Terima kasih kerana mengundi BN
Isnin, 17 Disember 2012
Khalid cabar kredibiliti SPR - Johan?
Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta ibu-ibu tunggal yang mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor perlu membuktikan di mahkamah bahawa mereka mengundi calon Pas, DAP dan PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 dan selepas itu baru mereka boleh menerima elaun RM100 sepertimana dijanjikan sebagai melanggar amalan dan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Penyelaras Tuntutan Manifesto PRU-12 Ibu-Ibu Tunggal Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata usul itu dianggap keterlaluan sekaligus menggambarkan kecetekan beliau (Khalid) berkaitan sistem pengundian di negara ini.
Menurutnya, undi adalah rahsia dan sekiranya perkara itu dibenarkan berlaku ia seolah-olah cuba mencabar kredibiliti badan itu yang dipertanggungjawab mengendalikan pilihan raya.
Jika beliau (Khalid) menafikan manifesto yang diedarkan sebelum pilihan PRU-12 lalu bukan satu perjanjian, jelaskan kepada rakyat kategori apa pula manifesto pembangkang yang digariskan melalui 59 janji dalam Buku Jingga.
Bagaimana manifesto itu boleh diedarkan kepada seluruh rakyat. Bukankah ini dianggap satu penipuan," katanya.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor hari ini meminta ibu-ibu tunggal yang mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor perlu membuktikan di mahkamah bahawa mereka mengundi calon Pas, DAP dan PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 dan selepas itu baru mereka boleh menerima elaun RM100 sepertimana dijanjikan.
Khalid berkata, perkara itu penting untuk memastikan setiap ibu tunggal yang menyaman kerajaan negeri tahu kelayakan mereka selain menyelidik bagaimana mendapat perjanjian tersebut.
Tambah Johan, beliau (Khalid) disifatkan sebagai individu yang suka berdolak-dalik seolah-olah cuba menyamakan isu rakyat dengan perniagaan.
Apakah untuk melaksanakan sesuatu demi rakyat, rakyat perlu menangani satu kontrak atau perjanjian.
Dimanakah letaknya keikhlasan seorang pemimpin kepada rakyatnya,? soalnya.
Sebelum ini kira-kira 3,011 ibu tunggal telah mengemukakan saman terhadap kerajaan PKR Selangor di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menuntut tunggakan elaun berjumlah RM16.3 juta seperti yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada PRU-12.
Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners bagi pihak kesemua ibu tunggal berkenaan, diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Hulu Langat, Zainarini Mohd. Sidek di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, semalam.
Tambah Johan lagi, setakat ini proses mengumpul tuntutan ibu- ibu tunggal di Selangor masih diteruskan di peringkat parlimen.
Dalam tempoh terdekat ini ibu-ibu tunggal di Petaling Jaya Utara akan berkumpul membuat tuntutan sama seperti yang dilakukan di Hulu Langat dan Gombak," katanya.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Agenda Palsu Muhyiddin - Pemuda & Puteri UMNO rela dibodohkan
BalasPadam~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap memilih jadi bodoh?
2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...
~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
~ BUKTI 3 ~
~ BUKTI 4 ~
Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)
Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.
Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....
~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~
Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....
Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...