Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 19 Mac 2013

SESAT..!!! Balasubramaniam Mati Disihir - Chegubard?



Kematian penyiasat persendirian kontroversi, P. Balasubramaniam secara tiba-tiba benar-benar mengejutkan ramai pihak baru-baru ini. Di saat Pakatan Rakyat (PR) memerlukan Bala bagi merealisasikan impian Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, nampaknya, hasrat itu semakin sukar untuk dikecapi.

Ini kerana, segala rahsia dan cerita yang kononnya diketahui sepenuhnya oleh Bala mengenai kematian dan kes pembunuhan model Altantuya Sharibu dibawa bersama Bala ke dalam kubur.

Dalam sibuk umum bercerita mengenai kematian mengejut Bala, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham atau mesra dikenali sebagai Chegubard telah membuat satu kenyataan yang amat menggelikan hati.

Kata Chegubard, kematian Bala adalah kerana terkena sihir!

”Ada kawan-kawan sebut, ini angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Balasubramaniam) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakal kepada Maha Pencipta,” katanya seperti dipetik menerusi portal propembangkang, KeadilanDaily.com.

Persoalannya, siapakah yang telah menyihirkan Bala?

Walhal, pihak hospital sudah menyatakan dengan terang Bala mati kerana serangan jantung.

Jika diteliti rekod kesihatan Bala, penyiasat itu pernah dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby –SDMC pada 5 Mac lalu kerana mengalami serangan kecil sakit jantung.

Malah, kesihatan Bala juga tidak berapa baik sejak bergiat aktif dalam memberikan ceramah-ceramah bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di beberapa tempat seluruh Malaysia.

Jadi, wajarkah untuk Chegubard mengeluarkan kenyataan bahawasanya Bala telah disihir kerana dirinya didengki dalam usaha untuk mendedahkan dalang pembunuh Altantuya? Tidak masuk akal langsung!

Bala juga selalu mengadu kepada Chegubard dia sering sakit dada dan sukar untuk bernafas pada keadaan masa-masa tertentu.

Bedah siasat yang dijalankan malam tadi juga mengesahkan mendiang telah meninggal dunia disebabkan serangan jantung, bukannya disebabkan disihir.



Nampaknya, Chegubard perlu untuk ke hospital dan menjalani ujian mental. Kerana, otaknya seperti tidak dapat berfikir dengan waras disebabkan rasa kecewa Bala sudah tidak ada untuk meneruskan pembohongan dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai dalang kes pembunuhan itu.

Tidak hairanlah Chegubard sanggup mengeluarkan kenyataan Bala disihir hingga mati kerana kematian mengejut itu dilihat telah merugikan ramai pihak-pihak tertentu khususnya dari barisan pembangkang menjelang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Umum mengetahui, Bala adalah seorang penyiasat yang sentiasa memberikan keterangan yang bercanggah dari segala fakta.

Malah, Bala juga sering mereka-reka cerita dan setiap kata-kata yang dikeluarkan olehnya langsung tidak boleh dipercayai.

Tidak hairanlah, kematian Bala boleh dilihat sebagai hikmah di atas segala pembohongan dan pendustaan yang dilakukannya hanya kerana semata-mata mahu mendapatkan duit dan kepentingan diri sendiri.

Nampaknya, Bala sendiri termakan sumpahnya di mana dia kini tidak lagi boleh berceramah, berbohong, menipu dan mereka-reka cerita. Dan Bala juga tidak lagi boleh melarikan diri keluar negara seperti mana yang dilakukannya selepas mengeluarkan Akuan Bersumpah kedua dahulu.

Yang hanya boleh dilakukan oleh Bala, hanya duduk diam-diam di dalam kubur dan tidak dapat meneruskan lagi pembohongannya.

Di penghujung cerita tentang kematian Bala ini, pembangkang pastinya menggunakan ‘Teori Konspirasi’ yang sama mereka lakukan setiap kali tercetusnya satu-satu isu, iaitu, kematian Bala berpunca dari UMNO dan Barisan Nasional.

Mungkin juga selepas ini, Chegubard akan mengeluarkan kenyataan ‘Bala Mati berpunca dari UMNO dan BN’ pula.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan