India di bina bagi menjamin bangsa mereka dalam menuntut ilmu, Kita beri Biasiswa kepada mereka yang layak mengkut kuota yang telah di menterai dalam persepakatan. Apakah ini mengambarkan kita RACIST?
Apa yang ada dalam Malaysia ini adalah hasil dari perjanjian kemerdekaan yang telah di capai dahulu. Tidak ada pihak yang tidak berpuas hati dalam mencapai kemerdekaan. Namun mengapa kini banyak pihak cuba menimbulkan ketidak puashatian dalam apa yang telah disepakati?
Kerana Kuasa dan Politik songsang maka perlembagaan yang ada telah cuba di nodai bagi membangkitkan dan menyemarakkan sengketa antara kaum. Perpaduan antara kaum di porak perandakan bagi mencapai kejayaan menjadi kuasa utama di Malaysia ini.
Tun juga mengatakan ada pihak mengatakan Melayu adalah kaum pendatang dari luar. Jika Melayu adaah pendatang mengapa Malaysia ini di panggil Malay sia??? Carilah di mana mana kitab dan arkib dari negara Arab ke negara Cina Malaysia ini dulunya di panggil Tanah Melayu. Apakah Melayu itu pendatang sedangkan Tanah Melayu namanya?
Kita orang Melayu berhak untuk mempertahankan diri kita dari terus terusan di kecam dan di Fitnah sehinggakan Maruah kita di injak injak. Orang melayu bukan Bisu, bukan Pekak, kita punya maruah dan hak dalam menyuarakan kebebasan kita di Tanah Melayu ini.
Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia, namun dalam perlembagaan juga di sebut agama lain boleh di anuti oleh bukan Islam. Apakah itu tidak adil kepada kaum lain? Apakah itu di panggil kita Melayu ini RACIST?
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, namun bahasa lain boleh di gunakan bagi bangsa bangsa lain. Apakah kita menyekat kebebasan mereka dalam menggunakan bahasa Ibunda mereka? Apakah ini juga di kira kita orang Melayu RACIST?
Mereka katakan Kontrak kontrak di berikan kepada Melayu dan keroni keroni sahaja. Tetapi harus diingat bukan semua diberikan kepada melayu. Orang bukan Melayu juga mendapat Kontrak dari pihak Kerajaan.
Namun mengapa kita tidak bertanya, apakah Syarikat Swasta meberikan Kontrak kepada orang Melayu? Apakah pihak Swasta mengagihkan kontrak syarikat mereka kepada syarikat Melayu?
Kita sungguh adil sehingga kita di tuduh RACIST, kita sayang kepada Bangsa kita dan negara kita ini. Kita orang melayu tidak pernah membuang kad pengenalan jika kita tidak sayang kepada Malaysia ini. Namun ada pihak yang membuang kad pengenalan bagi hidup di luar Malaysia. Apakah itu bukan satu kebenaran?
PERKASA memperjuangkan HAK orang Melayu dan tidak salah walau di mana sekalipun selagi berlandaskan perlembagaan.
Saya mengharapkan Dato Sri Najib mendengar rintihan kaum kaum lain namun jangan lupa rintihan kaum Melayu. Jika Melayu di abaikan maka takut akibat yang parah pada yang ada hari ini.
Diharapkan seluruh Melayu bersatu bagi memperjuangkan HAK kita orang Melayu.
Itulah ucapan Tun yang penuh dengan makna tersurat dan tersirat. harap kita semua memikirkan sebaik yang boleh.
Sebelum itu :
Hadirin sudah mula dan semakin ramai memenuhi dewan Tun Razak di PWTC ini. Hadirin yang hadir terdiri dari orang melayu dari seluruh pelusok Tanah Melayu dan juga Sabah dan Sarawak. Ternyata berhimpunnya Melayu hari ini merupakan titik tolak akan kebangkitan Melayu dan bakal tercatit dalam sejarah Melayu Moden hari ini.
Ada sesuatu yang menarik minat untuk kita renungi bersama iaitu banner yang memaparkan kata kata Tun Dr Mahathir Mohamad mantan PM kita:
Dulu Bangsanya Di Pijak
Dulu Bangsanya Retak
Dulu Bangsanya Teriak
Dulu Bangsanya Haprak
Dulu Bangsanya Kelas Kedua
Dulu Bangsanya Hina
Dulu Bangsanya Sengketa
Dulu Bangsanya Derita
Dulu Bangsanya Kerdil
Dulu Bangsanya Terpencil
Tiada Daulat
Tiada Maruah
Tiada Bebas
Sejarah Bangsanya Yang Lena
Tanah Lahirnya Yang Merekah Berdarah
Wahai Bangsaku Jangan Mudah Lupa Lagi
Kerana Perjuanganmu Belum Selesai
Diharapkan kita semua dapat memahami apa yang tersurat dan tersirat dalam kata kata yang penuh makna ini.
Sesungguhnya Melayu Takkan Hilang Di Dunia.
Ayuh kita Orang Melayu Bangkit Dari Lena.
HIDUP TUN
HIDUP TUN
HIDUP TUN
Di persidangan ini juga Tun Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah Kehormat Pribumi PERKASA bagi mengenang jasa dan pengorbannya dalam memartabatkan Melayu dan Malaysia ini.
Sumber : Papa Gomo
Wasabi Oyabun
Terima kasih kerana mengundi BN
Jumaat, 26 Mac 2010
Khamis, 25 Mac 2010
“Maafkan saya Najib, Rosmah” !
Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, beliau akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminta maaf kerana pernah diarah mengaitkan beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor den:gan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Katanya, tugas tersebut turut ditawarkan bersama ganjaran yang disifatkan 'amat menggugat iman' kerana diarah mendapatkan pengakuan sumpah palsu daripada ‘pihak ketiga’ bagi membolehkan Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan itu.
“Saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri untuk meminta maaf, itupun kalau beliau mahu berjumpa dengan saya, saya ini siapa...hanya anak ikan.
“Saya sudah 12 tahun bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), banyak arahan telah diberikan kepada saya, ada arahan yang diberikan kepada saya atas kapasiti peguam dan ada juga atas kapasiti ahli parti,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Zulkifli yang telah dipecat dari PKR tidak mahu mendedahkan jumlah tawaran yang diberikan tetapi menjelaskan tawaran boleh berbentuk dalam apa sahaja dan bukannya wang semata-mata.
Ditanya siapa yang memberi arahan kepada beliau, Zulkifli berkata, soalan tersebut hanya akan dijawab dalam Dewan Rakyat.
“Dalam dewan tadi (semalam), saya tidak mempunyai masa yang cukup, Speaker sering sebut masa, saya baru bercakap tiga perkara, sedangkan saya mahu bercakap mengenai tujuh perkara.
“Saya telah berjumpa dengan beberapa orang yang pernah menjadi mangsa saya, saya cerita perkara sebenar dan mereka menerima permintaan maaf saya,” katanya.
Mengulas mengenai pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai peristiwa 16 September, Zulkifli berkata: “Rancangan itu tidak salah, tetapi biarlah cara itu beretika dan berprinsip, Pakatan Rakyat (PR) mahu wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) melompat tetapi, akhirnya yang melompat keluar adalah dari PR.
Ditanya adakah firaun kecil yang dimaksudkan adalah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution, Zulkifli berkata “Saya akan dedah dalam Dewan Rakyat, jumlah mereka kecil tetapi mereka amat bising,” katanya.
Azmin mahu Zulkifli kemuka bukti
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mahu segala dakwaan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin bahawa PKR pernah membuat tuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri.
“Beliau kena buktikanlah apa yang didakwa, saya sebagai ahli parti dan biro politik tidak pernah membuat tuduhan begitu, sama ada dalam mesyuarat atau secara terbuka. “PKR tidak pernah buat tuduhan bahawa Perdana Menteri mahupun isteri terlibat dalam pembunuhan altantuya, tidak pernah,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.
Menurutnya, isu yang dibangkitkan oleh PKR sejak kes Altantuya bermula adalah perlunya siasatan dijalankan secara menyeluruh. “Kulim Bandar Baharu (Zulkifli) kena buktikan, jangan bebankan kita, kalau dia tidak boleh buktikan, maka itu juga satu fitnah, beliau tahu kesannya.
“Boleh semak saya mahupun Anwar tidak pernah secara terbuka atau tidak menyatakan pernah menuduh PM (Najib) terlibat tetapi desak supaya yang terlibat diheret ke mahkamah,” katanya.
Karpal cabar Zulkifli bongkar pihak ketiga
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh hari ini mencabar Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin menamakan pihak ketiga yang didakwa menawarkan ganjaran besar kepada beliau untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
"Adakah dia rela dalam atau luar dewan untuk membongkar siapakah pihak ketiga ini?" katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
Pengerusi DAP itu, turut mempersoalkan sama ada Zulkifli berani membuat laporan polis bagi membuktikan apa yang didakwanya sebelum ini benar. "Jika dibuktikan, dia membuat satu laporan polis yang palsu, dia boleh dibawa ke mahkamah kerana memberi laporan yang palsu," katanya.

Selasa, 23 Mac 2010
HUJAN TAK MENGHALANG 3,000 ORANG HADIR CERAMAH EZAM DI TANAH MERAH !
Menurut laporan akhbar Sinar Harian edisi Kelantan, seramai 3,000 orang telah hadir ke ceramah Ezam di Tanah Merah pada 18hb Mac 2010. Ceramah “Selamatkan Negara Dari Pengkhianat” telah berlangsung di Gual Ipoh dalam parlimen Tanah Merah yang mana wakil rakyatnya Yb Amran merupakan bekas anak didik Ezam sendiri dalam Exco Angkatan Muda PKR.
Turut sama berceramah bersama Ezam adalah Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad. Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz mengucapkan tahniah dan syabas atas kesabaran masyarakat sekitar yang hadir pada malam itu walaupun cuaca pada mulanya hujan lebat.
“saya ingat nak batalkan saja, namun oleh kerana kehadiran diluar jangkaan dan dan hujan reda, lalu saya teruskan juga kerana semangat mereka yang hadir..” ujar Datuk Ikmal. Semoga rakyat Kelantan akan terus bangkit dan sedar bahawa parti PAS kini sudah menjadi boneka DAP dan kuda tunggangan Anwar Ibrahim…..
Sumber : http://medan-info-kita.blogspot.com/

Ahad, 21 Mac 2010
Anwar Indah Khabar Dari Rupa : Tiada Kredibiliti, Integriti!
Anwar Ibrahim tidak mempunyai kredibiliti dan integriti sebagai ketua pembangkang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana tidak berani menjawab pendedahan mengenai pembohongannya berhubung rancangan 'kerajaan 16 September'.
Kegagalan Anwar menjawab pendedahan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada sidang Dewan Rakyat dan ditambah pula dengan cubaan 'melarikan' diri ke luar negara membuktikan ketua pembangkang itu mempunyai moral politik yang rendah.
Sebagai seorang yang mendabik dada kononnya beliau bakal menjadi Perdana Menteri, pendirian Anwar untuk tidak membalas pendedahan ahli Parlimen Bayan Baru dengan keluar daripada Dewan Rakyat jelas membuktikan beliau tiada integriti dan kredibiliti, sedangkan pada masa itu kewibawaannya sebagai ketua pembangkang diserang.
Adalah sesuatu yang pelik juga apabila seorang pemidato yang hebat seperti Anwar tidak mampu membalas 'serangan' yang ditujukan kepada beliau, sebaliknya mengambil keputusan 'menenangkan' diri di Eropah.
Zahrain semasa sidang Dewan Rakyat mendedahkan bagaimana Anwar sanggup mengheret nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam mainan politik, kononnya baginda memperkenan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam.
Dedah Zahrain lagi, Anwar juga berbohong apabila mendakwa pelantikan beliau disokong oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain, salah seorang Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bersetuju untuk mempengerusikan persidangan bagi mendengar usul undi tidak percaya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Anwar tidak sepatutnya 'melarikan' diri kerana rakyat ingin tahu sejauh mana kebenaran semua pendedahan yang dibuat oleh Zahrian yang juga merupakan bekas salah seorang sahabat karibnya selama 30 tahun.
Tindakan Zahrain kini menyebabkan parti tersebut berada dalam kelemasan, sehinggalah mereka menemui isu baru bagi mengalih perhatian masyarakat. Apa yang dibuat oleh Zahrain adalah umpama 'bom jangka' yang langsung tidak diduga oleh pakatan pembangkang dan Anwar sendiri sehingga mereka kini tiada jawapan untuk menangkis serangan tersebut.
Anwar dan pakatan pembangkang kini terperangkap dalam 'jerangkap samar' yang dicipta oleh mereka sendiri kerana terlalu memperkecilkan kemampuan Zahrain sedangkan semua maklumat sulit parti tersebut berada dalam 'poket' bekas ahli PKR itu. Imej Anwar sebagai ketua pembangkang terutamanya di kalangan wakil rakyat pembangkang musnah dengan pendedahan berani tersebut.
Perkara itu dapat dilihat daripada raut wajah serta jumlah bilangan wakil rakyat pembangkang yang tampil dan bangun mempertahankan Anwar semasa pendedahan itu dibuat pada Rabu lalu.

Rabu, 17 Mac 2010
Anwar Panas Punggung, Cabut Lari Tinggalkan Dewan!
Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ( Bebas-Bayan Baru ) semalam menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat '16 September.'
Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar 'panas punggung' sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan. Beberapa ahli Parlimen pembangkang lain yang turut 'panas telinga' dengan pendedahan tersebut mengekori Anwar meninggalkan sidang itu.
Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong. Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.
Anwar kata Zahrain, turut 'menjaja' nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.
''Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut," tegasnya.
Pada ketika itu, Anwar dilihat bangun sambil berjalan keluar meninggalkan dewan. Tindakannya itu diikuti ramai wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Tian Chua (PKR-Batu) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) pula kelihatan bangun mengherdik Zahrain tanpa mempedulikan nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang meminta mereka bertenang.
Dewan menjadi riuh rendah apabila beberapa penyokong kerajaan antaranya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan); Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjerit 'pengecut,' 'penakut' dan 'kalau berani tunggu' ke arah Anwar bagi mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak keluar Dewan.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada ketika itu pula meminta supaya Yang Dipertua Dewan mengarahkan Gobalakrishnan keluar dari dewan kerana terus bangun dan menjerit.
Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain meneruskan perbahasannya dan dengan selamba menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian.
''Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi tidak percaya (terhadap) kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan," katanya.
Gobalakrishnan yang dilihat masih tidak berpuas hati akhirnya diberi peluang oleh Zahrain untuk mencelah. Gobalakrishnan yang pada mulanya gagal menyampaikan soalan dengan baik dan ditertawakan beberapa wakil rakyat BN menggunakan ruang itu dengan mendakwa Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek mengurus dan menyelenggara sebuah padang golf.
Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya. Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.
Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.
Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama 'terompah' iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.
Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu 'memperhambakan diri' dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP.
Perbahasan Zahrain disambung hari ini.
Sementara itu, beliau yang ditemui selepas itu memberitahu hanya menggunakan kesempatan berbahas bagi menjelaskan punca meninggalkan PKR serta janji-janji yang pernah dibuat oleh Anwar sebelum ini.
Mengenai tindakan Anwar yang keluar dewan selepas beberapa minit beliau berucap berkata: ''Saya tidak tahu, saya tidak perasan pun tetapi apa yang penting ia tidak membawa apa-apa makna (kepada saya) dan saya hanya menyampaikan cerita sebelah saya."

Selasa, 16 Mac 2010
Bakal Ada Kejutan Politik Berlaku Di Parlimen!
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin percaya sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini akan mencetuskan satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara.
Beliau yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini bagaimanapun tidak menjelaskan perkara tersebut sebaliknya meminta rakyat supaya tunggu dan lihat.
‘‘Saya percaya peringkat awal sidang kali ini akan berlaku satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara. Apa dia? tunggu dan lihat.
‘‘Jangan ke mana-mana dan jangan betulkan antena telinga anda... apa yang bakal terjadi pasti akan menyebabkan anda semua memerlukan pampers (lampin),’’ katanya. Beliau berkata demikian dalam entri terbaru blognya yang bertajuk Parlimen baru, politik baru di http://zul4kulim.blogspot.com/.
Zulkifli berkata, sidang Dewan Rakyat kali ini yang merupakan kali pertama beliau bertindak sebagai wakil rakyat Bebas akan dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan Islam.
‘‘Insya-Allah saya akan memainkan peranan saya untuk mewakili suara umat Islam dan kepentingan Islam. Ini tidak bermakna saya akan mengetepikan kepentingan dan kebajikan rakyat bukan Islam. ‘‘Malahan berada dalam status wakil Bebas ini akan memberi ruang yang selesa untuk saya memainkan peranan lebih efektif dan berkesan untuk umat Islam dan institusi Islam khasnya dan kebajikan dan kepentingan rakyat umumnya,’’ kata beliau.
Dalam pada itu katanya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang dan menyerahkannya kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Menurutnya, ini ekoran perletakan jawatan tiga Ahli Parlimen PKR iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Tan Tee Beng, Mohsin Fadzli Samsuri dan juga pemecatannya yang menjadikan PKR kini hanya tinggal 26 kerusi sahaja.
Katanya, di pihak bukan kerajaan, DAP kini mendahului dengan 28 kerusi, Pas 23, satu kerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) melalui Micheal Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput) dan tujuh Bebas.
‘‘Menurut konvensyen berparlimen yang diamal dan nilai-nilai demokrasi maka jawatan Ketua Pembangkang seharusnya dipegang oleh Kit Siang kerana DAP mempunyai kerusi terbanyak. ‘‘Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin tidak boleh mengiktiraf pakatan pembangkang kerana pakatan itu bukan sebuah badan berdaftar, ia sekadar kerjasama politik yang tidak mempunyai entiti perundangan, tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang berdaftar,’’ katanya.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, sekiranya beliau menjadi penasihat strategi dan politik Anwar, beliau akan menasihatkan Penasihat PKR itu untuk mengosongkan kerusi ketua pembangkang. ‘‘Saya cukup pasti kalau itu dilakukan, rakyat akan lebih menghormati Anwar kerana beliau akan dilihat tidak mementingkan jawatan dan bersikap menghormati nilai demokrasi yang dilaungkan PKR.
‘‘Tetapi malang, saya percaya Anwar telah diberi nasihat yang salah oleh ‘firaun-firaun kecil’ yang mempengaruhi dan menyatakan daripada segi undang-undang tidak menjadi masalah untuknya terus berpaut kepada jawatan Ketua Pembangkang walaupun PKR sudah hilang majoriti,’’ katanya.
Zulkifli berkata, berdasarkan kedudukan jumlah kerusi parti bukan kerajaan, maka menurut Peraturan 2 Peraturan Mesyuarat Parlimen Malaysia dan berdasarkan prinsip amalan berparlimen sejagat serta nilai demokrasi yang diterima pakai, susunan kerusi sepatutnya kini berubah.
Menurutnya, semua ahli Parlimen DAP sepatutnya kini duduk di blok paling depan sebelah kiri Speaker, iaitu Blok I. ‘‘Kemudian diikuti oleh Ahli-Ahli Parlimen PKR, Pas dan PSM. Jadi saya nak tengok apakah susunan tersebut dilaksanakan oleh Tan Sri Speaker pada sidang Dewan Rakyat bermula hari ini.
‘‘Sekiranya tidak, kemungkinan akan ada usul peraturan mesyuarat dibawa untuk susunan kerusi dibuat mengikut apa yang saya sebut tadi,’’ katanya.
Wasabi oyabun

Sabtu, 13 Mac 2010
Anwar Salah Guna Hubungan Baiknya Dengan Yusuf Qardawi Untuk Menutup Kes " Dua Alamnya"!
Bertempat di Bandar Pontian Johor, Ezam Mohd Nor telah meneruskan siri Road Show ceramahnya apabila memenuhi undangan UMNO Bahagian Tanjung Piai.
Lokasi ceramah yang diadakan dikediaman Pak Kamal, Kampung Rimba Terjun terletak di jalan besar telah memaksa pihak RELA bertungkus lumus mengendali kesesakan lalulintas. Hadirin yang memenuhi kesemua khemah yang disediakan telah menyebabkan selebihnya terpaksa berdiri dibahu jalan.
Turut kelihatan juga kehadiran beberapa pimpinan Parti Bersatu India Malaysia – Malaysian Indian United Party [MIUP] negeri Johor. Parti MIUP yang menyokong Barisan Nasional ini dipimpin oleh Dato Nallakaruppan sebagai Presiden.
Sepertimana biasa dalam setiap ceramah Ezam berjaya mengupas dan menjelaskan situasi politik tanahair dengan baik. Tumpuan hadirin sudah tentunya mahu mendengar semua tembelang dan sandiwara politik Anwar.
Malam tadi Ezam telah menjelaskan bagaimana selama ini Anwar menipu rakyat terutamanya penyokong-penyokong yang terlalu taksub dengannya.
Ramai penjilat penjilat Anwar “terpedaya” dengan “wayang kulit” dibuat oleh Anwar yang berjaya menjual cerita hubungan baik puluhan tahun beliau dengan tokoh ulama yang tersohor, Yusuf Qardawi….
Itulah sifat seseorang penipu yang memang berniat mahu memperdayakan orang ramai! Ketika waktu Anwar menjalin hubungan yang baik dengan tokoh ulama seperti Yusuf Qardawi tetapi diwaktu yang sama beliau tetap terlibat dengan pelbagai aktiviti yang tidak bermoral… jelas Ezam.
Ezam seterusnya mahu penjilat penjilat Anwar membuka mata mereka dan sedar bahawa jika Anwar mendakwa beliau sudah berkawan dengan Yusuf Qardawi selama hampir 30 tahun, ini bermakna sandiwara Anwar semakin jelas untuk dipandang! Sepanjang tempoh yang sama, Anwar telah menggunakan ‘rakan tenisnya’ Dato Nalla untuk beliau menjalankan semua hobi negatifnya. Sebagai bukti, dalam setiap perjumpaan Anwar-Nalla, mantan TPM itu tidak mahu ADCnya menemani beliau!
Oleh itu, memanglah terlalu sukar untuk penjilat penjilat Anwar samada yang berada dalam parti atau pun diluar parti untuk mempercayai Anwar terlibat dengan aktiviti aktiviti yang tidak bermoral.
Dengan penjelasan itu, Ezam menyifatkan Anwar sebagai Manusia Dua Alam…., berkawan dengan seorang ulama tersohor membicarakan soal agama tetapi dalam waktu yang sama Anwar juga berpoya sakan memuaskan nafsu serakahnya disebalik wajah seorang pemimpin islam!
Bendera parti MIUP turut memeriahkan lagi tapak ceramah malam tadi…
Hadirin yang berada diluar khemah khemah yang disediakan dan melimpah sehingga ke bahu jalan…
Ezam bergambar kenang-kenangan bersama dengan pimpinan MIUP negeri Johor, turut kelihatan ialah Yb Osman Hj Yusuf ADUN Kukup.
Sumber : http://medan-info-kita.blogspot.com

Khamis, 11 Mac 2010
Raja Anwar : Nak Mengata Orang, Tapi Dia Yang Lebih!
Anwar lupa atau buat-buat terlupa! Mengapa Anwar mempertikaikan ahli Parlimen atau ADUN yang melompat parti? Malah sanggup memanggil mereka itu sebagai " katak "? Anwar dalam kenyataan terbarunya menyifatkan mereka yang keluar daripada parti itu sebagai 'katak' dan bukan manusia.
Sambil menegaskan tindakan parti itu adalah benar dan tepat dalam isu pemecatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, beliau menegaskan tidak akan tunduk kepada mereka. "Sebab itu apabila ditanya mengapa kita pilih untuk memecat ahli-ahli Parlimen walaupun jumlah kita semakin menurun, kita (katakan) masih pecat sebab kita mesti berani mengambil keputusan yang tepat dan benar dan tidak tunduk kepada mereka.
''Orang kena tahu, kita masuk (PKR) berjuang kerana prinsip, bukan kerana dapat projek dan wang atau jawatan. Jadi bila tak dapat (projek), lompat parti, itu kerja katak bukan kerja manusia," katanya.
Tetapi semasa konspirasi 16 September dilaksanakan, Anwar,Wan Azizah dan PKR telah menghantar Saifuddin Nasution, Elizabeth Wong dan beberapa orang lagi ke Taiwan untuk mengejar Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi memujuk mereka melompat ke PKR, sehingga sanggup bermalam di hotel yang sama dengan Ahli-Ahli Parlimen BN itu.
Apakah apabila untuk kepentingan sendiri semuanya halal belaka, tetapi bila terkena batang hidung sendiri semuanya haram. Apakah matlamat menghalalkan cara atau apakah itu sebenarnya dasar dan tembelang PKR?
Siapakah yang sering melaung-laungkan " I have the number " apabila menjangkakan yang 30 ahli Parlimen BN akan melompat ke parti PR pada 16 Sept. yang lalu kalau bukan Anwar sendiri! Malahan Tok Guru Nik Aziz sendiri menyifatkan tindakan Anwar untuk menukar kerajaan ketika itu sebagai mengikuti sunah rasul? Dan mengapa Karpal Singh menyuruh Anwar bertaubat apabila BN kembali berkuasa di Perak? Fikir-fikirkan lah.!
Wallahuallam.

Rabu, 10 Mac 2010
VCD: Ia satu fitnah, kata Anwar!
Anwar Ibrahim bersandiwara lagi apabila mendakwa rakaman VCD semasa beliau menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001 adalah satu fitnah. "Semasa saya di mahkamah (1998) saya boleh jalan, saya boleh bangun. Di mahkamah saya tidak pernah pakai kerusi roda.
"Saya pakai kerusi roda bila jalannya jauh. Doktor melarang saya berjalan lebih daripada sepuluh tapak. Saya boleh berdiri, saya boleh berjalan. Maksimum sepuluh tapak. "Jadi orang Umno nak buat fitnah, siapa suruh. Ada pembedahan dilakukan, cukuplah," katanya selepas menghadiri prosiding kes qazaf di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pagi ini.
Anwar diminta mengulas mengenai pengedaran VCD oleh kumpulan misteri yang kononnya menunjukkan rakaman semasa Anwar menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001. Visual berkenaan dipercayai dimuat-turun dari internet dan diterbitkan serta diedarkan di rumah-rumah sekitar di Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu. Persoalan timbul bagaimana rakaman boleh dibuat di penjara dan dibawa keluar daripada penjara yang mempunyai tahap keselamatan yang canggih.
Video berjudul 'Sandiwara Anwar sebab-sebab MP PKR keluar parti, tengok sampai habis' itu dipercayai dirakamkan ketika Anwar mengadu dia mengalami sakit belakang dan sakit tengkuk.
Video itu menunjukkan Anwar dalam kesakitan ketika dibenarkan keluar menziarahi upacara pengebumian keluarganya. Bagaimanapun, gambar di penjara pula menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu kelihatan sihat dan boleh berdiri dengan mudah.
VCD tersebut turut diletakkan dalam peti surat rumah seorang peniaga Mohd Arshad Ishak di Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu. Ekoran pengedaran VCD itu, Mohd Arshad yang mewakili Gerakan Anti Liwat atau GELI membuat laporan polis kelmarin.
Sementara itu, kumpulan Anwar juga mengedarkan video berhubung fatwa daripada tokoh ulama Islam, Yusof Al Qardhawi dari Mesir yang juga adalah penerima tokoh Maal hijrah Malaysia tahun lalu.
Berjudul 'Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qardhawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim', video itu diterbitkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Wanita selama 33 minit.
Dalam rakaman itu, tokoh tersohor Islam itu antara lain berkata sesiapa yang menyebarkan sesuatu dakwaan yang tidak benar boleh dihukum sebagai fasik. VCD itu dilancarkan Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun kedua kemenangan memberangsangkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.

Isnin, 8 Mac 2010
Wan Azizah dicabar letak jawatan!
Selepas dua hari dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan didesak mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menasihatkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan Presiden parti itu.
Ini kerana, menurut beliau, Presiden PKR itu gagal mempertahankan dasar parti yang kononnya berikrar untuk mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat serta institusi Islam seperti diperuntukkan dalam perlembagaan negara.
Wan Azizah juga, kata Zulkifli, gagal memimpin parti sehingga menyebabkan PKR hilang satu kerajaan negeri, empat ahli Parlimen, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan semakin ramai pemimpin peringkat negeri, cabang serta akar umbi turut meninggalkan parti.
"Kalau benar Wan Azizah memegang prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi, beliau tidak akan menunggu walau sesaat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR. "Saya percaya kalau sikap ini berterusan, bukan sahaja impian ke Putrajaya akan musnah, malahan saya khuatir peta perjalanan akan berubah ke (penjara) Sungai Buloh pula," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Semalam, Wan Azizah mencabar Zulkifli meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen jika beliau seorang lelaki yang mempunyai prinsip bagi membolehkan pengundi menentukan nasibnya.
Dalam pada itu, Zulkifli yang menasihatkan Wan Azizah mencermin diri sendiri berkata, Presiden PKR itu telah membiarkan dirinya diheret ke hadapan lembaga disiplin yang dianggotai orang bukan Islam bagi dibicarakan mengenai isu kalimah Allah.
Secara sinis beliau mengingatkan Presiden PKR itu bahawa Islam tidak hanya terletak pada sarung tangan sutera ala Michael Jackson yang selalu dipakainya. "Membiarkan panel lembaga disiplin bukan Islam membicarakan seorang Islam mengenai akidah, syariat dan agamanya adalah satu penghinaan besar terhadap Islam," tegasnya.
Zulkifli turut menyatakan kesedihannya melihat Wan Azizah membiarkan dirinya sekadar menjadi alat firaun-firaun kecil dan pemanas kerusi serta penghias muka depan PKR sahaja. "Jawatan Presiden yang beliau pegang sekadar menghalalkan firaun-firaun kecil bermaharajalela dalam PKR untuk menjahanamkan Islam dan institusi Islam.
"Sudahkah beliau lupa bagaimana firaun-firaun kecil ini menyebabkan beliau sampai menangis dikerjakan mereka. Dan siapa yang sentiasa mempertahankan beliau, menjadi the shoulder for her to cry on beliau kalau bukan saya!," katanya.
Zulkilfi menegaskan bahawa beliau adalah satu-satunya ahli Parlimen PKR yang bersedia mengosongkan kerusi untuk memberikan laluan kepada Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding sebaik sahaja dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh.
Katanya, pada masa itu ahli Parlimen PKR lain termasuk firaun-firaun kecil yang mengelilingi Wan Azizah dan Anwar enggan berbuat demikian. Tiba-tiba Wan Azizah sendiri tidak membenarkannya dan menegaskan saya tidak sepatutnya mengosongkan kerusi Kulim-Bandar Bharu kerana saya telah banyak berkorban untuk beliau, Anwar dan keluarganya.
"Sebaliknya beliau sendiri yang mahu mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar. Saya sanjung pengorbanan beliau, tetapi janganlah mempersoalkan prinsip dan pengorbanan saya untuk beliau, Anwar dan parti," katanya.

Ahad, 7 Mac 2010
Zulkifli tak hirau dipecat!
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memecat Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan memintanya mengosongkan kerusi Parlimen itu.
Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan hari ini.
“Ya, sah Zulkifli dilucutkan keanggotaan parti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Beliau berkata Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.
Zulkifli yang juga seorang peguam, dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.
Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan “menentang arus” dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Disiplin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.
Zulkifli memberitahu pemberita selepas itu bahawa tindakan tersebut berasaskan prinsipnya yang tidak mahu tunduk atau mengiktiraf panel bukan Islam bagi membicarakan isu berhubung agama Islam. Beliau juga memberitahu pemberita tidak berhasrat untuk keluar daripada PKR kerana masih yakin dengan kepimpinan parti.
Pagi ini, Zulkifli menerusi surat terbuka di dalam blognya sekali lagi merayu anggota majlis pimpinan pusat PKR agar memberi peluang kepada beliau membela diri di hadapan panel disiplin beragama Islam berhubung isu yang dibangkitkan. “Saya menuntut supaya saya diberikan keadilan. Sebab itu saya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan keadilan dalam kes liwat beliau.
“Perjuangan beliau ingin mendapat keadilan sehingga sampai ke peringkat mendapat sokongan luar. Kalau Datuk Seri Anwar menuntut keadilan, saya juga menuntut keadilan yang sama... kita patut amal apa yang kita uar-uarkan,” katanya dalam surat itu.
Sebelum ini, Zulkifli mendakwa beliau adalah mangsa rancangan jahat “firaun-firaun kecil” dalam parti yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan beliau dan agama Islam serta sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan beliau dipecat.
Sementara itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini memberi amaran kepada wakil rakyat parti itu supaya berpegang kepada prinsip perjuangan masyarakat berbilang kaum sekiranya tidak mahu dipecat.
Beliau berkata, PKR tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan seperti yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini jika wakil rakyat parti itu tidak berpegang kepada prinsip perjuangan parti yang mengutamakan semua kaum dan hak asasi manusia.

Khamis, 4 Mac 2010
Nalla label Anwar jaguh 'putar alam'!
Datuk S. Nallakarupan melabelkan bekas rakan baiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai jaguh 'putar alam' yang telah banyak mengelirukan masyarakat sehingga mereka tersasar daripada paksi kebenaran.
Beliau yang mendakwa kenal Anwar dari luar dan dalam menegaskan Ketua Pembangkang itu juga umpama ahli silap mata yang boleh mengadakan perkara yang tiada dan meniadakan apa yang ada.
Lantaran itu katanya, beliau langsung tidak pelik dengan dakwaan Anwar kononnya dia telah mendapat sokongan dari Amerika Syarikat (AS) berhubung pertuduhan liwatnya sewaktu menghadiri seminar di Qatar baru-baru ini.
"Dia akan membaca keadaan dan suasana untuk memahami peluang dan kelemahan sebelum merangka sesuatu pembohongan. "Jika (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh diperdayakan Anwar dengan pelbagai personalitinya, apatah lagi rakyat biasa," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Anwar sebelum ini mendakwa telah mendapat sokongan daripada pemimpin antarabangsa berhubung perbicaraan kes liwat yang dihadapinya.
Dakwa Anwar, antara yang memberi sokongan ialah Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogen dan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.
Sementara itu, Nallakarupan mendakwa dalam menjayakan sesuatu pembohongan, Anwar akan menukar personalitinya dengan pantas umpama bersalin pakaian. Katanya, personaliti itu pula dipilih mengikut tahap kecetekan pemikiran penyokongnya.
"Dia cekap mencari peluang untuk memanipulasi ketamakan dan kelemahan orang lain, maka cocok sekali dia diberi gelaran jaguh 'putar alam' yang hebat," katanya. Mengulas mengenai trend keluar parti di kalangan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nallakarupan berkata ia menjadi petunjuk bahawa tembelang Anwar makin terdedah.
"Keupayaannya untuk memimpin semakin merudum, semua orang mula keluar dan yang tinggal akhirnya 3A (Anwar, Azmin dan Azizah' sahaja," katanya. "Dulu masa saya tinggalkan PKR ramai yang persoal, sekarang tengoklah apa dah jadi?," katanya.
Tembelang Anwar kian diketahui
Tembelang masalah yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian diketahui oleh rakyat setelah ramai wakil rakyatnya keluar parti termasuk yang terbaru Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali AlHabshee berkata, UMNO sudah lama mengetahui masalah dalaman PKR dan pakatan pembangkang terutama membabitkan pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
''Pakatan pembangkang hanya retak menanti belah dan hari ini kita dapat lihat perkara itu. ''Saya pun terkejut, tidak ada angin tidak ada ribut tiba-tiba Ahli Parlimen Bagan Serai keluar parti," katanya. Syed Ali merupakan pengasas dan pengerusi yayasan berkenaan.
Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai itu mengumumkan keluar dari PKR setelah kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Mohsin juga meletak semua jawatan dalam parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas.
Syed Ali yang mengalu-alukan tindakan Mohsin itu berkata, pihaknya difahamkan ramai lagi wakil rakyat PKR akan bertindak meninggalkan parti tersebut. ''Baguslah mereka sudah sedar kerana waktu masih belum terlambat, jangan tunggu sampai pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau menyatakan, sekarang ahli-ahli Parlimen pembangkang boleh membuka mata manakala rakyat dapat menilai sendiri apa yang terjadi dalam pakatan tersebut. " Harap lebih ramai lagi akan keluar parti walaupun sebagai Bebas, itu tidak mengapa. " Sekurang-kurangnya mereka tahu masalah dalam PKR tidak akan membawa apa-apa erti dalam perjuangan pakatan pembangkang," katanya.

Isnin, 1 Mac 2010
Anwar : Saya tak akan kembali ke penjara!
Menghadapi perbicaraan kes liwat kali kedua, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau tidak akan berjaya diheret merengkok dalam penjara lagi.
"Sekarang ini, program-program di Pulau Pinang, Kedah dan Perak, semua berjalan tanpa saya. Dan saya tidak akan masuk penjara.
"Tiada sebab untuk mereka menghantar saya kembali ke penjara. Atas alasan apa?” katanya ketika ditanya kemungkinan keputusan mahkamah tidak memihak padanya. Selepas sepuluh tahun, Anwar kini sekali lagi berhadapan dengan tuduhan liwat yang didakwa dilakukan terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Perbicaraan kes yang dianggap berprofil tinggi itu mendapat perhatian pelbagai pihak dalam dan luar negara. Keputusannya nanti juga akan dianggap bakal menentukan karier politiknya dan masa depan pakatan pembangkang. Anwar turut ditanya tentang asas kenyakinannya itu sedangkan beliau dalam masa yang sama mendakwa terdapat 'konpisrasi' bagi menjatuhkannya.
“Saya tidak tahu tentang memenangi kes, tetapi mereka tidak dapat mendakwa tanpa mengadakan bukti perubatan. "Jika mereka memutuskan meneruskannya tanpanya, ia akan menjadi tidak mudah ( bagi mereka ),” jawab Anwar. Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, parti itu dan gabungan pembangkang akan terus bertahan kalaupun beliau terpaksa menghabiskan karier politiknya di sebalik gerigi besi.
“Sudah tentu orang bercakap tentangnya ( kelangsungan parti ). Tetapi saya terpinggir ( dalam penjara ) selama enam tahun dan semuanya berjalan seperti biasa,” katanya. Anwar juga berkata, walaupun menjadi tokoh utama dalam PKR dan Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin lain dalam pakatan pembangkang masih dapat mengumpulkan sokongan dalam program-programnya.
"Tetapi kadangkala mereka mahu tarik sokongan lebih ramai, jadi OK, saya boleh lakukannya,” katanya sambil ketawa kecil. Ketika diwawancara selama kira-kira satu setengah jam di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar turut mengulas mengenai perbezaan antara gaya pentadbiran perdana menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak dan sebelumnya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau turut menyentuh tentang peranan isteri perdana menteri Rosmah Mansor yang sebelum ini dilaporkan menafikan menjadi 'tangan ghaib' kepada perdana menteri.
Wasabi Oyabun
Langgan:
Catatan (Atom)