Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 13 Mac 2012

PM Malaysia dan Jepun peringati ulang tahun ke-30 Dasar Padang Ke Timur!


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda bertukar-tukar perutusan khas memperingati ulang tahun ke 30 Dasar Pandang ke Timur Malaysia (LEP).

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua Perdana Menteri menegaskan bahawa LEP adalah satu petanda tentang wujudnya ikatan persahabatan dan perkongsian akrab antara Malaysia dan Jepun.

"Kedua-dua pihak melahirkan harapan bahawa Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) yang ditubuhkan di Kuala Lumpur baru-baru ini, akan maju secara signifikan sebagai pusat kecemerlangan dalam pendidikan kejuruteraan, tidak saja di Malaysia tetapi juga untuk rantau ASEAN,” katanya.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke 30 LEP Malaysia, yang diperkenalkan oleh perdana menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1982. LEP mempunyai matlamat utama menimba pengetahuan teknologi, etika kerja dan nilai-nilai kerja yang baik yang dilihat sebagai satu daripada unsur penting bagi kejayaan negara-negara membangun di Asia Timur, terutama Jepun.

Menerusi pelaksanaan LEP yang berjaya buat tiga dekad lepas, kira-kira 15,000 warga Malaysia telah mendapat manfaat menerusi pengajian dan latihan di universiti-universiti dan syarikat Jepun, terutama dalam sektor yang memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi serta penggunaan teknologi termaju.

Sementara itu, Noda dalam perutusannya kepada Najib berkata, sejak 1982, kira-kira 15,000 rakyat Malaysia datang ke Jepun untuk belajar etika kerja serta cara pengurusan dan telah menyumbang kepada pembangunan Malaysia.

Beliau berkata, pelajar dan pelatih Malaysia juga telah membantu membangunkan Malaysia manakala ramai warga Jepun yang kini tinggal di Malaysia turut memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan antara kedua-dua negara.

"Bukan untuk memperbesar-besarkan untuk menyatakan bahawa hubungan dua hala yang erat ini disokong oleh jalinan persahabatan “kizuna” yang dipupuk di bawah Dasar Pandang Ke Timur,” katanya.

Katanya, bencana alam yang berlaku di Jepun pada Mac tahun lepas telah membawa penderitaan dan cabaran kepada rakyat Jepun, tetapi ia juga menjadi satu peluang untuk memperkukuhkan lagi “kizuna” antara Jepun dan Malaysia.

"Dengan pusat sejarah dunia secara dramatik berubah dalam tempoh 30 tahun lepas, kami turut beralih ke abad Asia. Di bawah kepimpinan anda yang cemerlang, Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi baik dengan sasaran untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau yakin Malaysia akan terus memacu pertumbuhan ekonomi global sebagai sebuah pusat pertumbuhan dunia.

"Saya ingin terus bekerjasama dengan Malaysia, memperakui bahawa pembinaan semula Jepun pastinya memerlukan “kizuna” dengan Asia yang makmur dan stabil, dan sumbangan Jepun amat penting untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan Asia,” kata Noda.

Untuk memperkukuhkan lagi “kizuna” di Asia dan untuk makmur bersama-sama, beliau berkata adalah amat penting untuk Jepun dan Malaysia, di bawah LEP, untuk terus berusaha membangunkan sumber manusia yang bertanggungjawab demi untuk masa depan Asia.

"Saya percaya penubuhan Institut Teknologi Malaysia-Jepun hasil daripada Dasar Pandang Ke Timur dapat memberi sumbangan besar terhadap pembangunan serantau sebagai pusat kecemerlangan dalam memperkasakan pendidikan di ASEAN,” katanya. — BERNAMA







Wasabi Oyabun

Ahad, 11 Mac 2012

Serang balas Suhaimi 'Raja Pasir' terhadap 'fitnah' Raja Petra!



Suhaimi 'Raja Pasir' menafikan segala tomahan terhadap dirinya dan juga Amiruddin sepertimana yang dilaporkan oleh Raja Petra Kamaruddin di dalam portal milik beliau Malaysia Today. Lihat sini.

Dalam sesi penerangan panjang lebar Suhaimi, beliau menolak segala dakwaan Raja Petra yang disifatkannya adalah fitnah dan menipu!

Ikutilah penerangan panjang lebar dari Suhaimi Raja Pasir didalam video ini! Dan terpulanglah kepada rakyat untuk mempercayai yang mana satu betul..!!! Mungkin ini dapat menolong? Sila klik di sini.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 9 Mac 2012

Suhaimi Raja Pasir 'jentik teloq Khalid' akui Selcat macam mahkamah Kangaroo!


Kesian MB Khalid serabai yang tersentak apabila 'teloq' beliau di 'jentik' oleh ADUN Sri Muda, Suhaimi Raja Pasir! Ini adalah kerana Suhaimi menganggap Selcat ciptaan kerajaan Khalid Serabai tidak ubah macam mahkamah Kangaroo! Mahu tak mahu terpaksa mencabar Dato' Seri Noh Omar berdebat diluar gelanggang dengan beliau!

Suhaimi Raja Pasir yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor dalam kenyataannya baru-baru ini mendesak agar Noh Omar Timbalan Pengerusi BN Selangor berdebat dengan beliau berkenaan isu pasir.

Dalam kenyataanya Suhaimi berkata,

" Saya cabar Dato Seri Noh Omar jika benar beliau bukan seperti ayam jantan hanya berkokok, jaguh berkokok. Kalau beliau betul-betul mempunyai bukti betul ada salah laku yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri berhubung dengan apa yang didakwanya di Yayasan Selangor, di Kumpulan Semesta. Dia sediakan gelanggang kita berdebat. Tak perlu panggil Menteri Besar, saya sahut cabaran. Saya sedia berdebat dengan Dato Seri Noh Omar untuk menjawab khususnya daripada segi isu pentadbiran kerajaan semasa di zaman Khir Toyo dan semasa zaman Tan Sri Khalid Ibrahim. Dia sediakan tempat saya hadir. Hantar di Tanjung Karang sekalipun saya akan pergi.”



Sekali pandang macam hebat aje Suhaimi Raja Pasir ini hendak berdebat dengan DS Noh Omar! Dua kali pandang nampak pulak Suhaimi ini macam 'tikus takutkan kucing'! Cakap aja berdegar-degar, tapi bontot penuh dengan najis. Ajak berdebat nak menegakkan benang yang basah, tapi sebenarnya hampas..! Fahamlah mengapa Suhaimi sanggup mewakili Khalid Serabai untuk berdebat kerana kalau dibiarkan Khalid berdebat jangka masa 1 jam akan jadi satu hari pun tak ha..ha..ha.bis..!

Suhaimi sepatutnya berkata,

" Kalau betul-betul mempunyai bukti benar ada salah laku yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri berhubung dengan apa yang didakwanya di Yayasan Selangor, di Kumpulan Semesta, kita bawa ke Suruhanjaya Diraja bagi membersihkan nama saya."

Tapi Suhaimi ni ada berani ke! Nak bersihkan nama sendiri pun tak berani tampil kehadapan. Inikan pula nak tubuhkan Suruhanjaya Diraja?

Isu utama adalah penyelewengan pasir Selangor yang mana ianya melibatkan kepentingan rakyat Selangor. Penyelewengan yang berlaku sudah mencapai tahap Kronik sehinggakan Patrick Wong mati dipercayai dibunuh ekoran isu pasir Selangor ini.



8 orang pekerja yang dibuang KSSB juga merupakan satu isu yang serius yang mana kelapan lapan mereka dibuang kerja ekoran tidak disenangi pemimpin Kerajaan Pakatan Selangor kerana mempertikaikan penyelewengan yang berlaku dalam urusan jual beli pasir Kerajaan Selangor.

Isu penyelewengan pasir ini seharusnya dibawa ke peringkat yang profesional yang mana satu Siasatan Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan bagi mengetahui dan menghukum pihak yang terlibat. Jika Suhaimi seorang ADUN yang matang sudah pasti beliau menyahut cabaran Noh Omar dengan mencadangkan kepada Menteri Besar untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat isu penyelewengan pasir dan dalam masa yang sama membersihkan nama beliau yang sudah terpalit dengan penyelewengan yang berlaku.

Inilah dia minda para pemimpin Pakatan PAS, DAP dan PKR. Isu yang sepatutnya dibawa secara Profesional ingin dihala ke arah perdebatan yang tidak menyelesaikan kemelut yang berlaku. Debat hanya untuk syok sediri sedangkan tindakan dan keputusan siasatan tidak diambil kira.

Ini baru Kerajaan Selangor mereka bersikap sebegini belum lagi mentadbir Malaysia. Percayalah jika mereka menguasai kerajaan Malaysia sudah pasti setiap isu akan didebat dan buka dibawa secara profesional. Jawapnya merana badan lah rakyat Malaysia.







Sanggupkah Suhaimi Raja Pasir menyahut cabaran untuk membawa isu penyelewengan Pasir Selangor ini ke Gelanggang Terhormat iaitu Suruhanjaya Diraja. Jangan jadi Bachol atau 'hilang teloq' seperti Anwar Ibrahim yang mana sehingga ke hari ini masih lagi GAGAL membersihkan namanya dalam aksi video Seks. Jangan jadi juga seperti Badrul Amin penasihat ugama MB Selangor yang sehingga kini belum lagi membuat laporan Polis ke atas suami wanita yang beliau di tangkap khalwat.



Rakyat bukannya mahukan satu perdebatan dalam mengetahui siapa yang terlibat dalam penyelewengan pasir Selangor, tetapi rakyat inginkan satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk membuktikan sama ada Suhaimi terlibat ataupun tidak! Kalau kes Teoh Ben Hock boleh paksa kerajaan tubuhkan Suruhanjaya Diraja, tak kan lah nak bersihkan nama sendiri pun takut?

Wasabi Oyabun..

Khamis, 8 Mac 2012

BENARKAH TENDER RUNDING TERUS ( Direct Nego ) DIHAPUSKAN DI SELANGOR?


Selepas dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, Khalid Serabai dalam satu kenyataan berkata, kerajaan negeri akan menghapuskan pemberian tender secara runding terus kepada kontraktor Bumiputera untuk mengelakkan dimonopoli pihak tertentu sahaja.

Katanya, beliau mendapati kira-kira 98 peratus projek sebelum ini diberikan dan dilaksanakan oleh kumpulan tertentu sahaja. Apa yang dinyatakan oleh Khalid dan kuncu-kuncu Exconya hanyalah untuk penyedap mata dan halwa telinga sahaja semata-mata mahu mengabui fikiran rakyat akan ketelusan mereka! Akan tetapi apa yang berlaku sebenarnya hanyalah indah khabar dari rupa. Klik di sini.

Baru-baru ini Raja Petra Kamaruddin melalui Portalnya Malaysia Today telah mendedahkan jumlah kerja-kerja 'Direct Nego' yang dikeluarkan oleh rejim Khalid Serabai? Ketuk dulang, paku serpih...mengata orang, tapi mereka yang lebih! Itulah yang sebenarnya berlaku di negeri Selangor dibawah pentadbiran Khalid Serabai sekarang!



Apa yang perlu kita lihat disini adalah sikap hipokrit Khalid Serabai yang cakap tidak serupa bikin kononnya pentadbiran beliau akan lebih bersih daripada BN tidak lama selepas mentadbir kuasa kerajaan negeri.

Artikel Raja Petra ada kebenarannya! Inilah yang dikatakan 'kerajaan hipokrit'. Bak kata RPK, kalau seseorang sudah membunuh, tidak kiralah samada dia bunuh kes kecil atau kes besar, maka orang tersebut tetap seorang pembunuh. Agak-agaknya apakah kenyataan Khalid Serabai selepas ini..paling tidak pun Faekah Muka Berminyak akan muncul kembali membela tuan Serabai yang disayanginya!

















Apa-apapun satu laporan kepada SPRM telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Md Salleh Ungku Abdul Jamal di pejabat SPRM semalam! Lihat sini

Sama-samalah kita tunggu dan lihat tindakan dari SPRM selepas ini.

Wasabi Oyabun

Rabu, 7 Mac 2012

Skandal tender kutip sampah di Selangor - Laporan polis sudah dibuat!


Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) mencabar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membekukan tender kutipan sampah di negeri ini yang dipercayai mempunyai unsur-unsur salah guna kuasa serta rasuah.

Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, ini berikutan pihaknya menerima 30 aduan membabitkan perkhidmatan kutipan sampah di negeri ini termasuk dakwaan berlakunya amalan meragukan dalam proses pemilihan kontraktor di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, berdasarkan penelitian terhadap aduan-aduan tersebut, terdapat asas kemungkinan wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa terutama dalam proses pelantikan serta pemberian tender berkenaan.

“Sejak April tahun lalu, Cassa telah mengemukakan aduan dan dakwaan tersebut kepada kerajaan negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong dan PBT.

“Malangnya sehingga hari ini kita tidak mendapat maklum balas dan tiada peluang untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri. Paling dikesali, kerajaan negeri hanya meminta kita menghubungi talian hotline PBT sekiranya terdapat aduan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai dakwaan salah guna kuasa tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Hadir sama mengiringi Jacob membuat laporan polis itu ialah Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi dan juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Azhari Shaari.

Jacob mendakwa, tender untuk kerja-kerja kutipan sampah tersebut dikatakan telah diberikan kepada syarikat kontraktor yang tidak layak dari segi pengalaman, kelengkapan peralatan selain mempunyai kedudukan kewangan yang tidak kukuh.

Malah katanya, terdapat juga syarikat kontraktor yang telah diberikan tender tersebut kemudiannya memberikannya pula kepada syarikat lain yang berpengalaman dalam menjalankan kerja-kerja kutipan sampah.

Selain itu, beliau mendakwa, terdapat sebuah syarikat diberikan tender untuk kerja-kerja kutipan melibatkan tiga zon di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Apakah keistimewaan syarikat tersebut sedangkan amalan pemberian tender seumpama ini tidak pernah berlaku sebelum ini yang menetapkan satu zon satu tender, jika benar, ia adalah satu amalan salah guna kuasa.

“Siapa sebenarnya membuat keputusan pemberian tender. Adakah Datuk Bandar, ahli majlis, Menteri Besar atau Exco. Ini satu amalan yang pelik,” katanya.

Tambah Jacob, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok selain mengadakan siri jelajah di seluruh negeri bagi mendedahkan masalah yang dihadapi rakyat ekoran sikap serta salah laku pentadbiran kerajaan negeri sekarang.

INGAT SAMPAH, INGAT KHALID SERABAI..!!!








Wasabi Oyabun

Isnin, 5 Mac 2012

Malang Badrulamin, terperangkap dalam dunia Anwar dan 'Welcome to Kelab Mat Sabu'!

Ruang awam disajikan lagi dengan drama separuh masak di pentas politik. Seperti juga dulu-dulu, politikus dengan pantas dan mudah mengeluarkan jurus bela diri - perangkap musuh, komplot terancang dan tohmahan - apabila perkara buruk menimpa diri atau kelompoknya.

Hanya satu yang mahu dibuktikan iaitu tiada orang lain kecuali mereka sahaja yang berkata benar. Sentimen dan emosi rakyat dibawa-bawa dan diapi-apikan sehingga menyemarakkan lagi kebencian dan melebarkan jurang permusuhan.

Kiat dan jurus inilah juga yang diperlihatkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrulamin Bahron kala ditangkap khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Kuantan. Cara Badrulamin membela diri berhubung peristiwa itu memang menimbulkan banyak tanda tanya?

Pengkisahan versi Badrulamin yang digelar ustaz dalam usaha untuk membela diri dengan menggunakan pentas politik dan kenyataan akhbar, tambah merumitkan suasana. Semakin banyak beliau bercakap, semakin banyak pula persoalan baru timbul, sedangkan teka-teki lama belum terjawab.

Jika polis dan kerajaan dituduh berkonspirasi dalam kes video seks melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. bagi kes ini Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang menjadi sasaran. Pakatan pembangkang tak peduli fakta kejadian bahawa JAIP hanya bertindak atas maklumat daripada suami wanita itu,

Tangkapan itu hanya prosedur biasa. Seperti analogi yang dinyatakan oleh Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz, panggilan daripada suami wanita itu kepada penguat kuasa agama ibarat menghubungi bomba jika berlaku kebakaran.

Jadi, di mana salahnya? Salahnya Badrulamin tidak mahu menyerahkan kes tangkapan itu kepada kebijaksanaan pegawai JAIP. Terlihat beliau mahu menyelesaikannya secara politik. Banyak dakwaan yang beliau buat menimbulkan tanda tanya termasuk kononnya dibelasah kira-kira 20 samseng.

Tambah buruk dalam ceramah politiknya beliau turut mengheret Istana Pahang yang dilaporkan mahu menyelesaikan kes itu. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sedang berada di Korea Selatan kemudiannya menafikan perkara itu.

Bagi mengelakkan rakyat tambah keliru, eloklah Ketua Penerangan Pejabat Menteri Besar Selangor ini berhenti bercakap dan mengulas kejadian itu. Beliau sudah menafikannya dan gunakanlah waktu cuti sebulan yang diberikan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan sebaik-baiknya.

Tunjukkan jalan kepada para pimpinan yang lain bahawa beliau mampu menyelesaikan masalah yang dihadspinya mengikut lunas undang-undang sedia ada. Jangan babitkan orang lain.

Ia adalah masalah antara beliau dan keluarga wanita itu, penguat kuasa agama dan undang-undang. Tiada pihak lain. Kalau tidak bagai didakwa, undang-undang akan membuktikannya. Tetapi jika undang-undang membuktikan sebaliknya, ia mesti diterima secara terbuka.

Tunjukkan kepada para pimpinan yang lain sifat budiman seorang pemimpin yang sentiasa bersedia mengambil tanggungjawab. Jangan dicontohi ketuanya itu walaupun beliau memujanya sebagai makhluk penyelamat.

Begitupun memang agak aneh apabila Abdul Khalid memberi arahan supaya beliau direhatkan daripada jawatannya di pejabat Menteri Selangor itu. Mengapa ia tidak dilakukan ke atas Anwar yang selalu berbangga dengan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?

Alasan kononnya jawatan Penasihat Ekonomi Selangor tidak dalam struktur pentadbiran negeri jelas boleh dipertikaikan. Jika begitu, apa sebenarnya tugas Anwar di Selangor? Bagaimana pula dengan kedudukan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang juga selalu menonjolkan dirinya sebagai CEO, Pejabat Penasihat Ekonomi?

Walau apapun alasannya, jelas ada pilih bulu dalam PKR dan Kerajaan Negeri Selangor yang selalu melaungkan kata-kata keramat kesaksamaan dan adil itu. Badrulamin sebenarnya adalah mangsa, sama seperti puluhan pemimpin dan rakan Anwar yang kini telah mengambil jalan selamat dengan meninggalkan perjuangan PKR.

Desas-desus orang politik menyebut Badrulamin bukanlah tokoh yang disenangi dalam lingkungan pentadbiran kerajaan negeri. Beliau dibawa masuk sebagai strategi untuk menyeimbangkan tindakan Abdul Khalid yang sering tidak memihak kepada kepentingan politik PKR.

Sebenarnya bukanlah UMNO sangat yang meraih keuntungan atas peristiwa tangkapan khalwat Badrulamin dengan isteri orang di Kuantan itu. Orang dalam PKR mempunyai kepentingan yang lebih besar.

Ini kerana khalwat dan skandal bukan baru dalam kalangan orang politik. Mohamad Sabu yang kini diangkat sebagai Timbalan Presiden Pas pernah senasib dengan Badrulamin.

Begitu juga dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disyaki berzina dalam kereta api sehingga membawa kepada campur tangan kepimpinan tertinggi Pas.

Cuma kali ini, seakan ada seribu agenda tersirat jika melihat kepada cara Abdul Khalid dan PKR yang begitu pantas menangani isu ini. Selain diberi cuti sebulan, Badrulamin dilihat seperti dibiar bersendirian menangani kes itu. Hanya isteri pertama Badrulamin yang kelihatan setia menemaninya.

Tiada campur tangan kerajaan negeri sebagaimana dinikmati ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafei yang menghadapi dakwaan menghina Sultan. Apakah bezanya antara Badrulamin dan Shuhaimi? Jika kerajaan negeri bersedia membiayai kos guaman Shuhaimi, kenapa pula Badrulamin dibiarkan 'menanggung' sendiri kesnya itu?

Desas-desus orang politik juga menyebut ada perebutan kuasa di Cabang Sabak Bernam. Beliau sebagai ketua cabang dikatakan mahu disingkirkan oleh tokoh baru, juga seorang bekas pensyarah undang-undang yang dikatakan mendapat sokongan luar biasa daripada Anwar.

Apa jua yang dilakukan oleh Badrulamin kini serba tak kena. Tetapi itulah politik PKR terutama orang seperti Badrulamin yang tidak mempunyai kuasa dan pengaruh. Layanan Kerajaan Negeri Selangor setakat ini hanya menunjukkan Badrulamin sengaja dipinggirkan.

Beliau adalah mangsa terbaru kerakusan politikus parti itu. Kesetiaannya dengan perjuangan parti sejak PKR ditubuhkan nyata tidak berbaloi. Jika pun nanti beliau dibebaskan daripada tuduhan, Badrulamin tetap akan menjadi liabiliti.

Belum pun waktunya, Badrulamin sudah disingkirkan. Dan, ia juga kesilapan Badrulamin sendiri yang membenarkan dirinya terperangkap dalam suasana yang mendedahkan dirinya kepada risiko.

Satu lagi kesilapan besar Badrulamin ialah kerana beliau membiarkan dirinya terus setia dengan PKR dan Anwar. Jika melihat profilnya, orang seperti ini tidak sepatutnya berada dalam parti itu.

Itulah sebenarnya perangkap yang menjerat dirinya sekarang . Beliau tidak boleh salahkan orang lain kerana beliau sendiri yang memasang perangkap itu.

Oleh : Warung Politik

Dear Badrulamin..Come and joint my club..hahaha!!!











Wasabi Oyabun..

Jumaat, 2 Mac 2012

Kantoi..!!! Ada saksi Di Hotel Sahkan Badrul Amin Berbohong!


Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ini bukti kuat untuk pihak hotel mendakwa dan menyaman Badrul Amin. Sudah pasti pihak hotel juga ada cctv yang menunjukkan pasangan Badrul Amin memasuki bilik pada jam 2 pagi. Jika pendedahan cctv ini dibuat, ianya pasti membuatkan Badrul Amin lebih gelabah.

Wasabi Oyabun..