Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 22 Mac 2012

Pembangkang 'double standard' terhadap projek Lynas!


Dewan Rakyat semalam baru sahaja meluluskan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai Lynas untuk menyiasat sama ada kilang tersebut benar-benar bahaya atau tidak.

Namun, yang mendukacitakan sungguh apabila ahli-ahli Parlimen pembangkang riuh-rendah membantah dan tidak menyokong undian tersebut. Mereka mendakwa, tindakan kerajaan menubuhkan PSC itu hanya cubaan untuk menutup keburukan terhadap pusat nadir bumi milik syarikat Australia itu.

Nasib baiklah BN menang dalam undian berkenaan. Dan seperti mana perilaku pembangkang sebelum ini, Dewan Rakyat semalam menyaksikan Ahli-Ahli Parlimen DAP sebulat suara tidak mahu menganggotai jawatankuasa tersebut.

Di sebalik bantahan DAP ini, isu Lynas sebenarnya lebih kurang serupa dengan bantahan pihak tertentu terhadap projek loji pengeluaran panel solar yang akan dibina di Batu Kawan, Pulau Pinang. Wujud desakan yang mahukan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menghentikan segera projek berkenaan meskipun dakwaan kerajaan negeri ia telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini.

Mengapa wujud double standard pula antara panel projek di Batu Kawan ini dengan Lynas? Pembinaan loji pengeluaran panel solar itu pun dikatakan akan menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar dan menjejaskan kesihatan.


Antara bantahan yang diterima adalah daripada nelayan dan pengusaha makanan laut yang mendakwa kehidupan mereka akan tercemar dengan sisa toksik apabila loji panel solar dibina di situ.

Sebagai sebuah kerajaan negeri pakatan pembangkang yang sering melaungkan ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat negeri ini, sepatutnya Guan Eng mendapatkan pandangan rakyat sebelum melaksanakan projek itu.

Dengan dikatakan pembinaan loji panel solar itu amat serius dan kerajaan DAP Pulau Pinang ada pilihan untuk tidak membina kilang berkenaan di negeri ini, maka mengapa DAP tidak melayan tuntutan Parti Cinta Malaysia (PCM) supaya diwujudkan jawatankuasa siasatan sama dalam kes Lynas.

Alasan Dr. Hatta Mohd. Ramli (Pas-Kuala Krai) yang mencelah hujah Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) sebelum ini dengan mempersoalkan tentang keperluan penubuhan PSC dalam isu Lynas ekoran terdapat kenyataan daripada bakal pengerusi PSC, Datuk Seri Khaled Nordin berkenaan projek itu, juga agak dangkal.

Hatta merujuk perkara itu bahawa 'sudah ada kenyataan daripada menteri bahawa penubuhan PSC adalah untuk mengubah tanggapan negatif rakyat terhadap projek tersebut', justeru, tidak perlulah penubuhan PSC berkenaan.

Namun, kalau betul sungguh pakatan mahukan ketelusan, biarkanlah penubuhan PSC berkenaan dan sokonglah.



Kenyataan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) semalam bahawa kononnya pembangkang berharap dapat ambil bahagian (dalam PSC), tetapi tiada makna atas alasan 'kalaupun PSC isytihar ia berbahaya, pentadbiran BN akan memanipulasi situasi itu', itu pun hanya sandiwara beliau sahaja. Mengapa kalau betul pakatan pembangkang jujur dalam kes Lynas, tidak pula memberi peluang kepada PSC untuk membuktikan kebenaran?

Di sebalik ini semua, tindakan pakatan pembangkang tidak menyokong undian supaya diwujudkan PSC isu Lynas juga hampir sama dengan kes di mana suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat video lucah Anwar. Bila siasatan dijangka tidak akan menguntungkan mereka, pasti mereka akan membantah penubuhan PSC tersebut.

Nampak sangat pakatan pembangkang tak sanggup menerima kebenaran. Double standard sungguh!-UMO

Wasabi Oyabun..

Isnin, 19 Mac 2012

Isu Amah : Ketua AMK Marah Gajinya Lebih Murah Dari Rm700?


Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak kerajaan memperincikan semula butiran perbincangan yang telah diadakan dengan kerajaan Indonesia berhubung soal pengambilan pembantu-pembantu rumah dari negara itu di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang dicapai tahun lalu.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya juga mahu Malaysia mengkaji semula peraturan baru ini agar rakyat dan golongan muda berpendapatan sederhana khususnya tidak terus tertindas.

Shamsul Iskandar mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usma, antara lain menyatakan bahawa satu persetujuan telah dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia berhubung hal ini.

"AMK berpandangan, dasar ini mempunyai ruang yang besar untuk dipertikaikan. Ini kerana kadar tersebut, yakni RM700 untuk satu tugasan spesifik, adalah jelas tidak berkadaran dengan pendapatan isi rumah khususnya golongan muda yang berpendapatan sederhana," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Menurut beliau, keadaan kos sara hidup yang semakin meninggi di Malaysia mendesak suami dan isteri bekerja bagi menjamin pendapatan isi rumah keluarga boleh menampung kos sara hidup harian.

"Justeru, khidmat pembantu rumah ini seakan menjadi satu keperluan khususnya bagi golongan muda berpendapatan sederhana," kata beliau.

Oleh itu katanya, sesuatu yang menimbulkan keraguan bagaimana JTF yang ditubuhkan tidak mengambil kira maklumat-maklumat asas mengenai pendapatan isi rumah majoriti masyarakat di Malaysia dan bandar-bandar utama seluruh negara.

"AMK melihat ini berpotensi berlaku atas kegagalan kerajaan untuk melihat isu dan permasalahan sebenar sehingga membawa kepada konotasi yang salah dalam perundingan yang telah dilangsungkan dengan kerajaan Indonesia," katanya.

Wei..Syam Ketot..tak payah le kamu nak tunjuk baik untuk menjuarai isu amah ini kerana semua tak bersetuju dengan apa yang pihak Indonesia tuntut! Sepatutnya kamu kena jawap mengapa komplot PKR bersubahat dengan kuasa asing hendak menjatuhkan kerajaan yang sedia ada? Jangan nak divet isu...!!!

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 17 Mac 2012

Kerjasama dengan KAF memang wujud!


Dakwaan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta bantuan serta menjalin kerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kaitan dengan Yahudi iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) bukanlah tuduhan melulu.

Sebaliknya, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman memberitahu, KAF memang telah lama membantu PKR dalam bentuk bantuan dana kepada Institut Kajian Dasar (IKD) yang merupakan penjana idea kepada Anwar serta parti itu.

Rahimi turut mengesahkan segala dakwaan yang dibuat oleh Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed semalam berhubung hubungan Anwar, PKR dan KAF adalah benar.

"Saya mengesahkan segala dakwaan yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd. Zin itu kerana pada pengetahuan saya, memang KAF terlibat secara aktif membantu PKR dan beberapa NGO lain yang pro pembangkang.

"Alasan KAF membantu parti itu dan Anwar adalah kononnya untuk menyuburkan demokrasi dan liberalisme di negara ini.

''Bagaimanapun kita perlu memahami bahawa sekiranya mereka (pembangkang) menang (pilihan raya), pasti akan ada campur tangan asing dalam urusan pentadbiran negara," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Mohd. Zin semalam bahawa PKR meminta bantuan KAF untuk memenangi pilihan raya di negara ini.

Mohd. Zin berkata, KAF merupakan sebuah pertubuhan yang membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui sebuah jawatankuasa yang dikenali American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang turut didakwa mempunyai kaitan dengan Anwar.

Beliau memberitahu, dalam membantu PKR, KAF dikatakan menggerakkan operasi di negara ini melalui dua pendekatan yang dikenali sebagai 'dialog politik' termasuk ceramah dan 'pembangunan media' untuk merealisasikan agenda tersebut.

Katanya, selain KAF, salah satu cabang di bawah NED iaitu National Democratic Institute for International Affairs (NDI) didakwa turut terlibat secara langsung membantu PKR dan Anwar dari sudut pemberian dana dan buah fikiran untuk menguasai politik di negara ini.

Seorang lagi bekas Setiasuaha Sulit Anwar, Anuar Shaari turut mengesahkan kerjasama berkenaan. Malah, beliau mendakwa Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar turut mengetahui serta terlibat dengan kerjasama itu sewaktu bersama IKD.

"Apa yang didedahkan itu memang benar-benar berlaku dan ia bukanlah perkara baru. Kursus kepimpinan PKR di peringkat negeri dan cabang juga banyak menerapkan perkara-perkara seperti dinyatakan oleh Mohd. Zin," jelasnya.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 16 Mac 2012

Anwar 'kecut teloq' takut nak berdebat dengan Raja Petra?

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim enggan berkongsi pentas dengan blogger Raja Petra Kamaruddin dalam satu forum anjuran Wikileaks untuk membincangkan senario politik global.

Berikuatan permintaan dari Anwar, Raja Petra, atau lebih dikenali sebagai RPK telah diketepikan dari menyertai forum berkenaan. Forum itu dijadual akan diadakan Sabtu ini di Kent, England dan perbincangan di forum itu pada asalnya dirancangkan disertai oleh RPK, Anwar dan pengasas Wikileaks, Julian Assange.

Anwar dirancangkan menyertai forum itu melalui perhubungan komunikasi menggunakan Skype dan perbincangan berkenaan akan dirakamkan bagi satu dokumentari untuk Wikileaks, bagaimanapun selepas keengganan Anwar meyertainya jika RPK turut diundang sama menyaksikan foum berkenaan hanya disertai oleh beliau dan Assange.

Dalam pada itu, RPK dilaporkan sebagai berkata kepada sebuah akhbar portal, Free Malaysia Today (FMT)," Saya mendapat panggilan dari Wikileaks bahawa Anwar tidak bersetuju saya menyertai forum itu."

Beliau seterusnya membidas Anwar kerana mendakwa beliau (Anwar) gentar berhadapan dengannya di perbincangan berkenaan yang juga merangkumi keadaan semasa arena politik di Malaysia.

“Bagaimana Anwar mahu berdebat dengan Najib jika dia terlalu takut untuk berhadapan dengan saya ? Dia sepatutnya mencuba dulu dengan saya sebelum berhadapan dengan Najib," persoalnya lagi.

"Juga ia menunjukkan Anwar tidak menghormati dan menerima kebebasan media dan bantahan atau perbezaan pendapat," katanya lagi.

"Dia (Anwar) hanya berurusan dengan mereka yang menyokongnya dan bersetuju dengannya. Jika inilah Anwar sebagai pemimpin pembangkang, saya menggigil memikirkan bagaimana rupanya jika dia menjadi PM (Perdana Menteri)," beliau dipetik berkata kepada media portal berkenaan.

RPK, mendedahkan portalnya Malaysia Today telah mengadakan persetujuan dengan Wikileaks bagi membolehkan blognya menyiarkan semua pendedahan berkaitan Malaysia. Kontrak berhubung persetujuan berkaitan telah ditandatangani beberapa minggu lalu.

Sebelum ini, RPK merupakan penyokong kuat Anwar bermula sejak zaman awal Reformasi, bagaimanapun sejak beberapa bulan lalu beliau telah mengkritik Anwar secara terbuka kerana mendakwa Anwar tidak memiliki visi untuk Partinya, Part Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat.

Kenapa Anwar tolak cabaran berdebat dengan Raja Petra? Takut ke dengan bekas teman sebantal? Takut semua rahsia didedahkan ke? Kesian ya! Mana 'kejantanan Anwar' yang diwar-warkan selama ini oleh Azmin? Kenapa Anwar kelam kabut hubungi Wikileaks memberi syarat yang dia tidak akan sertai debat itu jika Raja Petra turut serta..hehe kalau dah takut dan salah tu faham-faham je lah..Wallahuallam..!!!

Wasabi Oyabun..

Khamis, 15 Mac 2012

GEMPAR...!!! KURSUS PILIHANRAYA PKR OLEH 'PARASIT' NED DI SHAH ALAM HARI INI!


Petang tadi MyMassa melaporkan bahawa PKR telah bekerjasama dengan NGO dari luar negara untuk menjalankan kursus pilihan raya. Sila lihat di sini.

Sementara itu sebentar tadi seorang pembaca telah mengirimkan gambar ini kepada MyMassa. Menurut pengirim, dia mengesahkan kursus itu dan dia berada di tempat kejadian.

Ini adalah antara gambar buku yang diedarkan dalam kursus tersebut.




Seperti mana biasa, gerakan ini berselindung di sebalik nama NGO. Nik Nazmi sendiri mengakui dan mengesahkan perkara ini.



*Bukti macam ni pun pembangkang masih nak nafi mereka tak sokong Israel di Parlimen. Salah satu perkaitan antara KAF (antara NGO luar yang menganjurkan kursus tersebut) dengan Yahudi.



Sumber : MyMassa

Wasabi Oyabun..

Rabu, 14 Mac 2012

Wawancara - Kerajaan Negeri tidak jujur, dakwa Ketua Pemuda Umno Selangor!

Minggu lalu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mengadakan sesi pendengaran khas selama tiga hari mengenai tiga anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Namun begitu, Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal menyifatkan sesi tersebut hanya membuang masa kerana tidak membawa apa-apa manfaat kepada kepentingan Kerajaan Negeri dan rakyat negeri ini.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak jujur dalam menubuhkan Selcat kerana meletakkan individu berkepentingan dalam jawatankuasa itu dan hanya mengikut telunjuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. “Ini kerana tidak ada apa-apa tindakan diambil selepas sesi tersebut,” katanya dalam pertemuan baru- baru ini.

Selepas hampir sepenggal pemerintahan pakatan pembangkang di Selangor, apa yang saudara boleh rumuskan?

UNGKU SALLEH: Apa yang kita lihat semakin hari semakin banyak memperlihatkan kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri. Pelbagai masalah dihadapi seperti isu sampah, penyelewengan Yayasan Selangor, kerugian PKPS dan sebagainya. Pada hemat saya, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kecekapan dalam pentadbiran kerana mereka hanya tahu berpolitik sahaja.

Pada pilihan raya umum lalu, mereka meuar-uarkan banyak manifesto tetapi gagal melaksanakannya. Mereka mendabik dada kononnya berjaya mengumpul aset dan simpanan tunai, tetapi hakikatnya itu adalah peninggalan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Pada saya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengambil langkah drastik mengatasi kelemahan ini. Tindakan Kerajaan Negeri menubuhkan Selcat, kononnya untuk memantau penyelewengan yang berlaku hanyalah sandiwara. Individu yang dilantik mengetuai Selcat adalah kroni sendiri iaitu Datuk Teng Chang Khim yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri.

Selcat ditubuhkan semata-mata melindungi kelemahan pentadbiran, dan hanya mengikut telunjuk Menteri Besar. Jadi, saya tidak nampak kejujuran Selcat ini, yang hanya mengaburi mata rakyat kononnya Kerajaan Negeri serius mengatasi penyelewengan. Kita tahu sehingga hari ini banyak isu yang dibawa Selcat tidak selesai.

Kerajaan Negeri sepatutnya mencontohi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai oleh individu bukan ahli politik dan berkesan menjalankan siasatan serta jujur untuk menambah baik pentadbiran kerajaan.

Mengapa Kerajaan Negeri masih tidak mengaku kelemahan dalam pentadbiran dan tetap mengatakan penyelewengan berlaku sejak zaman BN?

UNGKU SALLEH: Pakatan pembangkang terlupa bahawa mereka kini mentadbir Negeri Selangor. Mereka sepatutnya tidak boleh menyalahkan orang lain kerana sudah empat tahun mereka memerintah. Sepatutnya jika melihat kepincangan dan kelemahan dalam pentadbiran, mereka perlu segera memperbaiki. Bukan menyalahkan orang lain. Malangnya mereka cuba mewujudkan persepsi dalam kalangan rakyat bahawa kesilapan itu dilakukan oleh BN.

Sampai bila hendak menjadikan orang lains ebagai kambing hitam? Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki sendiri mengakui wujud penyelewengan, mengapa tiada tindakan diambil terhadap pengakuan itu? Saya tidak teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menjadikan pengakuan Ilham ini sebagai bukti bagi SPRM menyiasat perkara ini. Rakyat Selangor perlu tahu keadaan sebenar dalam negeri ini.

Sudah ada pengakuan dibuat dalam Selcat, tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Apa komen saudara?

UNGKU SALLEH: Selcat ini hanya ditubuhkan untuk mengaburi mata rakyat yang hanya mencari kesalahan BN. Seolah-olah mereka menyiasat isu yang berbangkit, sedangkan tindakan itu hanya buang masa sahaja. Lebih baik kita laporkan kepada SPRM, yang lebih telus menyiasat perkara ini.

Selcat ini adalah mainan Kerajaan Negeri kerana tiada tindakan dan keputusan diambil oleh Selcat. Bagaimana Speaker Dun nak siasat jika isu itu berkaitan dengan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar. Ini semua adalah mainan Menteri Besar PKR.

Saudara setuju dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang menyifatkan Selcat ‘double standard’ dan tidak ubah seperti mahkamah kanggaru?

UNGKU SALLEH: Memang tidak dinafikan lagi. Malah mahkamah kanggaru lagi baik daripada Selcat. Datuk Seri Noh sebelum ini pernah mencabar Abdul Khalid sekiranya kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau salah, Noh rela melepaskan jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Tapi jika berlaku penyelwengan dalam Kerajaan Negeri, Abdul Khalid patut minta maaf secara terbuka dan letak jawatan sebagai Menteri Besar.

Saya rasa sampai hari ini Abdul Khalid tidak berani sahur cabaran itu. Kita nak lihat SPRM buat kerja, berdasarkan bukti yang ada bahawa wujud salah guna kuasa dalam Kerajaan Negeri. Pemuda Umno sendiri pernah meminta Abdul Khalid letak jawatan tetapi tiada sebarang respons. Ini kerana Menteri Besar masih dikawal oleh DAP dan pemimpin utama PKR.

Sebelum ini kita lihat wujud beberapa cabaran debat oleh PR terhadap pemimpin BN, adakah perlu debat ini dan siapakah yang layak?

UNGKU SALLEH: Salah satu debat yang kita lihat sebelum ini adalah melibatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, orang yang pakar debat boleh menilai perkara sebegini. Namun, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim nak cabar Datuk Seri Najib Tun Razak, saya rasa buang masa Perdana Menteri sahaja, kerana beliau banyak lagi perkara hendak dilakukan khususnya hal ehwal kebajikan rakyat. Saya sendiri cabar Ketua AMK Selangor untuk berdebat, biar rakyat yang tentukan siapa yang lebih baik.

Sebagai Ketua Pemuda Umno Selangor, apa pelan yang saudara rancang untuk persediaan pilihan raya akan datang?

UNGKU SALLEH: Pemuda Umno Selangor mempunyai manifesto tersendiri kerana kita melihat hari ini, Kerajaan Negeri tidak menyediakan perancangan jangka masa pendek dan panjang untuk golongan belia. Kita lihat mereka tidak serius tentang masa depan orang muda dan tidak memberi janji-janji yang jelas kepada orang muda yang sehingga kini tidak terlaksana.

Apabila kita bertanya semula, Kerajaan Negeri berkata mereka tidak pernah berjanji. Kita akan keluarkan semula manifesto mereka dahulu, kita akan ingatkan kembali rakyat tentang janji dahulu perlu diselesaikan sebelum meuar-uarkan Buku Jingga.

Kita lihat belia-belia yang menyokong BN hari ini, tiap-tiap isu akan keluar dalam blog dan Facebook. Kita yakin PR akan menghadapi tentang luar biasa daripada golongan muda. Walaupun mereka sengaja mewar-warkan, pemuda menyokong mereka tetapi kita ingin memberi ingatan kepada mereka pilihan raya kecil terakhir saluran undi tiga dan empat memihak kepada mereka.

Jangan membuat persep-si bahawa golongan muda menyokong mereka, walhal apa yang mereka buat kepada orang muda pada hari ini. Pemuda BN pada hari ini berjaya menganjurkan BN Job Fair, BN Rumah Pertama dan BN Youth Music, kesemuanya kita beri peluang kepada anak-anak muda. Kita juga beri biasiswa kepada pelajar dan meuar-uarkan kepada mereka universiti yang menjalankan pembelajaran percuma. Sedang Kerajaan Negeri sibuk berpolitik, kita telah beri peluang kepada anak muda pelbagai peluang.

Adakah saudara yakin Selangor akan kembali ditawan pada pilihan raya umum akan datang?

UNGKU SALLEH: Saya yakin. Kita tidak mahu takbur, tetapi dengan melihat anak muda pada hari ini, bersama-sama dengan kita. Golongan belia zaman sekarang adalah berbeza, mereka celik IT. Malah kita boleh lihat Perdana Menteri boleh bersama-sama dengan mereka. Mana ada dalam sejarah, Perdana Menteri duduk menonton bola sepak bersama rakyat. Denyut nadi orang muda sentiasa berada dalam hati beliau. Saya yakin undi golongan muda akan berpihak kepada kita, BN.

Apa harapan saudara kepada anak muda pada masa kini?

UNGKU SALLEH: Jangan kita terpengaruh dengan anasir-anasir jahat dan tidak sihat yang cuba dibawa parti pembangkang. Keadaan harmoni yang berlaku pada hari ini kita perlu kekalkan. Jangan terpengaruh sehingga berdemonstrasi kerana akan mengganggu ketenteraman awam dan keamanan di negara ini. Ketenteraman ini perlu dipelihara kerana seperti hari ini, jam 2 pagi pun kita boleh minum teh tarik tanpa apa-apa gangguan.

Kalau ini kita pegang dan ikut saluran yang betul, insya-Allah Pemuda Umno Selangor sentiasa terbuka menerima teguran dan kritikan kerana sebagai manusia kita tidak sempurna. Dalam satu pokok pun pasti ada dahan yang tidak elok. Anak muda perlu membuang dahan tersebut dan bukan pokoknya. Ini kerana pokok yang baru belum tentu boleh menjadi tempat berteduh.

Mungkin ia berduri. Begitu juga dengan realiti, jika tidak suka seseorang pemimpin, anak muda tidak wajar menolak terus parti dan menukar parti yang lain. Banyak perkara perlu kita lihat, jika anda fikir menukar kerajaan ini seperti menukar baju, ia salah kerana selepas ini jika tertukar, dengan air mata darah sekalipun ia tidak akan berubah dan menyesal seumur hidup.-SH

Wasabi Oyabun..

Noh Omar Saman Kerajaan Selangor Dan Adun DAP Sekincan RM 20 Juta!


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar telah memfailkan saman fitnah terhadap kerajaan negeri Selangor serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Sue Lim kerana didakwa memfitnah beliau.

Noh berkata kerajaan negeri Selangor melalui akhbar rasminya SelangorKini dalam keluaran 25 Nov-2 Dis 2011 telah menerbitkan dua artikel yang dikatakan memfitnah beliau berbunyi: "Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan" serta artikel yang turut menyiarkan kain rentang "Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani".

"Satu kita saman kerajaan negeri bersama enam yang lain termasuk sidang pengarang SelangorKini dan satu lagi kepada Adun Sekinchan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Katanya, saman sebanyak RM10 juta setiap satu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Mac lepas melalui peguamnya Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Noh berkata penerbitan kata-kata fitnah itu boleh menjatuhkan reputasi beliau sebagai anggota parlimen Tanjong Karang, menteri dan juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Mahkamah menetapkan 22 Mac ini untuk pendengaran kes tersebut!!!











Wasabi Oyabun...