Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 24 Disember 2012

Haram bagi DAP jadi 'hamba' kepada orang Melayu?



Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menempelak dua pemimpin utama parti itu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk.

Karpal melahirkan rasa tidak puas hatinya itu kerana kedua-dua pemimpin DAP berkenaan melanggar prinsip yang dipegang parti tersebut sejak pertengahan 1990-an yang tidak akan menerima sebarang gelaran ketika masih aktif dalam politik.

“Ngeh (Koo Ham) dan Teng (Chang Khim) telah melanggar prinsip tersebut dan saya tidak gembira (mengenainya)," katanya dalam sidang akhbar di sini.


Koo Ham yang merupakan Pengerusi DAP Perak menerima gelaran Datuk pada 2008, manakala Chang Khim yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor menerima gelaran berkenaan pada 2010.

Karpal menegaskan, DAP akan mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli parti itu yang bertindak menerima penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran daripada mana-mana raja Melayu selepas ini.

Katanya, sudah menjadi polisi parti sejak sekian lama mana-mana ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang mewakili parti itu tidak seharusnya menerima penganugerahan berkenaan sepanjang memegang jawatan dalam parti.

“Langkah ini bagi membuktikan ketelusan parti, jadi kita akan ambil tindakan kepada mana-mana ahli yang melanggar polisi ini selepas ini yang akan ditentukan oleh jawatankuasa parti," katanya.

Ditanya sama ada kedua-dua pemimpin DAP itu sudah memberikan jawapan berhubung penerimaan darjah kebesaran tersebut, Karpal berkata, hanya Koo Ham setakat ini berbuat demikian.

Bagaimanapun, Karpal menyifatkan penjelasan Koo Ham itu sebagai tidak boleh diterima. Dalam masa sama, Karpal turut menegaskan prinsip DAP itu bukan bermaksud menghina raja-raja Melayu.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan