Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 28 Februari 2009

Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC)?

Malik Imtiaz, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama disiarkan dalam Aliran Monthly Vol 25, 2005 (kenyataan penuh dilampirkan di bawah) berusaha menjawab penentangan ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs), TERAS (Teras Pengupaya Melayu) dan PAS (Parti Islam Malaysia) berkenaan dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC).

Tetapi jawapan-jawapan balas Malik Imtiaz mengenai "Apakah Suruhanjaya Antara Agama (IFC)?", "Apakah benar IFC tiada agenda tersembunyi?" dan "Apakah benar IFC tidak anti Islam?" dan "Apakah matlamat penubuhan IFC?" tidak cukup menyakinkan, bahkan menimbulkan menimbulkan banyak persoalan lain.

Secara keseluruhannya Pengerusi Jawatan Pemandu IFC amat bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama, bersetuju dialog antara agama-agama perlu diteruskan dan bersetuju dengan pendapat MCCBCHS (Malaysian Consultative Council on Buddhism, Chistianity, Hinduism and Sikhism) berbanding dengan pendapat majoriti pendapat Islam diwakili ACCIN, TERAS dan PAS.

PERSOALAN MISTERI SURUHANJAYA ANTARA AGAMA-AGAMA

Ruang misteri yang gagal dijawab oleh Malik Imtiaz adalah untuk apa Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ditubuhkan sejak 2001, sedangkan kedudukan Islam telah diwartakan dalam Perkara 3(1), 11(1) & (4), 121(1A), Perlembagaan Malaysia sejak 1957?

Benarkah tindakan Malik Imtiaz ini bukan usaha terancang untuk mengugat kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, siapa Malik Imtiaz apakah Malik hanya proksi dan siapa dalang sebenar IFC?

SIAPA MALIK IMTIAZ?

Malik Imtiaz Sarwar beragama Islam keturunan Punjabi. Bapanya bernama Ghulam Sarwar Yousof, seorang profesor kajian teater di Universiti Malaya. Malik Imtiaz Sarwar merupakan peguam pemerhati Bar Council dan juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke Arah Pembentukan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) di Malaysia.

Beliau adalah seorang peguam yang mempunyai firma guaman sendiri (tetuan Malik Imtiaz Sarwar), di Kuala Lumpur. Beliau kelulusan LL.B daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA), LL.M dari Universiti Hong Kong, dan MST Antarabangsa Dalam Hak Asasi Manusia, di Universiti Oxford.

Daripada 2002 beliau menjadi aktivis yang aktif Bar Council (Majlis Peguam Malaysia). Beliau juga Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (HAKAM). Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke Arah Pembentukan Suruhanjaya Antara Agama-Agama di Malaysia, aktivis Inter-Faith Commission (IFC).

Pada Oktober 2005, beliau dijemput menjadi pembentang kertas kerja anjuran Christian Federation of Malaysia (CFM) di Hotel Corus, Kuala Lumpur. Malik Imtiaz merupakan peguam 'popular' di Bar Council berkaitan dengan kes-kes hak asasi manusia dan kebebasan beragama (murtad).

Pada 2006, beliau menjadi peguam pemerhati mewakili Bar Council untuk membela Lina Joy, seorang Melayu yang telah masuk Kristian dan memohon menukar identiti Islam kepada Kristian di dalam kad pengenalannya. Kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan, tetapi Lina Joy gagal dalam permohonannya.

Akibat pembelaannya kepada kes Lina Joy, Malik Imtiaz dakwa dirinya pernah menerima ancaman bunuh daripada pihak tertentu (yang disyaki beragama Islam). Beliau juga peguam kepada kes murtad, Subashini Rajasingam, peguambela ajaran sesat yang dakwa jadi Rasul, Abdul Kahar Ahmad, dan peguam penghina Islam, Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK). Selain itu, beliau juga menjadi peguambela kes Ayah Pin dan kes Zaid Ibrahim cabar Kerajaan Kelantan (Hudud). Kawan rapatnya adalah Haris Ibrahim, Edmund Bon, Sivarasa Rasiah dan Zaid Ibrahim. Kesemuanya adalah peguam Bar Council.

MALIK IMTIAZ DAN IFC

Interfaith Commission (IFC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti SUHAKAM iaitu sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang berkaitan dengan pertikaian antara agama.

Sebelum ini IFC dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC) dan Interfaith Commission (IFC) tetapi ditukar nama kepada IFC setelah dicadangkan penubuhannya oleh MCCBCHS (Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism) melalui memorandumnya kepada Bar Council pada 21 Ogos 2001.

Manakala sebuah Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama yang diketuai oleh Malik Imtiaz (yang juga Presiden HAKAM) merupakan pihak yang memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan IFC.

Bermakna empat badan yang memainkan peranan aktif menjayakan IFC adalah Bar Council, Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama- agama, HAKAM dan MCCBCHS.
Selain daripada MCCBCHS yang diketuai oleh Sardar V. Harcharan Singh, ketiga-tiga badan lain iaitu Bar Council, Jawatankuasa Pemdandu IFC dan HAKAM mempunyai kaitan rapat dengan Malik Imtiaz.

KRONOLOGI CADANGAN PENUBUHAN IFC

1. Tahun 2000 - Jawatankuasa Hak Asasi (the Human Rights Committee - HRC ), Bar Council dan HAKAM telah memberi perhatian terhadap kebebasan beragama dengan menganjurkan "Forum on freedom of religion" pada December 2000.

2. Dalam 2001, Bar Council menubuhkan satu sementara jawatankuasa (pro-tem committee) untuk cadangan pembentukan sebuah badan berkanun yang dipanggil Inter-Religious Council (IRC). Presiden Bar Council adalah Haji Sulaiman Abdullah.

3. Pada 8 Disember 2001, Bar Council menganjurkan satu perayaan 'Festival of Rights' dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

4. 10 Disember 2001, Bar Council menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel khusus tentang kebebasan agama yang dinamakan jurnal INSAF.

5. 17 Mei, 2003, Bar Council menganjurkan bengkel satu hari diadakan dan diwujudkan Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama-Agama untuk menguruskan persidangan kebangsaan dan mencadangkan usul. Presiden Bar Council adalah Mah Weng Kwai. Kecuali Sisters In Islam, kesemua NGO Islam termasuk ABIM, ACCIN, JUST (diketuai Dr. Chandra Muzaffar) menarik diri serta membantah cadangan usul tersebut.

6. Pertengahan tahun 2004, satu persidangan penubuhan IRC telah dibentuk. Presiden Bar Council adalah Kuthubul Zaman Bukhari.

7. 24- 25 Februari 2005, Jawatan Pemandu Suruhanjaya Antara Agama-Agama dengan kerjasama Bar Council, Malaysian Interfaith Network (MIN) dan ditaja Konrad Adeneur Foundation (KAF)telah mengadakan persidangan peringkat Kebangsaan, di Hotel Equatorial, Bangi Selangor. Satu Plenary Statement dan Bil Draf telah diambil daripada wakil-wakil, serta memberi mandat kepada jawatankuasa pemandu untuk membawa tindakan selanjutnya. Turut hadir sebagai peserta Dr. Patricia Martinez, Teresa Kok dan Sivarasa Rasiah.

8. Februari 2005, Jawatankuasa pemandu dan Bar Council menghantar Plenary Statement dan Bil Draf kepada kepada pihak kerajaan, tetapi cadangan itu tidak dilayan. Bar Council ketika itu diketuai Khutubul Zaman Bukhari.

9. 25 Februari 2005, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Abdullah Md Zin membidas Majlis Peguam kerana mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

SIAPA DI BELAKANG IFC?

Terdapat dua badan yang baru muncul semasa Persidangan Peringkat Kebangsaan, Jawatankuasa Pemandu IRC di Hotel Equatorial, Bangi Selangor pada 24- 25 Februari 2005, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan Malaysian Interfaith Network (MIN). Kedua-dua badan ini muncul ketika saat terakhir ketika Jawatankuasa Pemandu IFC telah menyiapkan Bil Draf IFC untuk dihantar kepada kerajaan.

Dato Anwar Fazal, Presiden Malaysian Interfaith Network (MIN), Datuk Kuthubul Zaman Bukhari dan Haris Ibrahim. Haris merupakan kawan rapat Malik Imtiaz yang sama-sama menggerakkan IFC dan Kumpulan Artikel 11. Manakala Kuthubul Zaman merupakan bekas Presiden Bar Council yang menghantar draf usul IFC kepada kerajaan. Beliau juga merupakan bekas Presiden Rotary Club, Johor. (Rotary Club merupakan rangkaian pertubuhan Yahudi seluruh dunia).

Adakah kedua-dua badan ini turut merupakan penaja utama yang menggerakkan agenda IFC secara tersembunyi sebelum ini dan akan muncul secara semuanya selesai? Peter Schier, wakil KAF di Malaysia dalam wawancaranya dengan The Sun, mengakui badannya telah menaja IFC sejak tahun 2003, tetapi telah dinasihati oleh Malik Imtiaz (Jawatankuasa Pemandu IFC) agar jangan muncul lagi kerana beliau sedang berusaha memujuk NGO Islam menyokong usaha itu.
Menurut Malik Imtiaz, sekiranya KAF muncul bersama-sama NGO Islam, hasrat memujuk mereka akan gagal, kerana latar belakang KAF, sebuah yayasan Kristian dari Jerman yang turut mendapat dana daripada AJC (American Jewish Committee).

Tetapi apabila semua NGO Islam (kecuali Sister In Islam) menarik diri, KAF & MIN telah muncul pada program Bar Concil pada tahun 2005. Kata Peter Schier, "Kami telah menyokong usaha untuk merangka satu usul untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama sejak akhir 2003. Saya telah diminta untuk menyokong usaha ini pada peringkat awal tetapi sesetengah pihak meminta saya untuk tidak telibat kerana, menurut mereka, pendekatan yang digunakan oleh Jawatankuasa Penaja Terhadap Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia, mungkin merupakan satu strategi berunding dengan kumpulan Islam 'aliran utama', dan oleh yang demikian, saya tidak menyatakan dengan jelas pendirian yayasan ini secara jelas menyokong usaha itu. Pada peringkat seterusnya, permintaan yang lain telah dibuat untuk sokongan".

MIN pula sebuah badan yang ditubuhkan khusus pada 15 Februari 2003 bertujuan untuk menjayakan agenda pluralisme agama di Malaysia. Badan ini dipengerusikan oleh Dato Anwar Fazal yang merupakan bekas aktivis United Nations Development Programme (UNDP) projects Asia Pacific.

MIN mempunyai 20 badan gabungan termasuk KAF, Institut Kajian Dasar (IKD), Sister In Islam, MCCBCHS, Council of Churches of Malaysia, Rotary Club, Taiping (pertubuhan rangkaian Yahudi) dan lain-lain. MIN mendapat dana daripada "The Pluralisme Project, Havard University" Amerika yang ditaja oleh dua badan Yahudi Amerika terkemuka iaitu Ford Foundation dan Rockefeller Foundation.

SIAPA DALANG SEBENAR IFC?

Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan KAF (Yayasan Kristian Jerman) dan MIN (Tajaan yayasan Yahudi Amerika) menggunakan prokasi Malik Imtiaz dari Bar Council dan HAKAM merupakan dalang sebenar cadangan penubuhan IFC. Tetapi benarkah Malik Imtiaz merupakan target utama KAF dan MIN, atau beliau sekadar perantara yang boleh dikambinghitamkan?

Mungkinkah dalang sebenar, tidak muncul dalam pertemuan-pertemuan di atas, sepertimana, KAF dinasihatkan tidak muncul dalam pertemuan IFC 2003, kerana hendak menjaga sensitiviti Islam? Untuk mencari jawapan, perlu dilihat kaitan di antara badan-badan itu. Malik Imtiaz merupakan Presiden HAKAM. Antara pengasas awal HAKAM adalah dua orang aktivis pelajar hak asasi Australia iaitu Tian Chua dan Elizabert Wong.

Tian Chua adalah Ketua Penerangan PKR manakala Elizabert Wong pula Ketua Penerangan wanita PKR merangkap exco kerajaan PKR Selangor. Peter Schier merupakan wakil KAF Malaysia telah menaja badan pemikir Anwar sejak 1984, ketika itu dipengerusikan oleh Kamaruddin Jaafar (kawan rapat Anwar dalam ABIM). Selepas Anwar dipecat UMNO, Kamaruddin masuk parti PAS dan jawatannya di IKD telah diambilalih oleh Khalid Jaafar (bekas Setiausaha Akhbar Anwar) hingga sekarang.

Menurut Peter Schier (KAF Malaysia), yayasan itu telah bertapak di Malaysia sejak 30 tahun lalu menaja badan pemikir, Anwar Ibrahim, IKD, sejak tahun 1984, sehinggalah Anwar muncul tokoh politik terkemuka di tanah air sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Walaupun Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh, KAF tidak berhasrat menghentikan penajaan kepada badan pemikir Anwar (IKD) itu, sebaliknya tajaan diteruskan hingga ke hari ini.

Semasa Anwar di penjara, KAF berusaha mencari tokoh baru yang rapat dengan pejabat TPM. Tokoh yang dimaksudkan itu adalah Abdul Razak Baginda yang mempunyai badan pemikirnya sendiri dinamakan Malaysian Strategic Research Centre (MSRC). Razak Baginda dan MSRC pula digembar-gemburkan sebagai badan pemikir TPM, Najib.

Malangnya Razak Baginda menghadapi kes di mahkamah dan bantuan KAF terpaksa dihentikan. Tetapi dalam masa sama, KAF masih meneruskan tajaan kepada IKD.
Bermakna agenda KAF dan badan penaja asing adalah berusaha menembusi 'orang no 2' dalam kerajaan Malaysia, kerana apabila bakal PM itu telah ditaja sepenuhnya maka agenda penaja untuk mewujudkan masyarakat pluralisme dan IFC akan berjaya.

JADI SIAPAKAH DALANG SEBENAR IFC?

Kalau hanya bergantung kepada Malik Imtiaz, karismanya tidak hebat, kerana beliau hanya seorang Presiden HAKAM dan peguam Bar Council yang tidak mampu mengubah sistem politik dan pentadbiran negara. Sama ada Yayasan Kristian (KAF) atau Yayasan Yahudi Amerika (MIN), mereka memerlukan seorang pemimpin politik negara yang berkarisma yang bakal menjadi PM. Tidak guna kedua-dua badan itu melabur wang begitu banyak tanpa hasil yang setimpal. Jadi persoalannya, pemimpin politik negara yang manakah yang dikatakan sedang berusaha mengembar-gemburkan bakal menjadi PM itu? Jawapannya bergantung kepada budi bicara anda.

Berikut merupakan pandangan Malik Imtiaz, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama disiarkan dalam Aliran Monthly Vol 25 (2005): Issue 6.2005 bertajuk "INTER-RELIGIOUS DIALOGUE-We are committed to dialogue-A response to criticism of the Interfaith Commission Initiative".

KAMI KOMITED DIALOG ANTARA AGAMA(Oleh Malik Imtiaz Sarwar)

Ia merupakan tidak berasas bahawa sesetengah pihak telah memilih untuk memberikan gambaran yang salah terhadap usaha Jawatankuasa Pemandu dan usaha itu sendiri. Kesemua gambaran yang salah ini adalah dibuat secara semberono dan diterbitkan dengan tidak mengendahkan kepada kebenaran. Mereka mahukan kesan yang tidak menguntungkan dalam melemahkan satu keperluan dan usaha yang bernilai oleh masyarakat awam.

Kesemua tuduhan dan gambaran yang salah ini telah memanjangkan kesan yang dikesali dalam mewujudkan ketegangan yang tidak pernah wujud sebelum ini. Tujuan kenyataan ini adalah untuk menerangkan usaha dan draf Usul, yang merupakan hasil akhir daripada Persidangan yang telah diadakan di Bangi pada Februari 2005.

APAKAH SURUHANJAYA ANTARA AGAMA?

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda PAS (Perlis), Suruhanjaya Antara Agama adalah :

"...sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah Mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit."

Ini adalah khayalan. Suruhanjaya yang dicadangkan dengan apa-apa cara sekalipun bukan sebuah badan yang dapat membuat keputusan secara formal. Ia merupakan sebuah badan penasihat, perundingan dan perdamaian, dan ini telah dinyatakan berulang kali di dalam laporan media dan juga di Persidangan Usaha ke Arah Suruhanjaya Antara Agama Malaysia.

Fakta bahawa Suruhanjaya yang dicadangkan ini tidak mempunyai kuasa membuat keputusan secara formal telah dinyatakan secara jelas dalam draf Usul seksyen 4(2), yang dibaca:

"Suruhanjaya pada sepanjang masa akan melaksanakan fungsinya secara bebas sebagai sebuah badan penasihat, perundingan dan perdamaian." Ini telah diperkukuhkan lagi dengan kuasa Suruhanjaya yang dicadangkan seperti yang telah disyorkan di bawah draf Usul. Di antara kuasa utamanya seperti yang dicadangkan adalah kuasa :

"untuk menggalakkan kesedaran terhadap rukun dan kepercayaan pelbagai agama dan kepercayaan di dunia....." (seksyen 5(i)(a)) "untuk menasihati Kerajaan atau Pihak berkuasa yang berkaitan aduan kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan mencadangkan kepada pihak berkuasa tentang langkah sesuai yang perlu diambil" (seksyen 5(1)(b)) "untuk menyelesaikan sebarang pertikaian atau memperbetulkan sebarang tindakan atau kegagalan tindakan, datang daripada atau membentuk satu pelanggaran keharmonian undang-undang dengan cara perantaraan, perundingan atau perdamaian" (seksyen 5(1)(i)).

Ini dijernihkan dengan peruntukan yang dijalankan, sebagai contoh, seksyen-seksyen tersebut yang menterjemahkan kuasa lebih meluas atau kecekapan kepada tindakan. Berhubung perkara ini, Bahagian III meletakkan peruntukan yang dijalankan. Kesemua ini dihadkan kepada soal-jawab yang dikendalikan atau menganjurkan sesi perantaraan, perundingan atau perdamaian dan mencadangkan kes tersebut mungkin, sama dengan ruang lingkup kuasa SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Tiada peluasan bidang kuasa. Yang utama, tiada kuasa untuk mengubah rukun agama. Tiada kuasa untuk mencampuri kuasa Mahkamah Syariah.

KENAPA SURUHANJAYA ANTARA AGAMA PERLU?

Secara ringkas, tiada satu proses formal yang wujud untuk dialog antara agama pada waktu ini. Juga tiada sebarang mekanisme untuk membentuk dasar antara agama yang berhubungan dalam negara. Tambahan pula, satu-satunya cara penyelesaian pertikaian adalah dengan tindakan undang-undang di mahkamah untuk kepentingan keamanan untuk wujud bersama, perlu dijadikan cara terakhir dalam menyelesaikan pertikaian. Hakikatnya kekal bahawa dengan adanya pelbagai budaya dan pelbagai agama.

Terdapat sempadan yang akan mewujudkan pergeseran seperti dengan wujudnya konflik kepercayaan dan budaya. Pergeseran ini tidak berlegar di sekitar isu-isu murtad tetapi melibatkan isu lain seperti pembinaan dan penyelenggaraan rumah ibadat dan isu penyebaran agama lain.

Peserta Persidangan Nasional menyedari perkara ini, selanjutnya satu langkan yang membina dan konkrit perlu diwujudkan untuk berhadapan dengan pergeseran dan bukan secara konfrontasi serta tidak berkaitan politik.

Oleh yang demikian, persidangan tersebut telah mengesahkan Suruhanjaya yang dicadangkan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah untuk diterima dan disalurkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk resolusi, yang secara dinamiknya sama seperti SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Kewujudan Suruhanjaya yang dicadangkan ini akan mengesahkan sikap ambil berat kesemua mereka yang berkenaan. Selanjutnya, statusnya yang bebas akan menimbulkan keyakinan. Pada akhirnya, dapat menggalakkan perpaduan nasional yang sebenar.

Dialog Antara Agama telah dicadangkan sebagai satu alternatif kepada Suruhanjaya yang dicadangkan, dan sudah tentu satu daripada objektif Suruhanjaya (yang dicadangkan), dialog mempunyai batasannya. Dialog antara agama merupakan satu langkah penting dengan meneruskan hubung kait dalam memelihara persefahaman dan interaksi walaupun terdapat perbezaan di antara agama.

Suruhanjaya yang dicadangkan, bagaimanapun, dijangka sebagai melengkapkan usaha-usaha seperti hanya dalam bidang 'dialog?sahaja, tidak akan menyelesaikan masalah sebenar. Dalam maksud ini, seperti yang dinyatakan di atas, Suruhanjaya yang dicadangkan akan menjadi saluran untuk mengetengahkan masalah kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk perhatian dan penyelesaian.

ADAKAH SEBARANG AGENDA TERSEMBUNYI?

Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) atau Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam mengemukakan bahawa terdapat satu agenda tersembunyi dalam penganjur Usaha.
ACCIN menyatakan AGENDA TERSEMBUNYI IFC :

- IFC cuba untuk melangkau dan merampas kuasa Badan Agama Islam Negeri
- IFC akan melangkau Mahkamah Syariah
- IFC mahu menggunakan Mahkamah Sivil untuk menentukan Perkara Berkaitan Agama Islam
- Pembentukan IFC merupakan satu campur tangan dalam Hubungan Intra-Muslim (BUKAN Hubungan Antara Agama)
- IFC pada akhirnya akan melanggar hak Muslim untuk mengamalkan Islam dengan berpandukan kepada Pengajaran Quran Yang Suci dan Hadis Bermaksud, ACCIN dan yang lain hanya memberikan jawapan tentang rasa bimbang tersebut tidak menghuraikan kenapa mereka percaya kepada tuduhan tersebut.

Kebenarannya adalah secara keseluruhannya tiada asas kepada mana-mana tuduhan itu. Ini dapat dilihat daripada perkara berikut.

Pertama, draf Usul tidak mengandungi sebarang peruntukan untuk Suruhanjaya yang dicadangkan untuk melangkau Badan Agama Islam Negeri atau Mahkamah Syariah. Tiada peruntukan dalam mensasarkan untuk membenarkan Suruhanjaya yang dicadangkan untuk menggunakan Mahkamah Sivil untuk menentukan. Tiada peruntukan untuk melemahkan Islam.

Kedua, tiada penjelasan telah diberikan seperti bagaimana Suruhanjaya yang dicadangkan akan campur tangan dalam hubungan Intra-Islam atau bagaimana Suruhanjaya akan melanggar hak-hak untuk mengamalkan Islam. Kesemua tuduhan ini disensasikan dan dimanipulasi daripada pandangan awam menentang usaha ini.

Ketiga, terdapat banyak organisasi dan individu yang menyokong usaha ini, termasuk Muslim. Dengan mengatakan bahawa, tiada persetujuan telah dicapai ke atas pelbagai perkara. 173 peserta telah menghadiri Persidangan dan mengesahkan draf Usuk seperti yang dipersetujui pada akhirnya.

Draf Usul merupakan hasil akhir persetujuan peserta Persidangan. Ini termasuk Muslim. Cadangan ini tidak munasabah. Para peserta dengan merujuk kepada semua agama dan percaya kepada hak yang lain untuk menyatakan keyakinan terhadap agama mereka sendiri. Peserta tidak mengaitkan diri mereka dengan draf usul sekiranya ia seperti yang digambarkan oleh ACCIN dan kritikan lain.

Keempat, draf Usul hanyalah satu draf. Ia bukanlah undang-undang sehingga Parlimen menjadikannya sebagai undang-undang. Ini berkaitan dengan perkara yang berkaitan Parlimen dan Kerajaan. Kritikan telah memberikan tanggapan bahawa Suruhanjaya yang dicadangkan telah diwujudkan dan ini melalui cara fait accompli (sesuatu keputusan yang sudah ditetapkan, dengan membiarkan mereka yang terlibat tiada pilihan kecuali untuk menerima). Ini tidak masuk akal.

Banyak yang telah diperkatakan terhadap memorandum yang dikeluarkan oleh Malaysian Consultative Council on Buddhism, Chistianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) atau Majlis Perundingan Malaysia ke atas Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh dan peranan utama yang dimainkan oleh MCCBCHS dalam Usaha itu.

MCCBCHS hanya satu daripada pelbagai organisasi yang menyokong. Ketika wakil daripada MCCBCHS mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mereka, peluang yang sama telah diberikan kepada semua yang hadir ketika mesyuarat Jawatankuasa Pemandu.

Ia telah dijelaskan sepanjang masa kepada NGO Islam bahawa mereka bebas untuk menghadiri mesyuarat seperti itu dan menyuarakan pandangan mereka. Apa yang menyedihkan mereka memilih untuk tidak, dan mengutuk usaha itu walaupun sebelum ini memberikan peluang kepada mereka untuk menghargai sepenuhnya.

Memorandum yang dirujuk telah diterima oleh Jawatankuasa Pemandu yang terdahulu, Jawatankuasa Pro-Tem, yang mensasarkan untuk menganjurkan satu bengkel bagi mengukur reaksi masyarakat awam terhadap usaha seperti ini.

Memorandum- memorandum lain yang diterima termasuk satu daripada kumpulan Muslim. Kesemua ini cuma meningkatkan dan memberi peringatan tentang kebimbangan masyarakat yang diwakili oleh kumpulan ini. Memorandum- memorandum ini bukan cuba untuk melemahkan Islam atau mencabar rukunnya.

Pada apa-apa keadaan, ia tidak benar untuk menggambarkan memorandum MCCBCHS sebagai mewakili usaha pada mana-mana peringkat. Bengkel yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pro-Tem berjaya. Lebih kurang 100 individu, termasuk Muslim, menghadiri dan sebulat suara bersetuju bahawa satu persidangan nasional perlu untuk mempertimbangkan cara yang terbaik untuk melaksanakan cadangan tersebut.

Bengkel tersebut juga memberikan mandat kepada Jawatankuasa Pemandu untuk menganjurkan persidangan nasional dan mengambil langkah-langkah yang wajar. Persidangan dan draf Usul dibentangkan merupakan hasil kerja Jawatankuasa Pemandu dan masyarakat awam yang luas.

ADAKAH USAHA INI ANTI-ISLAM?

Untuk menjadi anti-Islam ianya secara keseluruhan memfokuskan ke atas memusnahkan agama dan kesemua prinsip yang dipegangnya. Tiada asas untuk tuduhan ini untuk dijadikan tentangan terhadap individu dan organisasi dalam usaha. Juga tidak sama seperti yang dinyatakan oleh draf Usul.

Tuduhan tersebut menguatkan lagi kejahilan secara keseluruhan usaha, penyokongnya atau konteksnya, dan kurangnya kesanggupan untuk memahami atau bertanya, atau niat untuk memanipulasi persepsi umum.

Terdapat beberapa cara di mana ini boleh dilihat :

Draf Usul tidak membuat sebarang rujukan kepada mana-mana agama, Islam dan sebagainya. Oleh yang demikian ia tidak memfokuskan kepada Islam. Sekiranya ia tidak memfokuskan kepada Islam, ianya tidak boleh dikatakan 'anti'. Kritikan telah cuba untuk memberikan asas kepada tuduhan mereka dalam beberapa cara :

ACCIN menyatakan :

"Pihak Penaja jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa memorandum yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti berikut:
Seseorang Muslim patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama Islam tidak membenarkannya;

Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan seharusnya digunapakai dalam menentukan hak seseorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya undang-undang syarak;
Untuk memudahkan proses murtad Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim itu keluar dari agamanya;
Usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Syariah Negeri memulihkan orang-orang yang bakal murtad dipertikaikan;

Istilah "Muslim" di bawah Undang-undang Enakmen Negeri terlalu luas walaupun didapati konsisten dengan undang-undang Syariah;

Seseorang itu tidak harus dianggap Muslim hanya disebabkan kedua Ibu bapanya Muslim atau beragama Islam atau dalam keadaan lain berdasarkan Undang-undang Syariah. Individu berkenaan sepatutnya membuat pilihan atas kehendaknya sendiri;

Agama seseorang Muslim itu tidak sepatutnya tercatat pada Kad Pengenalannya."
Dengan gaya yang sama, TERAS menyatakan dalam laman webnya:

APAKAH MATLAMAT PENUBUHAN IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?
- Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
- Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
- Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
- Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.
- Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
- Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
- Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
- Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah."

Perkara-perkara ini secara jelas menunjukkan kurangnya pemahaman dan niat usaha ini. Kesemua perkara ini tidak diangkat oleh Jawatankuasa Pemandu juga oleh draf Usul sendiri. Tuduhan tersebut tidak berasas.

Secara hakikatnya perkara tersebut dibangkitkan oleh TERAS dilihat lebih kepada aduan dengan merujuk kepada mana-mana dan setiap isu dan ia dipercayai untuk dijadikan sebahagian daripada mandatnya untuk melontarkan pandangan. Bagaimana kesemua ini berkaitan dengan usaha ini masih menjadi misteri.

Tiada apa yang boleh dilakukan oleh Suruhanjaya yang dicadangkan untuk menyatakan perkara-perkara yang dinyatakan oleh ACCIN, TERAS dan lain-lain memandangkan ia hanya sebuah badan penasihat dan perundingan.

Dalam mana-mana keadaan, kesudahannya Pesuruhjaya - pesuruhjaya yang dilantik sepatutnya mempertimbangkan cara terbaik untuk bergerak ke hadapan dalam lingkungan undang-undang. Perkara-perkara yang ditimbulkan oleh ACCIN, TERAS dan lain-lain merupakan satu putar belit kebenaran.

RINGKASAN DIALOG

Jawatankuasa Pemandu (sebelum ini Jawatankuasa Protem) dengan tegas percaya kepada dialog. Terdapat banyak dialog di antara semua individu yang menghadiri mesyuarat dengan mewakili organisasi mereka atau sebagai individu. Jawatankuasa telah menggunakan masa mereka untuk menjelaskan segala kebimbangan bahawa Jawatankuasa membuka pintu untuk dialog di atas apa jua perkara yang menimbulkan kebimbangan.

Jawatankuasa Pemandu masih lagi komited kepada dialog, terutamanya dengan organisasi-organisasi seperti ACCIN, TERAS dan PAS dan mengalukan kemungkinan organisasi tersebut mengambil peluang untuk melakukan perkara sedemikian.

Jawatankuasa Pemandu percaya bahawa Usaha ini adalah satu keperluan, sangat berharga dan tidak ternilai ke arah melangkah ke hadapan dalam evolusi masyarakat kita. Ia merupakan cara untuk lebih merapatkan kita kepada Bangsa Malaysia yang kita semua harapkan. Ruang konfrontasi yang telah diambil hanya akan terus memecahkan kita.

Wasabi - Oyabun

Jumaat, 27 Februari 2009

Menunggu Kerajaan PKR di Hari Wukuf !

Kalau kita teliti betul-betul sejarah Anwar, macam mana dia boleh meletakkan dirinya sebagai salah seorang pemimpin ' sohor ', ini semuanya adalah disebabkan oleh ISU kontroversi. Samada ISU kontroversi ini disengajakan, kebetulan atau tak sengaja tidaklah diketahui.

Jika tidak kerana isu-isu kontroversi, penulis rasa Anwar ni sama lebih kurang standard Hishamuddin Rais dan lain-lain bekas pemimpin pelajar yang hilang ditelan zaman. Anwar dan ISU kontroversi adalah ibarat ikan dengan air. Tanpa air ikan tidak boleh hidup. Untuk meneruskan survival politik, Anwar perlukan bekalan ISU yang mencukupi untuk dia terus hidup dalam politik.

Penulis sudah menjangkakan semasa PRK Kuala Terengganu yang lepas akan ada ISU baru yang bakal dibangkitkan. Jika tidak, bagaimana Anwar mahu hidup? Benar atau tidaknya sesuatu ISU yang dibawa tidak penting bagi Anwar. Yang penting ISU tersebut mesti 'spin' dengan baik sehingga boleh 'create havoc', sekurang-kurangnya untuk kegunaan PRK KT. Setelah mendapat tahu calon erdogan di tolak dan ISU Hudud dibangkitkan, Anwar lari ke luar negara. Dia memberi alasan ke Amerika dan semasa pulang singgah ke Turki untuk membincangkan masalah Palestin dengan " Presiden Erdogan ". Pelbagai alasan diberi untuk untuk mengelakkan darinya dari dipertanggungjawabkan dengan ISU-ISU didalam negara seperti terpaksa mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan Hudud untuk menyokong Lim Kit Siang dan Karpal Celaka padahal Anwar sememangnya telah lama menolak Hudud. Pandai sungguh Anwar berlakun?

Berikut adalah di antara kronologi isu-isu yang menyebabkan Anwar menjadi kelihatan hebat;
  • Demonstrasi besar-besaran anak mati 'kebuluq' di Baling. (Confirm tipu muslihat)
  • Ditahan di kem mencipta nama – ISA
  • Sesudah nama jadi ' besar ' – masuk UMNO dan ambil kepimpinan dalam UMNO dengan mudah.
  • Bila dalam UMNO – tukar ' modus operandi ' kepada publisiti ' image building ' melalui media.
  • 1998 – Isu pemecatan. Nama terus meletup seantero dunia.
  • 1998 – Isu liwat. Lahirnya simpatisan dan penyokong taksub.
  • 1998 – Isu konspirasi. Wujud persepsi Anwar terlalu hebat. Semua musuh nak hapuskan dia.

Pada tahun 1998 – Isu turutan yang meyakinkan orang ramai dia dizalimi.

  1. Disuntik kuman HIV atas arahan Tun Mahathir. (confirm tipu)
  2. Disuap racun arsenik atas arahan Tun Mahathir. (confirm tipu)
  3. Sebarkan maklumat KPN dah lumpuh, Mahathir pun lumpuh. Jadi nampaklah memang sah kena zalim. Itu sebab tuhan balas tunai pada penzalim.
  4. Penyakit kronik yang sembuh sekelip mata – ' slipdisc '( Pelik bin Ajaib )
  5. Penyakit tambahan – tengkuk sakit hingga terpaksa pakai ' pembelit tengkuk..!?' On the way balik rumah dari penjara terus buka. Sampai rumah pakai balik sebelum press datang. Pembelit betul!)
  6. Dijatuh hukum penjara. Pantang pihak penjara lalai sikit, pihak kerajaan pasti dituduh berniat menginaya dan nak tamatkan nyawa dia.
  7. Bila keluar penjara atas sifat ' Mr Clean ' Pak Lah, Anwar kehabisan ISU peribadi yang boleh digunakan. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Jika dibiarkan politik akan mati. Nak guna ISU mahazalim dah out dated. Mahathir dah tak jadi PM.

Modus operandi perlu ditukar kepada ' character assassination ' para pemimpin pemerintah. Bermulalah serangan peribadi terutama kepada bakal-bakal pelapis kepimpinan UMNO. Bila bakal-bakal pelapis dah rosak imej senanglah nak tumbangkan UMNO. Antaranya:

  1. Kalau jadi PM dia akan hantar Najib jadi duta ke Mongolia?
  2. Liwat lagi. Orang lain yang seronok, orang lain yang jadi mangsa, orang lain pula yang dituduh konspirasi. ( Tapi tuduhan konspirasi kali ni tak berapa menjadi macam Siri Liwat 1 dulu ). Mata lebam tak berulang, jadi terpaksa tumpu lebih pada perkara-perkara teknikal seperti lapuran doctor, palitkan sikit-sikit mainan KPN, peguam negara dan apa juga yang boleh timbulkan syak wasangka rakyat terhadap pemimpin kerajaan.
  3. Tuduhan pada Najib seolah-olah kerja Najib siang malam hanya nak rompak dan rompak harta kerajaan. Isu lama tak selesai lagi, Najib terus nak rompak lagi. Masa kerajaan tengah nazak pun Najib sempat lagi rompak melalui eurocopter. Macamlah Najib tu tak ada hati perut dan tak tau baca dan guna fikiran langsung.
  4. Kerajaan 16 Sept. lagi satu hal. Macam-macam ' count down ' orang buat. Dari hari ke 100 sampai hari ke 1 dan 0 pun tak jadi juga. Sampai hari ke –1, -2, -3…dan seterusnya pun masih tak berlaku. Sia-sia betul.
  5. Tukar tarikh sebelum Raya Haji. Malam ni wukuf di Padang Arafah pun masih tak juga berlaku.
  6. Apabila Saiful membuat laporan polis yang di liwat oleh Anwar, dia lari ke kedutaan Turki untuk berlindung dan katanya ada orang yang nak membunuhnya?
  7. Sebelum kes Saiful diperdengarkan, cepat-cepat Anwar membuat lapuran Polis dan BPR tentang salah kuasa KPN dan Peguam negara? mempersoalkan kewibawaan pihak Hospital?
  8. Setelah kes ditetapkan, Anwar memberi alasan tanpa menhadirkan diri dengan mengatakan Pendakwaraya tidak layak mengendali kes tersebut. Padahal dia ada diIpoh untuk membantu bekas MB Perak? Maka kes ditunda lagi..
  9. Untuk hearing yang akan datang Anwar membuat satu lagi laporan ( laporan ke-2 ) Polis terhadap KPN dan Peguam Negara. Masih lagi dengan kes lebam mata?

Episod seterusnya, tunggulah… apa lagi rancangan Anwar untuk menundakan lagi kes liwatnya?

Ikan yang satu ni sebenarnya takut kalau bekalan air putus, dia akan dibuat lauk dek penyokong taksub yang terus berharap dan menunggu keputusan tuhan untuk jadikan Anwar sebagai PM…

Wasabi Oyabun

Selasa, 24 Februari 2009

Keadilan dan kes Saiful !

Ketika negara diwarnai banyak isu politik, kita seakan terlepas perhatian kepada banyak hal dan isu lain. Salah satu daripadanya ialah kes perbicaraan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan pertuduhan, Anwar, 61, didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Beliau dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan. Sementara menunggu perbicaraan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibebaskan dengan jaminan peribadi RM20,000.
Penulis terpanggil menyentuh hal ini berikutan kenyataan Mohd. Saiful baru-baru ini, yang kesal dan kecewa dengan sikap Anwar cuba melengah-lengahkan perbicaraan. Menurut beliau, Anwar sering memberi pelbagai alasan sehingga memberi kesan terhadap kes tersebut.

Kenyataan Mohd. Saiful itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi menangguhkan prosiding yang sepatutnya didengar 5 Februari lalu kepada 25 Februari. Keputusan itu diambil selepas peguam bela Anwar mengemukakan notis bantahan supaya Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden digugurkan daripada mengetuai pasukan pendakwaan kes itu.
Anwar juga tidak hadir di mahkamah kerana dikatakan mempunyai urusan lain di Ipoh, Perak.
Penulis tidak berhak dan tidak berminat campur tangan urusan mahkamah. Namun memandangkan kes tersebut menjadi perhatian umum, semua pihak harus lebih komited untuk menyegerakan perbicaraan sebenar kes tersebut.

Sejak aduan polis dibuat pada Jun dan diikuti Anwar dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada Ogos, tahun lalu, sehingga kini hampir tiada perkembangan yang signifikan kepada kes itu yang masih berlegar kepada isu permohonan semakan dan notis bantahan.

Jika begini keadaannya, mungkinkah perbicaraan sebenar akan bermula tahun depan dan ia sesuatu yang tidak mustahil tetapi penulis berharap tidak. Lagi lama kes ditangguhkan, lagi lama keadilan tidak dapat dilaksanakan terutama bagi pihak yang mahu menuntut keadilan.

Perlu diingat, ini bukan soal keadilan untuk Anwar semata-mata, ia juga keadilan untuk Mohd. Saiful, rakyat kecil yang juga ada hak berikutan aduan polis yang dibuatnya. Malah Mohd. Saiful telah tampil membuat sumpah laknat atau mubahalah di masjid mengikut ke hendak syarak. Itupun ada pihak yang cuba mencetuskan keraguan dan memperlekehkannya termasuk dari kalangan pemimpin Islam disebabkan sentimen politik.
Anehnya, mereka ini lebih mudah percaya kepada individu yang membuat sumpah berkanun. Dalam kes Mohd. Saiful dan Anwar ini, masing-masing mendakwa di pihak yang benar. Maka usahlah gundah untuk diadili demi mencari kebenaran.
Wasabi Oyabun

Isnin, 23 Februari 2009

Harapan Baru'aNWAR dan badut-badutnya !

Angkatan Muda Keadilan (AMK) yakin projek pertukaran kerajaan persekutuan yang dipelopori oleh penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berjaya tahun ini, kata ketua pergerakan itu Shamsul Iskandar Md Akin. "Fajar akan menyingsing tahun ini," katanya.

Menurutnya lagi, Anwar yang juga ketua pembangkang telah berjaya membina kesediaan mentaliti rakyat untuk melakukan perubahan kerajaan persekutuan melalui ura-uranya untuk berbuat demikian menjelang 16 September yang lalu.

Bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan sehingga Anwar dituduh bermain-main dengan dakwaannya itu atau cuba berbohong kepada umum. Shamsul Iskandar mengakui menukar kerajaan pusat bukan satu tugas mudah dan menafikan projek tersebut telah gagal atau janji kosong Pakatan.

"Kalau beliau (Anwar) berjanji tetapi tidak laksanakan, tidak berusaha (ke arah itu), boleh dianggap beliau berbohong," katanya, dengan menambah Anwar dan Pakatan telah mencuba beberapa langkah termasuk mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mengusulkan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen.

Beliau percaya isu pertukaran kerajaan akan dibangkitkan oleh para perwakilan AMK dalam kongres sehari pergerakan itu di Stadium Melawati, Shah Alam. Mengulas kebimbangan PKR dan kerjasama Pakatan Rakyat akan hilang arah tanpa Anwar, beliau berkata usaha sedang berjalan untuk melahirkan generasi pemimpin pelapis bagi berdepan senario sedemikian.

Tambahnya, beliau juga yakin pemimpin pelapis sudah wujud dalam PAS dan DAP bagi berdepan dengan senario penggantian generasi pemimpin atasan termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang atau Karpal Singh. "Kita harus optimis, ramai pasukan pelapis di kalangan pimpinan PKR (dan Pakatan) dianggotai oleh orang muda," katanya.

Beliau memberi contoh Timbalan Presiden PAS Nasarudin Mat Isa, Naib Presidennya Datuk Husam Musa, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan ahli parlimen DAP bagi Puchong, Gobind Singh Deo antara tokoh-tokoh yang boleh memimpin Pakatan Rakyat dalam masa akan datang.

Mengharapkan Projek "Harapan Baru'aNWAR"

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali mengakui terdapat anggota parti itu yang percaya terhadap tuduhan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong tentang projek pembentukan kerajaan baru peringkat persekutuan 16 September lalu. "Tidak ramai yang mempercayai propaganda (media arus perdana) ini.

"Malangnya saya lihat ada juga segelintir paling kecil anggota PKR, termasuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta Wanita PKR, yang termakan oleh propaganda murahan ini," katanya sewaktu merasmikan kongres dua sayap utama parti itu di Stadium Malawati, Shah Alam. Bagaimanapun, menurutnya, sebilangan besar rakyat, dan hampir semua anggota parti dalam Pakatan Rakyat tetap mengharapkan projek itu menjadi kenyataan setidak-tidaknya dalam pilihanraya umum akan datang.

"Saya tahu bahawa seluruh anggota parti dan rakyat yang mahukan perubahan yakin Anwar bercakap benar tentang bilangan Anggota Parlimen yang hendak berpindah itu cukup," katanya. Pemimpin nombor dua dalam PKR itu berkata demikian ketika menjawab tuduhan terhadap pemimpin Pakatan bahawa Anwar berbohong tentang bilangan ahli-ahli parlimen BN yang hendak melompat kepada gabungan pembangkang bagi menumbang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Syed Husin berkata, dakwaan yang dibuat melalui media milik parti BN juga mendakwa projek itu gagal kerana Umno-BN serta pimpinan parti itu kuat dan bersatu-padu.
Mengulas projek pemgambilalihan kuasa itu, Dr Syed Husin menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan "perpindahan kuasa belum dapat dilaksanakan".

"Kita tahu ramai telah memberi surat pengakuan atau menyediakan surat sumpah akan berpindah. Namun ada yang takut (mereka) mungkin disekat apabila diperlukan bangun dalam Parlimen untuk membuktikan sokongan kepada sebarang usul yang dikemukakan pihak Pakatan," katanya.

Dr Syed juga mendakwa ahli-ahli parlimen itu menerima tekanan dan ugutan yang kuat, antaranya daripada polis Cawangan Khas (SB) yang "sepanjang masa bertunggu bertangga mengawasi segenap pergerakan mereka (ahli parlimen BN)". Selain itu, katanya lagi, percubaan pemimpin Pakatan hendak bertemu Perdana Menteri bagi meminta sidang khas Parlimen diadakan bagi membincang dan memutuskan pelan perpindahan kuasa itu sentiasa ditolak. "Memandangkan segala hambatan dan halangan ini, maka perpindahan kuasa belum dapat dilaksanakan lagi. Tetapi ini bukannya bermakna ia gagal dilaksana buat selama-lamanya," katanya.

Dr Syed Husin telah menjangkakan Anwar dan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan menyentuh lanjut perkara itu dalam ucapan masing-masing di kongres tahunan kelima PKR yang lalu. Wan Azizah pula telah menyampaikan ucapan dasar beliau bertemakan 'Harapan Baru', sementara Anwar sebagai ketua umum PKR akan turut menyampaikan ucapannya selepas itu.

Janji Harapan Baru selepas harapan 16 Sept berkecai..

Setelah harapan membentuk kerajaan Pusat melalui pintu belakang berkecai, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menjanjikan 'Harapan Baru' kepada penyokong-penyokong parti itu melalui tema Kongres Nasional Tahunan ke lima, PKR yang lalu.

Kongres itu menyaksikan perwakilan daripada 110 Bahagian seluruh negara hadir dan secara tidak langsung ia menjadi perhimpunan kongres terbesar pernah dianjurkan. Lebih 2000 perwakilan Bahagian telah berkumpul di Stadium Malawati, di Shah Alam, tempat Kongres berkenaan akan diadakan.

Namun yang peliknya, seorang ahli parlimen PKR bila ditanya mengenai kongres menjawab penuh kebingungan sama ada akan hadir ataupun tidak. "Kalau hadirpun hanya punch card atau tunjuk muka," katanya sambil menjelaskan beliau bukanlah perwakilan walaupun ahli parlimen parti itu.

Timbul persoalan, jika ahli parlimen bukan perwakilan dan tidak dianggap pemimpin utama dalam parti yang dinasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim, siapa sebenarnya lebih 2,000 perwakilan yang dimaksudkan Setiausaha Agung PKR Sallehuddin Hashim. Tidak hairanlah jika PKR menjangkakan kongres ini adalah terbesar dalam sejarah parti itu kerana ini adalah kali pertama selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu serta pertama kali sejak Anwar yang juga Ketua Umum PKR dipilih Ketua Pembangkang.

Kongres itu telah membuka ruang kepada para perwakilan untuk membahaskan dasar perjuangan parti secara umum, dan polisi pentadbiran negeri pakatan rakyat secara khususnya. Kedua-dua sayap penting parti, Angkatan Muda (AMK) dan Wanita yang telah memulakan kongres masing-masing secara berasingan sebelum itu telah penuh dengan usul-usul dan pertanyaan yang perlu dijawab oleh pemimpin utama PKR.

Agenda politik dan ekonomi yang dilihat sebagai isu utama yang dihadapi negara masa kini dibangkitkan dalam kongres itu selain isu-isu lain seperti sosial, pendidikan dan agama juga disentuh dalam ucaptama Presiden, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bagaimanapun, soal pembahagian kuasa dalam saf kepimpinan PKR sudah mula dibangkitkan oleh AMK dan Wanita PKR yang masing-masing menuntut peranan dan tambahan kerusi dalam parti itu.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dilaporkan masih belum berpuas hati kerana kira-kira 40 peratus sahaja tenaga muda PKR diberikan peranan, setakat ini. "Saya masih tidak berpuas hati, saya masih tidak berpuas hati. Sebab itu kita menggunakan saluran-saluran yang positif untuk memberitahu kepada (kerajaan) negeri (berhubung peranan pemuda)," katanya dalam satu interbiu, baru-baru ini.

Tambahnya, generasi muda PKR menyuarakan hasrat mereka untuk diberikan ruang berperanan yang lebih besar dan aktif dalam pentadbiran di lima kerajaan negeri. "Pada saya ia merupakan satu permintaan yang adil kerana kita harus menunjukkan bahawa setelah generasi muda dalam pilihanraya yang lalu (mengundi Pakatan), generasi muda memainkan peranan penting yang menjadi faktor kemenangan utama apabila mereka membuat keputusan untuk tidak lagi mengundi UMNO dan Barisan Nasional.

Wanita PKR pula mahu menuntut sekurang-kurangnya satu daripada lima jawatan utama di semua peringkat tertinggi parti termasuk bahagian, kata ketuanya Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata, wanita mahu sasaran 30 peratus pembuat keputusan dicapai dalam PKR seperti di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi dan badan perhubungan negeri.

"Ia harus dimulakan di peringkat pusat, kemudian diterapkan di bahagian-bahagian," katanya yang turut mencadangkan usul mana-mana pemimpin atau wakil rakyat PKR yang terbabit skandal seks dan rasuah dipecat atau meletak jawatan. Bagaimanapun, banyak perkara telah ditanya perwakilan selain kira-kira 75 usul yang sudah dikemukakan di peringkat bahagian di seluruh negara.

Antaranya, perwakilan pasti mahukan jawapan mengenai kegagalan pakatan rakyat mengambil alih kerajaan melalui pelan 16 September serta benarkah rancangan itu dapat dilaksanakan sebelum Hari Raya Aidil Adha yang lalu. Sama ada Anwar mahupun Wan Azizah, mereka harus berterus terang mengakui kegagalan itu walaupun hampir seluruh negara seperti percaya pakatan rakyat dapat membentuk kerajaan baru membabitkan perkongsian kuasa dengan rakan-rakan dari PAS dan DAP.

Isu kelantangan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkilfi Nordin yang mengetuai demonstrasi membantah penganjuran forum 'Peluk Islam' anjuran Majlis Peguam juga turut dibangkitkan.
Perwakilan mahu mengetahui apakah tindakan telah diambil terhadap Zulkifli yang lantang memperjuangkan Islam dan orang Melayu tetapi mahu dikenakan hukuman semata-mata PKR mahu menjaga hati DAP yang mendesak perbuatan Zulkfli dikenakan tindakan sewajarnya.

Ini belum mengambil kira perasaan sesetengah pemimpin PAS yang sudah meluahkan kekecewaan terhadap PKR yang dilihat lebih 'menyanyangi' DAP dalam beberapa isu kebelakangan ini terutama di negeri-negeri yang dikuasai tiga parti tersebut. Bagaimanapun, perwakilan harus melupakan hasrat untuk melihat parti itu diterajui Anwar. Ini kerana sudah ada pimpinan parti itu menyatakan tiada peralihan kuasa presiden PKR daripada Wan Azizah kepada suaminya Anwar.

Alasannya, Anwar sudahpun menjadi Ketua Umum PKR selain Ketua Pembangkang dan tidak harus dibebani dengan banyak jawatan selain menunggu jawatan Perdana Menteri yang kini masih dalam cadangan pakatan rakyat. Namun, jika melihat lebih ke dalam atau berkongsi pendapat dengan pemikir politik, Anwar pasti mahu Azizah kekal sebagai Presiden PKR kerana parti itu diasaskan oleh mereka.

Dengan jawatan itu jugalah Wan Azizah sebelum ini bangkit berjuang mahu membebaskan Anwar daripada penjara, berdemonstrasi malah berjaya memenangani beberapa kerusi dalam pilihan raya umum ke 11 pada 2004. Kini Anwar masih berdepan kes mahkamah apabila bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat ahli parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful, di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lalu. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar pada Februari ini untuk mendengar permohonan pihak pendakwa itu.

Andai kata keputusan perbicaraan tidak memihak kepada Anwar dan beliau kembali ke penjara, Wan Azizah masih mempunyai platform untuk bangkit berjuang mengulang sejarah kira-kira 10 tahun lalu bagi membebaskan suaminya. Apakah ini menjanjikan Harapan Baru atau 'Harapan Baru'aNWAR" kepada penyokong-penyokong PKR atau hanya harapan Anwar bagi memastikan kesinambung politik beliau, keluarganya dan beberapa rakan karibnya sahaja terutama Azmin Ali? Yang pasti Anwar akan membaruakan badut-badut penyokong PKR dan juga macai-macai PAS dan DAP untuk mendapat sokongan.


Wasabi Oyabun

Sabtu, 21 Februari 2009

Betulkah PAS, Anwar pejuang Islam tulin!

Tulis sajalah buku bantai kerajaan, belasah Pak Lah, menantunya KJ, puji Anwar Ibrahim, buku, akhbar atau majalah macam ini pasti laris. Kenapa? Tak percaya ke? Inilah yang dikehendaki oleh pembaca yang telah disogokkan oleh budaya membenci pemimpin dan membenci kerajaan.

Ianya telah menjadi satu trend, trend suka pada cerita 'half truth', 'zero truth' dan fitnah. Yang penting bukannya kebenaran tetapi rakyat yang benci pada Barisan Nasional pasti seronok baca.

Berapa banyak buku-buku yang semacam ini yang terus terang menjadi penyebar fitnah dan ditulis oleh penulis-penulis yang tidak memikirkan implikasi terhadap majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kestabilan negara menjadi sangat popular.

Kenapa Raja Petra jadi sangat popular kalau bukan kerana berani, bukan kerana tunjuk berani dan bersikap 'anti establishment?

Banyak majalah-majalah dan buku-buku seperti ini yang bahan-bahannya diambil dari e-mail-e-mail dan laman-laman web tertentu yang entah betul entah tidak ceritanya. Anda tidak perlu terkejut kerana inilah laman-laman web yang paling popular dan paling ramai di kunjungi oleh mereka yang mudah termakan hasutan pihak-pihak yang sengaja mahu memfitnah menghina, mencaci dan memburukkan kerajaan sendiri. Sesiapa juga boleh menulis dan menyampaikan apa yang dirasakan menerusi Internet ini. Mereka fikir politik ini satu benda yang boleh kita seronok macam membaca majalah hiburan?

Akhirnya tulisan semacam ini samalah macam mempercayai cakap-cakap di kedai kopi. Bukankah e-mail dan Internet itu satu bentuk kedai kopi alaf baru? Hairan, pelik dan ajaib tapi benar. Bayangkan kalau bantai Anwar, biarpun apa yang ditulis itu adalah fakta yang betul, argumen yang munasabah dan masuk akal, namun bagi sesetengah mereka yang bergelar intelek sekalipun, sukar untuk mempercayainya terutama mengenai Anwar meliwat Saiful Bokhari walaupun Saiful sudah bersumpah di dalam masjid.

Mereka menjadi kurang rasional seperti ketika Anwar terlantar di dalam penjara. Mereka yang menyimpan gambar Anwar yang lebam mata dalam bilik tidur, bilik tamu, bilik dapur dan bilik mandi macam gambar Shah Rukh Khan dan Siti Norhaliza akan bersimpati yang amat sangat terhadap Anwar yang menjadi idola yang didewa-dewakan.

Mereka kecewa kerana kononnya Anwar adalah merupakan pejuang Islam yang sudah disingkirkan dan teraniaya. Bagi mereka seolah-olah Anwar itu maha suci, maha bersih. Anwar sudah dijadikan macam Sai Baba. Nabi Musa buat dosa tumbuk orang sampai mati, begitu juga Nabi Ibrahim yang kata berhala besar yang pecahkan berhala kecil.

Betulkah Anwar ini seorang pejuang Islam yang tulin? Setahunya jika seorang pejuang Islam tidak akan membuat kerja mengarut, mencaci dan menghina dan menghasut rakyat agar membenci pemimpin kerajaan. Ibnu Taimiah di dalam bukunya Pentadbiran Politik Islam menjelaskan: "Bahawa urusan pemerintahan (politik) adalah merupakan salah satu kewajipan yang paling penting dan ulama dalam agama Islam.

Malah tidak ada agama tanpa pemerintahan (politik) kehidupan manusia tidak akan sempurna tanpa wujudnya masyarakat kerana fitrah mereka yang saling memerlukan antara satu sama yang lain. Oleh yang demikian mereka harus mempunyai pemerintahan. Berdasarkan kata-kata ulama Islam ini, kita terpaksa bertanya apakah perbuatan Anwar dan kuncu-kuncunya itu berlunaskan prinsip-prinsip politik dalam Islam? Takkanlah benda macam ini pun Anwar tak tahu. Kata rapat dengan para ulama Islam. Mana pergi Hassan Albana, Syed Kutub, Yusuf Qardawi?

Itu baru disentuh sedikit perihal kepimpinan dalam Islam. Belum lagi kita bercakap pasal "KEADILAN".


Bila kita sentuh sedikit pasal "keadilan" ini, bila menyebut pasal "adil" dan "tak adil", apakah mereka terlupa bahawa Anwar yang sudah jadi raja banduan menerima layanan yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa sebelum ini, termasuk Allahyarham Dato' Harun Idris dan Dato' Mokhtar Hashim. Adilkah ini namanya? Sejak bila pula Jabatan Penjara Malaysia memperkenalkan sistem kelas-kelas di dalam penjara?

Apakah mereka juga terlupa bahawa Anwar telah diberikan kesempatan untuk membela dirinya di mahkamah terbuka? Patut ke disebabkan Anwar dan para peguamnya gagal untuk membuktikan yang dia tidak bersalah maka kita salahkan pula sistem kehakiman dan kerajaan?
Kalau mereka boleh menerima keputusan-keputusan yang dibuat oleh mahkamah, mengapa tidak Anwar dan para penyokong beliau?

Apakah keistimewaan Anwar sehinggakan keputusan yang dibuat oleh mahkamah perlu dicabar akan kewibawaannya atau apakah kes Anwar ini perlu di bawa ke mahkamah khas? Pulau Pinang tak ada raja. Anwar nak jadi kerabat siapa? Mentang-mentang dia pernah disebut sebagai Subramaniam, nama dewa Hindu maka dia perlu disembah dan dipuja macam tuhan?
Macam mana nak tegakkan keadilan kalau Anwar saja yang dianggap betul dan orang lain terutamanya yang tidak berpihak kepada Anwar dianggap salah?

Macam mana nak tegakkan keadilan menerusi parti bernama "KeADILan" kalau makna "keadilan" yang paling asas pun tidak dapat difahami akibat dipengaruhi oleh emosi? Ini yang menjadi persoalan dan yang lebih pelik lagi ialah apabila PAS sanggup bersubahat dengan orangorang yang kufur nikmat semacam ini dan sedia pula menerima amanah untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mempengaruhi ahli Parlimen untuk mendapatkan majoriti walaupun perjuangan politik Anwar sudah tergelincir jauh dari landasan prinsip politik, kepimpinan dan kenegaraan Islam.

Hati-hatilah 'sikit brader', ini bukannya sekadar tergelincir rel keretapi. Tergelincir rel keretapi tak sama dengan terpijak kulit pisang. Tergelincir politik Melayu jadi hamba abadi dalam negerinya sendiri.

Bolehkah kita bersekongkol dengan pemimpin Melayu yang sanggup jual Melayu sebab nak jadi Menteri. Tan Sri Khalid Ibrahim yang nak buka UiTM pada orang bukan Melayu tu dari parti mana? Kenapa Anwar tak kutuk Majlis Peguam kerana mahu menganjurkan Forum yang tajuknya seolah-olah menghina Islam?

Islam adalah 'a complete way of life', cara hidup yang paling sempurna. Kalau terlibat dengan liwat, rasuah dan segala macam kemungkaran, sempurna ke? Islam adalah juga faktor dan Islam adalah matlamat yang tidak boleh dipisahkan dari politik Melayu, baik oleh PAS mahupun UMNO. Islam merupakan potensi kekuatan bangsa Melayu. Islam tidak menganjurkan permusuhan dan perpecahan sesama sendiri. Sikap angkuh, sombong dan mendabik dada yang ditunjukkan oleh sesetengah pemimpin PAS dan keADILan adalah juga dilarang keras oleh Islam. Kita mesti mempunyai sikap toleransi, tolak ansur dan mesti menghormati undang-undang. Ikut suara majoriti.

Macam mana kalau Pakatan Rakyat memerintah nanti, orang tidak hendak ikut undang-undang kerajaan Pakatan? Kita memerangi sikap negatif bukan institusi. Islam tidak menyuruh kita menolak politik dan aspek-aspek kehidupan yang lain. Malah Islam menganjurkan segala kebaikan. Kebaikan yang dianjurkan dalam Islam itu bermula di peringkat individu. Jika individunya baik, maka barulah pentadbirannya baik. Bila pentadbirannya baik barulah negaranya menjadi baik. Tapi individu yang jadi idola masih belum dibicarakan atas tuduhan meliwat.

'Baik' di sini bukan bermaksud menunjukkan perangai yang baik atau mempamerkan pakaian-pakaian yang baik yang bercirikan Islam. Tapi otak juga mahu baik. Kalau tak ada otak yang baik macam mana nak memperkembangkan agama Islam? Macam mana nak majukan negara? Macam mana nak pastikan setiap rakyat dapat hidup dengan sempurna? Kalau sekadar perangai sahaja nampak baik dan setakat pakaian sahaja baik di mata Islam tapi otak tak sebaik mana, tak usahlah berangan-angan nak jadi pemimpin politik. Jadi ulama ajar fardu ain, tauhid dan Al-Quran adalah lebih bermanfaat, mendapat ganjaran pahala yang besar dan terlepas dari persoalan tanggungjawab kerana gagal memimpin ummah.

Ingatlah, nak jaga, nak beri makan 27 juta rakyat, nak memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka, satu kerja yang senang ke? Tidak dinafikan bahawa terdapatnya perbezaan pendapat, cara dan pendekatan adalah dibenarkan oleh Islam. Pertembungan antara PAS dan UMNO, UMNO dan parti KeADILan ialah pertembungan antara kaedah dan cara yang saling berbeza. Perbezaan pendapat dan cara diizinkan. Ini bukan masalah usul (umbi, utama) tetapi masalah furu' (cabang). Pendekatan menuduh dan menafikan kesahihan aqidah dan keimanan pihak lain kerana perbezaan pendapat adalah satu kezaliman dan kemungkaran yang merosakkan perpaduan ummah.

Dalam hal kafir rnengkafir ini cuba kita baca satu pandangan pakar pengkaji Islam, Bernard Lewis yang merupakan seorang Profesor Emeritus di Princeton University, Amerika Syarikat dalam buku beliau The Political Language of Islam.

Katanya: Al-Ghazali (d.1111), in an essay on the criteria of' distinction between Islam and heterodoxy, speaks with contempt of those "who would constrict the vast mercy of God to his servants and make paradise the preserve of a small clique of theologians." It is a common practice of theologians, he notes, to use takfir - denouncing someone as a kafir - against their rivals and opponents. This he strongly disapproves. A Muslim, he observes, who becomes a kafir is an apostate, and apostasy is a criminal offense under the law, with severe legal consequences. Such charges should not, therefore, be lightly made.

Tidakkah kita merasa amat sedih dulu kisah amalan 'kafir mengkafir', hari ini 'maki memaki' dan mencarut pemimpin masih lagi menjadi amalan pembangkang. Patutnya PAS membantu menyeru umat Islam di Malaysia ini agar memberi perhatian kepada soal perpaduan ummah, penguasaan ilmu sains dan teknologi, pencapaian ekonomi dan persediaan tercanggih dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang sentiasa mengintai peluang untuk melemahkan mereka.

Kalau nak memilih pemimpin untuk jadi Perdana Menteri, janganlah pilih Anwar Ibrahim. Bagi mereka ini dicadangkan agar mereka baca balik Al-Quran dan tafsirannya mengenai "keadilan". Tapi janganlah menterjemahkan Al-Quran untuk kepentingan puak dan peribadi sendiri saja. Ini tak adil. Kalau dah baca, baca sekali lagi, fahamkan betul-betul. Jangan biarkan emosi mempengaruhi fikiran. Kalau sukar juga nak faham, bertafakur, beristiharah, bermeditasi serta minta hidayah daripada Allah.

Sebelum Anwar dipecat, ramai penyokong-penyokong Anwar termasuk Anwar sendiri yang mengaku bahawa Mahathir hebat dan bijak serta berjasa. Kritik terhadap Pak Lah yang disuarakan secara senyap-senyap pun ada juga. Dan yang memuji Pak Lah sebagai Mr. Clean pun ramai juga. Tapi sekarang, takkanlah setelah Anwar keluar dari penjara tiba-tiba sahaja sudah tidak ada kebaikan lagi yang harus dikaitkan dengan Pak Lah.

Kita jangan lupa Pak Lah masih Perdana Menteri dan pemimpin kita, dia adalah 'institusi' yang dipilih oleh majoriti rakyat dan yang paling penting dia adalah orang Melayu. Kenapa Melayu mesti benci Melayu? Tak salah kita memperjuangkan nasib kaum lain, tapi jangan hina pemimpin Melayu yang menjadi 'institusi' negara.

Kenapa kita tidak fikirkan rakyat yang telah memilih Dato' Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri? Kita kena bersyukur kerana sekurang-kurangnya kerana sikap keras, lembik beliau, Anwar dapat keluar dari penjara. KeADILan cuba menimbulkan huru-hara dan kekacauan dengan mengadakan demontrasi jalanan. Kenapa Anwar mesti jadi seperti Anjing tersepit? Sudah terlepas, gigit tuan. Apakah ini moral yang baik?

Ada kalanya jika kita perhati dan meneliti, kita akan dapati ramai yang terlupa hidup di atas muka bumi ini tak ubahnya sebagai satu sandiwara. Siapakah kita sebenarnya? Kita menudingkan jari ke arah orang lain, melabelkan manusia dengan berbagai-bagai gelaran, tapi kita sendiri bagaimana? Takkanlah pendapat kita saja yang betul? Telinga kita ada dua, mata kita ada dua, dengar dan pandang dari dua sudut. Baru adil namanya.

Beranikah penulis yang menjadi ahli PAS mengkritik Tok Guru, Ustaz dan ulama mereka, begitu juga dengan parti KeADILan? Kalau hebat sangat, cubalah kritik pucuk pimpinan parti sendiri pula sebelum mengkritik pemimpin Barisan Nasional. Macam ini barulah boleh dianggap berani dan bergelar wira.

Beranikah penulis yang menjadi ahli PAS, berani kritik kedua-dua belah pihak sekali. Janganlah asyik nak kritik Pak Lah saja dan orang Melayu-Islam terutamanya ahli UMNO saban hari didalam lidah rasmi mereka, Harakah. Mana perginya soal ekonomi, kemasyarakatan, kenegaraan dan terutama sekali Islam bagi membantu dalam membangunkan negara ini? Boleh dikatakan peratusan kecil sahaja yang dipaparkan di dalam Harakah, itu pun syarahan dan pandangan dari Haji Hadi dan beberapa individu yang majoritinya mempunyai agenda hanya caci-maki politik dan Melayu.

Adakah PAS sesuai menjadi contoh kepada umat Islam atau hanya berselindung disebalik simbol perwatakkan alim dan jubah untuk menegakkan syiar Islam? Dalam masa yang sama semua pancaindera tidak mempamerkan keIslaman.

Ini penulis-penulis PAS dan keADILan jadi lidah PAS dan keADILan sahaja tapi dalam waktu yang sama mempertikaikan kebebasan akhbar milik BN. Wartawan Islam mana boleh macam itu. Kepada wartawan-wartawan ini, mereka sepatutnya mesti jadi macam lensa kamera. Jangan jadi macam laman web yang boleh ubah-ubahkan gambar sekehendak hati sendiri. Orang hitam jadi putih, orang berpakaian dibogelkan. Beranikah mereka membongkar penyelewengan dan korupsi dalam kerajaan PAS Kelantan?

Roh kita berasal dari Tuhan yang satu dan kita akan kembali kepada-Nya jua. Ramai di antara kita yang mengaku kelslaman masing-masing tapi yang disembah masih juga ego diri. Yang ditakuti adalah bayang-bayang kita sendiri. Yang ditaati adalah perintah dan kemahuan nafsu kita sendiri serta kata-kata pemimpin yang kita sayang dan puja setiap hari. Kenapa?

Alangkah baiknya kalau mereka mahu bertanya: Mengapakah Allah menimpakan malapetaka ke atas manusia seperti Anwar? Kenapa dia memperjuangkan Islam tapi boleh jadi hina macam itu sekali? Dan kenapa dia tak dapat jadi PM sedangkan di zaman Mahathir dia cuma perlu jalan selangkah lagi? Apakah kita tak percaya dengan qadak dan qadar? Rukun iman kita lima perkara sahaja ke?

Tahukah kita apa erti kifarah? Apa erti hukum karma? Sebesar zarah atom kebaikan yang kita buat balasannya setimpal dan begitu juga dengan kejahatan. Kalau benar-benar beriman terimalah semua ini sebagai qadak dan qadar, satu ujian dan cubaan Tuhan. Tetapi kenapa ada orang yang tak dapat terima ketentuan Tuhan terhadap Anwar? Malah ada penyokong, kalau betul pun Anwar Al-Buntuti, mereka tetap mahu Anwar sebagai Perdana Menteri.
Bukankah Allah beserta dengan orang-orang yang benar.

Kita orang Islam, kita percaya pada akhirat, kita percaya pada hari pembalasan. Kalau balasannya tak kena di dunia, di akhirat pasti kena juga. Itulah paradigma kita. Sejauh ini apa yang berlaku ke atas Anwar menampakkan satu kezaliman disebabkan beliau dibicarakan di mahkamah sivil. Tak ada empat saksi yang boleh membuktikan kes liwatnya. Tapi bila sudah nyata Anwar telah berbohong, keraguan sudah tertanam di hati orang ramai. Anwar bukan maksum, bukan wali, setakat jadi wali YB Nurul Ezzah kahwin bolehlah.. Dia cuma manusia biasa. Kalau segala-galanya telah rosak bagi Anwar, beliau harus sedar bahawa itulah jawapan kepada soalan di atas.

Sudah semakin jelas, siapakah Anwar dan apakah stand Anwar terhadap Islam serta siapakah guru-guru Anwar? Guru Anwar bukan Haji Hadi atau Nik Aziz, tetapi kaum orientalis yang menetap di Amerika. Buktinya kenyataan media John L Esposito dan John O Voll yang disiarkan dalam Malaysiakini yang menyokong seratus peratus Anwar. Siapa John L Esposito dan John O Voll?

John O Voll adalah Kristian, mendapat pendidikan di Dartmouth College (1958), master dan Ph. D dalam bidang Middle Eastern Studies di Harvard University (1960-1969). Kepakaran beliau dalam bidang sejarah Islam dan pernah menjelajah ke seluruh pelusuk negara Islam untuk memahami sejarahnya. Beliau juga pernah tinggal di Cairo, Beirut,dan Sudan.

John L Esposito juga seorang Kristian, mendapat master dalam bidang agama (theology) di St Johns University. Pada 1974, menyambung PhD di Temple University, Pennsylvania, di bawah seliaan Almarhum Prof. Dr Ismail Al Faruqi (mentor Anwar dan pengasas the International Institute of Islamic Thought-IIIT)

Kepakaran Esposito dalam bidang agama khusus Islam. Kristian, Hindu dan Budhha. Di kenali sebagai 'Father Esposito' kerana kepakarannya dalam agama Kristian Katholik. Pernah menjadi pensyarah di the College of the Holy Cross (Catholic), Jesuit college di Massachusetts.
Semasa di Holy Cross, beliau menjawat the Loyola Professor of Middle East Studies position, iaitu pengerusi Jabatan Agama (the Department of Religious Studies, dan Pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa di Georgetown Universiti.
"Anwar Ibrahim of Malaysia suggests a pluralist solution that recalls the convivencia, the living-together, of Islam's golden age in Spain and Sicily, where Muslims lived as neighbors with Christians and Jews. He embraces some modernist ideas, including the "information revolution" and equal rights for women" . - Esposito

Wallahuallam.

Wasabi Oyabun

Selasa, 17 Februari 2009

Anwar, Agen Amerika & Yahudi Yang Sibuk !

Dulu ketika dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar beritahu rakyat Malaysia bahawa dia terpaksa "mencari rezeki" di Amerika kerana tiada peluang "mencari rezeki" di Malaysia. Maka berhijrahlah Anwar ke Amerika yang mendakwa dirinya mencari rezeki sebagai pensyarah pelawat universiti (John Hopkin dan Georgtown). Anwar menetap di Amerika selama dua tahun (2005-2007).

Sekembalinya Anwar ke tanah air pada akhir 2007, dia membawa wang yang banyak. Anak-anaknya semuanya dihantar ke Amerika untuk menyambung pelajaran. Rumahnya di Damasara telah dijual dan dibeli rumah baru yang lebih besar di Bukit Segambut bernilai puluhan juta.

Hanya dua tahun berkelana di Amerika mampu membina rumah semewah itu. Itu yang ditunjukkan kepada kita. Dari segi kemewahan rumah, yang tidak ditunjuk, masih banyak lagi.
Pegawai khas Anwar pun ramai, selain Nurul Izzah Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad, Nathaeil Tan, Rahimi Osman, Sim Tze Tzi dan lain lain lagi. Dari mana Anwar dapat duit membayar seramai pegawai khas itu ?

Itu belum kira pegawai khas kepada pegawai khas, Saiful Bukhari Azlan. Saiful diberi pula kondominium mewah di Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara dengan kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre". Kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 .

Kalau Anwar sanggup berbelanja RM7,500 sehingga RM15,000 sebulan semata-mata untuk membayar sewa kondo mewah, berapa pula bayaran gaji bulanan Saiful ? Berapa pula gaji bulanan pegawai-pegawai khas lain yang turut Anwar bayar ? Itu cerita sebelum Anwar menjadi ketua pembangkang di Parlimen. Sekarang Anwar sudah menjadi ahli parlimen Permatang Pauh dan mendapat gaji tambahan sebagai ketua pembangkang.

Tetapi Anwar masih berulang-alik ke luar negara memenuhi tugasan Amerika Syarikat.
Kalau masih berminat menjadi penceramah Amerika, kenapa bertanding di Malaysia ? Sampaikan ketika Pakatan rakyat sibuk menangani masalah pilihanraya kecil di Perak dan Kedah, Anwar masih sibuk dengan urusan Amerika.

Terbaru, Anwar bersama Madeline AlBright di Doha Qatar, kononnya hendak menyelesai masalah Gazza. Apa cerita, masih menjadi penceramah Amerika, walaupun sudah berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang ? Masih tidak cukup gaji ketua Pembangkang di Malaysia, hingga masih sibuk ke hulu ke hilir menjadi penceramah Amerika ?

Sejak bila pula bangsa Yahudi bernama Madeline Albright berminat membantu umat Islam di Palestin, kecuali mengusahakan tindakan agar negara-negara Islam tunduk kepada Amerika dan Israel..

Kalau kita membaca keynote address Anwar di Plenary Session of the U.S.-Islamic World Forum, 14 February, 2009, Four Seasons Hotel, Doha, Qatar pun kita tidak pandangan-pandangan bernas Anwar untuk menyelesaikan masalah Ghazza, kecuali ucapan seorang agen Amerika yang merayu-rayu agar kempimpinan Obama membaiki sikap terhadap dunia Muslim.
Kata Anwar, "Our deepest fears were abated with hope that the Obama administration would honour the promises of a new agenda to re-engage with America"s friends and foes around the world in the interests of greater peace and in the pursuit of justice and liberty. We see a president committed to the values of freedom and democracy, a president who believes that the critical issues dividing the United States and the Muslim world can be resolved not through fiery rhetoric and bellicose language but by positive engagement in a language of mutual respect" .
Itu hanya rayuan agen Amerika kepada majikannya Amerika Syarikat.

Belum tentu Obama mempedulikan pandangan Anwar yang dianggap gagal melaksanakan misi Amerika di Malaysia. Anwar menuduh Malaysia membayar pelobi Yahudi bernama Jack Abramof untuk berjumpa dengan Presiden Amerika. Perjumpaan sekali itu dicanang Anwar berulang-ulang kali. Itu hanya sekali.

Anwar yang berjumpa banyak kali dengan pelbagai Yahudi, bukan setakat Jack Abramof, malah Madeline Abright, Carl Gershman, Paul Wolfowitz, Al Gore dan pelbagai tokoh-tokoh Yahudi lagi semata-mata untuk melobi memburuk-buruk Malaysia dan membantunya agar dapat menawan Malaysia.

Anwar tidak bising kalau dia berunding dan melobi dengan Yahudi untuk memburuk-buruk Malaysia. Anwar akan bising kalau ada pihak dari Malaysia yang melobi sama untuk memperbetulkan dakwaan negatif Anwar. Inilah manusia talam dua muka, di depan PAS cakap lain, di depan Amerika cakap lain. Di depan PAS, Anwar cakap, "ana akan berunding dengan Amerika untuk selesaikan masalah Ghazza", di depan Amerika pula, "i sudah dapat kontrol Parti Islam SeMalaysia, semua di bawah telunjuk i sekarang" .

Anwar sibuk berceramah dengan Madeline Albright di Qatar, Ustaz Hadi pula sibuk mempertahankan Pakatan Rakyat di Malaysia. Apa cerita permainan politik Anwar dengan ustaz Hadi ini ? Anwar sendiri bersekongkol dengan aktivis-aktivis pro Israel dalam Brookings Intitution. Anwar dilantik sebagai penasihat antarabangsa institut yang dibiayai oleh dana Yahudi itu.

Kalau Anwar sudah bersekongkol dan mendapat habuan yang lumayan daripada yayasan-yayasan Yahudi di Amerika Syarikat, kenapa kita masih menaruh harapan lagi kepada Anwar.
Tanpa pertolongan rakyat Malaysia pun Anwar sudah mendapat kesenangan dunia hasil pertolongan Amerika dan Israel. Dengan pertolongan rakyat Malaysia, akan mempercepatkan lagi hasrat Amerika dan Israel menobatkan bonekanya menjadi PM Malaysia. Sama-samalah kita fikirkan siapa sebenarnya Anwar anak Ibrahim? Wallahuallam...

Wasabi Oyabun



Jumaat, 13 Februari 2009

Pembangkang mengata dulang paku serpih !!!


MASIHKAH kita ingat sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun lalu, arena politik negara berada dalam keadaan tidak stabil apabila Barisan Nasional (BN) yang tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen 'telah diancam' akan tumbang.

Segalanya kerana karenah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan sasaran untuk memastikan kerajaan BN tinggal sejarah pada tanggal 16 September 2008. Ketika itu Anwar dengan penuh angkuh menyatakan bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang atau dalam istilah politiknya melompat parti.

Walaupun ketika itu usaha Anwar dianggap tidak demokratik tetapi beliau tidak mempedulikannya malah pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dijadikan medan untuk 'menggemparkan' lagi negara dengan slogan 'dari Permatang Pauh ke Putrajaya'.

Tetapi akhirnya impian hanya tinggal impian. Tanggal 16 September berlalu begitu sahaja dan BN terus memerintah. Namun malangnya apabila BN kembali menguasai Perak berikutan langkah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti dan diikuti oleh ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang kembali kepada UMNO selepas 10 hari menyertai PKR, pembangkang menganggap apa yang berlaku adalah tidak demokratik.

Mereka mengecam BN dan UMNO habis-habisan seolah-olah apa yang mereka hendak lakukan pada 16 September lalu adalah sesuatu yang dihalalkan dalam amalan demokrasi. Bagi pembangkang, BN tidak berhak memerintah Perak dan kuasa penentu harus dikembalikan kepada rakyat.

Persoalannya, ketika Anwar bercakap soal menubuhkan kerajaan pada 16 September, apakah ketika itu pembangkang berfikir soal demokrasi dan hak rakyat? Tidakkah mereka sama-sama begitu beria-ia menantikan detik yang dijanjikan oleh Anwar tersebut?

Bagaimana pula dengan langkah mereka baru-baru ini yang menganggap tindakan Nasaruddin meninggalkan BN untuk menyertai PKR sebagai satu langkah bijak? Kenapakah Anwar yang mengadakan sidang akhbar bersama-sama Nasaruddin tidak menyebut pula soal tidak demokratik?

Justeru kita juga berhak bertanya, seandainya pakatan pembangkang berada dalam kedudukan BN seperti di Perak, apakah mereka akan mengambil jalan tengah meminta dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)? Malah kita juga ingin bertanya, kalau DUN dibubarkan dan BN memenangi pilihan raya negeri yang diadakan mahukah pembangkang berjiwa besar untuk mengiktirafnya, apa jaminan bahawa pembangkang tidak akan berkata ia pilihan raya 'paling jijik' pernah diadakan?

Pembangkang tidak harus mengamalkan sikap 'kalau mereka buat tidak apa, kalau orang lain buat salah'. Inilah mungkin yang boleh dikatakan sebagai mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.

Oleh itu, tidak perlu pembangkang berusaha untuk menunjukkan merekalah paling demokratik sedangkan selama ini tindakan mereka menunjukkan sebaliknya. Pembangkang terutama Anwar harus memahami bahawa walaupun BN memperoleh semula kuasa di Perak melalui sokongan ADUN Bebas namun segalanya dilakukan mengikut prosedur dan undang-undang.
Apa yang paling penting, langkah BN mendapat perkenan Sultan Perak yang sudah pastinya mengkaji pelbagai aspek sebelum membenarkan parti itu kembali berkuasa. Berikutan keadaan itu, pembangkang harus belajar menerima hakikat politik.

Tidak usahlah cuba meracuni rakyat dengan menggalakkan mereka untuk mengadakan demonstrasi yang sudah pasti tidak akan mewujudkan kestabilan politik.
Segala yang berlaku bukan salah BN, ketiga-tiga ADUN berkenaan keluar parti kerana merasakan PKR dan DAP sudah tidak sehaluan lagi dengan mereka, BN tidak ada masa hendak memporak-perandakan pentadbiran kerajaan negeri di Perak sebelum ini.

Sebenarnya, apa yang berlaku di Perak adalah kesilapan pakatan pembangkang sendiri, selepas pilihan raya umum mereka tidak menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan kedudukan sebaliknya terus teruja dengan 'impian 16 September' Anwar. Akhirnya mereka bergembira di Permatang, bersorak di Kuala Terengganu tetapi tergadai satu negeri di Perak.

Apa pun tafsirannya, keputusan muktamad sudah dibuat. BN akan menubuhkan kerajaan negeri maka hormatilah keadaan itu. Kalau benar pembangkang begitu yakin bahawa rakyat Perak masih menyebelahi mereka maka bersabarlah sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13. Jangan kucar-kacirkan lagi kehidupan rakyat.
Wasabi

Khamis, 12 Februari 2009

Anwar perlu minta maaf!

Para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu mengecam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersikap lepas tangan dalam insiden kekacauan politik di Perak.

Mereka mahukan Anwar memohon maaf kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan seluruh rakyat Malaysia kerana beliau adalah dalang sebenar yang mencetuskan penentangan terhadap institusi raja secara terbuka.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail berkata, kekalutan politik di Perak sebenarnya berpunca daripada projek 16 September yang dilancarkan oleh Anwar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui kaedah lompat parti.

Katanya, apabila keadaan berlaku sebaliknya di Perak, Anwar dilihat gagal memberikan nasihat kepada pemimpin kerajaan pakatan pembangkang negeri itu supaya berundur secara terhormat.
“Sewaktu kekalutan berlaku, kelibat Anwar kelihatan di beberapa majlis bersama pemimpin pakatan pembangkang Perak, kenapa dia tidak memberikan nasihat yang sewajarnya supaya mereka berundur secara terhormat.

“Kegagalan itu menyebabkan Anwar dilihat umpama dalang sebenar kepada kekecohan yang berlaku sehingga mendorong sekumpulan penyokongnya merusuh di Kuala Kangsar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hilmi berkata, kejadian rusuhan di Kuala Kangsar juga mirip dengan tindak tanduk Anwar yang sememangnya sinonim dengan demonstrasi jalanan pada tahun 70-an sehinggalah era reformasi 1998.

“Anwar perlu bertanggungjawab dan tidak terkecuali untuk memohon maaf dengan apa yang berlaku,” tegasnya.

Beliau mengulas kekecohan politik di Perak yang terus berlarutan berikutan perubahan kerajaan negeri ekoran tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang keluar parti manakala seorang lagi menyertai semula UMNO.

Bagaimanapun, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun telah dititahkan oleh Sultan Perak untuk berbuat demikian.

Pakatan pembangkang akan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir manakala Pengerusi DAP, Karpal Singh bercadang menyaman Sultan Perak.

Keadaan itu telah mencetuskan suasana tidak tenteram berikutan bantahan orang ramai di seluruh negara terhadap sikap para pemimpin pakatan pembangkang yang dianggap menderhaka kepada Sultan Perak.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula berkata, dakwaan bahawa Anwar adalah dalang kekecohan di Perak telah disahkan oleh Karpal baru-baru ini.

Katanya, Karpal juga meminta Anwar supaya bertaubat kerana telah mempromosikan politik lompat parti untuk mencapai cita-cita politik. “Sebenarnya Anwar mahu ‘cuci tangan’, sebab itu dia elak untuk bersetuju dengan Karpal dalam kes menyaman Sultan Azlan Shah.

“Selama ini saya banyak tidak bersetuju dengan Karpal, namun kali ini saya terpaksa bersetuju dengan beliau bahawa Anwar adalah punca segala-galanya,” katanya. Dalam pada itu, Ibrahim menjelaskan pandangan beliau terhadap Anwar bukannya didorong oleh sentimen emosi sebaliknya ia berasaskan penilaian akademik.

Katanya, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar tidak boleh lepas tangan dalam isu berkaitan kestabilan negara. “Itu tanggungjawab dia sebagai ketua pakatan pembangkang, saya harap rakyat juga membuat penilaian yang jujur secara akademik mengenai tindak tanduk Anwar itu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Jamaludin Yusof berkata, Anwar perlu mengambil iktibar bahawa tindakan beliau telah menyebabkan hubungan antara orang Melayu dan kaum lain menjadi tegang. Katanya, Anwar perlu menyedari bahawa politik songsang yang menjadi amalan beliau tidak membawa sebarang erti sebaliknya akan memusnahkan karier politiknya satu masa kelak.

“Apa yang berlaku di Perak adalah ketentuan Allah, kita harap beliau menerimanya dengan lapang dada bahawa apa yang kita rancang tidak semestinya menjadi kenyataan.
“Anwar tidak akan rugi apa-apa jika beliau memberi nasihat kepada orang Melayu dalam pakatan pembangkang supaya bermuhasabah dengan apa yang berlaku demi meredakan keadaan sekarang,” katanya. - UM

Rabu, 11 Februari 2009

Betapa SIALnya Pas Berkawan Dengan Anwar !!!


Sial anwar merebak ke tubuh PAS, plan anwar untuk mengambil semula jawatan MB Perak dengan menyinkirkan PAS tidak menjadi kenyataan apa bila 2 adun PKR bertindak untuk keluar dari pada PKR... plan anwar sebenarnya ialah, merembat seberapa ramai adun umno yang bangang-bangang untuk joint PKR dan mereka ini di janjikan jawatan exco kerajaan negeri, memang ada konspirasi di antara PKR dan DAP untuk menyahkan exco PAS dan Nizar dari tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

Dendam anwar terhadap PAS tetap membara, anwar amat berharap PAS mengintiraf dirinya sebagai ketua atau presiden Pakatan Rakyat, tapi malangnya semua orang orang tahu bukan senang nak buang perangai BODOH, SOMBONG dan BERLAGAK tahap Dewa PAS ni. lagi satu, anwar cukup bengang dengan PAS ni, kerana PAS hari tu bermuzakarah dengan UMNO, mengikut sumber, nyaris-nyaris PAS menghulurkan salam perpaduan dengan UMNO, Hadi Awang di katakan sudah memberi lampu hijau kepada nasaruddin mat isa dan mustafa ali untuk berbincang tentang pembahagian jawatan dan portfolio sekiranya PAS menyertai BN , cepat-cepat anwar menggunakan balaci-balacinya dalam PAS untuk menghasut orang tua nyanyok Nik Aziz tu supaya campur tangan supaya PAS tidak menyertai BN.

Jika apa yang berlaku sekarang ini di ambil kira, tidak mustahil PAS akan mengadakan satu lagi muzakarah dengan UMNO dan jangan terkejut PAS akan menjadi salah satu parti komponen BN dalam pilihanraya yang 13 nanti... di harap sekiranya PAS menjadi parti komponen BN kelak, diminta PAS BUANG LA PERANGAI BODOH,SOMBONG dan BERLAGAK tahap DEWA tu.



Darul Ehsan Today

Selasa, 10 Februari 2009

Raja Petra bukan setakat mahu bunuh Anwar..

Saya tidak fikir keratan media The Star yang sedang berlegar di internet yang memetik kata-kata Raja Petra Raja Kamaruddin, blogger upahan Yayasan Kristian Jerman mahu membunuh tuannya, Anwar Ibrahim.
Saya tidak fikir begitu, tetapi saya fikir sebaliknya.Kenyataan media Raja Petra seperti yang dipetik oleh The Star sebagai susulan kenyataan karpal Sighn yang telah melayakkan batang tubuh Anwar Ibrahim sebagai faktor penyebab tumbangnya kerajaan PR di Perak.
Kenyataan Raja Petra itu sebagai peluru untuk menuetralkan semula hujah Karpal. Tidak adil menyalahkan Anwar Ibrahim seorang diri, sebaliknya perlu juga dipersalahkan Lim Kit Siang (Penasihat Kebangsaan DAP) dan Datuk Seri Abdul Haji Awang (Presiden PAS) kerana ketiga-tiga pihak itu terlibat dalam membina kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Bermakna semakin tersebar keratan media itu, semakin berjaya Raja Petra menjadikan ketiga-tiga pihak itu bersalah. Bukan Anwar Ibrahim seorang yang patut dipersalahkan, kata Raja Petra.Anwar Ibrahim sudah dilihat oleh hampir majoriti rakyat Malaysia orang yang menjadi punca keruntuhan kerajaan PR itu. Karpal cuma mengesahkannya apa yang telah oleh orang lain sebelum itu.
Tetapi Raja Petra memasukkan dua tokoh lain untuk dipersalahkan, iaitu Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Haji Awang. Dalam hati kecil Raja Petra, di antara Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang, siapakah yang paling bersalah ?Saya fikir, niat Raja Petra sebenarnya untuk mengurangkan fokus keterlaluan kepada Anwar Ibrahim tetapi perlu difokuskan kepada dua tokoh lain. Siapa yang paling bersalah, menurut percaturan Raja Petra ?
Sebelum ini Raja Petra mempunyai dendam peribadi kepada Presiden PAS hingga dilukis wajah Presiden PAS sebagai "Wanted". Semua ini dilakukan semata-mata untuk membela Anwar Ibrahim yang dibelasah oleh Presiden PAS dalam akhbar tabloid Harakah.Bermakna Raja Petra pernah mempunyai rekod buruk kepada Presiden PAS. Tetapi Raja Petra tidak mempunyai rekod buruk kepada Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.
Malah Raja Petra sanggup lakukan apa sahaja kepada Anwar Ibrahim. Dari Anwar dipenjara, wujudlah Free Anwar Campaign (FAC), hingga Anwar dibebaskan, maka wujudlah Malaysia-today.
Malah Raja Petralah pemuja Anwarisme nombor wahid. Ketika kejayaan PR dalam pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini, Raja Petra seperti media antarabangsa meletakkan faktor kejayaan itu hanya FAKTOR ANWAR IBRAHIM. Tetapi ketika strategi Anwar semakin hilang auranya dan berakhir dengan runtuhnya kerajaan PR di Perak, Raja Petra seperti media antarabangsa tidak meletakkan kesalahan seratus peratus kepada Anwar Ibrahim, tetapi turut dipersalahkan Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang.
Itu baru benar-benar adil.
Jadi jangan diperlekeh sumbangan Raja Petra kepada Anwar Ibrahim. Raja Petra, anak kelahiran kacukan Mat Salleh, pemikirannya lebih condong kepada Barat. Jadi di sinilah titik pertemuan pemikiran Raja Petra dan Anwar Ibrahim.
AIDC

Sabtu, 7 Februari 2009

Strategi 16/9 makan diri: Kerajaan PR Perak tumbang !

TIDAK diberitahu pun seluruh rakyat negara ini sudah sedia tahu bahawa melalui projek 16/6 (singkatan dari 16 Sepember 2008), Pakatan Pembangkang (PR) berkepalakan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kini ketua pembangkang), kerajaan Barisan Nasional (BN) bertunjang, berpaksi, bertiang seri, berpasak dan bertulang-belakangkan Umno mahu ditumbangkan melalui taktitik ahli-ahli parlimen, terutama dari Sabah akan melompat parti.

Anwar sebelum datang dan perginya 16/9 cukup yakin pelan dan strategi yang lebih bersifat mimpi pada siang hari itu akan menjadi realiti walaupun mimpinya itu umpama sang pungguk yang mahu mengait bulan tinggi di awan menggunakan batang bemban. Mengikut bari, kerana gila berahinya kepada puteri bulan, malah kerana mahu menunjukkan kehebatan dan kekayaannya,sang pungguk akan membunyikan suaranya bila bulan mengambang, kononnya untuk menunjukkan bahawa ia sedang tempa emas, suasa, perak dan tembaga yang setiap satunya sebesar bulan untuk dihantar sebagai hantaran bagi memperbinikan puteri bulan.

Sebagaimana sang pungguk dengan mimpi yang tidak menjadi realitinya, maka Anwar dengan PR juga gagal merealitikan pelan dan matlamat 16/9 kerana tidak ada mana-mana ahli parlimen BN, termasuk di Sabah yang menjadi sasaran dan matlamatnya supaya melompat parti tidak menunjukkan rasa 'pecah lior' untuk menyertai pelan Anwar untuk 'nyahkan' BN dari menjadi kerajaan. Ramai yang menganggap pelan yang diatur, dirancang dan diselenggarakan Anwar itu sebagai tidak demokratik tetapi tidak dihiraukan, malah pada kempen pilihanraya kecil kawasan parlimen Permatang Pauh yang diadakan apabila wakil rakyatnya, Datik wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi kawasan berkenaan bagi memberi laluan kepada Anwar yang juga suaminya, maka dicipta slogan dari Permatang Pauh ke Putrajaya.

Memberi laluan kepada Anwar ke parlimen adalah antara pelan PR untuk menumbangkan kerajaan dan bagi memberi laluan supaya Anwar mencapai impiannya yang juga impian kalangan yang taksub kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri, kononnya tidak ada tokoh yang lebih layak dan paling sekun-rasi menjadi perdana menteri selain dari tubuh bernama, badan begelar Anwar Ibrahim. Tetapi yang jelas, pelan 16/9 terus berlalu bagaikan debu di atas tunggul yang disepuh angin lalu, umpama masuk angin keluar asap dan meninggalkan punca penyakit dalam badan perokok.Kerananya juga keyakinan majoriti terhadap apa yang Anwar cakap mula goyah. Malah di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri, apatah lagi dalam PR, mula timbul riak-riak krisis keyakinan terhadap kewibwaan Anwar.

Apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Datuk Nasaruddin Hashim isytihar menyertai Umno, ianya menjadi antara pil perangsang kepada PR, terutama PKR, lebih-lebih lagi Anwar yang cakap-cakapnya mula dipertikaikan apabila pelan 16/9 tidak menjadi. Kononnya ramai lagi wakil rakyat BN, tertama dari Umno akan sertai PR dengan menyertai PKR, antaranya dari Negeri Sembilan. Tetapi hanya dalam tempoh sepuluh hari Datuk Nasaruddin masuk PKR, Keajaan PR yang bermenteri-besarkan (lebih tepat kalau disebut bermengkorangkan) tokoh dari Pas sebagai peneraju, kegembiraan PR telah bertukar dengan kekeceawaan dan kehampaan, malah Kerajaan PR Perak kena menerima hakakiat kehilangan kuasa di Perak dan Umno/BN kembali berkuasa di negeri yang kaya dengan bijih timah itu.

Terbukti strategi 16/9 yang Anwar cipta telah memakan diri sendiri, malah beliau serta tokoh-tokoh PR enggan menerima hakikat bahawa melompat parti itu bagi menumbangkan sebuah kerajaan yang diberi majoriti oleh rakyat adalah merupakan pelan asal yang dicipta oleh Anwar dan PR sendiri. Anwar dan PR umpama pengidap uluran yang bengkak batu alat sulitnya dan meraung kesakitan kerana terduduk atas batu kemaluan sendiri. Barangkali Gubala yang dalam ceramah sering membacakan ayat al-Quran WAMAKARU-WAMAKARALLAH dan disambut dengan takbir oleh orang Pas akan melihat berkacamatakan ayat berkenaan terhadap apa yang terjadi di Perak.

Sebijak-bijak Anwar dan PR membuat perancangan, bijak Allah lagi dalam membuat perancangan. Kerajaan Perak tidak akan jatuh kalau memang bukan itu yang ditakdirkan-Nya lyang pastinya akan lengkap dan hikmahnya. Kalau dianggap kerana kebijaksanaan Umno/BN yang membuat perancangan, maka bukan sahaja Gubala mempersendakan ayat berkenaan tetapi mereka yang menyambut bacaan ayat al-Quran berkenaan oleh Gubala dengan laungan takbirnya juga secara tidak langsung mempersendakan ayat berkenaan yang merupakan kata-kata Allah. Menentang atau tidak mengiktiraf apa yang yang berlaku berlaku di Perak bermakna menentang takdir Allah kerana hakikatnya tidak akan berlaku sesuatu perkara kalau bukan kerana dengan keizinan-Nya.

Tuanku Sultan Perak sendiri tidak ada keupayaan untuk merealitikan apa yang telah berlaku di Perak, malah baginda tidak akan berkeupayaan untuk menggerakkan walaupun hanya sebatang jari baginda tanpa keizinan-Nya. Bekas Menteri Besar Perak (yang rasanya paling pendek menjawat jawatan itu dalam sejarah negara ini) dan PR terutama pimpinan, pendukung dan penyokong Pas kena muhasabah diri, kena mencari faktor penyebab kenapa ditakdirkan usia kerajaan PR Perak yang bermenteri-besarkan tokoh dari Pas begitu singkat usianya.

Apa pun, termasuk kematian seseorang tidak akan berlaku tanpa sebab. Paling tidak pun, sebab seseorang itu mati kerana putus nyawa. Kerajaan PR Perak tidak akan tumbang dan digantikan oleh Umno/BN tanpa sebab, malah dua wakil rakyat dari PKR, seorang dari DAP dan wakil rakyat Umno yang melompat ke dalam PKR kembali melompat ke pangkuan Umno juga berlaku kerana ada sebab dan akibatnya. Tidak kira siapa pun, sama ada jamaah masjid atau mufti sekalipun kalau cuba mencetuskan kehuru-haraan kerana enggan menerima hakikat apa yang telah berlaku di Perak, maka kualiti iman dan takwa kena dimuhasbahi kerana secara tidak langsung bila mereka berkelakuan sedemikian, bermakna mereka mempertikai hak Allah untuk mensurat dan mentakdirkan sesuatu.

Sama ada bekas Menteri Besar yang masih gila sangkak dan enggan menerima hakikat bahawa amalan demokrasi dan suratan serta takdir telah nyahkannya dari kedudukan sebagai menteri mahu pun para pendukung dan penyokong PKR, masing-masing kena berusaha mencari sebab dan faktor kenapa kerajaan PR terlalu pendek usianya di Perak. Kalau mahu dikatakan Umno/BN bijak merancang untuk menjatuhkan kerajaan PR, apakah Umno/BN cukup berkuasa dan mampu untuk leburkan kerajaan PR tanpa keizinan-Nya. Kenapa Allah mengizinkan kehancuran kerajaan PR dan mengizinkan kerajaan Umno/BN kembali berkuasa di Perak?

Ianya boleh dijawab dengan saksama kalau jawapan yang dibuat berteraskan iman dan takwa. Dari sudut ketokohan antara Nizar (bekas menreri besar) dengan Zambry (menteri besar sekarang), rakyat boleh nilai sendiri kerana Zambry menghabiskan banyak masa belajar di UIAM. Sejahil-jahil Zambry kerana menjadi orang Umno yang sering dijahilkan oleh Pas khususnya, tak 'kanlah sebagai lepasan UIAM, Zambry sampai jahil teropong. Tidak mustahil Zambry di sisi Allah lebih alim dari Nizar, kalau tidak masakan ditakdirkan berlaku pertukaran kedudukan sebagai Menteri Besar Perak. Kesimpulannya, sebagai manusia, kita kena berhenti memperjahilkan orang lain, juga jangan skali-kali mendahului takdir kerana sehebat mana pun perancangan manusia, natijahnya tidak akan mampu mengatasi perancangan Allah.

Percaya dan yakinlah bahawa apabila Allah mentakdirkan kerajaan di Perak dan jawatan menteri besar bertukar tangan, maka itu adalah yang terbaik bagi rakyat Perak. Jika kepercayaan itu disimpan dalam dada dan dalam kepala, maka tidak akan ada yang sanggup melakukan huru-hara, merancang dan menyertai demonstrasi yang lazimnya akan membabitkan mereka yang kecewa, hilang pedoman dan tohor iman. Apa yang berlaku di Perak kena dilihat sebagai antara bayaran tunai Allah terhadap perancangan jahat, termasuk pelan 16/9 untuk menjatuhkan kerajaan negara ini secara tidak demokratik. Selebihnya lu-lu semua fikirlah sendiri!

meli-kapak-jangak