Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 31 Disember 2012

Azam Najib!


Puluhan ribu orang menyaksikan persembahan bunga api sempena sambutan Tahun Baharu 2013 di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya, malam tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengajak rakyat untuk bersama-sama beliau menanam azam tahun baru ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Najib berkata jika diberi mandat yang jelas, beliau dan kerajaan pimpinannya berikrar akan menggunakan kepercayaan yang diberi dengan sebaik-baiknya dengan menepati segala janji dan komitmen yang diberi seperti yang telah dibuktikan selama ini.

“Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti.

Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2013 yang disiarkan melalui radio dan televisyen malam ini.

Perdana Menteri berkata beliau dan kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dukungan padu daripada seluruh rakyat.

Najib juga berkata negara amat memerlukan sumbangan daripada rakyat dalam setiap perancangan yang dibuat di mana bagi kerajaan tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan untuk melakukan sesuatu.

“Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai.

“Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan hala tuju yang jelas.

“Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak dibawa," katanya. Menyimpulkan kesan transformasi kerajaan pada tahun 2012 sebagai positif selepas berakhir fasa pertama prakarsa transformasi yang melibatkan kerajaan, ekonomi dan politik, Perdana Menteri berkata angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa telah meningkat secara yang membanggakan.

Najib berkata ia terbukti melalui laporan Bank Dunia, Doing Business 2013 yang meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan World Competitiveness Yearbook 2012 telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.

Beliau berkata di sebalik semua yang berlaku, kerajaan tetap perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman lalu dalam menangani cabaran yang bakal mendatang tahun depan dengan meneruskan dan menambah baik apa yang terbukti baik dan terbukti berjaya serta setiap kegagalan ditamatkan dan dijadikan teladan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyarankan empat asas daripada Dasar Transformasi Nasional yang perlu diteruskan, ditingkatkan dan dipastikan dalam memastikan wawasan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi tercapai.

Pertama, katanya, perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan falsafah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Kedua, usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial akan diteruskan di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan.

“Ini diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan di mana setiap rakyat yang memerlukan bantuan akan memperolehnya," katanya.

Ketiga, katanya meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu tidak hanya dihadkan oleh daya imaginasi.

Beliau berkata sebaliknya daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras dengan gabungan kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.

Najib berkata asas keempat yang perlu diteruskan dan ditingkatkan adalah memastikan Malaysia menjadi tempat terbaik untuk membina kehidupan berkeluarga dengan segala aspek dan keperluan hidup seperti keselamatan, kejiranan, kesihatan dan pendidikan dipenuhi sebaiknya. - BERNAMA

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 29 Disember 2012

Terkini..Biseksual : Anwar takut tembelang pecah, tarik balik saman keatas Nalla?



Daripada info yang diterima, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim @ Aljubree telah mengarahkan barisan peguamnya untuk menarik balik saman RM100 juta ke atas rakan baiknya iaitu Dato S. Nallakaruppan yang difailkan pada 25 Mac 2012 lalu atas tindakan defendan mengeluar kenyataan menuduh Anwar sebagai seorang biseksual.

Alasan pembatalan tersebut, menurut sumber ialah kerana Anwar mahu memberi fokus kepada kempen pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa saja dari sekarang. Nak fokus pilihanraya ke, atau takut banyak tembelang dan aktiviti luar tabii dia akan pecah terburai...Almaklum rakan baik la katakan..hahaha.

Bagaimanapun, menurut sumber, saman ke atas Utusan Malaysia akan tetap diteruskan kerana defenden dikatakan telah menyiarkan artikel kenyataan Nallakaruppan dalam akhbar tersebut. Berita selanjutnya sila baca di sini.

Wasabi Oyabun..

Isu Selangor : Pakatan Rakyat Tidak Takut Dosa Mungkir Janji!



Pilihan raya tak ubah macam drama romantis yang kadangkala jalan ceritanya tak masuk akal. Senarionya seperti seoarang lelaki yang ingin memujuk wanita idaman menjadi pasangan hidupnya bersedia ‘menabur janji’ asalkan gadis impian setuju memilihnya.

Ungkapan seperti lautan api sanggup direnangi atau “tetap setia sepanjang hayat” begitu mudah diungkapkan selagi gadis idaman belum lagi berada dalam pangkuan. Apa lagi jika lelaki itu masih belum lagi menikmati asam garam kehidupan berumah tangga maka gadis itu akan dipujuk dan dirayu dengan pelbagai janji manis yang sesetengahnya “mungkin nampak romantik dan indah meskipun tidak realistik” sehinggalah gadis itu benar-benar yakin dan bersedia mengahwininya.

Dalam manifesto pilihan raya, “janji yang ditabur” parti politik juga memiliki elemen yang serupa. Parti yang belum pernah mendapat mandat memerintah negara pasti menyenaraikan pelbagai komitmen, impian dan ‘janji muluk’ kerana belum menyedari bebanan yang akan ditanggung bagi merealisasikannya.


Pemimpin parti pembangkang biasanya menetapkan sasaran belum berjaya dicapai kerajaan dalam manifestonya dengan harapan rakyat tidak lagi memilih kerajaan pemerintah dalam pilihan raya. Sebaliknya, memilihnya parti pembangkang itu sendiri untuk membentuk kerajaan baru. Sebagaimana parti-parti politik yang lain, barisan gabungan parti pembangkang di negara ini turut mengemukakan janji pilihan raya dalam manifestonya hampir sebulan sebelum pilihan raya umum negara.

Dalam intisari manifesto bersama barisan gabungan itu, beberapa janji dikemukakan yang dirumuskan kepada lima bidang iaitu ekonomi, pemerintahan, pendidikan, perkhidmatan sosial dan pekerjaan..

Rumusan prinsip utama manifesto itu mengukuhkan ekonomi negara, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan, mewujudkan kontrak sosial baru, memupuk perpaduan nasional, membina demokrasi tulen dan memulihkan imej dan kedudukan negara di pentas dunia. Sebenarnya tiada yang luar biasa mengenai prinsip utama itu. Mana-mana parti politik di dunia sekalipun sudah tentu tidak menjanjikan “perpecahan rakyat, menyembunyikan maklumat daripada rakyat, menghancurkan ekonomi negara, mewujudkan pemerintahan kuku besi dan merosakkan imej negara” dalam manifesto pilihan rayanya.


Malah pemimpin paling kejam di dunia seperti Hitler pernah berjanji kepada rakyat Jerman untuk menyatukan dan menjadikan bangsa Aryan sebagai bangsa agung di dunia meskipun mereka lebih terkenal sebagai pembunuh paling terbilang membabitkan kebinasaan. Begitu juga dengan pemerintah Jepun ketika perang dunia ke-2 yang berjanji mewujudkan Asia yang bersatu dan makmur meskipun akhirnya bangsa Asia “berjaya menjadikan ubi kayu cecah garam sebagai makanan ruji dan pembina profesional landasan kereta api maut diutara Asia Tenggara”.

Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji pembangkang dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya. Hakikatnya sejarah lalu membuktikan mulut yang manis sebelum pilihan raya akan bertukar pahit bak hempedu kerana pembangkang tidak pernah takut dengan dosa mungkir janji. Justeru itu mereka sesekali tidak akan terkejut jika rakyat tidak akan mengundi mereka kerana mereka tahu dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.

Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 25 Disember 2012

Jelaskan kaitan Deepak dengan pelbagai isu 'skandal politik'?



Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan didesak membuat sidang akhbar khas sekali lagi bagi menjelaskan kaitannya dengan pelbagai isu terutama perkara-perkara yang berunsurkan 'skandal politik'.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, Deepak dalam sidang akhbar sebelum ini memberitahu beliau tidak memihak kepada mana-mana parti politik atau cenderung kepada individu politik tertentu sebaliknya hanya menumpukan kepada urusan perniagaan.

Walau bagaimanapun jelasnya, pendirian Deepak itu menimbulkan persoalan berikutan beliau didakwa banyak membuat kenyataan berbaur politik menerusi media-media propembangkang.

"Deepak sekarang sudah menjadi alat politik pihak tertentu. Mungkin pendiriannya untuk tidak mahu terlibat dalam politik adalah propaganda sahaja, mungkin hari ini beliau mengambil sikap berkecuali hanya kerana terjerat dengan hutang-piutangnya.

"Beliau perlu mengadakan satu lagi sidang akhbar dan mesti berani serta jujur memberi penjelasan tentang diri beliau yang kini dikaitkan dengan pelbagai isu," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari terhadap Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung kaedah pakatan pembangkang menjelaskan hutang Deepak dengan Kuwait Finance House berjumlah RM170 juta.

Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Deepak perlu membuat penjelasan terperinci berhubung hutang syarikatnya yang didakwa telah dijelaskan sepenuhnya.

Beliau berkata, kenyataan Deepak sebelum ini memperlihatkan beliau seolah-olah terlibat dalam percaturan politik pihak tertentu terutama apabila media propembangkang terlalu membelanya.

"Kita ingin tahu adakah Deepak berada dalam keadaan tertekan sama ada tekanan hutang atau mungkin tekanan kerana terpaksa menjadi alat kepada strategi pembangkang?

"Deepak harus jelaskan isu ini. Kalau berada di pihak benar, beliau perlu sangkal dakwaan pembangkang telah menjelaskan segala hutangnya," katanya.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 24 Disember 2012

Haram bagi DAP jadi 'hamba' kepada orang Melayu?



Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menempelak dua pemimpin utama parti itu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk.

Karpal melahirkan rasa tidak puas hatinya itu kerana kedua-dua pemimpin DAP berkenaan melanggar prinsip yang dipegang parti tersebut sejak pertengahan 1990-an yang tidak akan menerima sebarang gelaran ketika masih aktif dalam politik.

“Ngeh (Koo Ham) dan Teng (Chang Khim) telah melanggar prinsip tersebut dan saya tidak gembira (mengenainya)," katanya dalam sidang akhbar di sini.


Koo Ham yang merupakan Pengerusi DAP Perak menerima gelaran Datuk pada 2008, manakala Chang Khim yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor menerima gelaran berkenaan pada 2010.

Karpal menegaskan, DAP akan mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli parti itu yang bertindak menerima penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran daripada mana-mana raja Melayu selepas ini.

Katanya, sudah menjadi polisi parti sejak sekian lama mana-mana ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang mewakili parti itu tidak seharusnya menerima penganugerahan berkenaan sepanjang memegang jawatan dalam parti.

“Langkah ini bagi membuktikan ketelusan parti, jadi kita akan ambil tindakan kepada mana-mana ahli yang melanggar polisi ini selepas ini yang akan ditentukan oleh jawatankuasa parti," katanya.

Ditanya sama ada kedua-dua pemimpin DAP itu sudah memberikan jawapan berhubung penerimaan darjah kebesaran tersebut, Karpal berkata, hanya Koo Ham setakat ini berbuat demikian.

Bagaimanapun, Karpal menyifatkan penjelasan Koo Ham itu sebagai tidak boleh diterima. Dalam masa sama, Karpal turut menegaskan prinsip DAP itu bukan bermaksud menghina raja-raja Melayu.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 23 Disember 2012

Bangsa Melayu yang bertopeng Melayu !



Sayang! Adakah generasi Melayu bakal tinggal sejarah? Kini, anak Melayu sendiri malu hendak menyanjung bangsanya di celah-celah komuniti yang mengamalkan cara hidup bebas, mewah, moden dan "open minded".

Identiti Melayu sudah tenggelam di dasar kehidupan ala kebaratan, fahaman agama yang kian bercelaru disogok dengan ideologi-ideologi barat.

Cara berfikir? Mereka melabelkan diri sebagai "PEJUANG KEBEBASAN". Mereka berkehendakkan satu kehidupan yang bebas tanpa kongkongan peraturan yang tegas, serba-serbi bebas. Bebas melakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan nafsu, malah ada yang menginginkan kebebasan dari hukum Islam, wallahualam.

Orang Melayu sekarang "HEBAT". Sesetengahnya angkuh mengecam hak dan kelebihan Bumiputra dan bangsa sendiri yang telah dipertahankan sejak dari zaman kemerdekaan. Mereka memanipulasi isu hak keistimewaan Bumiputra dengan meletakkan kerajaan sebagai pengamal satu jenis penindasan kaum yang tidak dideritai oleh puak lain walau sedikitpun. Inilah dia "KEJAHILAN" yang mampu membentuk satu generasi yang kufur nikmat apabila dikawal oleh rasa tamak dan haloba.

UMNO, PAS dan PKR adalah tiga parti politik negara. Tiga parti beridentitikan Melayu yang sekiranya bersatu, tidak ada satu kuasa dalam dunia ini pun yang mampu menggugat maruah serta hak bangsa dan agama. Malah kaum Bumiputra bukan Melayu juga turut bersinar terang di bawah kilauan keagungan BANGSA Melayu, mengatasi kaum-kaum lain yang hebat di zaman ini. Cahaya inilah yang orang Melayu sudah tiada. Penghalangnya adalah orang Melayu itu sendiri.

Keinginan Melayu PAS dan PKR berpisah dan membentuk landasan masing-masing dengan niat untuk merebut peluang menjadi kumpulan yang berkuasa sekaligus menjadi pemerintah menjadi penyebab kepada terlerainya ikatan perpaduan di kalangan bangsa Melayu sendiri.. Dalam keadaan seperti ini, sudah pastilah fitnah, maki-hamun, memburuk-buruk di kalangan sendiri menjadi satu lumrah yang biasa disajikan kepada masyarakat kita kini.


Pakatan Rakyat yang digerakkan melalui dua pertubuhan Melayu (PAS/PKR) ini sedikit sebanyak tunduk kepada tuntutan dan kemahuan DAP. Apakah sebabnya mereka sanggup bersuara senada dengan mereka dalam pelbagai pertikaian terutama dalam perkara yang membabitkan hak bangsa bumiputra dan agama sedangkan selama ini tidak merugikan kaum lain sedikitpun? DAP mahu sesuatu yang mutlak dan kuasa politik adalah satu-satunya perkara yang mereka tidak dapat kuasai sehingga kini. Dengan perancangan menguasai politik, bermakna mereka akan dapat mempengaruhi kerajaan dan mencorakkan dasar pemerintahan yang sesuai berdasarkan kesesuaian naluri dan citarasa mereka. Tiada larangan agama dan tiada roh Islam dalam pentadbiran. Itulah kebebasan ala kafiruun.

Kepada orang Melayu Pakatan Rakyat, tidak perlu membohongi diri sendiri menunjukkan kesediaan dan kesanggupan untuk mengorbankan segala yang dipertahankan kerajaan semata-mata untuk mendapat satu kepimpinan baru yang belum tentu lagi dapat menjamin kesejahteraan dan kepentingan kaum Melayu dan bumiputra sendiri. Orang Melayu tidak akan mampu bersaing dengan kaum Cina dalam pelbagai bidang yang majoritinya dimonopoli oleh GOLONGAN mereka. Di manakah keAdilan bagi bangsa Melayu jika pemimpin mereka sendiri mengutamakan hak samarata kaum secara membabi buta seumpama "mencurahkan garam ke air laut"?.

Ramai orang Melayu kesian melihat UMNO sekarang ini, kesian kerana UMNO terpaksa berhadapan seorang diri menangkis dari setiap penjuru depan belakang, kiri kanan, atas bawah isu perkauman yang di lontarkan oleh pembangkang dan disambut pula oleh parti komponen dalam BN. Pemimpin-pemimpin UMNO terpaksa berhadapan tanpa henti-henti isu perkauman yang terpaksa di pertahankan demi masa depan "survival" orang-orang Melayu, bukan hanya untuk orang Melayu dalam UMNO malah keseluruhan orang Melayu di mukabumi ini, kestabilan orang Melayu bermakna stabil lah negara, apabila stabil negara maka ekonomi akan bercambah, apabila ekonomi bercambah sejahteralah bangsa lain seperti Cina dan India serta bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.

Dalam masa ini juga UMNO dengan sedaya-upaya mengembalikan kesedaran kepada kaum bangsa Melayu supaya berdiri teguh untuk menegakkan bangsa Melayu serta perjuangan bangsa kerana pada masa ini ada Melayu yang telah diekploitasi pemikirannya sanggup menidakkan bahawa BAHASA Melayu yang melambangkan BANGSA Melayu yang MERDEKA sehingga menjadikan negara ini dinamakan 'MALAY'sia telah menjadi bahan pertikaian oleh orang Melayu sendiri tanpa menyedari bahawa mereka inilah juga berBAHASA Melayu dan berBANGSA Melayu tetapi bercakap seolah-olah mereka ini bukan lagi anak bangsa 'MALAY'sia. Inilah matlamat kaum Cina terutama DAP untuk memesongkan identiti seseorang Melayu yang disokong pula oleh Melayu PKR dan juga PAS.

Permainan politik orang Melayu kini "HEBAT" dan nampak lebih licik di dalam memberi laluan kepada DAP dan segala undi kaum Melayu berpindah kepada DAP melalui PKR dan PAS. Seronok mereka walaupun BN menerima kekalahan dibeberapa negeri yang bermajoriti berbangsa Melayu. Majoriti Melayu mungkin sedih, tetapi ada Melayu bersedih dalam gembira tanpa menyedari sumbangan mereka dalam mengorak langkah menghancur bangsa Melayu sendiri. Wajah dan air muka jetahuna Melayu akhirnya ditempiaskan kepada UMNO. Maka paksi UMNO disalahkan bagi semua perkara seolah-olah gagal mempertahankan Melayu. Bagaimana pula dengan Melayu di dalam PAS dan PKR yang ahli mereka juga ramai yang berbangsa Melayu, tetapi mengapa pula mereka tidak mahu mempertahankan hak dan bangsa Melayu? Tidak pula mereka ini Melayu-Kristian, tetapi Melayu-Islam.

Yang diterima adalah kutukan dan penghinaan kepada bangsa sendiri setiap hari terhadap perjuangan UMNO sehinggakan bahasa, bangsa, agama dan negara menjadi pertaruhan seolah "hilang hari ini, esok akan kembali" semula. Amat mudah dan ringkasnya generasi Melayu hari ini dalam memperjuangkan anak bangsanya untuk kemudian hari.

UMNO terpaksa membakar diri untuk memerangi Melayu lain yang telah dicemari dan keseluruhan bangsa-bangsa lain, inilah nasib UMNO dalam keadaan lemah longlai umpama pokok yang condong dan kura-kura cuba memanjat, inilah sedang berlaku. MCA mula dengan isu perkauman, PPP mula dengan isu ISA apatah lagi pembangkang dikalangan Melayu sendiri yang akan menahan jala malah pukat tunda pun digunakan tak cukup dengan itu racun tuba digunakan di air sedang keruh untuk mendapat untung dengan senyum puas.

Istilah Ketuanan Melayu dibesarkan kerana istilah ketuanan Melayu seumpama Melayu ini tuan kepada bangsa lain atau kuli atau hamba, itulah di niatkan oleh mereka untuk mendapat sokongan bangsa lain, sepatutnya Istilah Hak Keistimewaan Orang Melayu disebut tetapi istilah itu agak lembut dan bersopan, UMNO mempertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu itu semestinya perjuangan UMNO, inilah yang dikesan dan di cium oleh ANWAR dan menggunakan platform dalam Pakatan Rakyat untuk mencari kelemahan UMNO dalam memecahbelahkan pemikiran bangsa Melayu secara langsung dan tidak langsung seumpama menerima agenda Malaysia Malaysian, Malaysia Baru, Harapan Baru.

Dalam keadaan Melayu didalam kem Pakatan Rakyat (orang Melayu yang membunuh bangsanya sendiri) itulah pembangkang mencari kelemahan dan melontarkan satu demi satu yang akan menarik minat UMNO untuk melatah dan melenting dan akhirnya dilihat oleh bangsa Cina dan India bahawa Melayu UMNO bangsa yang rasist apabila berusaha menangkis serangan demi serangan yang dilontarkan di dalam isu bahasa, bangsa, agama dan negara.

Kebijaksanaan pemimpin UMNO perlu diasah kembali, muhasabah diri perlu kerana keadaan kini sokongan Cina dan India terhadap BN dan UMNO mula berkurangan, Isu Istilah Ketuanan Melayu perlu diubah kepada Hak Keistimewaan Orang Melayu, demi bangsa Melayu keseluruhannya UMNO kena berhati-hati tetapi berani dan tegas.

Meniti sejarah Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses politik. DAP merupakan parti pembangkang sejak ditubuhkan semenjak 1966 lagi. Ramai penganalisis berpendapat apa yang tidak dapat diperjuangkan oleh bangsa Cina didalam kerajaan akan diperjuangkan dari luar, DAP. Jadi mereka saling lengkap melengkapi. Yang ruginya Melayu tidak kira UMNO, PAS dan PKR. Inilah resepi kejayaan DAP disamping faktor-faktor yang lain.

Semenjak zaman penjajahan British di mana bangsa Cina berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Kulai, Segamat, Kluang, Raub, Kajang, Bidor, Petaling Jaya, Serdang, Sungai Besidan lain-lain. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar-bandar di Malaysia adalah kaum Cina. Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai 'Chinatown'.

Dalam keadaan pemerintahan atau politik di monopoli oleh Melayu, ekonomi di monopoli oleh Cina pun Melayu tak merasa untuk menjadi eksekutif di syarikat-syarikat Cina yang dikuasai oleh Cina secara total. Apakah nasib anak cucu, cicit piat piut generasi Melayu di masa mendatang?

Tidak sedarkah bangsa Melayu PERLU untuk bersatu kembali, perpaduan Melayu demi masa depan anak bangsa, menolak jauh idologi politik sempit yang dimainkan oleh DAP, PKR dan PAS dan mengutamakan perpaduan agar bangsa lain hormat kembali kepada bangsa Melayu. Melayu kini tersepit dalam isu bangsanya sendiri, UMNO memang sudah dikenali sebagai parti yang memperjuang orang Melayu kini dilontarkan isu yang sama dan di dalam mempertahankan hak bangsa Melayu dengan di perhatikan oleh bangsa Cina dan India dan begitu juga Melayu PKR dan PAS untuk sama-sama menjadi cuma pemerhati kepada kejatuhan Melayu.

Sedar atau masih lalaikah orang Melayu keseluruhannya? Mampukah orang Melayu menghadapi keadaan ini? Mampukah anak bangsa Melayu di masa hadapan menghadapi hidup tanpa Hak Keistimewaan Melayu?

Marilah, bersatu elakkan sebarang kemungkinan yang akan menjadi titik permulaan ke arah azab keaiban kaum Melayu dan bumiputra. Jangan sekali-kali kita menjadi pendorong untuk kaum dan bangsa lain menginjak-injak maruah dan mertabat kita demi secebis kenikmatan yang hanya akan membawa kepada penderitaan anak cucu kita kelak.

Bantulah kerajaan yang dipilih dan diketuai oleh orang Melayu mempertahankan maruah Melayu. Ingatlah, bersatu Melayu teguh bercerai Melayu roboh. Tiada esok bagi Melayu dan tiada hari ini bagi Melayu jika keistimewaan kuasa politik bangsa Melayu terlepas dari gengaman. Ingatlah wahai semua bangsa Melayu.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 17 Disember 2012

Khalid cabar kredibiliti SPR - Johan?



Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta ibu-ibu tunggal yang mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor perlu membuktikan di mahkamah bahawa mereka mengundi calon Pas, DAP dan PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 dan selepas itu baru mereka boleh menerima elaun RM100 sepertimana dijanjikan sebagai melanggar amalan dan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Penyelaras Tuntutan Manifesto PRU-12 Ibu-Ibu Tunggal Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata usul itu dianggap keterlaluan sekaligus menggambarkan kecetekan beliau (Khalid) berkaitan sistem pengundian di negara ini.

Menurutnya, undi adalah rahsia dan sekiranya perkara itu dibenarkan berlaku ia seolah-olah cuba mencabar kredibiliti badan itu yang dipertanggungjawab mengendalikan pilihan raya.


“Jika beliau (Khalid) menafikan manifesto yang diedarkan sebelum pilihan PRU-12 lalu bukan satu perjanjian, jelaskan kepada rakyat kategori apa pula manifesto pembangkang yang digariskan melalui 59 janji dalam Buku Jingga.

“Bagaimana manifesto itu boleh diedarkan kepada seluruh rakyat. “Bukankah ini dianggap satu penipuan," katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor hari ini meminta ibu-ibu tunggal yang mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor perlu membuktikan di mahkamah bahawa mereka mengundi calon Pas, DAP dan PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 dan selepas itu baru mereka boleh menerima elaun RM100 sepertimana dijanjikan.

Khalid berkata, perkara itu penting untuk memastikan setiap ibu tunggal yang menyaman kerajaan negeri tahu kelayakan mereka selain menyelidik bagaimana mendapat perjanjian tersebut.

Tambah Johan, beliau (Khalid) disifatkan sebagai individu yang suka berdolak-dalik seolah-olah cuba menyamakan isu rakyat dengan perniagaan.

“Apakah untuk melaksanakan sesuatu demi rakyat, rakyat perlu menangani satu kontrak atau perjanjian.

“Dimanakah letaknya keikhlasan seorang pemimpin kepada rakyatnya,? soalnya.


Sebelum ini kira-kira 3,011 ibu tunggal telah mengemukakan saman terhadap kerajaan PKR Selangor di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menuntut tunggakan elaun berjumlah RM16.3 juta seperti yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada PRU-12.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners bagi pihak kesemua ibu tunggal berkenaan, diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Hulu Langat, Zainarini Mohd. Sidek di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, semalam.

Tambah Johan lagi, setakat ini proses mengumpul tuntutan ibu- ibu tunggal di Selangor masih diteruskan di peringkat parlimen.

“Dalam tempoh terdekat ini ibu-ibu tunggal di Petaling Jaya Utara akan berkumpul membuat tuntutan sama seperti yang dilakukan di Hulu Langat dan Gombak," katanya.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 14 Disember 2012

Isu Selangor : Khalid tolak analisis JP Morgan ekonomi positif?



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyelar pandangan seorang penganalisis pelaburan dari syarikat perunding terkemuka, JP Morgan bahawa kedudukan pasaran ekuiti dan ekonomi Malaysia pada tahun depan dijangka terus positif sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal mentadbir negara ini.

Enggan menerima analisis tersebut, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menuduh analisis JP Morgan sebagai berat sebelah termasuk pihak media yang membuat laporan kononnya prestasi ekonomi Malaysia hanya akan baik jika BN memerintah adalah satu cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Syarikat JP Morgan harus berwaspada supaya analisis mereka tidak dilihat sebagai menyebelahi mana-mana pihak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Abdul Khalid mengulas pandangan Pengarah Eksekutif Penyelidikan Ekuiti JP Morgan Securities (M) Sdn. Bhd., Mak Hoy Kit yang disiarkan menerusi portal berita thestar.com.my hari ini yang menyatakan kedudukan pasaran ekuiti dan kedudukan ekonomi Malaysia pada 2013 dijangka positif sekiranya BN terus mengekalkan kuasa pentadbiran di negara ini.

Menurut laporan itu, Hoy Kit menjelaskan kedudukan positif itu disumbangkan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan pimpinan BN, selain pelaksanaan program infrastruktur kerajaan termasuk projek-projek berkaitan perkhidmatan rel.

Pada masa sama, Hoy Kit turut menegaskan pada masa ini para pelabur dilihat bersikap neutral kerana pilihan raya umum akan datang masih belum diputuskan tarikhnya.

Menurut beliau, para pelabur juga menunjukkan sentimen kebimbangan mereka sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum yang mana keadaan itu adalah salah satu ketidaktentuan bagi para pelabur, seterusnya mempengaruhi tindakan mereka.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut membuat tuduhan bahawa ekonomi Malaysia kononnya semakin merudum dengan memberikan alasan kononnya kedudukan hutang negara yang semakin besar.

"Antara petunjuk yang paling ketara ialah hutang negara semakin besar. Kerajaan Persekutuan terus meminjam berbilion ringgit dan beban ini akan terpaksa dipikul oleh generasi masa depan," katanya.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 12 Disember 2012

Isu Selangor : Penghuni pangsapuri kecewa jadi mangsa?


Jika tidak bernasib baik kenderaan yang di letakkan di luar petak parkir hadapan pangsapuri Bayu Puteri, Bandar Puteri, Puchong ini akan ditunda MPSJ tanpa notis.

Tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menunda kenderaan yang diletakkan di luar Pangsapuri Bayu Puteri, Bandar Puteri, di sini menimbulkan rasa tidak puas hati dan tanda tanya kalangan penghuni.

Dakwa penghuni, mereka bukan sahaja tidak diberi sebarang notis, tetapi turut meragui status kenderaan penunda itu sama ada milik pihak berkuasa tempatan atau sebaliknya.

Seolah-olah mahu mencari keuntungan, dakwa penghuni kenderaan tunda itu muncul seawal pukul 8 pagi setiap hari ketika mereka bersiap-siap ke tempat kerja.

Tinjauan wartawan ke kawasan berkenaan mendapati, banyak kenderaan diletakkan di luar petak parkir di tepi jalan berhampiran pangsapuri.

Difahamkan, penghuni terpaksa meletakkan kenderaan di luar pangsapuri itu memandangkan pemaju hanya menyediakan sebuah petak parkir setiap unit.

Seorang penduduk yang tinggal di Blok A pangsapuri berkenaan, Abdul Mutalib Abdul Ghafar, 32 berkata, pengalaman kenderaan milik isterinya ditunda minggu lalu masih menimbulkan rasa terkilan di hati.

Katanya, mereka sekeluarga baru sahaja berpindah ke kawasan perumahan di situ dan tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku.

"Tindakan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu adalah tidak profesional.

"Kawasan di sini tidak sibuk dan kami tidak nampak kenderaan yang diparkir menghalang kelancaran lalu lintas," katanya.

Menurutnya, bagi mendapatkan kenderaannya wang sejumlah RM112 terpaksa dibayar kepada pihak MPSJ.

Sementara itu, jirannya, Muhammad Hamdan Halim, 41, berkata, banyak kenderaan penghuni di situ telah ditunda sejak kebelakangan ini.

Katanya, apa yang menjadi persoalan mengapa MPSJ tidak memberi notis terlebih dahulu sebelum tindakan tunda diambil.

"Malah, melalui pemerhatian yang kami lakukan, lori yang digunakan juga bukanlah kenderaan MPSJ.

"Saya bimbang mereka menggunakan khidmat orang luar untuk tarik kenderaan kami bagi tujuan mengaut keuntungan semata-mata," ujarnya.

Kata Muhammad Hamdan lagi, apa yang diharapkan MPSJ dapat menjelaskan perkara itu bagi mengelakkan salah faham dan lebih ramai penghuni menjadi mangsa.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 9 Disember 2012

Isu Roboh Kuil Di Selangor - Gobind [DAP] Selar Khalid Ibrahim [PKR]?



Sikap berdiam diri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersabit isu perobohan sebuah kuil di Sepang baru-baru ini, tidak boleh diterima, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata Khalid sepatutnya membuat kenyataan bagi meredakan keadaan sekaligus menutup ruang kepada seteru politiknya, BN daripada terus membuat kritikan dan kutukan kepada kepimpinan kerajaan negeri.

"(Langkah) berdiam diri oleh menteri besar dalam situasi seperti ini, pada fikiran saya jelas tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan semalam.


Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar ketika dihubungi Antarapos semalam berkata kerajaan negeri Selangor tidak akan tunduk kepada pelbagai desakan untuk membina semula kuil yang dirobohkan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) bulan lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah kerana negeri akan akur pada desakan ratusan penganut Hindu yang menuntutnya memohon maaf dan membina semula kuil itu.

Desakan itu dibuat ketika mereka mengadakan tunjuk perasaan di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, Jumaat lalu.

Xavier kemudiannya menjelaskan undang-undang MPS melarang pembinaan sebarang struktur tambahan dalam kawasan rumah atau tanah persendirian tanpa kelulusan.

"Kita tidak boleh bina semula kuil yang sudah diroboh itu. Ini kerana dalam undang-undang PBT, apa-apa bangunan tambahan perlu mendapatkan kelulusan pembinaan terlebih dahulu.

"Kita (kerajaan negeri) mahu bagi kuasa penuh kepada PBT untuk menjalankan tugas mereka," kata beliau.


Pada 20 November lalu, seramai 30 pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS) menggunakan tukul besi untuk merobohkan tempat pemujaan Hindu yang dibina oleh seorang wanita di serambi rumahnya, di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi.

Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata kerajaan negeri Selangor sebelum ini turut merestui tindakan merobohkan sebuah kuil Hindu di Ampang hanya beberapa bulan selepas menang pilihanraya umum pada tahun 2008.

Pada tahun sama, sebuah lagi kuil di Serendah turut menerima nasib sama dan pada tahun lalu kuil Hindu di Glenmarie menjadi tapak beribadat kaum India yang ketiga dirobohkan dibawah Pakatan Rakyat.

Sumber - antarapos.com

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 7 Disember 2012

Kedangkalan Menteri Besar adalah punca kepada segala masalah yang berlaku di Selangor?



Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata masalah utama rakyat Selangor adalah terpaksa berhadapan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sering berdolak dalih untuk menyelamatkan diri.

Katanya, tindakan kerajaan negeri yang seolah-olah menipu rakyat dengan menawarkan jaminan kebajikan dalam manifesto pilihan raya umum tanpa mengambilkira kemampuan untuk melaksana akan mengakibatkan rakyat berubah arah.

"Dulu semasa berjanji tidak bagi tahu bahawa ada syarat-syarat kepada janji itu tetapi sekarang setelah berkuasa ada pula syarat-syaratnya.

"Tidak betul jika tindakan memberikan manifesto hanya sekadar untuk berjanji untuk buat tetapi kita tidak buat," katanya ketika dihubungi.

Khalid pada Rabu memberitahu bahawa bukan semua rakyat di Selangor layak untuk mendapat manfaat daripada manifesto yang diisytiharkan pakatan pembangkang sebelum berjaya menjadi kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri hanya bertanggungjawab menjaga kepentingan golongan yang kurang berkemampuan.

Sehubungan dengan itu Agus menggesa agar kerajaan Pakatan Rakyat menilai terlebih dahulu kemampuan kewangan negeri sebelum berjanji kepada pengundi di Selangor terutamanya.

"Lain kali dalam pilihan raya yang akan datang kalau tidak dapat buat sesuatu yang baru kepada rakyat jangan berjanji.

"Begitu juga dengan isu PTPTN, penurunan harga kereta, jadi mereka perlu fikir baik-baik sebelum berjanji," beliau menjelas.


Ketua Pembangkang negeri Selangor, Datuk Satim Diman sebelum ini mendakwa sumber kewangan yang tidak kukuh adalah faktor kerajaan PKR Selangor tidak mampu melaksanakan program-program rakyat sepertimana yang dijanjikan dalam manifestonya.

Beliau berkata Khalid mencari pelbagai alasan untuk mengenepikan hak rakyat Selangor yang dianggarkan berjumlah RM2.4 bilion. Pengakuan Khalid bukti pembangkang tidak ikhlas.

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berkata pengakuan Khalid itu semalam membuktikan janji-janji yang dimuatkan dalam manifesto pembangkang bertujuan mengaburi mata pengundi untuk mendapatkan kuasa di negeri itu.

"Mereka sebenarnya mudah membuat janji, dan hari ini mereka tidak mampu untuk melaksanakannya pelbagai alasan yang diberikan untuk mengatakan janji-janji itu bersyarat.

"Dengan kenyataan MB itu, sudah terbukti kesemua janji yang telah dibuat oleh mereka tidak pasti samada boleh dilaksanakan hanya untuk menarik minat rakyat sebelum mendapatkan kuasa," kata beliau.

Abdul Shukor selain itu mendakwa pembangkang tidak berlaku ikhlas dengan memaklumkan syarat-syarat manifesto lebih awal.

"Kalau begitu mengapa sebelum ini semasa membentangkan manifesto mereka terus maklumkan apa syaratnya," katanya.

Justeru katanya, Buku Jingga yang ditawarkan kepada rakyat akan mengalami nasib yang sama.

"Ini bererti apa juga manifesto selepas ini termasuk Buku Jingga adalah untuk mengaburi mata rakyat semata-mata dan ianya belum pasti untuk diberikan kepada rakyat.

"Ianya telah pasti akan menjadi janji palsu jugak dan harapan kita janganlah rakyat terpedaya lagi dengan janji mereka yang sebegitu atau manifesto yang akan datang kerana sudah pasti tidak akan dilaksanakan," ujar beliau. - AntaraPos

Wasabi Oyabun..

Rabu, 5 Disember 2012

Isu banjir Selangor : Penduduk terkilan dengan sikap pemimpin Pakatan yang 'lepas tangan'?


Air melimpah ke jalan disebabkan longkang sepanjang satu kilometer di Taman Rantau Panjang Jaya, Klang yang tidak diselenggara sehingga tersumbat oleh mendapan sampah, tanah dan minyak.

Penduduk Taman Rantau Panjang Jaya di sini terkilan dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim dari DAP yang didakwa menafikan bahawa kawasan perumahan itu tidak di bawah seliaan beliau setiap kali aduan berkaitan banjir dibuat.

Speaker DUN Selangor itu sebaliknya dikatakan memaklumkan bahawa kawasan perumahan itu adalah di bawah seliaan ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil dari Barisan Nasional (BN).

Seorang penduduk, Tan Lai Teck, 35, berkata, kenyataan Chang Kim itu mengejutkan mereka kerana beliau dilihat seolah-olah cuba lepas tangan, dan penduduk tidak percaya alasan sedemikian boleh dikeluarkan seorang wakil rakyat yang sepatutnya mendengar dan mengambil berat masalah rakyat.

"Saya tidak sangka beliau bersikap begitu, kalau pun tidak mahu bertanggungjawab janganlah sampai menafikan kawasan perumahan kami adalah di bawah kawasannya sedangkan kebanyakan penduduk perumahan ini merupakan pengundi DUN Sungai Pinang.

"Jika benar sekali pun kawasan perumahan kami bukan di bawah seliaan beliau, tidak salah jika beliau turut mendengar dan membantu menyelesaikan masalah banjir ini kerana Chang Kim merupakan Speaker DUN Selangor," katanya ketika ditemui di kawasan perumahan tersebut baru-baru ini.

Lai Teck berkata, selain penafian Chang Kim, pihaknya turut kesal dengan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang tidak menghiraukan masalah penduduk di situ meskipun telah berpuluh-puluh aduan berkenaan banjir dibuat sejak empat tahun lalu.

Kata beliau, pihaknya dan beberapa penduduk lain bukan hanya membuat aduan kosong sebaliknya turut menyatakan sebab utama kejadian banjir yang dipercayai berpunca daripada longkang tersumbat kerana tidak disenggara dengan baik.

"MPK tidak buat kerja. Itu yang dapat saya katakan sepanjang mendiami perumahan ini. Saya tidak pernah melihat kakitangan MPK menyenggara longkang yang menjadi punca banjir.

"Longkang yang asalnya mempunyai kedalaman lima meter kini hanya tinggal dua meter kerana dipenuhi mendapan sampah, tanah dan minyak," katanya.

Tinjauan mendapati, kawasan longkang sepanjang satu kilometer itu ditumbuhi rumput dan lalang yang tinggi serta dipenuhi sampah-sarap seperti tin kosong, kayu, bekas makanan dan bungkusan plastik.

Selain itu, warna air longkang tersebut juga telah bertukar hitam dan mengeluarkan bau busuk.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Jessy berkata, biarpun banjir belum sampai ke tahap memasuki rumah, namun dia tidak menolak kejadian lebih buruk boleh berlaku pada masa akan datang sekiranya tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berwajib.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 4 Disember 2012

Isu Selangor : ADUN Sekinchan diselar bawa isu lapuk?



Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsudin Lias dari Barisan Nasional (BN) hari ini menyelar tindakan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) kerana membangkitkan isu tender agihan kuota benih padi sah dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Mohd. Shamsudin berkata, perkara itu tidak perlu dibangkitkan lagi kerana telah diperjelaskan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dalam sesi sidang Dewan Rakyat, Oktober lalu.

"Kenapa perlu dibangkitkan lagi dalam sidang dewan ini, sedangkan menteri telah memberikan penjelasan panjang lebar tentang isu tender benih padi sebelum ini di Dewan Rakyat.

"Mengapa pada waktu itu, wakil anggota Parlimen dari Selangor seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Ijok), Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) langsung tidak mempersoalkan perkara ini semasa menteri berkenaan memberikan penjelasan berhubung isu tersebut?" katanya kepada pemberita di luar sidang DUN Selangor di sini hari ini.

Terdahulu dalam sidang DUN Selangor, Suee Lim mendakwa wujud penyelewengan dan monopoli oleh syarikat kroni UMNO dalam proses pemberian tender agihan benih padi.

Suee Lim kemudian membuat usul mendesak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyemak semula keputusan tawaran tender bernilai RM164.8 juta bagi tempoh dua tahun iaitu pada 2013 dan 2014.

Mohd. Shamsudin berkata, dakwaan wujud penyelewengan tender itu adalah tidak benar dan hanya muslihat politik kerajaan negeri Selangor semata-mata.

"Jangan menjadikan hal ini sebagai agenda politik, pihak kementerian telah mengenal pasti 10 syarikat yang layak untuk membekalkan benih padi sah kepada petani.

"Mana-mana pihak yang layak akan diberi peluang untuk memohon tender ini, tak kiralah dia dari UMNO atau sebaliknya, asalkan syarikat itu berkemampuan dan memenuhi syarat ditetapkan, tidak salah jika mereka diberi tender ini," katanya.

Jika Suee Lim suka membawa cerita lapuk ke sidang DUN, bagaimana pula dengan cerita yang beliau sebelum ini melanggar seorang pelajar UiTM di Shah Alam dalam keadaan mabuk!


Pada 7 Februari 2010, jam 11.50 malam, seorang pelajar bernama Mohd Bakri Mohd Bazli telah dilanggar oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim di persimpangan lampu isyarat, berhampiran UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam. Ng Suee Lim dipercayai baru pulang dari satu majlis makan malam sebelum kejadian tersebut berlaku.

Menurut Ng Suee Lim, dia mendakwa keretanya terbabas melanggar pembahagi jalan dan melanggar motorsikal yang dinaiki oleh Mohd Bakri. Ng Suee Lim menyalahkan pelajar terbabit sebagai punca berlakunya kemalangan. Menurut seorang saksi, bau arak yang kuat dapat dihidu daripada Ng Suee Lim. Apakah Ng Suee Lim memandu dalam keadaan mabuk?

Bila Kugan meninggal dunia, Xavier Jayakumar bagi pihak kerajaan negeri Selangor pantas menghulurkan sumbangan. Namun ketika Mohd Bakri dilanggar oleh ADUN DAP, sumbangan pun tiada, malah dipersalahkan pula pelajar tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bandar dan Wilayah terbabit.

Pelajar ini telah telantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. ADUN DAP yang melanggar Mohd Bakri sama keadaan seperti Tian Chua, buat lepas tangan dan menyalahkan mangsa sebagai punca kesalahan.


Mohd Bakri, seorang pelajar Melayu kurang berkemampuan tidak diberikan pembelaan. Jauh berbeza dengan pembelaan yang diberikan oleh Ng Suee Lim terhadap Teoh Beng Hock ketika dalam Dewan Undangan Negeri. Ng Suee Lim siap bawa gambar Beng Hock lagi untuk menuduh kesilapan SPRM dan kerajaan sebagai punca kesalahan.

Beranikah Ng Suee Lim berhadapan dengan orang yang membawa gambar Mohd Bakri dan menuduhnya sebagai bersalah? Di mana keadilan untuk Mohd Bakri yang masih terlantar di hospital ketika itu dan Mohd Salleh Hamdan yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh ADUN DAP dan ahli parlimen PKR?

Dalam isu Beng Hock bukan main lagi dia bising, tetapi terhadap mangsa langgar ini mengapa mereka diam? Amat wajar inkues diadakan untuk menyiasat kes pelanggaran Tian Chua dan Ng Suee Lim.

Wasabi Oyabun..