Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 3 Julai 2015

Nenek rasis: Guan Eng diarah bayar RM500,000 kepada Jahara?

JAHARA Hamid (tengah) ditemani Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya (kiri) dan Datuk Ir. Dr Shaik Hussein Mydin menunjukkan isyarat "bagus" selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengarahkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng membayar ganti sebanyak RM500,000 kerana mengelarnya 'nenek rasis', selepas mengadakan sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

PULAU PINANG - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini diarah membayar sebanyak RM500,000 kepada Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid sebagai ganti rugi kerana menggelar beliau sebagai nenek rasis.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hassan yang membuat keputusan itu turut mengarahkan Guan Eng membayar kos guaman sebanyak RM40,000 berserta faedah sebanyak lima peratus.

Selain itu, Nordin turut mengarahkan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, menarik balik gelaran terhadap Jahara selain mengeluarkan injunksi menahannya daripada mengulangi kata-kata fitnah.

Jahara sebelum ini memfailkan saman selepas Guan Eng pada 10 Disember 2013 dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) menggelarkan Jahara sebagai ‘nenek rasis’.

Gelaran itu dibuat Guan Eng kerana Jahara dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran ‘nenek’ namun tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis.

Dalam saman fitnah berkenaan, Jahara yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar turut memohon perintah injunksi untuk menghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan