Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 30 Disember 2009

Bekas rakan sepejabat Raja Petra sedih dengan nasib Raja Azman!

Seorang bekas rakan sepejabat Raja Petra Raja Kamaruddin di akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu ketika dahulu iaitu 'Seruan Keadilan' sedih dengan nasib anak keduanya, Raja Azman, 33, yang hidup dalam kesusahan.

Azwanddin Hamzah yang juga bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, Raja Azman kini menganggur selepas dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah.

Katanya, keadaan itu amat tidak adil kerana Raja Petra dan isterinya Mable @ Marina Lee hidup di sebuah kediaman mewah di London manakala anaknya di tanah air dibiarkan terkontang-kanting.

"Selepas Raja Petra melarikan diri kami terputus hubungan namun dia masih berhubung dengan beberapa blogger yang memberitahu mereka berdua hidup di sebuah kediaman mewah di London.

"Saya amat terasa dengan maklumat berkenaan kerana mengetahui kesusahan yang ditanggung Raja Azman sehingga terjebak dengan aktiviti jenayah dan dihadapkan ke mahkamah malah masih menganggur sehingga sekarang" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mengesahkan Raja Petra yang menjadi buruan polis sejak hampir lapan bulan lalu, kini berada di London, United Kingdom (UK).

Sebelum ini sumber polis mendedahkan dia dipercayai menetap di sebuah pangsapuri mewah Gloucester Terrace, Bayswater.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui web kendaliannya, Malaysia Today.

Raja Petra dan Marina di hari persandingan.

Sementara itu, Raja Azman pula didakwa mencuri sebuah motosikal Yamaha RXZ bernilai RM8,000, memecah masuk sebuah rumah di Shah Alam dan mencuri sebuah telefon bimbit Nokia dan jam tangan Seiko serta serangkai kunci motosikal yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM3,850 dari kediaman seorang pelajar.

Dalam perkembangan berkaitan, Azwanddin yang merupakan bekas Ketua AMK Wilayah Persekutuan turut membidas Raja Petra kerana menggambarkan dirinya sebagai seorang pejuang keadilan namun dia sendiri tidak pernah adil kepada keluarganya.

Katanya, perkara itu menunjukkan sikap sebenar Raja Petra yang buat-buat tidak nampak perkara pokok di depan mata tetapi sibuk pula dengan usaha untuk menterjemahkan imaginasi politiknya yang liar.

Beliau turut mempertikaikan kenapa Raja Petra tidak berkorban dengan membantu anak sendiri sebagaimana dakwaan dia selama ini kononnya telah banyak berkorban dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.

"Dia bercerita pasal negara, cuba mengatur politik Malaysia tapi apa jadi kepada Raja Azman, kenapa tidak beri ruang kepadanya, tahukah sama ada dia cukup makan, kerjanya ada atau tidak.

"Malulah kalau begini, kononnya mahu menjadi pemain catur politik negara tapi politik keluarga sendiri gagal, bukankah berkorban untuk anak sendiri lebih penting daripada pengorbanan khayalannya selama ini," katanya.

Antara Kata-kata Raja Petra :

....My first exposure to Malay and Islamic culture was in the Malay College. I was then 13 and it was certainly a culture shock for me and something I found great difficulty adjusting to. The constant teasing did not help much and I longed for familiar surroundings again. Ever wonder why I left a mere three years later for the Victoria Institution (V.I.) where I could be amongst Chinese, Indian and Sikh kids? My best friends in the V.I. were Karim Kadir, Azizul Rahman, Onn Roslan, Rajadurai, Gurmit Singh, Lim Yong Boon, Tee Yim Seng, and a few other Malay, Chinese and Indian kids.

Wasabi Oyabun

2 ulasan:

  1. Nasib pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin diramal akan menjadi seperti 'habis madu sepah dibuang' jika kehidupannya di London terus ditaja oleh seorang tokoh pemimpin pembangkang.

    Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata beliau juga amat mengenali 'mangsa-mangsa' tokoh berkenaan yang telah diperalat sewaktu dia 'tersepit' sahaja.

    Katanya, semua 'mangsa' berkenaan mempunyai kepakaran tersendiri seperti Raja Petra yang berani dan cekap menulis propaganda.

    "Saya rasa macam kenal tokoh pembangkang yang taja Raja Petra dan saya memang kenal sangat orang yang dijadikan macam 'habis madu sepah dibuang' oleh tokoh tersebut.

    "Yang jadi mangsa itu bukan calang-calang orang, kebanyakannya mempunyai kedudukan yang tinggi dalam parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang mendakwa kehidupan Raja Petra di London mungkin ditaja oleh salah seorang tokoh pemimpin pembangkang.

    Menurut Anuar, pembiayaan itu dibuat melalui kroni pemimpin tersebut yang telah menjual aset berupa sebuah rumah di London dan ladang di Afrika Selatan, baru-baru ini.

    Kelmarin, sumber polis tidak menolak kemungkinan kehidupan Raja Petra di di Gloucester Terrace, Bayswater yang merupakan kawasan elit dibiayai pihak tertentu yang mempunyai konspirasi untuk merosakkan nama baik kerajaan Malaysia.

    Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui web kendaliannya, Malaysia Today.

    Dalam perkembangan berkaitan, Zamil yang mendakwa kenal rapat dengan Raja Petra melahirkan rasa simpati kepada keluarganya yang kini berada dalam keadaan terumbang ambing.

    Beliau berkata, antara bukti utama adalah anak keduanya, Raja Azman, 33, yang dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah.

    Katanya, kesalahan itu menunjukkan ahli keluarga Raja Petra berada dalam kesempitan namun dia pula dilaporkan hidup di kawasan elit di London.

    "Orang yang melindungi dia pada masa ini hanyalah untuk kepentingan politik tapi sampai bila dia perlu bergantung kepada mereka.

    "Padahal masa depan keluarga dan anak-anaknya yang pada masa ini terumbang ambing tidak bergantung kepada kepentingan politik mana-mana pihak," tegasnya.

    BalasPadam
  2. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mengesahkan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin yang menjadi buruan polis sejak hampir lapan bulan lalu, kini berada di London.

    Beliau berkata, perkara itu disahkan hasil risikan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis antarabangsa (Interpol).

    Musa bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada pengendali blog berusia 59 tahun itu tinggal di pangsapuri mewah Gloucester Terrace, Bayswater, London atau sebaliknya.

    Sehubungan itu, beliau berkata, jika benar Raja Petra merasakan dirinya tidak bersalah, dia perlu kembali ke Malaysia untuk membersihkan namanya.

    "Jika benar (Raja Petra di London), baliklah ke Malaysia dan bersihkan nama. Bukannya sembunyikan diri di negara asing," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

    Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

    Dia dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let's Send the Altantuya Murderers to Hell dalam blog www.malaysia-today.net, bertarikh 25 April 2008.

    Selain itu, dia dituduh memfitnah Rosmah serta dua yang lain dalam satu akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 18 Jun tahun lalu.

    Mahkamah Sesyen pada 11 dan 13 November lalu bagaimanapun membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak pendakwaan gagal mengesannya.

    Mengulas lanjut, Musa berkata, Raja Petra kini membawa status sebagai pelarian memandangkan dia ke negara tersebut tanpa dokumen yang sah.

    "Kita sudah rampas semua dokumen dia termasuk pasport selepas dia disahkan muflis," jelasnya.

    Ditanya mengenai langkah PDRM memohon ekstradisi terhadap Raja Petra, beliau berkata, polis telah berbuat demikian namun ia akan mengambil masa kerana perlu melalui beberapa peringkat.

    "Kita perlu menghantar beberapa dokumen kepada pihak penguatkuasa negara tersebut bagi membolehkan inkues terhadap Raja Petra dijalankan di sana (London) sebelum dihantar pulang ke sini," jelasnya.

    BalasPadam