Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 30 Mac 2013

Pok Nik gumbira DAP @ Syaitan mahu guna lambang hamPAS?



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat @ Pok Nik menyifatkan hasrat DAP mahu menggunakan lambang bulan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sebagai satu kejayaan beliau mendidik pemimpin pembangkang tersebut.

Malah katanya, hasrat terbuka pemimpin DAP itu dianggap sebagai satu kejayaan selepas mereka melihat Pas mentadbir negeri Kelantan selama 23 tahun.

"Dulu Cina takut, usahkan Cina, Melayu UMNO pun takut, sekarang ini alhamdulillah DAP terima 23 tahun kita perintah Kelantan.

"DAP tengok benda yang Pas buat ini betul, sampai dia sanggup guna lambang bulan untuk bertanding pilihan raya sekiranya diharamkan, ini satu kejayaan besar bagi saya," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Merbau, Selising di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di dalam akaun twitternya baru-baru berhubung cadangan beliau untuk bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran DAP.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 29 Mac 2013

PKR Mahu Siasat Video Lucah Saharuddin... Video Lucah Anwar Tak Mahu Siasat Pulak!



PKR mahu siasat klip video memalukan yang membabitkan Ketua Penerangan PKR Cabang Merbok merangkap Ahli Majlis MPSP, Saharuddin Abdul Hamid, telah tersebar di internet sejak kemarin.

Saharuddin Abdul Hamid dilihat malakukan perbuatan yang tidak senonoh "melancap" di hadapan kamera berinternet ketika sedang berbual dengan seorang 'gadis'.

Sape belum tangok lagi klik di sini...(kalau ada selera nak tengok la)

Sebahagian daripada klip video dan gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki tanpa baju, berlatar belakangkan bendera parti PKR.

Terdapat juga beberapa gambar lucah memaparkan lelaki berkenaan memegang kemaluannya.

Naib Presiden PKR N. Surendren berkata, PKR akan menyiasat dakwaan seorang pemimpin cawangan Kedah kononnya melakukan perbuatan tidak bermoral menerusi internet.

"Jika ada unsur salah laku, tindakan akan diambil. Saya belum lihat, tapi kita akan siasat," kata N. Surendren.

Sebelum ini Badan Bertindak Anti-Penyelewengan Kedah menggesa pemimpin parti itu untuk menafikan perbuatan terbabit.

Yang menjadi persoalannya sekarang ini... Kenapa hanya kes Saharuddin Abdul Hamid sahaja yang PKR hendak siasat?



Mengapa kes Anwar Ibrahim bersama Chinadoll tak nak siasat?

Sedangkan pihak Polis mengesahkan rakaman video seks membabitkan pelaku didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen setelah pasukan itu mendapatkan khidmat pakar pengimejan video dari luar negara dipercayai Amerika Syarikat (AS).

Video seks Anwar Ibrahim telah disahkan tulen 99.9999%. Kenapa tak nak disiasat tentang salahlaku Anwar Ibrahim?

Oh ya lupa pulak... Haji Hadi keluar 'fatwa' video besi tidak boleh jadi bukti. Kes di tutup!

Seks memang tak boleh terpisah dari PKR! tak caya tanya YB PKR Bukit Lanjan Eli Wong!



Ataupun tanya pada Asmin..!!!



Fikir-fikirkanlah siapa yang sepatutnya dipilih untuk menjadi pemimpin kita? Tolak pemimpin yang rendah moralnya...!!!

Jangan tanya pada pokok, mengapa goyang...tapi tanya pada 'bapak ketam' ini macamana mengajar 'anak' berjalan betul?



Wasabi Oyabun..

Khamis, 28 Mac 2013

Perlukah kita membayar $5,000 kepada 'Sultan Sulu'?



Apabila tercetusnya pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu pada 9 Februari 2013 (Tragedi 923), timbul semula persoalan tuntutan Filipina ke atas Sabah. Sebenarnya, isu ini dibangkitkan sejak awal 1960-an. Beberapa ulasan popular telah disiarkan menerusi media arus perdana mengenainya, namun isu tentang sejarah ini tidaklah begitu mudah dirungkai.

Dari sudut sejarah, hubungan antara Kesultanan Sulu dengan Sabah (sejak abad ke-17 sehingga abad ke-20) sangat rencam lantaran membabitkan rangkaian rumit hubungan antara Sulu-Sabah dengan Brunei, Mindanao, Sepanyol, Belanda, Amerika dan British. Kerumitan ini melibatkan begitu banyak perjanjian dan protokol (antaranya):

* Perjanjian 1646 (Sepanyol-Sulu)

* Perjanjian 1667 (Sepanyol-British)

* Perjanjian 1725 (Sepanyol-Sulu)

* Perjanjian 1737 (Sepanyol-Sulu)

* Perjanjian 1761 (British-Sulu)

* Perjanjian 1763 (British-Sepanyol)

* Perjanjian 1763 (British-Sepanyol)

* Perjanjian 1814 (British-Belanda)

* Perjanjian 1824 (British-Belanda)

* Perjanjian 1836-1837 (Sepanyol-Sulu)

* Perjanjian 1847 (British-Brunei)

* Perjanjian 1849 (British-Sulu)

* Perjanjian 1850 (Amerika Syarikat-Brunei)

* Perjanjian 1851 (Sepanyol-Sulu)

* Perjanjian 1871 (British-Belanda)

* Perjanjian 1871 (Sepanyol-Sulu)

* Perjanjian 1899 (Amerika Syarikat-Sulu)

* Perjanjian 1915 (Amerika Syarikat-Sulu)

* Protokol 1877

* Protokol 1885.

Persoalannya, jika Filipina membawa tuntutan ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), apakah Malaysia mempunyai peluang menang (jika Malaysia setuju untuk mendepani cabaran Filipina)? Filipina mempunyai beberapa sebab yang menunjangi tuntutannya.



Pertama, walaupun Filipina tidak lagi mengiktiraf kewujudan Kesultanan Sulu, namun kedaulatan Kesultanan Sulu telah dipindahkan kepada kerajaan Filipina kerana Kepulauan Sulu merupakan sebahagian daripada negara Filipina. Oleh itu, kerajaan Filipina berhak menuntut Sabah.

Kedua, sehingga kini Filipina (dan waris Sultan Sulu) percaya Sultan Sulu (Sultan Jamalul Azam) hanya memajak Sabah - tanpa menyerahkan hak kedaulatan Sultan Sulu - kepada Baron Overbeck (warga Austria) dan Alfred Dent (warga British), berdasarkan terjemahan versi Amerika Syarikat terhadap teks Perjanjian 1877.

Di sebaliknya pula, Malaysia berpendapat Sultan Sulu telah menjual Sabah - dengan menyerahkan hak kedaulatan Sultan Sulu - kepada Overbeck dan Dent, berdasarkan teks terjemahan versi British.

Perlu dinyatakan di sini, Filipina percaya meskipun Sultan Jamalul Azam (Sultan Sulu) menganugerahkan gelaran Datu Bendahara dan Raja Sandakan kepada Overbeck (Perjanjian 1878), namun status Overbeck hanyalah sebagai datu sahaja. Hak kedaulatan masih tetap dipegang oleh Sultan Sulu.

Namun, Malaysia menegaskan ini merupakan dalih licik Filipina semata-mata kerana Sultan Jamalul Azam telah mengiktiraf Overbeck sebagai 'pemerintah agung dan merdeka'. Ini membuktikan Sultan Jamalul Azam telah menyerahkan hak kedaulatannya kepada Overbeck lantas berakhirlah hak kedaulatan Sultan Sulu terhadap wilayahnya di Sabah.

Ketiga, Filipina berpendapat wilayah Sultan Sulu di Sabah tidak termasuk dalam Protokol 1885. Menerusi protokol ini, Sultan Sulu dikatakan hanya menyerahkan hak kedaulatannya kepada Sepanyol membabitkan Kepulauan Sulu sahaja. Ini bermakna, Filipina tetap dan masih berhak ke atas Sabah.

Persoalan ini sukar diselesaikan kerana teks asal Perjanjian 1878 (dalam bahasa Melayu) masih tidak ditemui, malah hal ini turut diakui oleh Filipina sejak awal 1960-an lagi. Jika isu ini dibawa ke ICJ, teks terjemahan yang manakah akan diperakui oleh pihak mahkamah, dan atas justifikasi apa? Jika pihak mahkamah memperakui teks terjemahan versi Amerika, apakah Malaysia masih berpeluang untuk memenangi kes ini?



Malaysia tetap mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang kes ini.

Pertama, ketika Suruhanjaya Cobbold membuat pungutan suara di Sabah, majoriti penduduk Sabah menyokong pembentukan Malaysia sekali gus menolak untuk bergabung dengan Filipina atau kembali ke pangkuan Sultan Sulu.

Kedua, pihak kerajaan Filipina sendiri (menerusi ucapan Presiden Macapagal bertarikh 28 Januari 1963) telah memberikan hak mutlak kepada penduduk Sabah untuk menentukan masa depan Sabah sama ada mahu menyokong Filipina atau menyokong pembentukan Malaysia. Penduduk Sabah telah membuat keputusan muktamad. Filipina harus menghormati keputusan ini. Perlu ditegaskan, tidak ada raja tanpa rakyat. Oleh itu, tuntutan Filipina (dan pihak Sultan Sulu khasnya) bernoktah di sini.

Ketiga, tuntutan Filipina (dan waris Sultan Sulu) amat aneh. Wilayah Sultan Sulu di Sabah hanyalah meliputi kawasan pesisiran pantai utara dan timur Sabah sahaja (sempadannya masih tidak jelas sehingga hari ini), bukannya meliputi seluruh Sabah. Nyatalah tuntutan Filipina (dan waris Sultan Sulu) tidak berasas bahkan melampaui batas pula. Wilayah pantai barat Sabah dikuasai Kesultanan Brunei, manakala kawasan pedalaman Sabah bersifat autonomi (tidak dikuasai Brunei dan Sulu).

Terlebih penting lagi, Malaysia tidak berkewajipan untuk membayar pampasan tahunan kepada waris Sultan Sulu. Urusan pembayaran pampasan tahunan (tanpa had masa) kepada waris Sultan Sulu ($5,000 setiap tahun berdasarkan Perjanjian 1878) merupakan urusan antara Overbeck-Dent (Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British) dengan waris Sultan Sulu sahaja.

Hakikatnya, setelah majoriti penduduk Sabah menyokong gagasan Malaysia, dan apabila PBB mengiktiraf Malaysia sebagai negara merdeka dan berdaulat, pembayaran pampasan tahunan bukanlah menjadi tanggungjawab Malaysia.

Jika Malaysia terus membayar pampasan tahunan kepada waris Sultan Sulu, seolah-olah Malaysia mengiktiraf kewujudan Kesultanan Sulu dan tunduk kepadanya, walhal Kesultanan Sulu itu sendiri tidak lagi diiktiraf oleh kerajaan Filipina. Negara yang merdeka dan berdaulat tidak harus tunduk kepada mana-mana kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan yang tidak lagi wujud di dunia!

Wasabi Oyabun..

Selasa, 26 Mac 2013

Anwar perasan ingat dia bagus sangat....pooorah..!!!



Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau.

Menggesa pengundi agar memberi peluang kepada Najib untuk lima tahun lagi, veteran Umno itu berkata: "Uji beliau. Berikan beliau mandat. Beliau telah melakukan tugasnya dengan begitu baik. Biar beliau melaksanakannya dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau."

Dalam wawancara dengan New Sunday Times, Daim menyatakan yang beliau lebih suka sekiranya Najib menang berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri.

"Jika anda tanya saya, antara kedua-duanya, Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan beri Najib peluang. Beri beliau mandat dan lihat sama ada beliau dapat melakukannya kerana Anwar telah pernah diberi peluang itu, tetapi beliau mensia-siakannya.

"Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri," katanya.

"Saya percaya beliau akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya.

Daim, yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata adalah bahaya jika pembangkang di bawah pimpinan Anwar menerajui negara.

"Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau – apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan," katanya.

Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang daripada Anwar selaku penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor. Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat.

"Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi penasihat ekonomi kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita," katanya.

Kepada soalan bahawa Anwar percaya bahawa beliau telah ditakdirkan untuk menjadi perdana menteri akan datang, Daim berkata: "Sebenarnya, takdir ditentukan Tuhan. Anda mungkin sudah begitu hampir dengan jawatan itu, orang menyokong, Tuhan yang menentukannya. Saya rasa Tuhan masih sayangkan Malaysia."

Daim berkata beliau akan menyokong Najib tetapi perdana menteri perlu berusaha memerangi rasuah dan jenayah, memperkukuhkan keselamatan negara dan menyemak semula sistem pendidikan.

Beliau berkata Najib juga perlu merombak Kabinet.

"Bawa masuk muka-muka baharu. Rakyat berpendapat beliau mengekalkan terlalu banyak "orang lama" dalam Kabinet. Kebanyakan mereka sudah melepasi "tarikh luput"," katanya.

Mengenai peluang BN pada pilihan raya umum akan datang, Daim, yang ramalannya sering menjadi perhatian, berkata BN boleh menang tetapi perlu ada perpaduan dalam kalangan parti gabungan.

"Umno mempunyai kira-kira 3.3 juta ahli, MCA, kira-kira satu juta dan MIC, kira-kira 600,000. Itu sahaja sudah kira-kira separuh daripada pengundi.

"Kini, anda hanya perlukan mendapatkan sokongan daripada golongan atas pagar, dengan itu anda mampu menang. Tetapi BN perlu letakkan calon-calon terdiri muka baharu dan bersih yang diterima oleh pengundi," katanya.

Daim berkata sekiranya BN tidak bersatu, kedudukan pakatan pembangkang akan menjadi lebih baik sepertimana yang berlaku pada 2008.

"Kekal bersatu, setia dan jangan sabotaj. Kita perlukan 'tangan' yang mantap dan berpengalaman. Hanya BN mempunyai pengalaman itu.

"Kita telah berjaya mengharungi krisis demi krisis, dan kembali pulih dengan cepat. Kita perlu beritahu orang China yang kita tidak boleh melakukan eksperimen. Lihat sahaja Jepun. Lihat di sekeliling kita. Lihat sahaja Britain. Kaji apa yang berlaku," katanya.

Daim berkata Anwar telah berulang kali menyatakan akan berlaku demonstrasi ala Arab Spring sekiranya pembangkang kalah dalam pilihan raya umum akan datang kerana apa yang mereka anggap sebagai "penipuan".

"Beliau (Anwar) telah mewujudkan pentas untuk mewajarkan kekalahan mereka sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Pakatan telah menyediakan rakyat supaya mereka boleh menyalahkan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Pertamanya, kita bukannya sebuah negara Arab. Dan keduanya, sekiranya wujud "penipuan" pada pilihan raya umum sebelum ini, bagaimana Pakatan boleh menang di lima negeri pada 2008?

"Arab Spring telah bertukar menjadi Arab Fall (kerana kalangan pemimpin tidak bersatu dan kestabilan terjejas)," katanya.- Bernama

Wasabi Oyabun..

Ahad, 24 Mac 2013

Bekas pemimpin PKR terima ugutan bunuh?



eberapa bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk salah seorang pengasasnya, Ng Lum Yong didakwa menerima ugutan bunuh dipercayai kerana mengadakan ceramah yang mendedahkan perilaku Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada orang ramai.

Lum Yong ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

"Saya terima panggilan daripada seorang lelaki pukul 2.45 pagi ini yang meminta saya berhenti berceramah atau nyawa saya melayang," katanya.

Menurut Lum Yong, beliau tidak takut dengan ugutan itu malah lebih bersemangat untuk berceramah dan menceritakan kebenaran.

Sementara itu, penulis blog, Papagomo turut mendakwa beliau menerima maklumat mengenai ugutan bunuh itu daripada Lum Yong sendiri yang dikatakan menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak tidak dikenali.

"Gomo telah menghubungi Ng Lum Yong malam tadi dan beliau mengesahkan menerima panggilan telefon dan sms ugutan serta meminta Ng Lum Yong berhenti daripada meneruskan ceramahnya yang mendedahkan perilaku sumbang dan kegiatan jahat Anwar Ibrahim," katanya dalam blog www.papagomo.com hari ini.

Papagomo berkata, menurut Lum Yong juga, rakan-rakan bekas pimpinan PKR yang turut sama dalam menjelaskan kepada rakyat tentang kejahatan dan pengkhianatan Anwar turut mendapat ugutan sama.

Ini termasuk Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor, Muhammad Zahid Mat Arip dan beberapa lagi nama lain. Papagomo berkata, pendedahan demi pendedahan yang dilakukan bekas-bekas pemimpin PKR akan mendatangkan impak besar buat Anwar.

Katanya, ia sekali gus mematikan langkah Anwar untuk memegang tampuk kuasa Perdana Menteri seperti yang diidamkannya.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 22 Mac 2013

Kes LIWAT 1 : Walaupun terlepas, sehingga kini Mahkamah masih lagi mewartakan Anwar adalah pelaku aktiviti homoseksual?





Sepertimana yang kita ketahui bahawa selepas Anwar dibebaskan, sehingga kini dia masih lagi gagal mengarahkan pasukan peguamnya untuk mengeluarkan perkataan yang dia adalah pelaku aktiviti homoseksual dari Warta Mahkamah?

Perkara ini bukan 'konspirasi politik' atau sebagainya tetapi keputusan Mahkamah Tinggi seperti laporan di bawah :

Dalam rumusan keputusan Mahkamah Persekutuan 2 September 2004 menyebut “…we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."



Maksudnya, “kami menemui bukti untuk mengesahkan perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai bahawa dakwaan kejadian di Tivoli Villa itu adalah benar-benar berlaku.

Namun Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dan Sukma dengan keputusan majoriti 2-1 kerana terdapat keraguan dari segi tarikh sebenar kejadian tersebut dan wujudnya eleman ‘suka sama suka’ di mana saksi utama, Azizan Abu Bakar didapati melakukan aktiviti homoseksual secara sukarela dengan Anwar dan Sukma pada tarikh dan tempat yang didakwa di mahkamah. Sila baca di sini.



Berikut adalah pengakuan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja mengenai hubungan homoseksnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat pada 17 September 1998 di hadapan majistret Abdul Karim Abdul Jalil.

( INI ADALAH KENYATAAN ASAL ).

"Saya ingin menyatakan hubungan sejenis saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia bermula dari tahun 1976 atau 1977, saya tidak berapa ingat. Tidak ingat berapa haribulan tapi pasti tahunnya.

Saya datang dari Indonesia bersama ibu dan ayah saya untuk menetap dan bersekolah di Kuala Lumpur. Ibu dan bapa saya menyerahkan saya kepada Datuk Ibrahim dan isterinya dalam jagaan mereka sewaktu pangajian saya di Malaysia.

Saya tinggal di No. 27, Jalan SS 1/43, Petaling Jaya. Dengan secara kebetulan saya mendapat bilik berkongsi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Suatu hari, tidak ingat berapa haribulan dan waktu yang tepat, saya merasa berahi dan ingin melakukan onani. Dalam satu bilik saya tidur sekatil dengan dia, secara kebetulan badan dia melekat pada badan saya termasuk kemaluan dia berada di telapak tangan saya.

Dengan otomatik saya menguitkan kemaluan beliau dengan tangan saya dan dalam beberapa saat air mani dia keluar tetapi air mani saya tidak keluar. Itu detik-detik permulaan perhubungan saya dengan dia dan berterusan dalam seminggu sekali kurang lebih dalam setahun.

Selepas setahun, hubungan kami semakin intim dan bermulalah hubungan oral seks, saya melakukan terhadap dia. Selepas setahun kemudiannya dia ada melakukan liwat terhadap saya dengan menggunakan baby cream. Dia berlaku berselang-seli di antara onani, liwat dan oral.

Setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim berkahwin, beliau berpindah ke rumah sewa di Seksyen 17. Saya sekali sekala datang ke rumah beliau. Di rumah ini dalam jangka tiga atau enam bulan saya tidak mempunyai hubungan apa-apa dengan dia. Tapi selepas itu kami ada menjalinkan hubungan berselang-seli di antara liwat, oral atau onani dan kurang lebih sebulan sekali atau dua.

Kemudian kami berpindah ke Subang Jaya. Di sini saya hanya tinggal bersama dia dua bulan pertama dan satu bulan terakhir dalam setahun. Kerana saya kembali ke Indonesia pada waktu itu selama sebelas bulan. Perjalinan ini berterusan tetapi berkurangan. Selepas setahun Datuk Seri Anwar tinggal di Subang Jaya kami berpindah ke Seksyen 14 Petaling Jaya. Di sini terjalin juga hubungan di antara saya dan dia dalam sebulan sekali atau dua.

Kami berpindah kemudian ke No. 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, iaitu kediaman rasmi peribadi beliau. Di dalam rumah ini saya mendapat bilik sendiri dan hubungan ini tetap berlaku dalam satu atau dua kali sebulan. Dalam kurang lebih, kami menetap di Bukit Damansara selama tiga setengah tahun, kalau tidak silap.

Kemudian kami berpindah ke rumah rasmi Kerajaan di 47, Jalan Damansara, Damansara, KL. Selama di sini hubungan sejenis saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim agak renggang kerana saya berpindah ke rumah peribadi saya di 10/7/2 Tivoli Villas Bukit Bandaraya. Walau bagaimanapun jalinan ini tetap terjadi, walau sekali-sekala. Ini kurang lebih dalam tahun 1991/92.

Di rumah 47 Jalan Damansara, Damansara, saya pernah memperkenalkan secara tidak langsung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kawan saya. Kami bertiga melakukan hubungan sejenis dengan cara oral dan onani tetapi saya berperanan hanya sebagai penonton. Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba meliwat… tetapi ianya gagal kerana salah kedudukan. Ianya berlaku atau keadaan ini sebanyak tiga kali setiap minggu. Di kejadian ketiga saya tidak lagi melihat perhubungan beliau dengan… kerana saya menunggu di bilik air.

Semua kejadian ini berlaku di bilik tetamu (bilik tidur tamu) yang mana saya pun tidur di bilik ini apabila saya berkunjung di rumah ini. Dalam lebih kurang dua atau tiga tahun yang lalu, waktu dan tahun yang tepat saya tidak ingat, saya pernah membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke rumah saya untuk bertemu Azizan (pemandu kereta Datin Seri) di rumah saya atas permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan hubungan sejenis. Rumah saya ini di Tivoli Villas tadi.

Dianya terjadi seperti begini. Saya membuat janji kepada Azizan agar beliau datang ke Tivoli Villas pada 7.15 petang, kurang lebih, dan pada 7.30 petang, Azizan datang ke rumah saya dengan kenderaan beliau sendiri. Setelah kami bertiga bersama, Datuk Seri Anwar dan Azizan membuka baju masing-masing untuk mengadakan hubungan sejenis. Saya ada melihat hubungan mereka berdua sekejap-sekejap.

Di antara hubungan mereka ianya terjadi oral dan liwat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan ke Azizan dengan menggunakan cream baby tanpa menggunakan kondom. Selepas air mani Datuk Seri Anwar keluar Azizan mengajak saya untuk melakukan liwat terhadapnya.

Tapi saya tidak mencapai ke tahap maksimum. Semasa saya melakukan liwat ke atas Azizan Datuk Seri Anwar berada di bilik air. Kejadian ini berlaku tiga kali di rumah saya di Tivoli Villas tetapi kali yang ketiga saya tidak menonton atau melakukan hubungan sejenis bersama mereka. Mereka hanya melakukan berdua dan saya menunggu di luar kamar.

Selepas dari kejadian ini, Azizan pernah meminta pinjaman wang sebanyak RM7,000 daripada Datuk Seri Anwar. Datuk Seri Anwar memberikannya melalui saya. Saya memberikannya kepada Azizan sebanyak RM7,000. Sepanjang perhubungan saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim saya hanya berperanan sebagai pasif dan Datuk Seri Anwar sebagai aktif.

Posisi kedudukan seks saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa melakukan secara mengiring atau menyerong dan meniarap. Selama hubungan saya dengan beliau, beliau tidak pernah menggunakan kondom.

Hubungan seks terakhir saya dengan beliau kurang lebih di antara bulan Mac atau April 1998 disebabkan kesibukan kerja beliau. Itu saja yang hendak saya katakan mengenai pengakuan saya terhadap hubungan seks saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim."

Majistret: "Ada apa-apa lagi hendak kamu tambah?

Sukma: "Daripada hubungan seks saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kebanyakannya atas permintaan Datuk Seri. Saya hanya memberi atas permintaan. Saya tidak mahu membuat apa-apa pindaan.

Catatan Majistret: "Saya percaya yang akuan salah ini dibuat dengan sukarela. Ini diambil di hadapan dan pada pendengaran saya sendiri dan telah dibacakan balik kepadanya dan dia mengakui betul serta mengandungi isi-isi yang penuh dan benar mengenai apa-apa yang disebutnya."

Wasabi Oyabun..

Khamis, 21 Mac 2013

Macam pernah nampak dan dengar suara mahluk ini, tapi dimana ya?





Amboi..amboi..amboi..'lembutnya' bahasa 'mengayat' mahluk ini!

Mahluk : Susah la you…you know I tolak dari Segambut immediate…?

Lelaki: Ada apa kat Segambut?

Mahluk : Daripada rumah I lah (ketawa)

Lelaki: Yalah betullah mana boleh percaya. You fikir kalau you in my shoes percaya tak?

Mahluk : …Walaupun kadang-kadang I punya twitt banyak masuk

Lelaki: Hah yalah tu la I cakap betul ke you punya twitt…

Hahahaha....!!!

Wasabi Oyabun..

Selasa, 19 Mac 2013

SESAT..!!! Balasubramaniam Mati Disihir - Chegubard?



Kematian penyiasat persendirian kontroversi, P. Balasubramaniam secara tiba-tiba benar-benar mengejutkan ramai pihak baru-baru ini. Di saat Pakatan Rakyat (PR) memerlukan Bala bagi merealisasikan impian Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, nampaknya, hasrat itu semakin sukar untuk dikecapi.

Ini kerana, segala rahsia dan cerita yang kononnya diketahui sepenuhnya oleh Bala mengenai kematian dan kes pembunuhan model Altantuya Sharibu dibawa bersama Bala ke dalam kubur.

Dalam sibuk umum bercerita mengenai kematian mengejut Bala, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham atau mesra dikenali sebagai Chegubard telah membuat satu kenyataan yang amat menggelikan hati.

Kata Chegubard, kematian Bala adalah kerana terkena sihir!

”Ada kawan-kawan sebut, ini angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Balasubramaniam) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakal kepada Maha Pencipta,” katanya seperti dipetik menerusi portal propembangkang, KeadilanDaily.com.

Persoalannya, siapakah yang telah menyihirkan Bala?

Walhal, pihak hospital sudah menyatakan dengan terang Bala mati kerana serangan jantung.

Jika diteliti rekod kesihatan Bala, penyiasat itu pernah dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby –SDMC pada 5 Mac lalu kerana mengalami serangan kecil sakit jantung.

Malah, kesihatan Bala juga tidak berapa baik sejak bergiat aktif dalam memberikan ceramah-ceramah bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di beberapa tempat seluruh Malaysia.

Jadi, wajarkah untuk Chegubard mengeluarkan kenyataan bahawasanya Bala telah disihir kerana dirinya didengki dalam usaha untuk mendedahkan dalang pembunuh Altantuya? Tidak masuk akal langsung!

Bala juga selalu mengadu kepada Chegubard dia sering sakit dada dan sukar untuk bernafas pada keadaan masa-masa tertentu.

Bedah siasat yang dijalankan malam tadi juga mengesahkan mendiang telah meninggal dunia disebabkan serangan jantung, bukannya disebabkan disihir.



Nampaknya, Chegubard perlu untuk ke hospital dan menjalani ujian mental. Kerana, otaknya seperti tidak dapat berfikir dengan waras disebabkan rasa kecewa Bala sudah tidak ada untuk meneruskan pembohongan dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai dalang kes pembunuhan itu.

Tidak hairanlah Chegubard sanggup mengeluarkan kenyataan Bala disihir hingga mati kerana kematian mengejut itu dilihat telah merugikan ramai pihak-pihak tertentu khususnya dari barisan pembangkang menjelang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Umum mengetahui, Bala adalah seorang penyiasat yang sentiasa memberikan keterangan yang bercanggah dari segala fakta.

Malah, Bala juga sering mereka-reka cerita dan setiap kata-kata yang dikeluarkan olehnya langsung tidak boleh dipercayai.

Tidak hairanlah, kematian Bala boleh dilihat sebagai hikmah di atas segala pembohongan dan pendustaan yang dilakukannya hanya kerana semata-mata mahu mendapatkan duit dan kepentingan diri sendiri.

Nampaknya, Bala sendiri termakan sumpahnya di mana dia kini tidak lagi boleh berceramah, berbohong, menipu dan mereka-reka cerita. Dan Bala juga tidak lagi boleh melarikan diri keluar negara seperti mana yang dilakukannya selepas mengeluarkan Akuan Bersumpah kedua dahulu.

Yang hanya boleh dilakukan oleh Bala, hanya duduk diam-diam di dalam kubur dan tidak dapat meneruskan lagi pembohongannya.

Di penghujung cerita tentang kematian Bala ini, pembangkang pastinya menggunakan ‘Teori Konspirasi’ yang sama mereka lakukan setiap kali tercetusnya satu-satu isu, iaitu, kematian Bala berpunca dari UMNO dan Barisan Nasional.

Mungkin juga selepas ini, Chegubard akan mengeluarkan kenyataan ‘Bala Mati berpunca dari UMNO dan BN’ pula.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 17 Mac 2013

Tanya pada pokok, perut 'Bang Non' boroi ke tak?



Agak mengejutkan juga semalam apabila gambar-gambar aksi yang menjijikkan telah disiarkan oleh sebuah blog baru yang tidak diketahui motifnya! Para penyokong Anwar Ibrahim cuba menyatakan bahawa penyiaran gambar-gambar berkenaan adalah bertujuan untuk terus memalukan Anwar Ibrahim.

Namun yang menariknya, portal rasmi PAS, HARAKAH Daily merupakan antara yang terawal menyiarkan gambar-gambar tersebut dari blog 'misteri' berkenaan seolah-olah ingin memberi isyarat bahawa PAS sebenarnya sudah tidak percaya dengan Anwar Ibrahim lagi. Sekaligus membenarkan apa yang pernah disuarakan oleh Mat Sabu pada tahun 1997 lalu bahawa suatu hari nanti, 'MENTERI KABINET MALAYSIA YANG PERTAMA MATI AKIBAT AIDS'.

Dan jika kita perasan sejak kebelakangan ini disetiap ceramah PAS, pada setiap banner sudah tidak ada lagi gambar Anwar bersama dengan pemimpin PAS sepertimana selalunya! Pelik tapi memang benar?

Bagaimanapun, pagi tadi, selepas beberapa jam selepas disiarkan, HARAKAH Daily telah menarik keluar artikel berkenaan. Mungkin kerana terdesak, para penyokong Anwar telah memulakan putar belit fakta dan melakukan serangan terhadap UMNO dan BN di laman-laman blog, portal dan Facebook untuk menunjukkan kononnya gambar-gambar tersebut adalah angkara UMNO! Sila baca di sini.

Seperti biasa apa-apa sahaja pendedahan tentang Anwar Ibrahim, semuanya adalah salah UMNO! Namun hari ini, penafian telah dibuat oleh Anwar Ibrahim apabila diajukan persoalan berhubung gambar-gambar terbaru itu oleh wartawan dalam satu sidang akhbar. Dan seperti biasa, Anwar membuat penafian mudah bahawa ORANG DALAM GAMBAR-GAMBAR TERSEBUT BUKANLAH DIRINYA.

Alasan yang diberi adalah didalam gambar tersebut, 'DIA TIDAK BOROI'( bermakna Anwar BOROI sekarang )! Mungkin kita masih ingat sebelum ini ketika video seseorang yang mirip macam Anwar juga melakukan 'adegan melampau' dengan seorang pelacur. Dalam satu sidang akhbar Anwar dengan cepat menafikan 'pelakon' tersebut bukanlah beliau kerana pelakonnya berperut BUNCIT (Boroi)!


Anwar turut berdiri ketika itu untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Ketika itu Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan! Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi. Sambil memberi alasan bahawa pada masa itu video dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.

Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.
Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya. "Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya.

Kesimpulannya, jika Anwar mengatakan pelakon dalam gambar terbaru bukan dirinya kerana 'DIA TIDAK BOROI' sebagaimana dirinya sekarang yang 'BOROI', maka siapakah pelakon lelaki yang 'berperut BUNCIT/BOROI' beraksi bersama pelacur dari China sebelum ini!

Meludah kelangit, terpecik kemuka sendiri? Mengaku saja lah Anwar...sampai bila nak menafikan lagi!!!!

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 16 Mac 2013

Pengganas sifatkan mayat anggota keselamatan sebagai bangkai?





"Apa kita mahu buat dengan bangkai-bangkai ini? Sudah aku tatak (penggal) kepala mereka."

Itu adalah antara kata-kata penuh penghinaan dan biadab pengganas Sulu selepas membunuh anggota keselamatan negara dalam serangan hendap di Kampung Simunul, di sini 2 Mac lalu.

Percakapan pengganas Sulu itu didengari dengan jelas anggota pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam misi membantu barisan hadapan yang terkorban.

Menceritakan lebih lanjut, anggota pasukan keselamatan yang enggan namanya disiarkan berkata, dia mendengar dengan jelas percakapan pengganas Sulu itu dari rumah persembunyian mereka kononnya untuk menggerunkan pasukan keselamatan negara dan meraikan 'kejayaan' mereka.

Walau bagaimanapun, katanya, dalam usaha menyelamatkan anggota keselamatan itu beberapa das tembakan dilepaskan pengganas Sulu menyebabkan dia dan anggota keselamatan lain mencari perlindungan.

"Mereka memang berperangai seperti binatang, tiada hati perut dan mahu mengerjakan pasukan keselamatan kita cukup-cukup.

"Tetapi kami tidak boleh terburu-buru walaupun semangat kami amat berkobar-kobar mahu menumpaskan mereka. Segala perancangan perlu dilakukan dengan berhati-hati," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut sumber itu, kira-kira pukul 4.20 petang pada hari kejadian, Supritendan Ibrahim Lebar yang terkorban dalam serang hendap tersebut mendapat maklumat beberapa buah rumah di kampung berkenaan dipercayai dijadikan markas pengganas.

Katanya, Allahyarham Ibrahim yang dibantu oleh beberapa anggota pasukan keselamatan kemudiannya ke kampung itu dan memeriksa dua buah rumah, namun mendapati kedua-duanya kosong.

Jelas sumber itu, disebabkan pemeriksaan ke atas dua buah rumah tersebut tidak menemui hasil, Ibrahim mengarahkan kesemua pasukan keselamatan beredar dan berkumpul di kawasan lapang.

"Kira-kira pukul 7.20 malam, Ibrahim mendapat maklumat suspek berada di sebuah rumah sebelum mengarahkan pasukan kami bersiap sedia untuk masuk semula dalam keadaan gelap.

"Ketika membuka pintu rumah tersebut, Allahyarham Ibrahim ditembak beberapa das sebelum ditetak dengan parang," katanya.

Tambah sumber itu, semangat cintakan negara jelas terpancar dalam diri Allahyarham Ibrahim yang tetap ingin meneruskan operasi menjejak pengganas tersebut walaupun dimaklumkan mengenai sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.

"Kita cukup rasa kehilangan rakan pasukan dan seorang pegawai yang berdedikasi serta mempunyai semangat kental dalam menghadapi musuh," katanya sambil menahan sebak.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 13 Mac 2013

Anwar Akan Lakukan Sumpah Laknat Di Hari Pembubaran Parlimen!



Di saat seluruh negara sedang memfokuskan tumpuan kepada isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tak semena-mena PKR cuba mencuri tumpuan umum dengan mengadakan sidang akbar secara tertutup bagi pihak ayah Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim.

Habis sidang akhbar secara tertutup, sehari dua kemudiannya bapa Saiful itu mengumumkan penyertaannya dalam PKR. Hebat sandiwara yang dimainkan, seolah-olah mahu mengabui mata umum bahawa baru kini Azlan terdetik untuk berjuang bersama PKR.

Walhal bukan satu rahsia pun, sedari dulu lagi Azlan merupakan penyokong tegar PKR dan hanya munculkan diri setelah heboh kes liwat II diperkatakan dan sepanjang hampir 5 tahun itu Azlan dilihat cukup bersungguh-sungguh membela nasib anak lelakinya.

Malah dialah yang paling sedih dan marah bila mana Mahkamah terpaksa membebaskan Anwar Ibrahim kerana bukti tidak cukup kuat untuk mengaitkan Ketua Umum PKR itu dengan perlakuan meliwat anaknya, Saiful.

Waima sebelumnya, semasa Saiful mengambil keputusan untuk bersumpah mubahalah (sumpah laknat), si ayah yang sama ini jugalah tanpa sebarang bantahan atau teguran telah bersetuju menemani anaknya untuk melakukan sumpah laknat menyerahkan kesaksian dan pengaduan kepada Allah S.W.T.

Jika dibaca kenyataan media oleh Azlan yang mendakwa dirinya sejak awal lagi langsung tidak pernah mempercayai dakwaan Anwar telah meliwat anaknya, timbul persoalan penting kenapa sebagai seorang bapa, Azlan tidak mengambil inisiatif mencegah Saiful dari bersumpah secara Islam?

Sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful pada hari Jumaat 14 Syaaban 1429 bersamaan 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur telah disaksikan sendiri oleh Azlan yang menemani anaknya dari awal hingga akhir, dan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful itu sah dan menepati kehendak Islam.

"Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap ALLAH S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH S.W.T sehingga ke kiamat".

Sumpah sedemikian bukannya perkara main-main, jika sumpah yang dilafazkan oleh Saiful adalah palsu bermakna bila-bila masa bermula tarikh itu sehinggalah selewat-lewatnya setahun kemudian pastinya laknat akan menimpanya.

Ibn Hajar Al Salam as Qalani, seorang ulama di zaman silam pernah menceritakan, "Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan."

Manakala seorang ulama dari India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan seorang nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang kemudiannya berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.

Selain Ibn hajar dan Syeikh Abi Al-Wafa, ramai ulama bersepakat bahawa penghukuman dari Allah s.w.t akibat sumpah laknat pasti tiba seawal 40 hari atau pun 2 bulan selepas mubahalah dan paling lama dalam jangka waktu setahun.

Bermula 15 Ogos 2008 sehingga sekarang, sudah lebih 4 tahun berlalu Saiful bersumpah secara Islam dan Alhamdulillah sehingga kini Saiful dalam keadaan sejahtera dan tiada laknat yang menimpanya, ini bermakna jelas sekali sumpah mubahalah yang dilafazkannya benar dan dakwaan yang disebutkannya adalah betul.

Tinggal lagi sekarang, sehingga kini Anwar selaku tertuduh masih enggan melakukan sumpah laknat seolah-olah Ketua Umum PKR itu kurang percaya atau agak meragui keadilan dan kekuasaan Allah s.w.t. Peliknya, akuan bersumpah (SD) yang sering menjadi modal politiknya mudah pula dijadikan kesaksian bisu dalam usahanya menegakkan benang yang basah.

Tapi jika tiba-tiba Anwar terdetik untuk bersumpah mubahalah, pastikan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataallahi" disebut nyata dan tidak diganti dengan ayat lain, kerana syarat dalam Islam menuntut setiap sumpah mubahalah perlu disertai ketiga-tiga kalimah tersebut atau salah satu daripadanya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan kejantanan Anwar sama ada masih wujud keyakinannya terhadap kekuasaan Allah S.W.T ataupun sebaliknya.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 10 Mac 2013

Siapa sebenarnya Nur Misuari? MNLF Kutuk Keganasan "Pengganas Kiram" Di Sabah!



Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengutuk keras keganasan yang dilakukan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna di Sabah, kata pengerusinya Muslimin Sema Khamis.

Muslimin, yang dilantik sebagai pengerusi badan pembuat keputusan tertinggi pertubuhan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, pada 2008, berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF.

MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka.

"Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita.

"Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat)," katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila.

Dua hari lepas, Malaysia menggunakan jet pejuang, tentera darat dan kenderaan pengangkut tentera berperisai untuk menggempur penceroboh bersenjata yang bersembunyi di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Operasi yang menggabungkan pasukan polis dan tentera dikenali sebagai "Op Daulat" itu berterusan hingga kini.

Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan pengganas di Lahad Datu dan Semporna meragut nyawa lapan anggota polis dan sekurang-kurangnya 52 pengganas.

Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu.

"Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Saya sedih kerana tidak dapat menyekatnya daripada membuat kenyataan itu. Sabah dan Malaysia bukan musuh kami," katanya.

Ditanya sama ada terdapat anggota MNLF yang terlibat dalam kejadian di Sabah, Muslimin berkata jawatankuasa pusat barisan itu telah menjalankan penyiasatan tentang perkara berkenaan.

"Bagaimanapun, siasatan yang dibuat anggota jawatankuasa pusat di Tawi-Tawi dan Sulu mendapati tidak ada anggota MNLF yang terlibat dalam pencerobohan di Sabah. Kami tidak terlibat dalam apa jua bentuk keganasan," katanya.

Beliau berkata sekiranya terdapat anggota MNLF yang terlibat dengan keganasan di Sabah, mereka melakukannya secara peribadi dan tidak pernah mendapat restu daripada kepimpinan barisan itu.

"Sekiranya mereka terlibat, ia dibuat atas dasar individu kerana MNLF tidak pernah merestuinya," kata beliau sambil menegaskan bahawa kebanyakan orang Filipina yang tinggal di Sabah menjalani kehidupan secara baik dan aman.



Pelik jugalah apabila Nur Misuari ( Pengasas MNLF ) masih beranggapan beliaulah Pengerusi MNLF sehingga sanggup menggugut DS Najib berperang dengan beliau?

'Pengerusi' Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.

Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :

”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita."

“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.



Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi (pertuduhan secara tidak langsung) bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.

Katanya tindakan mengaitkannya kepada dakwaan konspirasi untuk membiayai tindakan Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya untuk mendesak tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah tidak bertanggungjawab.

“Ia semua spekulasi liar. Pertama sekali saya tidak meminta sesiapa melakukannya. Saya tidak boleh melangkaui peranan Sultan,” katanya.

“Untuk membiayainya adalah bukan persoalan. Sekiranya saya kaya pun mengapa saya patut membiayai petualang pengikut Sultan ? Hanya kira-kira 200 orang. Ia bukan cara saya melakukan sesuatu,” tambah beliau.

Misuari berkata sebagai ketua MNLF, beliau boleh menggerakkan 4,000 pejuang untuk memburu penjahat Abu Sayyaf yang menjadikan beberapa warga asing sebagai tebusan di Mindanao.

Katanya beliau menghantar lebih ramai pasukan semasa insiden tebusan Sipadan pada April 2000 selepas diarah oleh Presiden Joseph Estrada dahulu.

“Adalah tidak bertanggungjawab untuk sesiapa yang membuat spekulasi saya terlibat dalam kegilaan ini.”

'Pemimpin MNLF' itu menyatakan kebimbangan tentang nasib Raja Muda Kiram dan pengikutnya selepas mereka dilaporkan dibom oleh jet pejuang Malaysia pada baru-baru ini?

Bagi penulis pengisyistiharan perang terhadap kerajaan Malaysia itu menjawab teka-teki hubungan pemimpin itu dengan gerombolan penceroboh walaupun sebelum ini beberapa penafian telah dibuat Misuari untuk mengaitkan dia dengan gerombolan tersebut.



Namun sumber risikan kerajaan Filipina mendakwa Nur Misuari sebelum ini telah berjumpa beberapa kali dengan pemimpin Pencerobohan Lahad Datu, Jamalul Kiram III sebelum insiden pencerobohan itu berlaku, menyaksikan lapan anggota keselamatan Malaysia terbunuh.

Dalam sidang media yang sama Misuari sekali lagi menafikan bahawa dia adalah "penaja" kelengkapan persenjataan dan latihan gerombolan pencerobohan. Namun tidak memberikan sebarang penafian terhadap dakwaan bahawa dia merupakan antara individu yang merencanakan pencerobohan di Lahad Datu itu.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 8 Mac 2013

PANAS : VIDEO NUR MISUARI UGUT NAJIB UNTUK BERPERANG..!!!



Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.

Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :

”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita."

“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.

Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi (pertuduhan secara tidak langsung) bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.



Katanya tindakan mengaitkannya kepada dakwaan konspirasi untuk membiayai tindakan Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya untuk mendesak tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah tidak bertanggungjawab.

“Ia semua spekulasi liar. Pertama sekali saya tidak meminta sesiapa melakukannya. Saya tidak boleh melangkaui perana Sultan,” katanya.

“Untuk membiayainya adalah bukan persoalan. Sekiranya saya kayapun mengapa saya patut membiayai petualang pengikut Sultan ? Hanya kira-kira 200 orang. Ia bukan cara saya melakukan sesuatu,” tambah beliau.

Misuari berkata sebagai ketua MNLF, beliau boleh menggerakkan 4,000 pejuang untuk memburu penjahat Abu Sayyaf yang menjadikan beberapa warga asing sebagai tebusan di Mindanao.

Katanya beliau menghantar lebih ramai pasukan semasa insiden tebusan Sipadan pada April 2000 selepas diarah oleh Presiden Joseph Estrada dahulu.

“Adalah tidak bertanggungjawab untuk sesiapa yang membuat spekulasi saya terlibat dalam kegilaan ini.”

Pemimpin MNLF itu menyatakan kebimbangan tentang nasib Raja Muda Kiram dan pengikutnya selepas mereka dilaporkan dibom oleh jet pejuang Malaysia pada pagi semalam!

Sebaliknya, benarkan apa yang dituduh oleh HAPRAKDaily ini? Masih mahu membuat fitnah tanpa bukti yang kukuh?



Wasabi Oyabun..

Bapa Saiful cuba selamatkan imej Anwar?



KENYATAAN BAPA SAIFUL BUKHARI SEBAGAI PERCUBAAN MEMBERSIHKAN IMEJ MORAL ANWAR IBRAHIM

Kenyataan Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan.

Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau. Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau. Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu.

Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri. Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.

Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan “U” Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka. Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya.

Adalah jelas pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan. Masyarakat yang mengikuti perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim.

Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod selanjutnya.

Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku lagi untuk dipentaskan.

Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya. Tutup di kepala ekor pula yang terbuka. Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim.

Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat lambat laun akan menemukan buku dengan ruas. Pepatah juga mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Pepatah ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang bakal menjadi tupai tersebut.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Taman Tun Dr Ismail, KL
8 MAC 2013

Wasabi Oyabun..

Rabu, 6 Mac 2013

Penceroboh Lahad Datu Guna Amalan Mistik Untuk Ghaib dan Kebal?



Beberapa barangan berupa tangkal dan azimat ditemui pada mayat penceroboh Lahad Datu dipercayai sebagai "pelindung" bagi gerombolan ini ketika menghadapi pasukan keselamatan negara. Azimat dan tangkal yang ditulis dengan ayat tidak difahami serta dilukis dengan gambar tertentu dianggap menjadikan seseorang itu kebal daripada sebarang serangan senjata.



Malah beberapa amalan mistik termasuk pembacaan doa disertakan dupa dan kemenyan turut dilakukan pemimpin penceroboh itu, Sultan Jamalul Kiram III bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Amalan-amalan ini ternyata bertentangan dengan ciri-ciri seorang Muslim yang berpegang teguh hanya kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Tindakan menggunakan tangkal dan azimat ini didakwa bertujuan untuk meyakinkan pengikut gerombolan ini bahawa mereka adalah kebal daripada sebarang senjata dan membolehkan pergerakan mereka seolah-olah 'ghaib' agar tidak dapat dihidu oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 5 Mac 2013

Kebiadaban, keceluparan Tian Chua tidak boleh dimaafkan?





Biadap, keji dan hina, mungkin itulah istilah paling sesuai digunakan oleh sesiapa juga yang mahu mengecam Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang atau Tian Chua yang menyifatkan kejadian pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO.

Tian Chua tidak harus berdolak-dalik lagi dalam soal ini kerana kenyataan beliau bukan disiarkan oleh media arus perdana yang dianggap musuh pakatan pembangkang tetapi disiarkan oleh keadilandaily.com pada hari negara berkabung akibat gugurnya dua perwira dari pasukan komando VAT69.

Apa yang dilakukan oleh Tian Chua adalah perbuatan biadab dan sudah melampaui batas dalam politik, namun kita tidak perlu hairan dengan sikap seorang pemimpin yang pernah berbaring di tengah jalan tetapi akhirnya diangkat sebagai calon dalam pilihan raya oleh PKR sehingga bergelar Yang Berhormat.

Tidak kira apa pun hujahnya, tindakan Tian Chua tidak harus diselesaikan hanya melalui permintaan maaf sahaja sebaliknya pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana kita sudah bosan dengan senario politik celupar yang kemudiannya dilupakan hanya disebabkan pemimpin biadab seumpama itu memohon maaf.

Kebiadaban Tian Chua tidak boleh dimaafkan begitu sahaja tetapi beliau perlu bersedia diseret ke muka pengadilan kerana melakukan perbuatan yang dianggap boleh dikategorikan menghasut dan mencetuskan kebencian.

Tian Chua perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana beliau telah membuat satu kenyataan yang mengguris perasaan seluruh rakyat Malaysia yang menyanjungi keperwiraan perajurit-perajurit negara dan bersimpati dengan keluarga perajurit yang terkorban.



Justeru kita bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa perbuatan Naib Presiden PKR itu adalah mainan politik cukup hina dan menggambarkan sikap mereka yang tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan sekali gus tidak layak dipilih sebagai pemimpin.

Sebenarnya kalau begitulah bentuk kenyataan yang dibuat oleh Tian Chua memang benar beliau tidak layak menjadi pemimpin kerana dalam kepala beliau semuanya mahu dipolitikkan hatta melibatkan keselamatan negara sekali pun.

Bagi pemimpin-pemimpin pembangkang yang jumud dan taksub dengan politik kemaruk kuasa seperti Tian Chua ini, mereka bersedia melakukan apa sahaja bagi memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN). Sebab itulah dia tergamak menganggap peristiwa pencerobohan di Lahad Datu itu sebagai sandiwara.

Tian Chua perlu faham yang paling banyak bersandiwara bukannya kerajaan BN atau pemimpin UMNO tetapi pemimpin-pemimpin pembangkang. Tidak perlu kita imbas apa sandiwara mereka kerana rakyat pasti mengetahuinya.

Kalau pun Tian Chua mahu bersandiwara dengan tujuan meraih sokongan untuk pakatan pembangkang yang kini semakin terumbang-ambing ternyata beliau telah memilih isu yang salah. Sebaliknya ia memaparkan kebodohan dan kejahilan sesetengah pemimpin pembangkang berpolitik.

Sepatutnya, dalam situasi kritikal melibatkan isu pencerobohan di Lahad Datu, Tian Chua memberi sokongan padu kepada kerajaan untuk menanganinya bersandarkan kepada keupayaan anggota keselamatan kita dan bukannya membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan semua pihak.

Dalam soal ini, kita juga ingin mengetahui apakah pendirian PKR, apakah mereka menyebelahi Tian Chua atau bersedia memecat beliau?



Ini memandangkan Tian Chua bukannya ahli biasa tetapi berjawatan Naib Presiden PKR, oleh itu jika parti tersebut memandang serius isu ini sesuatu perlu dilakukan.

Langkah itu penting bagi mengelakkan PKR akan dituduh merestui ‘kenyataan jahil’ Tian Chua. Apatah lagi PKR melalui pakatan pembangkang dalam manifesto mereka cuba memaparkan mereka wira memperjuangkan nasib anggota keselamatan apabila menyatakan akan menaikkan gaji anggota polis sebanyak 15 peratus jika mereka memerintah.

Kalau benarlah PKR ikhlas mahu membela nasib anggota polis, maka Tian Chua perlu diambil tindakan. Kita juga ingin mengetahui apa komen sekutu PKR iaitu Pas dan DAP.

Jika mereka tidak bersetuju dengan kenyataan Tian Chua buat pendirian rasmi supaya rakyat tidak membuat tafsiran yang bukan-bukan terhadap mereka.

Namun begitu apa yang lebih penting sekarang ialah memastikan sikap mulut celupar Tian Chua diajar dan tidak dibiarkan begitu sahaja.

Sekali lagi, perhatian akan diberikan kepada pihak polis yang akan menyiasat laporan yang dibuat oleh pelbagai pihak ke atas Naib Presiden PKR itu. Kita tidak mahu kes Tian Chua ini didiamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.



Apa yang dilakukan oleh Tian Chua sudah jelas satu perbuatan politik keji dan ia tidak sewajarnya dibiarkan terlepas begitu sahaja.

Rakyat yang sentiasa mendoakan keselamatan anggota polis dan tentera dalam operasi menentang pencerobohan di Sabah sudah pasti mahu melihat apa yang akan diterima oleh Tian Chua akibat keceluparannya.

Perhitungan politik tidak boleh diambil kira lagi termasuklah kononnya tindakan Tian Chua ini bertujuan mengalih isu kerana beliau sudah pasti sedar apa yang beliau katakan.

Justeru tindakan tegas daripada pihak berkuasa amat penting bagi menunjukkan bahawa tiada kompromi dengan mana-mana ahli politik yang mahu mempolitikkan segala-galanya hatta kematian perwira negara sekali pun.

Tambahan pula, ini bukanlah kali pertama pemimpin-pemimpin pembangkang mempolitikkan isu melibatkan keselamatan negara.

Kita masih ingat satu ketika dahulu apabila tercetus peristiwa Sauk di Perak, pembangkang menuduh ia lakonan dengan mempertikaikan bagaimana sebuah kenderaan MPV boleh mengisi beratus-ratus senjata.

Tetapi apabila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat demonstrasi bagi menunjukkan bagaimana ia dilakukan, pembangkang hanya mendiamkan diri dan tidak pula meminta maaf.

Sebab itulah, kita berpendapat, Tian Chua tidak boleh dilepaskan begitu sahaja, beliau perlu bertanggungjawab terhadap kejahilannya berpolitik.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Wasabi Oyabun..

Isnin, 4 Mac 2013

TERKINI ! Pegawai tentera dedahkan sebab ATM tidak bertindak awal!




Malaysia perlu mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah, kata seorang pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini.

Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata, Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan.

Beliau berkata, Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang.



"Kita tidak boleh terus bertindak tanpa mengetahui sebab sebenar kedatangan mereka (kumpulan bersenjata) dan tindakan kita mesti mengikut protokal yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan gagal menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, lebih awal sehingga menyebabkan pertumpahan berdarah.

Setakat ini, lapan anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu dari Filipina, di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 1 dan 2 Mac.

Mengenai gambar lelaki dipenggal kepala tersiar dalam laman web kononnya dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata itu, Abdul Aziz berkata, ia merupakan gambar lama yang dipercayai berlaku di sebuah negara jiran beberapa tahun lalu.

"Gambar itu ditulis dengan perkataan 'Lahad Datu' di bawahnya untuk mengambarkan peristiwa itu berlaku di Lahad Datu dan ini menampakkan niat jahat pihak tertentu terhadap kerajaan," katanya.

Beliau tidak menolak ia dilakukan untuk berseronok-seronok sahaja tetapi menegaskan bahawa implikasinya amat besar kepada negara dan tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang waras.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 3 Mac 2013

'Ustazah Jadian' Abby boleh pesongkan akidah - Zed Zaidi!




Bekas pelakon dan anggota kumpulan Elite, Abby Abadi dilabelkan sebagai 'Ustazah Jadian' dan mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

Sehubungan dengan itu, Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menasihati selebriti yang kini menjadi penceramah Pas agar muhasabah diri sebelum sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Abby ibarat seorang ustazah tidak bertauliah yang sesuka hati mengeluarkan fatwanya sendiri seperti mana yang pernah ditunjukkan beberapa pemimpin Pas lain.

"Jadi, bila seseorang 'Ustazah Jadian' ini berbicara, saya khuatir macam-macam perkara buruk akan terjadi ke atas anak bangsa Melayu kerana statusnya sebagai seorang artis mampu mempengaruhi sekali gus menggugat keimanan peminatnya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Zed Zaidi atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil mengulas kenyataan Abby yang menuduh artis negara ini sebagai golongan buta politik dan tersasar jauh dari landasan Islam serta mendakwa kebanyakan artis mempunyai ego yang tinggi sehingga lupa rezeki adalah pemberian Allah.

Dalam ceramah anjuran Pas kawasan Permas, di sini semalam, Abby juga menyifatkan rakan-rakannya dalam dunia seni yang menyertai majlis anjuran UMNO atau Barisan Nasional hanyalah sekadar untuk menghiburkan penonton dan mendapat bayaran tanpa mengambil tahu perihal politik.

Wasabi Oyabun...

Jumaat, 1 Mac 2013

Tentera Sultan Sulu Rela Mati Katak Demi Apa Yang Telah Dijanjikan Anwar Ibrahim?




Sudah menjadi tabiat semula jadi pemimpin PR gemar mencipta masalah dan merekayasa isu hangat, kemudian bila isu meleret-leret melibatkan keselamatan awam dan negara mereka akan segera menuding jari menyalahkan Kerajaan Pusat.

Itu yang berlaku di Lahad Datu, Sabah yang menyaksikan pencerobohan oleh lebih kurang 100 orang pengikut Sultan Sulu yang kedatangan mereka disebabkan jemputan oleh pemimpin PR selepas dijanjikan akan beroleh wilayah pemerintahan sendiri di negeri itu.

Mereka yang melabel diri sebagai Tentera Kesultanan Sulu di mana sebahagiannya bersenjata sehingga kini masih lagi bertahan dalam kepungan di Lahad Datu, di masa yang sama pihak berkuasa masih meneruskan rundingan untuk menyelesaikan isu ini secara aman.

PR yang menyedari peranannya dalam kemelut isu ini sudah diketahui umum terutama selepas sumber Tentera Filipina mengesahkan jemputan itu datangnya dari pemimpin pembangkang Malaysia, nyata tidak senang duduk dengan pendedahan tersebut.



Rakyat Sabah yang sedari awal sudah mengesan wujudnya tangan ghaib dalam isu ini akhirnya bangkit mengecam tindakan tidak patriotik pemimpin pembangkang dari Semenanjung itu yang dikira cuba mengganggu gugat ketenteraman penduduk Sabah.

PR kini tersepit tapi sudah menjadi lumrah dan kelebihan semula jadi pemimpin PR segera bertukar lidah untuk menuding jari dan menyalahkan pula pihak berkuasa kerana mengambil langkah berunding dengan kumpulan penceroboh tersebut.

Sedangkan tujuan perundingan diadakan kerana pihak berkuasa menyedari ada ruang penyelesaian secara aman tanpa perlu tunduk pada sebarang tuntutan oleh kumpulan penceroboh.

Jika kekerasan menjadi keutamaan ia hanya menjadi pilihan akhir setelah semua rundingan gagal membuahkan hasil, andainya saat itu tiba tidak sukar untuk Angkatan Tentera Malaysia melaksanakan perintah demi menjaga kedaulatan negara.



Namun selagi ada ruang perundingan, selagi itu jalan perundingan dilakukan, itu polisi Malaysia sejak sekian lama.

Tapi saban hari pemimpin PR pula cuba memprovokasi khalayak supaya bangkit mempertikaikan tindakan pihak berkuasa mendahulukan rundingan dengan kumpulan penceroboh itu, di masa yang sama PR cuba memperlekehkan keupayaan pasukan keselamatan negara dalam berdepan dengan isu sebegini.

Tindakan yang tidak matang sedemikian tidak membantu mengendurkan suasana sebaliknya hasutan dan provokasi PR itu hanya menyebabkan jalan perundingan yang dirintis boleh hancur berkecai.

Umum tahu, PR gemar melihat kekecohan dan kalau boleh berlakunya pertumpahan darah di Lahad Datu di mana semua penceroboh yang mengaku sebagai tentera Kesultanan Sulu itu mati dibunuh. Bila itu berlaku mereka mengharapkan akan memperoleh keuntungan politik kepartian.



Pemimpin PR yang bertanggungjawab menabur janji kepada Sultan Sulu dan pengikutnya, PR pula yang mahu melihat pertumpahan darah berlaku. Pelik?

Apa nak peliknya, provokasi dan putar belit isu memang amalan PR, sama seperti mereka menghasut penyokong berdemo dan merusuh di atas jalan raya dan bila berlaku sesuatu yang tidak diingini, pihak berkuasa pula yang dijadikan kambing hitam untuk menutup kejahatan yang dilakukan oleh PR.

Apa pun kita doakan segalanya berjalan lancar, sementara kesabaran menguasai suasana kita percayai sehari dua nanti isu ini akan selesai tanpa perlu setitik darah pun menitis ke bumi. Insya-Allah.

Wasabi Oyabun..