Anwar Ibrahim perlu menjelaskan dakwaan pertemuannya dengan dua tokoh media tempatan, Datuk Nazri Abdullah dan Datuk Kalimullah Hassan di London baru-baru ini. Jika dakwaan itu benar, Anwar mungkin mempunyai peranan dalam kejayaan pengendali portal berita Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin meloloskan diri secara haram dari negara ini dan berlindung di London.
Penjelasan Anwar penting kerana sekiranya beliau mempunyai hubungan dengan dua individu media itu, mungkin mereka merancang memburukkan UMNO di laman-laman blog apatah lagi Kalimullah dikatakan mengendalikan portal berita The Malaysian Insider.
Sebab itulah Anwar secara terang menyalahkan UMNO dalam insiden pembakaran gereja serta isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Katholik (Herald-The Catholic Weekly) dan ia disambut di portal berita seperti Malaysian Insider dan Malaysiakini. Sebelum itu kenyataan bekas setiausaha sulit Anwar, Anuar Shaari memberitahu mengenai penglibatan kroni Anwar bagi membiayai kehidupan Raja Petra di London.
Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Anuar Shaari mendedahkan Nazri telah menghubunginya setelah tersiar kenyataannya mengenai kroni Anwar menaja Raja Petra di London. Dalam perbualan itu, Nazri tidak berpuas hati kerana kenyataan Anuar Shaari itu didakwa merujuk kepadanya.
Bagaimanapun, Anuar Shaari menegaskan, kenyataan beliau mengenai kroni Anwar yang menaja kehidupan Raja Petra yang bersembunyi di London itu bersifat umum dan tidak merujuk kepada Nazri.
Pihak berkuasa juga perlu menyiasat dakwaan itu kerana sekiranya benar, Anwar, Kalimullah dan Nazri mungkin berperanan dalam membantu Raja Petra meloloskan diri secara haram ke luar negara bagi mengelakkan perintah mahkamah ke atasnya. Banyak blog memperkatakan tentang perjumpaan Anwar dengan Kalimullah dan Nazri di London baru-baru ini dan apakah agenda sebenar perjumpaan itu.
Media alternatif seperti blog dan portal berita propembangkang kini juga giat mempersalahkan UMNO dalam isu kalimah Allah dan insiden-insiden serangan bom petrol ke atas beberapa gereja seluruh negara sejak Jumaat lalu.
KDN akan ambil tindakan ke atas Anwar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim jika beliau sengaja menggunakan isu agama dan perkauman berhubung insiden serangan ke atas gereja.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika terdapat bukti dan laporan bahawa Anwar atau pihak-pihak tertentu sengaja menggunakan isu tersebut, mereka akan dikenakan tindakan tegas.
"Isu-isu berkait agama dan perkauman besar risikonya, tetapi kita menanganinya dengan bertemu untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan iaitu pengurusan gereja, bukan untuk melaga-lagakan tetapi tenangkan keadaan supaya kita stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, majoriti rakyat sudah cukup matang dan tidak mahu melihat kekecohan atau polemik tetapi ada segelintir pihak yang cuba mempolitikkan isu serangan ke atas lapan buah gereja sejak minggu lalu. Beliau diminta mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membendung gejala serangan ke atas gereja dan menuduh UMNO sebagai dalang sebenar di dalam perkara ini.
"Kestabilan dan keharmonian adalah hasil tindakan dan perancangan pihak berkuasa tetapi ia tidak boleh diumumkan kepada orang ramai. "Rakyat perlu faham, ada maklumat yang kita boleh kongsi, ada yang tidak agar proses siasatan lancar, sebab itu polis perlu melihat sesuatu kes secara menyeluruh dan ia memakan masa," katanya.- UM
Wasabi Oyabun
Salam bro, pengkhianat Anwar dan kuncu-kuncunya perlu dibenteras segera....... sumbat je di bawah ISA.........
BalasPadamSalam,
BalasPadamRPK itu Hard-core supporter Anwar...Dia kan buat ape saja untuk Anwar...." Pelanduk selalu lupakan jerat, Jerat tidak akan lupakan Pelanduk"..haha..kalau pejuang takut pergi makamah pejuang taik kucing...pondan!. Pejuang Hak asasi konon...Anwar itu nak jadi Jose rizal...RPK nak jadi Dr. Martin Luther King Jr...hahaha..
Tuan di jemput untuk menghadiri Dialog Bersama Pemimpin, sila berikan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon dan emailkan kepada saya di darulehsantoday.blog@gmail.com dengan kadar segera, untuk booking tempat duduk. tarikh, tempat dan masa akan di beritahu melalui email. terima kasih.
BalasPadam