Terima kasih kerana mengundi BN
Jumaat, 1 Mac 2013
Tentera Sultan Sulu Rela Mati Katak Demi Apa Yang Telah Dijanjikan Anwar Ibrahim?
Sudah menjadi tabiat semula jadi pemimpin PR gemar mencipta masalah dan merekayasa isu hangat, kemudian bila isu meleret-leret melibatkan keselamatan awam dan negara mereka akan segera menuding jari menyalahkan Kerajaan Pusat.
Itu yang berlaku di Lahad Datu, Sabah yang menyaksikan pencerobohan oleh lebih kurang 100 orang pengikut Sultan Sulu yang kedatangan mereka disebabkan jemputan oleh pemimpin PR selepas dijanjikan akan beroleh wilayah pemerintahan sendiri di negeri itu.
Mereka yang melabel diri sebagai Tentera Kesultanan Sulu di mana sebahagiannya bersenjata sehingga kini masih lagi bertahan dalam kepungan di Lahad Datu, di masa yang sama pihak berkuasa masih meneruskan rundingan untuk menyelesaikan isu ini secara aman.
PR yang menyedari peranannya dalam kemelut isu ini sudah diketahui umum terutama selepas sumber Tentera Filipina mengesahkan jemputan itu datangnya dari pemimpin pembangkang Malaysia, nyata tidak senang duduk dengan pendedahan tersebut.
Rakyat Sabah yang sedari awal sudah mengesan wujudnya tangan ghaib dalam isu ini akhirnya bangkit mengecam tindakan tidak patriotik pemimpin pembangkang dari Semenanjung itu yang dikira cuba mengganggu gugat ketenteraman penduduk Sabah.
PR kini tersepit tapi sudah menjadi lumrah dan kelebihan semula jadi pemimpin PR segera bertukar lidah untuk menuding jari dan menyalahkan pula pihak berkuasa kerana mengambil langkah berunding dengan kumpulan penceroboh tersebut.
Sedangkan tujuan perundingan diadakan kerana pihak berkuasa menyedari ada ruang penyelesaian secara aman tanpa perlu tunduk pada sebarang tuntutan oleh kumpulan penceroboh.
Jika kekerasan menjadi keutamaan ia hanya menjadi pilihan akhir setelah semua rundingan gagal membuahkan hasil, andainya saat itu tiba tidak sukar untuk Angkatan Tentera Malaysia melaksanakan perintah demi menjaga kedaulatan negara.
Namun selagi ada ruang perundingan, selagi itu jalan perundingan dilakukan, itu polisi Malaysia sejak sekian lama.
Tapi saban hari pemimpin PR pula cuba memprovokasi khalayak supaya bangkit mempertikaikan tindakan pihak berkuasa mendahulukan rundingan dengan kumpulan penceroboh itu, di masa yang sama PR cuba memperlekehkan keupayaan pasukan keselamatan negara dalam berdepan dengan isu sebegini.
Tindakan yang tidak matang sedemikian tidak membantu mengendurkan suasana sebaliknya hasutan dan provokasi PR itu hanya menyebabkan jalan perundingan yang dirintis boleh hancur berkecai.
Umum tahu, PR gemar melihat kekecohan dan kalau boleh berlakunya pertumpahan darah di Lahad Datu di mana semua penceroboh yang mengaku sebagai tentera Kesultanan Sulu itu mati dibunuh. Bila itu berlaku mereka mengharapkan akan memperoleh keuntungan politik kepartian.
Pemimpin PR yang bertanggungjawab menabur janji kepada Sultan Sulu dan pengikutnya, PR pula yang mahu melihat pertumpahan darah berlaku. Pelik?
Apa nak peliknya, provokasi dan putar belit isu memang amalan PR, sama seperti mereka menghasut penyokong berdemo dan merusuh di atas jalan raya dan bila berlaku sesuatu yang tidak diingini, pihak berkuasa pula yang dijadikan kambing hitam untuk menutup kejahatan yang dilakukan oleh PR.
Apa pun kita doakan segalanya berjalan lancar, sementara kesabaran menguasai suasana kita percayai sehari dua nanti isu ini akan selesai tanpa perlu setitik darah pun menitis ke bumi. Insya-Allah.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Adakah penulis mempunyai bukti untuk membuat dakwaan ini? Sekiranya ada, kenapa penulis tidak membuat laporan polis. Saya akan menyokong penulis sekiranya penulis berani membuat laporan polis. Kita tidak sepatutnya mendiamkan diri, tidak cukup sekadar membuat dakwaan didalam blog untuk menentang penderhaka negara.Tetapi sekiranya dakwaan penulis cuma kecaman politik yang tidak berasas, yang mana akan lebih mengeruhkan kestabilan malaysia, saya melebelkan penulis hanya lah salah seorang rakyaat malaysia yang cuma mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan ugama, bangsa dan negara.
BalasPadamkes fitnah ni ...tunjuk bukti k
BalasPadam