Tuntutan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim diadili mengikut hukum Islam adalah perkara yang pelik. Ini kerana, ketua pembangkang itu tidak pernah peduli soal itu jika ia tidak memberi faedah kepadanya.
Sebelum itu Anwar memperlekehkan hukuman enam sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak di khalayak ramai. Hukuman sebat ini adalah mengikut hukum Islam. Kenapa Anwar memperlekehkan hukuman yang telah diputuskan? Kartika setuju dia dihukum secara Islam tetapi Anwar tidak setuju malah dia mempolitikkan isu Kartika kerana ada keuntungan politik dan dia tidak peduli pun soal hukum Islam?
Yang peliknya dalam kes pertuduhan liwat terhadap dirinya pula, Penasihat PKR itu mahu ia dibicarakan mengikut undang-undang Islam kerana sedar pihak pendakwa akan berdepan dengan kesulitan mengemukakan empat orang saksi yang melihat jenayah tersebut berlaku. Tambahan pula syarat-syarat untuk menjadi seorang saksi dalam Islam amat ketat dan yakin inilah alasan utama mereka memilih undang undang Islam dan Anwar boleh menang tanpa perlu dibicara kerana sukar mencari empat saksi utama.
Sebenarnya ramai yang lupa bahawa Anwar pernah memfailkan permohonan kes qazaf pada Julai 2008 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Namun Mahkamah Syariah menangguhkan permohonan itu sehinggalah kes Anwar selesai dibicarakan oleh mahkamah sivil yang akan bermula pada 25 Januari ini.
Anwar sudah tentu kecewa dengan keputusan itu kerana perbicaraan di mahkamah sivil sudah tentu lebih rumit dan mencabar buatnya. Mungkin ramai yang turut mempersoalkan pendirian PKR dan Anwar jika terdapat penjenayah termasuk perompak bank, perogol dan perasuah beragama Islam menuntut supaya mereka dibicarakan mengikut undang-undang Syariah dengan alasan juga mempunyai hak dari sudut itu untuk mempertahankan diri.
Soalnya, jika itu berlaku adakah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bersedia memperjuangkan isu itu ke peringkat antarabangsa. Difahamkan Zulkifli ada berkata PKR akan menghantar satu delegasi untuk mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia supaya pertuduhan liwat terhadap Anwar dibawa ke peringkat antarabangsa.
Agak menghairankan apabila Parti itu mahu menuntut kes itu diselesaikan secara perundangan Islam dan bagaimana pula dengan sikap PAS yang hanya mendiamkan diri dalam isu tuntutan perbicaraan Anwar sedangkan mereka yang menjadi jaguh memperjuangkan Hukum Hudud sebelum ini? Adakah sikap berdiam diri itu merupakan petunjuk bahawa Pas tidak bersetuju kes berkenaan dibicarakan mengikut perundangan Islam?
Wallahuallam..
Wasabi Oyabun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan