Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 6 Januari 2013

Kenapa Penafian Deepak Didiamkan Oleh Portal Pro-Pembangkang?



Semua pihak sudah sedia maklum perihal sikap pengecut dan berselindung di sebalik insan lain di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Daripada Ketua Umumnya hinggalah di kalangan ‘Anak-anak Ikan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seterusnya di peringkat bawahan, hampir kesemuanya hanya pandai melontarkan fitnah, membuat kekecohan dan kemudiannya menyorok di sebalik nama kononnya menuntut keadilan.

Macam-macam kes yang melibatkan situasi begini telah berlaku dan terbaru, isu yang mengaitkan Peniaga Karpet, Deepak Jaikishan yang kini telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak atau lebih tepat pemimpin PKR.

Bermulanya kekecohan mengenai Deepak, macam-macam kontroversi, spekulasi dan kenyataan timbul sehinggakan rakyat tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah.

Apa yang lebih teruk, dek kerana sudah terbiasa dengan sindrom fitnah memfitnah antara satu sama lain, maka dalam segala isu ada sahaja idea pihak pembangkang untuk mengaitkan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kontroversi yang tercetus.

Sampaikan perlancaran buku yang berjudul ‘Black Rose’ yang entah siapa penerbitnya juga telah dijadikan medium politik PKR untuk meneruskan agenda fitnah terhadap Najib dan Rosmah. Difahamkan buku berkenaan yang dilancarkan beberapa hari lalu kononnya menceritakan perihal Najib dan Rosmah mengenai kontroversi pembunuhan Altantuya.

Bukankah isu berkaitan kes Altantuya itu sudah basi, tetapi hairan, mengapa ia ditimbulkan semula oleh puak-puak jahil PKR ini. Mungkin kerana terdesak dengan pilihanraya umum yang semakin hampir, maka segala isu-isu lama mereka korek-korek semula dan cuba memutar belitkan supaya rakyat terus terkeliru.

Bercakap mengenai perlancaran buku ‘Black Rose’, dua hari lepas MalaysiaKini telah melaporkan berita yang menyatakan Deepak melancarkan buku dalam bentuk ceritera.

Rujuk sini :

“The Black Rose – satu siri buku yang dijanjikan oleh ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan yang mengisahkan persengketaan beliau dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya muncul di ruang siber. Siri pertama – Black Rose 1.0 – telah diedarkan kepada media malam ini dalam bentuk e-buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinyatakan sebagai ‘Spirit of Altantuya’.

Buku ini tidak menyebut mana-mana personaliti tertentu dengan nama, tetapi jalan ceritanya hampir dengan kisah hidup Deepak sendiri.”

Berita mengenai kononnya Deepak yang menerbitkan buku itu kini telah tersebar dengan luasnya setelah puak-puak PKR melaksanakan perang saraf iaitu untuk memastikan perkara itu mendapat perhatian umum.

Perihal kekecohan berkaitan penyebaran ‘Black Rose’ yang kononnya menceritakan tentang Najib dan Rosmah selain mengaitkan Deepak, maka ahli perniagaan itu merasakan ada pihak yang sedang menjalankan operasi tertentu.

Lantas, Deepak telah menafikan pelancaran buku tersebut dikeluarkan olehnya melalui SMS kepada semua media dan meminta namanya dikeluarkan. Rujuk keratan SMS di bawah:


Tetapi apa yang peliknya adalah, sehingga kini Malaysiakini masih belum mengeluarkan kenyataan penafian Deepak serta mengeluarkan namanya. Tindakan dan kedegilan Malaysiakini ini telah mencetuskan satu tanggapan mengenai adakah media pro pembangkang itu mempunyai agenda tertentu untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah.

Apa tidaknya, sudah beberapa hari Deepak telah menghantar kiriman SMS kepada media termasuk Malaysiakini, namun sampai sekarang tidak ada apa yang berlaku. Persoalannya, dalam buku terbabit mengapa watak-watak dalam buku tersebut menggunakan nama samaran?

Jika benar ia menceritakan tentang Najib dan Rosmah dalam isu Altantuya, gunakan sahajalah nama sebenar tidak perlu berselindung menggunakan nama samaran. Mengapa takut untuk letakkan nama sebenar jika kandungannya benar?

Dokumen dalam buku tersebut sama seperti yang ditunjukkan oleh ‘Toy Boy’ Anwar, iaitu Rafizi beberapa hari lepas. Mengapa perkara itu terjadi? Sedangkan Deepak, dalam sidang medianya sebelum ini menafikan dia pernah melihat dokumen yang dipertontonkan oleh Rafizi.

Jadi, sebagai rakyat yang berfikiran matang dan rasional, kita boleh simpulkan siapa punya kerja yang keluarkan buku berkenaan.- peraktoday

Wasabi Oyabun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan