Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 4 Januari 2013

Isu air: Kerajaan PKR Selangor salahkan Syabas?



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. ekoran gangguan bekalan air sehingga menjejaskan setengah juta pengguna di 90 kawasan di sekitar ibu kota.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuduh Syabas sebagai tidak bertanggungjawab kerana menuding jari kepada kerajaan negeri ekoran kegagalan syarikat konsesi bekalan air itu membekalkan air kepada para pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Syarikat itu mempunyai obligasi untuk menyenggara semua aset dan fasiliti pengagihan air seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Syabas.

"Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik kerajaan negeri diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh Syabas termasuk Rumah Pam Wangsa Maju. Oleh itu, tiada sebab mengapa Syabas boleh menuding jari kepada kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Laporan akhbar hari ini menyebut gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan rutin harian kira-kira setengah juta pengguna di 90 kawasan di sekitar ibu kota disebabkan oleh kerosakan sistem Rumah Pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru yang berlaku serentak.


Bagaimanapun, Syabas dalam kenyataan hari ini berkata, kerosakan di dua rumah pam yang menjadi punca krisis air di ibu negara sejak 29 Disember lalu selesai diperbaiki bagi membolehkannya beroperasi semula.

Menurut Abdul Khalid, terdapat lima unit pam di Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari lalu mendapati gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca daripada kegagalan kelima-lima pam tersebut.

"Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Maju oleh Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari lalu dan melalui pemerhatian daripada buku log operasi pam untuk 2012, didapati pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki," katanya.

Menteri Besar berkata, hasil siasatan jawatankuasa itu telah membuat kesimpulan bahawa Syabas gagal melaksanakan penyenggaraan ke atas aset-aset dan fasiliti bekalan air yang telah sepenuhnya diletakkan di bawah pengendalian syarikat itu bermula dari 1 Januari 2005.

"Syabas gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam berkenaan dan kegagalan mengenal pasti kerosakan telah menyebabkan kerosakan lebih besar berlaku dan seterusnya menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna.

"Syarikat itu gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut," katanya.

Beliau turut mendakwa, Syabas juga gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada kerajaan negeri sebaliknya menggunakan isu ketidakcukupan air untuk menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna.

"Gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak pada siri-siri kegagalan Syabas memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi.

"Sehubungan itu kerajaan negeri mendesak Kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA)," katanya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan