Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 7 Disember 2009

Gilir KM, mengapa DAP takut?



















Ketua Pemuda Keadilan Rakyat Pulau Pinang Mohd. Yusmadi Mohd. Yusuff telah berjaya mendedahkan pekung dasar Malaysian Malaysia yang didakwa adil kepada semua kaum apabila beliau mencadangkan penggiliran terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang yang sekarang disandang oleh seorang bukan anak tempatan tetapi diimport dari Melaka.

Reaksi spontan dan pantas dari Pemuda Sosialis DAP yang menolak dengan tegas pendedahan itu telah memberikan gambaran yang sebenarnya apa yang tersirat dalam dasar itu yang selama ini dipromosikan sebagai dasar keadilan bagi semua kaum dan anti perkauman.

Yusmadi mahukan penggiliran itu dilakukan kepada tiga pihak yang menguasai negeri itu sekarang iaitu tidak terbatas kepada hanya orang Cina sahaja tetapi juga wakil lain lain dari parti Pakatan Rakyat iaitu Melayu dan India. Tahniah setinggi-tingginya kepada Mohd. Yusmadi yang percubaannya sangat bijak untuk membongkar perasaan yang terpendam dalam DAP selama ini.

Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DPSY) Ng Wei Aik dalam reaksinya jelas menampakkan bahawa DAP mahukan hanya orang Cina menjadi Ketua Menteri dan beliau tidak lagi dapat menyembunyikan perasaan marah terhadap cadangan itu sehingga menyerang peribadi Yusmadi dengan menyifatkannya sebagai orang yang gilakan kuasa.

Wei Aik juga menganggap formula itu berbau perkauman. Selama ini DAP yang telah cuba memberikan gambaran seolah-olah BN dan khususnya UMNO menolak desakan supaya Timbalan Perdana Menteri dilantik daripada seorang bukan Melayu, tetapi ternyata DAP di peringkat negeri pun sudah tidak sanggup untuk memberikan peluang kepada kaum lain apatah lagi jika parti itu menguasai Malaysia.

Jelas bahawa Malaysian Malaysia DAP hanyalah pada teori sahaja untuk meyakinkan kaum lain tetapi matlamat sebenarnya ialah Malaysian Chinese. Inilah gambaran sekiranya DAP berkuasa di negara ini kelak yang seharusnya disedari oleh kaum India dan Melayu.

Sesungguhnya cadangan yang dibuat oleh Pemuda PKR itu lebih adil daripada dasar BN yang selama ini hanya meletakkan Melayu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sekalipun sebenarnya UMNO dengan kedudukan kerusinya boleh menentukan sama ada Ketua Menteri dari parti Gerakan atau MCA. Namun UMNO berpegang kepada janji setiakawan dan tidak pernah menuntut untuk memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika BN berkuasa dahulu. Malangnya kesetiaan UMNO ini telah dikhianati.

Mohd. Yusmadi sebagai anggota Parlimen PKR Balik Pulau melihat formula yang dikemukakannya adalah lebih baik daripada BN yang sekian lama memberi jawatan Ketua Menteri hanya kepada kaum Cina dari Gerakan sahaja malah bersikap tidak adil kepada MCA. Orang Melayu hanya layak dengan kedudukan sebagai Timbalan Ketua Menteri sahaja.

Saya tidak faham kenapa wakil Ketua Menteri Pulau Pinang itu menganggap cadangan ini sebagai perkauman sebaliknya penolakannyalah menampakkan perkauman DAP dan prasangka buruk kepada orang Melayu sekiranya mereka menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kelak.

Bimbangkan cadangan ini akan dianggap sebagai telah mendapat restu DAP, Wei Aik menafikan dengan keras sebagai sudah dipersetujui dengan Pas dan PKR. Beliau mendakwa sekalipun seorang Cina menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini tetapi layanan adil diberikan kepada semua kaum dan agama.

Malah Pengerusi DAP Karpal Singh yang turut terkejut dan gementar dengan cadangan itu telah meminta supaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim menutup mulut ahli partinya di akar umbi. Sama ada kerajaan negeri adil atau tidak kepada semua kaum hanya dapat dirasakan dan dijawab oleh rakyat Pulau Pinang sendiri yang baru sahaja melalui krisis Pasar Chowrasta mengenai tempat perniagaan di bulan Ramadan dan tempat tinggal mereka baru-baru ini.

Saya tidak nampak cadangan Ketua Pemuda PKR itu sukar untuk dilaksanakan di Pulau Pinang kerana BN pun pernah melakukan penggiliran jawatan Ketua Menteri di Sabah untuk memenuhi kehendak semua pihak dan saya percaya jika cadangan itu diterima maka pastinya Pakatan Rakyat akan dapat memperkukuhkan lagi kedudukannya di Pulau Pinang.

Wasabi Oyabun

4 ulasan:

  1. Bagus... bagus.... kalau Dapig tak mahu buat begitu, keluar la saja Yusmadi dari PKR tu. Kalau Yusmadi betul2 anak jantan dan bukan hanya pandai cakap berdegar2, desak DAPig menerima cadangan baik itu dengan agresif. Jangan ada lagi 'Hassan Ali ke-2' dalam parti PKR pula.....

    BalasPadam
  2. Shonzu 04:07, Amat baik sekali cadangan YB Mohd Yusmaidi Mohd Yusuf Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau yang dikira sebagai satu cadangan yang amat baik dan dapat memperkuatkan lagi Kerajaan PR Pulau Pinang. Malah, cadangan saperti ini adalah terlalu adil kapada bangsa2, Melayu, Cina, Banggali, India dan Siam di Pulau Pinang yang telah memberi undi kapada DAP, PKR dan PAS dalam PRU12 yang lalu.

    Apa yang menyedihkan, secara spontan saranan bagus dan pintar oleh YB Mohd Yusmaidi itu disanggah oleh orang yang sangat dipercayaai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Ng Wei Aik Setiausaha Sosialis DAP. Ditambah pulak dengan satu lagi sanggahan yang lantang menghina Penasihat PKR Anuar Ibrahim oleh Pengurusi DAP Karpal Sing.

    Disinilah menampakkan dengan terang bahawa Lim Guan Eng Setiausaha Agong DAP segera menunjuk reaksi dengan menggunakan Ng memaklumkan bahawa beliaulah sabenarnya TIDAK bersetuju dengan saranan YB Mohd Yusmaidi mengenai GILIRAN KETUA MENTERI PULAU PINANG. Belia sendiri tidak bercakap saperti Karpal Sing, supaya Anuar Ibrahim memperbetulkan ahli PKR peringkat akar umbi.

    Kenapa Karpal Sing dan Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan saranan tersebut?.

    Semasa BN (malah semasa Anuar Ibrahim menjadi Ketua UMNO Negeri Pulau Pinang), memang UMNO tidak bersetuju. Sebab, pada masa tersebut, Anuar Ibrahim menegah samasekali agar UMNO jangan tuntut jawatan Ketua Menteri. Dia bimbang, jika jawatan tersebut diberi kapada UMNO, parti2 Cina iaitu MCA, GRM dan DAP akan bersatu menjadi jumlah kurusi DUN mejoriti kapada orang2 Cina dan mengusulkan undi tidak percaya kapada Ketua Menteri drp UMNO.

    Pada ketika itu Anuar Ibrahim amat takut, sedangkan MCA dan GRM pada ketika itu jujur dan mereka tiada niat saperti itu, kerana parti2 ini amat patuh kapada pucuk pimpinan BN.

    Dalam PR sekarang, ada Benggali, ada India, ada Melayu dan ada Cina. Kenapa? Karpal Sing takut ka nak jadi Ketua Menteri?., Datuk Mansur? takut jugak ka?. Itu Prof India? pun takut jugak ka?. Semua mereka berpelajaran tinggi belaka. Mereka orang bodoh ka? tak boleh jadi pentadbir sabuah Kerajaan ka?. Mereka semuanya anak Pulau Pinang jati. Lim Guan Eng anak Melaka.

    Disinilah letaknya kebodohan pemimpin2 Pulau Pinang, samada mereka dari PAS ka? DAP ka? PKR ka?. Mereka telah diperbodohkan oleh Lim Kit Siang (anak didikan Lee Kuan Yu).

    Sebagai pejuang servaivel bangsa Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh Lim Kit Siang, perjuangan yang mula dilancarkan oleh YB Balik Pulau ini amatlah tepat denga masanya, bahawa PENGGILIRAN JAWATAN KETUA MENERI PULAU PINANG TIDAK HANYA DIPEGANG OLEH PARTI DAP, TETAPI MESTILAH DIGILIRKAN KAPA SEMUA PARTI YANG MENANG DALAM PLIHANRAYA UMUM KE12 YANG LALU.

    Hidup PR.

    BalasPadam
  3. Sekarang baru nampak ke belang DAP Cauvanis komunis? Cina kalau dah dapat kuasa tidak akan melepaskannya! Kalau nak, rakyat Penang kena mengundikan mereka keluar pada PRU13!

    BalasPadam
  4. Salam saudara siberangan....

    Saya setuju dengan pendapat saudara. Tetapi adakah cadangan Yusmadi itu akan kekal?? Bila sudah ditolak mentah, berani ke Yusmadi mencadangkan lagi tentang penggiliran KM Pulau Pinang di masa hadapan. Sepatutnya dalam semangat demokrasi PR (kononnya), Lim Guan Eng berani untuk berbincang tentang perkara ini. Apa yang dikira sekarang ialah siapa yang memegang kerusi majoriti?? DAPig atau parti lain??

    Semasa BN memerintah dahulu, pernah jumlah kerusi UMNO menjadi majoriti berbanding kerusi Gerakan dan MCA. Tetapi atas sikap musyawarah dan tidak gila kuasa, kerusi Ketua Menteri diberi kepada Koh Tsu Koon, dari Gerakan. Ini barulah mencerminkan sikap toleransi yang tinggi dalam parti BN. Kalau parti Pengencing Rakyat????

    BalasPadam