Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 3 Januari 2010

Anwar Cuba Berdalih Lagi!

Sudah banyak kali mendengar cerita berhubung isu Anwar Ibrahim yang sentiasa berusaha melengah-lengahkan perbicaraan sebenar kes tuduhan liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Azhar Bukhari. Orang ramai dan banyak pihak tertanya-tanya mengapa Anwar bersikap sedemikian sehingga membawa tanggapan beliau takut menghadapi perbicaraan itu.

Apakah kerana pendakwa mempunyai bukti lebih kukuh untuk mensabitkan beliau maka ketua pembangkang itu tidak berani ke mahkamah? Terbaru, Anwar menerusi pasukan pembelanya mencari apa sahaja alasan untuk menangguhkan kes itu. Pada masa yang sama, akhbar PKR memainkan isu perlunya Anwar diadili mengikut undang-undang Islam.

Kita sepatutnya tidak berasa terkejut dengan perkembangan terbaru ini kerana dari awal telah menjangkakan taktik beliau. Tidak salah merumuskan bahawa Anwar mencari apa sahaja ruang yang boleh memihak kepadanya dan bukanlah sangat atas pertimbangan undang-undang Islam.

Jika benar beliau mahu mengambil semangat undang-undang Islam, mengapa tidak berani melakukan sumpah laknat atau mubahalah sebagaimana diambil oleh Saiful. Kita mungkin juga bersependapat dengan Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang mempersoalkan sikap Anwar meminta diadili secara undang-undang Islam tetapi memperlekehkan hukuman syariah terhadap Kartika Sari Dewi atas kesalahan meminum arak.

Persoalan lain, apa istimewanya beliau berbanding banyak tertuduh lain termasuk kes liwat dan rogol yang diadili di mahkamah sivil? Mengapa mereka semua tidak dilayan seperti Anwar? Apakah kes mereka juga memerlukan saksi empat orang? Jika mahu mengikut undang-undang Islam, ia mesti melibatkan semua tertuduh beragama Islam dan bukan Anwar sahaja.

Kita mungkin tidak tidak kisah dalam kes itu nanti sama ada Anwar didapati bersalah atau tidak, biarlah mahkamah menentukan. Yang penting ialah keberanian untuk diadili.
Keadilan bukan sahaja hak orang besar seperti Anwar tetapi juga hak rakyat kecil seperti Saiful. Maka janganlah sesiapa sahaja apatah lagi Anwar yang mempromo diri sebagai pejuang keadilan dan demokrasi, mahu menafikan keadilan.

Kita boleh mencadangkan ahli-ahli PKR dan penyokong Anwar yang beragama Islam supaya mengadakan sembahyang hajat untuk mencari petunjuk. Tujuannya mudah, pemimpin anda tidak perlu berasa takut untuk hadapi kebenaran melainkan jika beliau benar-benar melakukannya? Wallahuallam.

Wasabi Oyabun

1 ulasan:

  1. tahniah kerana 2010 makin banyak idea. huhuhu otai dah kering idea ni. nantilah x tau nak fokas apa sebab isu harga barang dan salahguna kuasa masih dimainkan oleh pembangkang dengan berkesan. apa komen ???

    BalasPadam