Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 7 Julai 2015

Azmin tuduh kerajaan pusat berdolah-dalih, penstrukturan air mungkin ditangguh lagi?


KUALA LUMPUR - Penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di Selangor yang sepatutnya dimuktamadkan dalam masa terdekat mungkin ditangguhkan lagi, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kesulitan itu disebabkan kerajaan negeri hari ini telah menerima notis daripada Pejabat Peguam Negara menyatakan bahawa kerajaan negeri perlu menyerahkan aset tanahnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan penstrukturan itu.

"Bagaimanapun, ia telah dipersetujui sebelum ini bahawa aset-aset syarikat konsesi (CCWA) yang disenaraikan di bawah perjanjian itu tidak termasuk tanah-tanah di negeri ini," dakwa beliau ketika ditemui selepas majlis pertemuan antara anggota Parlimen pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini.

Jelas Mohamed Azmin, beliau juga telah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu berkenaan namun masih gagal menemui penyelesaian.


Katanya, penangguhan itu juga disebabkan sikap Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang sering berdolak-dalih dan menukar pendirian mereka dalam menyelesaikan perkara itu.

"Saya sendiri mengambil tanggungjawab bukan saja berbincang dengan menteri tetapi bertemu dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebagai jawatankuasa kabinet mengenai air. Namun belum ada satu perkembangan positif malahan kementerian masih tetap berdolak-dalih," katanya.

Sebelum ini, Mohamed Azmin mendakwa kerajaan persekutuan cuba mengambil alih keseluruhan jajaran 26,000 kilometer aset paip air termasuk tanah walaupun bercanggah dengan perjanjian utama penstrukturan semula perkhidmatan air negeri itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, beliau perlu mendapatkan maklumat lebih lanjut sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung isu itu.

Wasabi Oyabun..

1 ulasan:


  1. ...

    ---------------------------------------------
    Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO!!!
    ---------------------------------------------
    Muhyiddin Baik. Tiada Skandal - Ahli2 UMNO Johor Tiada OTAK Ke?


    Sumber Berita

    >> Klik Di Sini <<



    ------------------------------------------------------------------
    Singkir Muhyiddin - Perjuangan Puteri UMNO Johor Makin BUSUK!!
    ------------------------------------------------------------------
    Sumber Berita

    >> Klik Di Sini <<



    -------------------------------------------------------
    PRK Putrajaya - Muhyiddin Tanding Calon PARTI BARU!
    -------------------------------------------------------
    Tengku Adnan Tengku Mansor dijangkakan akan mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kpd Muhyiddin...

    Najib sepatutnya memberi peluang kpd Muhyiddin menjadi PM satu penggal bukannya menendang semudah itu pemimpin yg baik dan berkata benar itu...


    Ini saja caranya utk memastikan ahli2 UMNO seluruh negara menukar pemimpin no.1 mereka..

    Muhyiddin mempunyai pengaruh dan kreadibiti yg jauh lbh kuat berbanding Najib..

    Perjuangan UMNO Johor terbukti busuk apabila memilih kotor berbanding yg lebih baik


    Sumber Berita

    >> Klik Di Sini <<



    ------------------------------------------------------------------
    TERGEMPAR - Muhyiddin Akn Hantar 200 Surat Ke UMNO Bahagian!!!
    ------------------------------------------------------------------
    Sumber Berita

    >> https://youtu.be/4WTwQkcCrxY<<
    >> https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=iN6yMOHl-9I <<
    >> https://youtu.be/zEJma8Ld5fM<<

    BalasPadam