Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 2 Oktober 2013

Bekas Pemimpin DAP Pertikai Status Melayu Zairil?


Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mempertikaikan kekalahan tujuh calon 'Melayu Asli' yang bertanding pada Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP baru-baru ini.

Presiden KMPP yang juga bekas Pemimpin DAP, Rahmad Isahak berkata, salah seorang CEC, Zairil Khir Johari yang menang pada Kongres Khas DAP baru-baru ini tidak boleh dianggap sebagai mewakili kaum Melayu kerana mempunyai pertalian darah Cina daripada sebelah ibunya.

"Persoalannya, kalau DAP mampu membantu orang Melayu, bagaimana mungkin kesemua calon 'Melayu Asli' berkenaan boleh kalah?" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Malaysiakini baru-baru ini!


Beliau juga menegaskan, dasar DAP yang mengamalkan perkauman telah menyebabkan para perwakilan tidak menerima calon Melayu membarisi kepimpinan parti tersebut.

"Kenyataan-kenyataan yang berbau perkauman serta pembohongan-pembohongan yang berterusan tersebut telah membawa kepada kesemua tujuh calon Melayu asli kecundang serta ditolak oleh perwakilan.

Rahmad telah bertindak keluar dari DAP setelah kecewa dengan kepimpinan yang diterajui Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.

Keputusan CEC pada 29 September lalu menyaksikan Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera telah berjaya terpilih setelah mendapat 1,132 undi, sekali gus meletakkannya di tangga ke-12.

Manakala tiga calon Melayu yang kalah tipis pada pemilihan semula CEC termasuk Senator Ariffin SM Omar (441), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (441) dan Ahmad Ton (351).

Wasabi Oyabun..

Khamis, 26 September 2013

Anwar Kini Di New York Mengadu Kepada Al Gore & CFR?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini berada di New York berjumpa dengan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Al Gore dan berforum di badan pemikir AS, Council Foreign Relation (CFR).

Twitter Anwar 10 jam lalu menyebut, Anwar bermesyuarat dengan Al Gore dan Mary Robinson di pejabat CFR berjumpa dengan Richard Haas dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Kewangan AS).

Al Gore merupakan Pengerusi Generation Investment Management (GIM) merupakan individu yang lantang menyokong perkahwinan sejenis.


Wartawan Malaysiakini, Kuek Ser Kuang Keng dari New York melaporkan Anwar telah memberi amaran kepada kerajaan Malaysia dan Suruhajaya Pilihanraya (SPR) agar tidak melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

“Jika mereka meneruskan (dengan persempadanan itu), akan ada masalah. Saya boleh berjanji kepada anda, di Parlimen dan di luar Parlimen , kami akan menjadikan ia satu isu utama, kita tidak akan mengalah ,” katanya.

Mengikut Perlembagaan, SPR perlu membentangkan satu persempadanan pilihan raya baru ke dalam Dewan Rakyat untuk dibahaskan, setiap lapan hingga 10 tahun sekali.

Kali terakhir ia dibuat pada tahun 2003 iaitu menjelang pilihan raya umum 2004.

Kini, masanya sudah melebihi 10 tahun. Oleh itu, SPR mahu tidak mahu terpaksa membuat persempadanan tersebut.

Wasabi Oyabun.

Rabu, 25 September 2013

Yuktes : Cubaan Padam ‘Terlibat Aktiviti Homokseksual’ Gagal Bersihkan Anwar Biseksual?


Bekas pembantu kepada pasukan pembelaan Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay berkata walaupun Ketua Umum PKR berjaya memadamkan satu perenggan penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertamanya, namun beliau tetap gagal membersihkan dirinya sebagai seorang biseksual.

Kes liwat pertama Anwar dituduh bersubahat dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa di Kuala Lumpur, di antara Januari dan Mac 1994.

Menurutnya imej Anwar terpalit sebagai seorang biseksual bukan semata-semata bergantung terhadap satu perenggan penghakiman Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004 itu, sebaliknya ia juga turut tercatat dalam penghakiman dalam Mahkamah Tinggi bagi kes liwat kedua.

Kes liwat kes kedua, Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun 2008 di 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang hingga 4.30 petang.

“Tujuan Anwar berbuat demikian seperti biasa bertujuan untuk menimbulkan persepsi. Walaupun Anwar berjaya padam perenggan tersebut, namun masih ada beberapa sumber bukti lain, antaranya penghakiman kes liwat kedua, di mana bagaimanakah DNA Anwar ditemui di dalam dubur didapati Saiful.

“Dakwaan ini turut dipersetujui oleh pakar Anwar sendiri iaitu Dr Mac Donald, malah pakar luar negara itu hanya membidas jangka masa kesuburan sperma yang dirujuk melalui journal Allard, sebuah journal perubatan.

“Bermakna Dr Mac Donald mengesahkan DNA yang ditemui dalam dubur Saiful itu adalah DNA Anwar,”kata Yuktes.

Yuktes berkata demikian ketika mengulas kenyataan Senator Ezam Mohd Nor yang menegaskan pendiriannya terhadap Anwar tidak akan berubah sekalipun bekas mentornya itu berjaya berjaya memadamkan satu perenggan penghakiman Mahkamah Persekutuan tersebut.

Ezam : "Cubaan Anwar Padam 'Terlibat Aktiviti Homoseksual ' Tidak Kembalikan Keyakinan Saya"

Pada 2 September 2004, Mahkamah Persekutuan daripada tiga panel hakim, Datuk Abdul Hamid Mohamed, Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud dan Datin Paduka Rahmah Hussain membebaskan Anwar dengan keputusan majoriti 2-1 terhadap pertuduhan meliwat Azizan yang dijatuhi hukuman bersalah sebelum ini.


Abdul Hamid merangkap ketua panel tiga hakim dari Mahkamah Persekutuan itu telah membuat ulasan berikut: “kami mendapati wujud keterangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan ) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku…”.

Anwar Pohon Mahkamah Keluarkan Frasa "Terlibat Aktiviti Homoseksual'

Yuktes menambah, dalam kes liwat kedua, sifat dan perwatakan Anwar sepanjang perbicaraan meletakkan dirinya sebagai seorang bersalah dengan tidak berani memberi keterangan di kandang saksi dan gagal menyediakan alibi untuk membela dirinya.


“Apabila Anwar meminta untuk diberi ikat jamin untuk kes liwat kedua, peguam dia memberi alasan kepada mahkamah bahawa mereka mempunyai seorang saksi alibi.

“Sehingga tamat perbicaraan, tiada seorang pun saksi alibi yang dicatat dalam senarai saksi alibi yang dihantar kepada mahkamah sebelum ini dipanggil. Bermakna Anwar telah menipu mahkamah dengan berbohong berkaitan saksi alibi.

“Malah, keengganan Anwar untuk naik ke kandang saksi bagi menjawab tuduhannya juga meragukan. Kononnya dia tidak diberi keadilan yang sewajarnya, tetapi itu adalah satu pembohongan.

“Ingat lagi berapa kali mahkamah ditunda atas permohonan peguam Anwar ? Soalnya kenapa Anwar meminta Saiful secara spesifik menghantar dokumen itu pada masa, tarikh, dan tempat yang dituduh di mahkamah. Kenapa Anwar tidak suruh Ibrahim Yaakob sendiri yang hantar,”katanya.

Kata Yuktes lagi usaha Anwar memadamkan perenggan itu bukan bertujuan untuk membersihkan maruahnya, sebaliknya mahu menyaman sesiapa sahaja yang membangkitkan persoalan perenggan tersebut.

“Hakikatnya saya tahu kebenaran itu, malah Anwar juga tahu kebenarannya. Ini bukan soal maruah dia, ini adalah untuk persepsi sebab satu perenggan ayat itu tidak akan dapat memadamkan kebenaran yang Ezam, Nallakarupan, Anuar Shaari, Zulkifli Noordin dan saya tahu.

“Dia nak padam perenggan itu agar dia boleh saman sesiapa yang panggil dia biseksual. Itu sahaja,” tegasnya.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 23 September 2013

Chin Peng bukan warganegara, abu mayat tak boleh masuk negara ini !!


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak mempunyai rekod kerakyatan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng merupakan warganegara Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini berdasarkan semakan JPN yang tidak mempunyai rekod mengenai beliau.

"Berdasarkan JPN, Perjanjian Hatyai telah diberikan dua kali (peluang) kepada beliau tetapi malangnya beliau menolak.

"Dan mengikut semakan yang dilakukan JPN tidak ada rekod yang menyebut bahawa Chin Peng pernah menjadi warganegara Malaysia kecuali beliau menggunakan nama lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kewajaran abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke negara ini berdasarkan Perjanjian Hatyai 1989 yang ditandatangani bekas Setiausaha Agung PKM itu dengan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara pada masa itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan desakan pihak tertentu yang masih menuntut kerajaan supaya membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara.

"Bagi saya bukan soal perundangan sangat tetapi soal kemanusiaan, rasa kemanusiaan, rasa tergurisnya perasaan mangsa-mangsa yang telah terbunuh ketika Chin Peng menjadi ketua PKM," katanya.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 22 September 2013

Tuan Tat Hairan Kit Siang Dominasi DAP Selama 47 Tahun?


Bekas Pengerusi DAP cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat melahirkan rasa terkejut dengan penguasaan Lim Kit Siang terhadap parti itu selama 47 tahun, sedangkan rakan-rakan politik yang seangkatan dengannya sudah bersara politik.

Kit Siang menjawat jawatan Setiausaha Agung DAP sejak tahun 1998, meninggalkan jawatan itu, tetapi menaiki satu lagi hireaki politik, Pengerusi DAP pada tahun 1999.

Pada tahun 2004, Kit Siang melepaskan jawatan Pengerusi DAP untuk diganti dengan Karpal Singh, namun dalam masa sama menaikkan anaknya, Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agung DAP.

Dalam masa sama, satu jawatan khusus diwujudkan kepada Kit Siang sebagai ‘Penasihat DAP’, satu jawatan yang mendominasi jawatan-jawatan lain dalam parti itu.

“Saya pun terkejut dengan apa yang disifatkan sebagai bapa dengan anak itu. (Itu) adalah satu kenyataan.



“Sebagai umat Tuhan ini, saya pun hairan, macam mana dia (Kit Siang) boleh dapatkan kuasanya sampai 47 tahun. Sedangkan Tun (Dr Mahathir) sudah lepaskan jawatan Perdana Menteri.

“Hanya dia seorang sahaja yang belum. Saya rasa lah apabila mereka lepas jawatan ini, mereka akan mati,”katanya.

Menurut Tuan Tat lagi akar umbi DAP mula buka mata tentang penguasaan bapa-anak dalam parti itu setelah berlaku insiden penyelewengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tahun lepas.

“Parti ini bukan bapa punya parti (atau) anak punya parti. Sebenarnya, bapa dia sebagai penasihat. Dia (Kit Siang) dah tahu, ini adalah salah. Dia harus cerita dengan anaknya. Ini dah tak betul, jika mereka betul-betul sayangkan parti itu, “katanya lagi!

Wasabi Oyabun..

Manipulasi Perlembagaan DAP, Strategi Utama Dinasti Lim Terus Berkuasa?


Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor mendakwa terdapat satu senarai terpilih yang direstui oleh kepimpinan tertinggi DAP, dapat berkempen dengan lebih cekap kerana memiliki senarai perwakilan yang akan mengundi sedang berkempen untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.

Zulkifli dilaporkan Malaysiakini berkata beliau tidak termasuk dalam senarai terpilih tersebut dan tidak dibekalkan senarai perwakilan daripada ibu pejabat DAP.

Walaupun Zulkifli tidak menamakan pemimpin atasan DAP yang dimaksudkan itu, namun sudah diketahui umum, ia merujuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang melalui proksi anaknya Lim Guan Eng yang menjadi Setiausaha Agung DAP.

“Senarai itu tidak diedarkan kepada calon-calon lain. Mereka dah ada (senarai). Saya tak ada (senarai) dan saya terpaksa berkempen dalam ‘gelap’,” katanya.

Zulkifli yang merupakan seorang daripada lapan orang calon Melayu yang merebut 20 tempat dalam CEC.


Pendedahan terbaru Zulkifli itu menyamai pendedahan Peter ahli DAP di sebuah cawangan di Johor yang ‘membuka’ blog thedapinsider sejak beberapa hari lepas.

Dalam tajuk “Pembohongan keluarga Lim mempertahankan kuasa dalam DAP,” Peter mendedahkan Dinasti Lim, merujuk kepada keluarga Kit Siang dan anaknya Guan Eng berjaya mendominasi DAP sejak dari tahun 1968 dengan cara memanipulasi perlembagaan parti itu.

“Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

“Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

“Parti DAP tidak mempunyai bahagian di setiap Parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja,” dedahnya.

Menurutnya, setiap cawangan DAP dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu cawangan yang mendapat sijil A dan cawangan yang menjadi Sijil B yang ditentukan oleh Setiausaha Agung DAP.

Ahli-ahli cawangan yang mendapat sijil A layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC, manakala ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati tetapi tidak mengundi.

“Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi.


Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.

“Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya,” dedahnya.

Selain strategi pembahagian sijil, Peter turut mendedahkan taktik kedua Dinasti Lim untuk terus berkuasa dengan cara ‘pemilihan 20 CEC tanpa menamakan jawatan’.

“Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

“Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit.

Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

“Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.”

Menurut Peter dua taktik memanipulasikan perlembagaan DAP itu adalah rahsia besar Dinasti Lim terus berkuasa dalam parti itu sejak 50 tahun lalu.

“Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.

“Kit Siang tahu dia sekarang sudah di hujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang.

Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.

“Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP,” dedahnya lagi.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 21 September 2013

‘Retreat’ Selangor Ke Bangkok Diragui?


Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor (PERKASA), Abu Bakar Yahya menyuarakan keraguan terhadap agenda Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan mesyuarat Exco negeri di Bangkok yang bermula semalam dan hari ini.

Abu Bakar dilaporkan Antarapos berharap ‘retreat’ kerajaan Selangor itu tiada kaitan dengan kematian Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Isnin lalu.

“Penjelasan itu penting bagi menafikan dakwaan mereka pergi ke sana juga bertujuan menziarahi mendiang Chin Peng, yang mati, Isnin lalu.

“PERKASA Selangor berharap pemergian mereka ini tiada helah lain. Apapun, biar rakyat menilai sama ada benar-benar untuk rakyat negeri ini atau sebaliknya,” katanya.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata tindakan kerajaan negeri itu satu pembaziran wang rakyat.

“Tujuan mesyuarat Exco untuk mendapatkan hasil dan tidak semestinya diadakan di luar negara. Apa keperluan untuk bermesyuarat di sana.

“Abdul Khalid perlu jelaskan kerana sebelum ini beliau mendabik dada kononnya menguruskan belanjawan berhemat.

“Lawatan seperti ini pasti membabitkan implikasi kewangan kerana pegawai kerajaan negeri juga turut dibawa. Di mana punca kewangan untuk lawatan itu kerana jika tidak, ia pasti dianggap membazirkan wang rakyat,” katanya.

Semalam blog the Unspinners mendakwa seramai 18 orang terdiri daripada Exco dan pegawai kerajaan negeri Selangor telah bertolak dari KLIA pada 18 Sep 2013 jam 10:00 pagi ke Bangkok.

“The Unspinners mendapat maklumat bahawa exco Selangor akan mengadakan Mesyuarat Exco Negeri Selangor di World Club Hotel, Bangkok, Thailand dari hari ini 18hb ke 20hb.

“Dipercayai mesyuarat di adakan di situ bersempena kematian Chin Peng. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah usaha kerajaan Pakatan Rakyat mahu pertahan saham politik dengan sebahagian masyarakat Cina untuk memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng.

“Segala perbelanjaan pemergiaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor dan dengan demikian bermakna kerajaan Selangor menghormati pengganas,” dakwa blog itu.-AIDC

Wasabi Oyabun..