Kumpulan pro-ISA beranggapan pemansuhan ISA dan memperkenalkan undang-undang baru sebagai ganti satu petunjuk bahawa "roh ISA" untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman negara tidak terjejas.
Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) mengibaratkan langkah terbaru kerajaan itu sebagai proses penjenamaan semula dan bukan "melenyapkan produk" dari pasaran.
Pemansuhan ISA ini bukan kejayaan GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) , tetapi GMI juga selepas ini perlu re-branding nama mereka mengikut aksara akta baru yang bakal diumumkan nanti," kata Penasihat Undang-undang Magaran Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan keputusan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kenyataannya disini hari ini, Khairul Azam (gambar kanan) mencadangkan dibentuk undang-undang baru dibentuk berdasarkan Akta Patriot yang digunapakai Amerika Syarikat.
Serangan pencegahan
"Elok ikut Akta Patriot di AS. Ia membenarkan pre-emptive strike (serangan pencegahan) jika ancaman dipercayai wujud.
"Akta Patriot membenarkan serangan pencegahan atas sasaran yang dipercayai boleh ancam keselamatan AS walaupun sasaran itu tidak berada di bumi AS," katanya.
Sebagai contoh, Khairul Azam berkata, menggunakan akta itu, anggota Agensi Perisikan Pusat (CIA) boleh datang ke negara lain untuk menyerang pihak yang menjadi ancaman kepada Rumah Putih.
Mengulas pengumuman Najib semalam, Magaran menyifatkannya "tindakan populis" pentadbiran perdana menteri. Magaran sebelum ini mencuri tumpuan dengan menganjurkan perhimpunan menyokong ISA pada hari dan tempat yang sama dengan perhimpunan anjuran GMI.
Bagaimanapun, jumlah penyokonya yang hadir pada 1 Ogos dua tahun lalu di ibu negara jauh lebih kecil daripada pihak yang menentang ISA. Kedua-dua pihak gagal mendapat permit polis.
Mungkin persoalan yang bakal timbul nanti akan bertanyakan adakah tindakan ini sesuatu yang positif yang telah di lakukan oleh Datuk Seri Najib untuk kesejahteraan dan ketenteraman negara sejajar dengan keperluan dunia masa kini? Adakah 2 akta baru dan beberapa akta yang lain yang bakal diperkenalkan nanti akan menjamin keselamatan warganegara dari elemen subversif, keganasan, talibarut dan fitnah memfitnah samaada secara fizikal, siber mahupun berbentuk hasutan.
Bolehkah penggubalan akta baru ini nanti akan lebih praktikal sesuai dengan era tekonologi dan sekurang-kurangnya boleh digunapakai untuk 50 tahun akan datang?
Oyabun berpendapat bahawa didalam isu ini, pembangkang mungkin terperangkap dengan perjuangan untuk memansuhkan ISA namun Datuk Seri Najib tidak mudah terjebak dengan idea pembangkang malah berada selangkah dihadapan dari mereka. Wallahuallam.
Wasabi Oyabun..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan