Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 12 Februari 2009

Anwar perlu minta maaf!

Para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu mengecam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersikap lepas tangan dalam insiden kekacauan politik di Perak.

Mereka mahukan Anwar memohon maaf kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan seluruh rakyat Malaysia kerana beliau adalah dalang sebenar yang mencetuskan penentangan terhadap institusi raja secara terbuka.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail berkata, kekalutan politik di Perak sebenarnya berpunca daripada projek 16 September yang dilancarkan oleh Anwar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui kaedah lompat parti.

Katanya, apabila keadaan berlaku sebaliknya di Perak, Anwar dilihat gagal memberikan nasihat kepada pemimpin kerajaan pakatan pembangkang negeri itu supaya berundur secara terhormat.
“Sewaktu kekalutan berlaku, kelibat Anwar kelihatan di beberapa majlis bersama pemimpin pakatan pembangkang Perak, kenapa dia tidak memberikan nasihat yang sewajarnya supaya mereka berundur secara terhormat.

“Kegagalan itu menyebabkan Anwar dilihat umpama dalang sebenar kepada kekecohan yang berlaku sehingga mendorong sekumpulan penyokongnya merusuh di Kuala Kangsar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hilmi berkata, kejadian rusuhan di Kuala Kangsar juga mirip dengan tindak tanduk Anwar yang sememangnya sinonim dengan demonstrasi jalanan pada tahun 70-an sehinggalah era reformasi 1998.

“Anwar perlu bertanggungjawab dan tidak terkecuali untuk memohon maaf dengan apa yang berlaku,” tegasnya.

Beliau mengulas kekecohan politik di Perak yang terus berlarutan berikutan perubahan kerajaan negeri ekoran tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang keluar parti manakala seorang lagi menyertai semula UMNO.

Bagaimanapun, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun telah dititahkan oleh Sultan Perak untuk berbuat demikian.

Pakatan pembangkang akan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir manakala Pengerusi DAP, Karpal Singh bercadang menyaman Sultan Perak.

Keadaan itu telah mencetuskan suasana tidak tenteram berikutan bantahan orang ramai di seluruh negara terhadap sikap para pemimpin pakatan pembangkang yang dianggap menderhaka kepada Sultan Perak.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula berkata, dakwaan bahawa Anwar adalah dalang kekecohan di Perak telah disahkan oleh Karpal baru-baru ini.

Katanya, Karpal juga meminta Anwar supaya bertaubat kerana telah mempromosikan politik lompat parti untuk mencapai cita-cita politik. “Sebenarnya Anwar mahu ‘cuci tangan’, sebab itu dia elak untuk bersetuju dengan Karpal dalam kes menyaman Sultan Azlan Shah.

“Selama ini saya banyak tidak bersetuju dengan Karpal, namun kali ini saya terpaksa bersetuju dengan beliau bahawa Anwar adalah punca segala-galanya,” katanya. Dalam pada itu, Ibrahim menjelaskan pandangan beliau terhadap Anwar bukannya didorong oleh sentimen emosi sebaliknya ia berasaskan penilaian akademik.

Katanya, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar tidak boleh lepas tangan dalam isu berkaitan kestabilan negara. “Itu tanggungjawab dia sebagai ketua pakatan pembangkang, saya harap rakyat juga membuat penilaian yang jujur secara akademik mengenai tindak tanduk Anwar itu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Jamaludin Yusof berkata, Anwar perlu mengambil iktibar bahawa tindakan beliau telah menyebabkan hubungan antara orang Melayu dan kaum lain menjadi tegang. Katanya, Anwar perlu menyedari bahawa politik songsang yang menjadi amalan beliau tidak membawa sebarang erti sebaliknya akan memusnahkan karier politiknya satu masa kelak.

“Apa yang berlaku di Perak adalah ketentuan Allah, kita harap beliau menerimanya dengan lapang dada bahawa apa yang kita rancang tidak semestinya menjadi kenyataan.
“Anwar tidak akan rugi apa-apa jika beliau memberi nasihat kepada orang Melayu dalam pakatan pembangkang supaya bermuhasabah dengan apa yang berlaku demi meredakan keadaan sekarang,” katanya. - UM

2 ulasan:

  1. SALAM BRO....
    EMMM ANWAR NI MEMANG KEPARAT...
    PANDAI PUSING-PUSING.
    INDIA PUN KALAH DENGAN BELITNYA

    ANWAR MEMANG DERHAKA...
    KITA PI REMBAT ANWAR NI RAMAI-RAMAI.

    BalasPadam
  2. Salam Gomo...

    Inilah dia Raja Putar Alam tahap gaban!!!
    Tak habis-habis nak menyusahkan rakyat..ada masalah mental kot mamat ni.." mentol" dah tak nak menyala...tengok muka dia selamba aje..macam lama dah " tak perkena "..lemah dan layu aje...???

    BalasPadam