Seperti diduga, perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini turut mendapat sokongan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau menyifatkan perhimpunan haram itu sebagai saluran yang amat penting untuk menyatakan pandangan terhadap kerajaan secara terbuka. Katanya, sekiranya pihak berkuasa menyekat pihak berkenaan termasuk Bersih, ia tidak menyelesaikan masalah sebaliknya akan mengundang lebih banyak rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.
"Pendekatan menyekat (perhimpunan) tidak akan selesaikan masalah. Saya berpandangan menyekat perhimpunan seolah-olah menyekat demokrasi.
"Namun, pada masa sama perhimpunan itu juga harus dilakukan secara tertib," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam Selangor di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata, Malaysia sepatutnya mencontohi tindakan pemerintah di Indonesia yang membenarkan rakyatnya mengadakan demonstrasi mengkritik pentadbiran republik itu. Katanya, amalan pemerintah republik itu memberi kesan positif kepada pertumbuhan negara itu sama ada dari sudut sosial atau ekonomi pada masa ini.
Soal Bersih tidak mengambil kira soal undang-undang negara dan ketenteraman majoriti rakyat, beliau berkata, perkara itu tidak timbul sama sekali.
"Rakyat mesti bijaksana, tak kan mereka hendak robohkan warung, rosakkan teksi bila adakan perhimpunan," katanya.
Komen : Kalau MB Khalid nak cerita pasal BERSIH, lebih baik cerita pasal pentadbiran BERSIH di Selangor tu! Mulut MB Khalid macam longkang. Janji bagai dalam manifesto PRU12 banyak yang belum setle lagi? Khalid jangan lupa pasal BERSIH lah juga negeri Selangor tu dapat ke PR! Nak apa lagi! Buat kerja la... jangan sibuk nak belarak tak habis-habis.
Bercakap dan berjanji memang senang, tapi bila dah berlaku perkara yang bukan-bukan nanti siapa yang mereka akan persalahkan! Penasihat Ekonomi Selangor tu BERSIH sangat ke.!!
Wasabi Oyabun..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan