Sekretariat BERSIH 2.0 hari ini diserbu dan digelidah oleh polis.
Lima belas anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower. Pejabat BERSIH 2.0 terletak di Seksyen 4, Petaling Jaya.
Maria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini. Sementara itu, menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata, kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi. Tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk.
Mereka menuduh dan mendakwa anggota polis tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggelidah pejabat itu. Sasaran mereka adalah baju-T BERSIH yang sedang dihitung jumlahnya itu oleh polis. Adalah dipercayai serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli.
Walau apa yang berlaku, Oyabun menyokong penuh tindakan polis kerana berjaya menghalang dan melakukan kerja-kerja 'preventive action' bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku pada perhimpunan haram yang ditetapkan pada 9 Julai nanti. Satu pertanyaan kepada sekretariat BERSIH. Buat kerja haram dipejabat yang tidak didaftarkan, perlu kan WARAN ke?
Yang penting sekarang adalah menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan haram kerana ia adalah satu budaya negatif yang mengganggu ketenteraman awam.
Tidak kira siapa pun penganjurnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang cuba menggerakkan budaya perhimpunan haram di negara ini.
CEGAH SEBELUM PARAH...
Wasabi Oyabun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan