Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 12 Disember 2012

Isu Selangor : Penghuni pangsapuri kecewa jadi mangsa?


Jika tidak bernasib baik kenderaan yang di letakkan di luar petak parkir hadapan pangsapuri Bayu Puteri, Bandar Puteri, Puchong ini akan ditunda MPSJ tanpa notis.

Tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menunda kenderaan yang diletakkan di luar Pangsapuri Bayu Puteri, Bandar Puteri, di sini menimbulkan rasa tidak puas hati dan tanda tanya kalangan penghuni.

Dakwa penghuni, mereka bukan sahaja tidak diberi sebarang notis, tetapi turut meragui status kenderaan penunda itu sama ada milik pihak berkuasa tempatan atau sebaliknya.

Seolah-olah mahu mencari keuntungan, dakwa penghuni kenderaan tunda itu muncul seawal pukul 8 pagi setiap hari ketika mereka bersiap-siap ke tempat kerja.

Tinjauan wartawan ke kawasan berkenaan mendapati, banyak kenderaan diletakkan di luar petak parkir di tepi jalan berhampiran pangsapuri.

Difahamkan, penghuni terpaksa meletakkan kenderaan di luar pangsapuri itu memandangkan pemaju hanya menyediakan sebuah petak parkir setiap unit.

Seorang penduduk yang tinggal di Blok A pangsapuri berkenaan, Abdul Mutalib Abdul Ghafar, 32 berkata, pengalaman kenderaan milik isterinya ditunda minggu lalu masih menimbulkan rasa terkilan di hati.

Katanya, mereka sekeluarga baru sahaja berpindah ke kawasan perumahan di situ dan tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku.

"Tindakan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu adalah tidak profesional.

"Kawasan di sini tidak sibuk dan kami tidak nampak kenderaan yang diparkir menghalang kelancaran lalu lintas," katanya.

Menurutnya, bagi mendapatkan kenderaannya wang sejumlah RM112 terpaksa dibayar kepada pihak MPSJ.

Sementara itu, jirannya, Muhammad Hamdan Halim, 41, berkata, banyak kenderaan penghuni di situ telah ditunda sejak kebelakangan ini.

Katanya, apa yang menjadi persoalan mengapa MPSJ tidak memberi notis terlebih dahulu sebelum tindakan tunda diambil.

"Malah, melalui pemerhatian yang kami lakukan, lori yang digunakan juga bukanlah kenderaan MPSJ.

"Saya bimbang mereka menggunakan khidmat orang luar untuk tarik kenderaan kami bagi tujuan mengaut keuntungan semata-mata," ujarnya.

Kata Muhammad Hamdan lagi, apa yang diharapkan MPSJ dapat menjelaskan perkara itu bagi mengelakkan salah faham dan lebih ramai penghuni menjadi mangsa.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan