Terima kasih kerana mengundi BN
Ahad, 20 Januari 2013
Kottapan mahu fail saman malu terhadap Xavier?
Bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, S. Kottapan mahu memfailkan saman malu terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang didakwa bertindak samseng dengan memukul serta menendang beliau pada pemilihan PKR Cabang Kota Raja, September 2010.
Saman itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi di sini dalam tempoh terdekat ini.
Kottapan mendakwa Xavier yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri melakukan perbuatan tersebut di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Bukit Naga di sini.
Katanya, beliau menerusi peguamnya telah menghantar notis tindakan saman kepada pihak terlibat termasuk kepada pihak polis.
"Saya hanya menuntut keadilan dan saya akan failkan saman malu terhadap Xavier di Mahkamah Tinggi di sini dalam tempoh dua atau tiga hari ini," katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini hari ini.
Mengulas lanjut mengenai kehadirannya ke IPD berkenaan, beliau memberitahu telah diminta oleh polis untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut susulan daripada laporan polis yang dibuatnya sebelum ini.
Katanya, keterangan tersebut merupakan kali keenam dibuatnya kepada pihak polis bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
Pada 29 September 2010, Kottapan mendakwa beliau ditumbuk dan ditendang oleh Xavier pada pemilihan PKR Cabang Kota Raja kerana ADUN tersebut dikatakan berang dengan tindakannya mengoyakkan sehelai kertas undi sebagai membantah sesi pemilihan cabang parti itu.
Beliau yang ketika itu mencabar Xavier bagi pemilihan jawatan Ketua Cabang PKR Kota Raja turut mendakwa sekumpulan samseng dipercayai diupah oleh ADUN tersebut telah memukul dan mencederakannya semasa kekecohan selepas peristiwa mengoyakkan kertas undi itu berlaku.
Selain beliau, kumpulan samseng tersebut didakwa turut mencederakan dua anaknya, Kavendran, 20, dan Yukenthiran, 13, serta beberapa ahli PKR Cabang Kota Raja yang cuba membantunya semasa kejadian tersebut.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan