Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 23 November 2009

Anwar..Oh..Anwar!

Tertipu ‘lakonan’ Anwar

Tertipu dengan ‘lakonan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim antara punca utama kenapa semakin ramai wakil rakyat dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti mahu pun meletak jawatan. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, pelbagai kaedah telah digunakan oleh Penasihat PKR itu untuk meyakinkan penyokongnya sehingga sanggup menipu dengan mendakwa ada pihak yang mahu membunuhnya.

Katanya, penipuan tersebut dilakukan oleh Anwar sehari selepas bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada Jun tahun lepas bahawa beliau telah diliwat oleh ketuanya itu. “Rakyat tak perlu hairan kenapa ramai wakil rakyat dan pemimpin PKR keluar parti atau letak jawatan. “Mereka semua merasa malu dan tertipu dengan Anwar yang pandai ‘main wayang’, bukankah sehari selepas Mohd. Saiful buat laporan telah diliwat, Anwar dakwa ada orang mahu bunuhnya padahal tiada apa pun yang berlaku selepas itu,” katanya.

Anwar membuat dakwaan itu bagi menjelaskan kenapa beliau terpaksa berlindung di Kedutaan Turki selepas Mohd. Saiful Bukhari membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers di sini. Dua hari selepas itu, Anwar kemudiannya bersetuju keluar selepas satu kenyataan jaminan keselamatan dihantar ke Kedutaan Turki oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada hari yang sama. Dalam tempoh sebulan lalu, beberapa pemimpin tertinggi dan seorang wakil rakyat PKR meletak jawatan dan keluar parti.

Senario itu menyaksikan Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Christina Liew yang meletak jawatan, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar parti. Pada 23 Ogos lalu ADUN Lunas, Mohd. Radzhi Salleh juga bertindak meninggalkan PKR. Zamil berkata, para penyokong PKR perlu merenung perkembangan yang berlaku dalam parti itu kebelakangan ini dan bukannya memberi sokongan membuta tuli.

Katanya, sebagai pemimpin yang berada dalam PKR, golongan yang keluar parti atau meletak jawatan itu lebih sedar apakah yang sedang berlaku. “Tapi nampaknya penyokong ini tidak sedar-sedar termasuklah masih menganggap dakwaan Anwar bahawa nyawanya terancam adalah sesuatu yang benar,” katanya.

Anwar dakwa polis ikut telunjuk UMNO batalkan ceramahnya

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim mendakwa pihak polis mengikut telunjuk UMNO apabila ceramah yang dihadirinya di Kulai, Johor semalam terpaksa dibatalkan. Katanya, alasan pihak polis terhadap pembatalan ceramah anjuran pakatan pembangkang negeri itu tidak masuk akal. "Tidak wajar polis mengikut telunjuk UMNO dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap," katanya di dalam blog http://anwaribrahimblog.com.

Katanya lagi, ceramah yang turut dihadiri oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng terpaksa dibatalkan kerana permit yang dikeluarkan ditarik balik. Ia berikutan bantahan daripada kira-kira 30 orang ahli Pemuda UMNO. Menurutnya, beliau hanya sempat menyampaikan ceramah selama 10 minit sebelum semua yang hadir bersurai. "Nyata alasan ini tidak masuk akal. Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran UMNO, maknanya ia akan dibatalkan?'' soalnya.

Anwar amal sikap double standard dalam sesuatu isu

Tempoh yang panjang diambil oleh mahkamah untuk menyelesaikan sesuatu kes dijadikan modal oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim bagi menutup sebarang isu yang dihadapinya. Tindakan saman juga merupakan senjata Anwar untuk menutup mulut sesiapa saja yang membuat tuduhan terhadapnya termasuk bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakarupan.

Beliau tahu mahkamah ambil masa panjang untuk selesai kes. Justeru, sesiapa yang buat tuduhan terhadapnya akan disaman bagi menutup sementara isu itu. Pada 16 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Nallakarupan membekalkan butiran terperinci berhubung dakwaan bahawa Anwar menerima wang RM60 juta daripada syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd. (Magnum). Antara butiran yang perlu diserahkan dalam masa 14 hari itu adalah tarikh transaksi RM60 juta dibuat, siapa yang memberikannya dan tempat duit itu diserahkan.

Tindakan Anwar juga jelas menunjukkan betapa beliau seorang yang mengamalkan sikap double standard dalam sesuatu isu. Dari satu sudut, mahkamah digunakan untuk menghalang mereka yang menuduhnya, tetapi apabila berdepan dengan tuduhan daripada Saiful Bukhari Azlan, beliau pertikai pula mahkamah dan berusaha melengahkan perbicaraan. Apa kono engkau ni Anwar!!! Betul-betullah kamu ni Raja Putar Alam..!!

Wasabi Oyabun

Tiada ulasan:

Catat Komen