Terima kasih kerana mengundi BN
Khamis, 29 November 2012
Isu Selangor : Cubaan MB Khalid untuk menipu rakyat?
Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berdolak-dalik dalam isu Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) ekoran kenyataannya bahawa projek berkenaan tidak dibuat dengan rapi dilihat sebagai satu lagi cubaan untuk menipu rakyat.
Malah kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, dakwaan Abdul Khalid bahawa Langat 2 yang telah dirancang sejak 1996 tidak dibuat dengan perancangan rapi adalah tidak berasas memandangkan beliau memerintah Selangor tidak sampai lima tahun.
"Saya hadir ke Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara pada 1 November lalu dan saya sedar dia (Abdul Khalid) juga hadir, semua dimaklumkan oleh jurutera khas Langat 2 bahawa projek itu sememangnya dirancang dengan rapi sejak 16 tahun lalu.
"Dia sudah dengar penjelasan berkenaan, tetapi mengapa sehingga kini masih mempersoalkan berhubung pembinaan Langat 2 sehingga menggunakan pelbagai alasan termasuk menuding jari kepada pihak lain termasuk isu air tidak berhasil (NRW) di Selangor," katanya.
Beliau sebelum itu melancarkan Teknologi Greenkit dan Pakej Teknologi Lebah Kelulut yang dihasilkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Laman Sayur Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012) hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr.Abdul Shukur dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah.
Teknologi Greenkit merupakan sistem penanaman dalam takung yang boleh membekalkan air secara sendiri (self watering container) manakala Pakej Teknologi Lebah Kelulut pula dibangunkan oleh MARDI dengan menghasilkan buku manual penternakan lebah kelulut bagi menghasilkan madu yang boleh dijadikan produk hiliran antibakteria, antifungus dan antivirus.
Tambah Noh, Langat 2 terbukti mempunyai perancangan rapi memandangkan Barisan Nasional (BN) sudah menjangkakan Selangor akan mengalami krisis air sejak 16 tahun lalu.
"Projek ini dibiayai sebuah syarikat ternama dari Jepun, tidak logik mereka sanggup melabur bagi sebuah projek yang tidak dirancang dengan rapi," katanya.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan