Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 25 Januari 2011

Lebih 90% pengasas PKR tinggalkan parti!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini seperti sebuah parti yang sedang menuju ke jalan mati apabila lebih 90 peratus daripada 30 individu penting yang menjadi pengasas kepada parti itu sudah meninggalkan perjuangan songsang, Penasihatnya, Anwar Ibrahim.

Daripada jumlah itu hanya tinggal tiga lagi pengasas yang masih setia menyokong Anwar walaupun ketua pembangkang tersebut terpalit dengan pelbagai isu moral iaitu, isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden, Tian Chua serta Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Amin Baharom.

Terbaru seorang lagi pengasas PKR yang nombor keahliannya 00012, Ng Lum Yong, mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta merta bagi meneruskan perjuangan membela bangsa dan negara melalui saluran baru yang lebih demokratik dan bertanggungjawab iaitu dengan menyertai MCA.

Lum Yong ketika mengumumkan perkara itu di Bangunan MCA Labis hari ini berkata, dia memilih meninggalkan PKR selepas 12 tahun memperhambakan diri kepada perjuangan reformasi kerana parti itu kini caca-merba dan tiada lagi perjuangan untuk rakyat sebaliknya, segala-gala dilakukan kerana Anwar.

"PKR hari ini sudah tiada asas perjuangan, jauh terpesong daripada matlamat asal penubuhan dahulu, tiada lagi reformasi kerana semuanya yang berlaku dalam parti adalah semata-mata demi memenuhi selera politik luar biasa Anwar sehingga segalanya sanggup dipolitikkan tanpa rasa bersalah.

"Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan sayangkan negara, saya tidak boleh lagi berterusan berada dalam parti ini, saya perlu keluar demi untuk menyedarkan rakyat supaya jangan lagi tertipu dengan mainan politik kotor Anwar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip dan bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.

Menurut Lum Yong, bersamanya adalah lebih 1,000 ahli PKR yang berbangsa Tionghua akan turut meninggalkan parti bagi menyertai MCA pada bulan Mac nanti atas alasan yang sama iaitu hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan.

Dalam pada itu, Ezam berkata, rakyat negara ini jangan sesekali terpedaya dengan 'mulut manis' Anwar kerana dakwanya, ketua pembangkang itu tiada kredibiliti untuk mentadbir sebuah negara seperti Malaysia memandangkan untuk menguruskan sebuah parti pun beliau gagal.

Katanya, belum ada dalam sejarah politik Malaysia mahu pun dunia, lebih 90 peratus pengasas dan seramai 13 wakil rakyat memilih untuk meninggalkan parti atas alasan yang sama selain sudah tersedar siapa sebenarnya Anwar.

"Saya meminta kepada rakyat supaya jangan sesekali percaya kepada Anwar kerana kalau kami yang pernah begitu rapat dengannya pun boleh ditipu, anda yang jauh dan hanya melihat dia melalui media apatah lagi, tindakan Lum Yong ini satu lagi bukti jelas.

"Anwar ini kaki putar alam yang cukup handal, dia sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan nafsu politiknya termasuk mengadaikan agama, bangsa dan negara. Adakah orang sebegini layak jadi pemimpin," soalnya.

Sementara itu, Soi Lek ketika ditanya mengenai kemasukkan Lum Yong ke dalam MCA berkata, parti itu terbuka dalam menerima keahlian baru termasuk daripada bekas ahli parti lawan meskipun sebelum ini pernah menentang wakil MCA pada pilihan umum lalu.

Katanya permohonan Lum Yong untuk menyertai MCA membuktikan bahawa parti tersebut sentiasa relevan kepada masyarakat Cina walaupun pernah mencatat prestasi terburuk pada tahun 2008

"Dia (Lum Yong) akan jadi biasa dan jika mahu jawatan perlu bertanding mengikut perlembagaan parti dan kemasukan bekas pemimpin PKR ini membuktikan bahawa MCA tetap menjadi pilihan kepada masyarakat Cina," jelasnya.

Wasabi Oyabun..

'Gagap' yang gagal : Pindaan gagal dapat sokongan 2/3!

Seperti dijangka, pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang dicadang oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor gagal diluluskan setelah tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Dalam sesi pengundian secara belah bahagian kira-kira pukul 6.15 petang ini, pindaan tersebut hanya disokong oleh 34 penyokong kerajaan manakala 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) sepakat menolak pindaan tersebut.

Sementara itu, Badrul Hisham Abdullah yang mewakili Bebas dihalang menghadiri sidang itu setelah kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandangnya diisytiharkan kosong, Isnin lalu.

Kerajaan negeri gagal mendapat empat undi bagi mendapat majoriti dua pertiga kerana mereka sekurang-kurangnya perlu memperoleh sokongan 38 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN.

Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim ketika mengumumkan keputusan undian tersebut berkata, meskipun pindaan tersebut lebih suara yang bersetuju, ia tidak dapat diluluskan bagi bacaan kedua dan seterusnya.

Katanya, perkara itu diputuskan berdasarkan Perkara 98, Fasal 5 (Bahagian 2) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui usul pindaan perlembagaan negeri untuk membolehkan beliau memperolehi ‘kuasa menasihati’ Sultan Selangor tidak dapat dilaksanakan dari awal lagi.

Ini kerana katanya, kerajaan negeri menyedari pihaknya tidak mempunyai majoriti dua pertiga kerusi DUN untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau berharap cadangan pindaan untuk memberi kuasa kepada Menteri Besar melantik tiga pegawai eksekutif negeri itu dapat dibangkitkan semula selepas pilihan raya umum akan datang.

‘‘Walaupun kita tidak berjaya hari ini, ia tidak akan mematahkan semangat pakatan pembangkang.

‘‘Kami berpendirian bahawa Sultan Selangor dan kerajaan negeri berhak memainkan peranan dalam pemilihan tiga pegawai eksekutif bagi memastikan dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.

Pindaan yang dibentangkan di bawah Peraturan 10 (3) Peraturan-Peraturan Tetap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri kepada negeri dengan sultan perlu mendapatkan nasihatkan Menteri Besar.

Dalam pada itu, ketika ditanya bilakah kerajaan negeri akan membenarkan Datuk Mohammed Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar, Abdul Khalid berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Exco kerajaan negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak memutuskan bilakah tempoh sebenar perbincangan itu akan diadakan sebaliknya ia bergantung kepada keadaan semasa.

Wakil-wakil dari istana yang hadir pada Sidang DUN tergempar untuk meminda perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, di Shah Alam, semalam.


Pada sidang akhbar yang sama, Abdul Khalid yang tidak dapat menerima hakikat kegagalannya untuk meluluskan pindaan tersebut meletakkan kesalahan ke atas BN kerana tidak menyokong usaha kerajaan negeri itu.

‘‘Lebih kesal lagi, BN gagal memberikan hujah-hujah yang konkrit dan berkualiti untuk menolak cadangan pindaan itu.

‘‘Jelas penolakan itu dibuat di atas nama politik dan kesetiaan mereka kepada pihak-pihak yang berkuasa di Putrajaya.

‘‘Sepatutnya sebagai wakil rakyat, keputusan mereka perlu berdasarkan kepentingan rakyat,” katanya.

Malah seperti dijangka sebelum ini, Abdul Khalid menuduh bahawa penolakan BN terhadap pindaan itu membuktikan UMNO sebenarnya tidak menghormati Raja-Raja Melayu dan menghalang peranan mereka dalam institusi Raja Berperlembagaan.

‘‘Walaupun kita mungkin tidak berjaya membuat pindaan, ia tidak akan mematahkan semangat pakatan pembangkang.

‘‘Malah, isu ini telah menguatkan lagi tekad untuk membuktikan kewibawaan kami dan memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya kelak supaya pindaan ini dapat dibangkitkan semula,” katanya.

Abdul Khalid berkata, pihaknya masih mempunyai pendirian bahawa Sultan Selangor dan kerajaan negeri berhak untuk memainkan peranan dalam pemilihan tiga pegawai ex-officio demi memastikan dasar-dasar negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna.

‘‘Walaupun pihak Persekutuan nampaknya terus mengetepikan suara rakyat Selangor dan enggan menghormati semangat federalisme, kerajaan negeri akan berusaha memastikan pentadbiran negeri akan terus berjalan dengan baik dan selancar mungkin demi kebajikan rakyat negeri ini,” katanya.

Terdahulu perbahasan pindaan tersebut disertai oleh empat wakil BN dengan dimulai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman dan enam wakil pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

Turut serta berbahas ialah Sulaiman Abd. Razak (BN-Permatang); Datuk Mohd. Samssudin Lias (BN- Sungai Burung) dan Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang). Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) pula tampil sebagai wakil penyokong yang pertama bangkit berbahas menyokong pindaan rang undang-undang itu.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 23 Januari 2011

N5 DUN Tenang : BUKTI apabila PAKATAN RAKYAT tak tenang - Bendera BN Di BAKAR!

PAS marahkan nyamuk, kelambu di bakar! PAS marahkan Cikgu Mala bekas ahli Puteri UMNO, Bendera BN dibakar! Kenapa no!

Rilek la PAS. Takkan hangpa terkezut kot dok dengaq Cikgu Mala bekas orang UMNO rupanya. Tak payahlah dok bakaq bendera BN ka UMNO ka. Hangpa boikot ja Cikgu Mala tu! Hak mana datang dari jauh tu, pakat-pakatlah kemas barang balik semula kerumah hangpa semua. Buat penat ja dok berkempen di sana. Tempat tu memang la tenang sangat, tapi hati hangpa kebanyakannya tak tenang!

Baru kejap tadi Oyabun dapat berita dari Tenang. Satu info mengenai Cikgu Mala. Maklumat yang diberikan ialah beliau merupakan bekas ahli Puteri Umno yang kecewa kerana kalah bertanding dalam perebutan jawatan Ketua Puteri Bahagian beliau.

Kecewa dengan kegagalan tersebut menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk menyertai Pas sehingga kini. Benar atau tidak kenyataan ini , hanya Puteri Umno sahaja yang boleh memberikan jawapannya.

Jika benar jelaslah bahwa Cikgu Mala adalah seorang yang tidak mempunyai jati diri yang kuat dan mudah disogok atau menerima tawaran pihak lain. Tidak hairanlah sikap beliau sama seperti sikap pemimpin Pas, Pkr dan Dap yang sanggup menjual negara demi kepentingan politik peribadi.

Mungkin ada yang dok dapat berita ni semalam dah sampai panas hati dok bakaq bendera BN! Awat lah hangpa ni hai orang-orang Pakatan Haram. Dah tak da kerja lain ka! Memang Biadap dan Kurang ajar Penyokong Pakatan rakyat yang mai dari luaq negeri Johor ni. Datang sini bukannya nak menghormati tempat orang tapi sesuka Mak Bapak hangpa ja buat hal.

Dulu sewaktu di PRK Galas pun bendera BN di bakaq dan kali ini di PRK Tenang juga hangpa dok bakaq bendera BN. Apa kurang ajar sangat hangpa ni?

Dengaq cerita laporan Polis telah di buat dan tindakan susulan di harapkan dapat dilakukan oleh PIHAK POLIS agar dapat menangkap si Pembakar Bendera ni dengan seberapa segera!!!

Depa ni memang Kurang ajaq dan patut di Ajaq!!!

PAS sememangnya hamPAS!!!

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 21 Januari 2011

DUN Tenang : PAS tak tenang - Saksi zina bersumpah junjung Al-Quran!

Ustaz Saidi bersumpah menjunjung Al Quran

Kepada Allah kita berserah. Apabila bersumpah menjunjung al Quran boleh dinafikan, boleh diperkecilkan, tidak disoal di akhirat kelak, kenapa ADUN PAS yang dituduh berzina takut berbuat perkara sama untuk membersihkan namanya? Sila klik di sini untuk berita selanjutnya.

Berani kerana benar!
Wasabi Oyabun..

Khamis, 20 Januari 2011

Gempar!!!..PAS seru adakan solat hajat untuk dedahkan indentiti blogger-blogger Pro-BN setiap hari di alam siber !

Koordinator Majlis Makan Malam Blogger bersama Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 15 Januari lalu, Tarmizi Mohd Jam menyeru semua ahli-ahli PAS, dan umat Islam dalam Pakatan Rakyat mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger PEMFITNAH pro-Umno yang bergentayangan di alam siber.

Seorang blogger PEMFITNAH pro-Umn, PAPAGOMO, antaranya kini sedang ligat memutarkan fitnah kononnya pertemuan blogger bersama Tuan Guru Nik Aziz Sabtu lalu, setiap blogger diberi RM500, laptop, broadband dan telefon mudah alih jenama Blackberry.

Terkini facebooker bernama "Suara Dari Bumi" yang terkenal dengan FITNAH JAHAT KEJAM nya memaparkan fitnah dengan mendakwa dalam facebooknya: "Normala tinggalkan suami lama, kejar Maarof kaya. DIA ada skandar sebelum kahwin.Ingat pas ingat zina. Ingat pas ingat maksiat".

Inilah taktik yang sama berulang-ulang dilakukan kepada semua calon-calon Pakatan Rakyat sebelum ini. Calon PAS di Galas dituduh berzina dengan ibunya sendiri, sebelum itu hangat ADUN PAS Selingsing dituduh berzina dalam gerabak keretapi. Semasa Pilihan Raya kecil Hulu Selangor Zaid Ibrahim dijatuhkan dengan isu arak.

Apabila melihatkan bahawa fitnah zina sebagai peluru yang cukup ampuh bagi para blogger dan facebooker di dalam menjatuhkan calon Pakatan Rakyat, kali ini, sekali lagi isu zina digunakan untuk menjatuhkan Puan Normala Sudirman, calon PAS DUN Tenang. Di bawah ini bukti Facebooker upahan sudah mula mencipta isu zina untuk menjatuhkan Calon PAS DUN Tenang [Facebook].

Mengulas lanjut, Tarmizi yang juga Setiausaha Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat berkata, semua blogger pro Pakatan Rakyat diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger PEMFITNAH pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Ia bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.

"Blogger PEMFITNAH pro-Umno ini, diyakini bukan dari kalangan orang terdidik agama. Sebab itu tak takut langsung dengan fitnah. Tak ada pertimbangan dosa pahala. Mereka memang berani memfitnah. Seolah-olah tiada hari pembalasan untuk membicarakan apa yang mereka lakukan di atas muka bumi ini semasa hayat," tegas Tarmizi.

Beliau bagaimanapun, menghormati pandangan yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger PEMFITNAH yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber.

Tarmizi menyeru semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan menganjurkan solat hajat ini, kerana ia lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam baru-baru ini, agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger PEMFITNAH pro-Umno ini.

Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Hotel Grand Seasons. Lebih 200 blogger pro Pakatan Rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuk Timbalan Menteri Besar dan Sepaker Dun.
Untuk cerita asal , sila klik di sini

Komen : Sejak bila pula puak-puak PAS dan blogger-blogger mereka buat tak tahu pasal fitnah. Yang selama ini mereka dok fitnah UMNO dan BN dalam ceramah-ceramah mereka itu apahal! Itu tidak termasuk lagi dengan fitnah-fitnah yang ditabur oleh blogger-blogger mereka sejak sebelum PRU ke-12 yang lalu. Tetapi apabila mendapat serangan balas dari blogger-blogger Pro-BN, baru tersedar dari lamunan! Mengata orang, tapi mereka yang lebih. PAS sememangnya hamPAS!!!

Wasabi Oyabun..

Rabu, 19 Januari 2011

Kerajaan Selangor buat laporan polis berhubung penerbitan akhbar “Selangor Terkini” gunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran!

Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pukul 4.30 petang Isnin.

Menurut sumber Pejabat Menteri Besar, laporan itu adalah bagi pihak polis memulakan siasatan ekoran penyalahgunaan logo pada akhbar yang tidak diketahui penerbitnya itu.

Dakwa sumber itu, kandungan akhbar itu adalah usaha untuk mencemarkan imej Selangor dan mengelirukan orang ramai kerana akhbar rasmi kerajaan negeri ialah “Selangor Kini”.

“Tindakan menerbit akhbar menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran adalah salah. Maka pihak kerajaan negeri membuat laporan untuk polis menyiasat perkara ini.

“Setakat ini kerajaan negeri tidak mengetahui siapa yang menerbit, malah kami tidak tahu kewujudan akhbar ini,” katanya di sini.

“Akhbar Selangor Terkini itu sudah diedarkan secara meluas kepada orang ramai,” katanya.

Apa sebenarnya tujuan laporan ini dibuat? Adakah semata-mata kerana logo kerajaan negeri ataupun rejim MB Khalid G sebenarnya takut untuk menghadapi kenyataan pembohongan mereka akan terbongkar dengan cara sama mereka menipu rakyat Selangor?

Untuk pengetahuan, akhbar tersebut bukan hanya diterbitkan secara bercetak, ianya juga di terbitkan secara digital. Ini bermakna kita boleh membaca akhbar tersebut melalui internet tanpa perlu mencari di kawasan mana edaran akhbar tersebut. Sila klik di sini .

Nampak sangat Kerajaan MB Khalid sudah takut dengan bayang-bayang mereka sendiri dengan pembongkaran akhbar tersebut!!!

Wasabi Oyabun

Isnin, 17 Januari 2011

Debat : Anwar kena jawab 10 soalan!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim perlu menjawab 10 soalan terlebih dahulu sebelum layak berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini termasuk sama ada beliau berani bersumpah menggunakan al-Quran di masjid bahawa dia tidak meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Beliau pasti 'Pelan 100 Hari' yang dicadangkan Anwar bukan berkisar kepada isu ekonomi sebaliknya kemungkinan ada kepentingan peribadi pemimpin pembangkang.

"Itulah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang cukup pintar berdolak-dalik, berbohong dan memanipulasikan keadaan supaya rakyat simpati kepada beliau.

"Banyak pihak memberitahu saya bahawa Anwar sebenarnya tidak layak untuk berdebat dengan mana-mana pihak pun, apatah lagi dengan Najib.

"Mereka memberi 10 pertanyaan mudah yang memerlukan Anwar menjawabnya secara terbuka terlebih dahulu sebelum ingin berdebat," katanya dalam entri terbarunya di http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Menurut Syed Ali, persoalan lain yang 'wajib' dijawab Anwar ialah sama ada beliau sanggup menjelaskan kepada rakyat bahawa dirinya bukan tali barut dan alat kepada kuasa asing khususnya rejim Yahudi.

Katanya, persoalan lain yang perlu dijawab Anwar adalah:

* Menyatakan kepada rakyat bahawa dia tidak bersubahat dengan DAP untuk hancurkan Melayu.

* Beranikah beliau bersumpah bahawa dia tidak berbohong dalam isu politik di Selangor dan Perak?

* Benarkah pengakuan Karpal Singh yang dibuat di Parlimen bahawa dia terbabit dalam kes liwat?

* Jelaskan secara terbuka bahawa beliau berpakat dengan DAP untuk ketepikan Pas dalam pakatan pembangkang.

* Mengaku bahawa beliau selama ini menggunakan media asing untuk memburukkan imej negara dan merosakkan nama baik kerajaan BN dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.

* Mengaku bahawa beliau tidak pernah terbabit sebagai ejen dan alat kepada Amerika Syarikat.

* Menyatakan pendirian secara terbuka bahawa beliau tetap mempertahankan institusi raja-raja Melayu daripada diperlekehkan oleh DAP; dan

* Mengaku bahawa beliau bukan petualang untuk menghakis ketuanan Melayu dan agama Islam di negara ini.

Yang nyata debat ditimbulkan untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu moral dan kepincangan PR serta PKR yang semakin retak menanti hancur...!!!

Dato' Seri Najib berusaha bertungkus lumus membangunkan negara dan menyatupadukan rakyat, manakala Anwar nampaknya berusaha keras untuk menghancurkan negara serta memporak perandakan masyarakat semata-mata untuk memenuhi impiannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang masih belum tercapai?

Wasabi Oyabun

Sabtu, 15 Januari 2011

Nyamuk boleh hancurkan Anwar - Ummi Hafilda!

"Jangan terlalu angkuh. Belajarlah daripada sejarah pada zaman Nabi Ibrahim.

"Raja Namrud yang angkuh mati hanya kerana gigitan seekor nyamuk. Jadi, jangan pandang remeh soal nyamuk kerana ia boleh menghancurkan."

Demikian tegas Ummi Hafilda Ali berhubung kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganggap cabarannya untuk berdebat tentang kebenaran kes salah laku seks dengan Ketua Pembangkang itu sebagai 'hanya soal nyamuk'.

Ummi Hafilda dalam reaksi segeranya itu berkata, tidak mustahil 'seekor nyamuk ini' boleh menyebabkan karier politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu musnah.

Malah tegasnya, beliau sudah bersedia untuk berhadapan dengan Anwar untuk berdebat mahupun di muka pengadilan. Justeru beliau menganggap kenyataan Anwar itu sebagai satu tindakan pengecut bagi mereka yang gerun untuk berhadapan dengan kebenaran.

"Nampak sangat dia gerun dengan saya. Nampak sangat dia tak berani. Kalau dia tak nak berdebat pun tak apa. Cuma, saya nak tengok sejauh mana dia menghadapi perkara ini sebab saya tidak cakap kosong. Saya ada bukti di tangan.

"Saya akan kemukakan kepada mahkamah dan dia sendiri akan terkejut dengan bukti-bukti yang saya akan bentangkan kelak," katanya disini hari ini.

Khamis lalu, Ummi Hafilda mencabar Anwar untuk berdebat dengannya terlebih dahulu berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau sebelum mencabar pihak lain.

Katanya, Anwar tidak perlu berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Pelan 100 Hari yang dicadangkan pakatan pembangkang kerana ia tidak memberi sebarang faedah.

Malah beliau yang pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998 turut mencabar Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melakukan sumpah laknat bagi membuktikan mereka tidak terbabit dalam segala kes salah laku seks yang didedahkannya ketika itu.

Sebelum ini, Ummi Hafilda mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti Pas kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997.

Menurutnya, sindiran Anwar adalah tidak berasas dan menganggap Ketua Pembangkang itu sebagai 'raja putar alam nombor satu' dunia.

Ini kerana kata beliau, Anwar hanya pandai berkata-kata tetapi tidak membuat tindakan sepatutnya seperti melakukan sumpah laknat sekiranya yakin dirinya berada di landasan yang benar.

"Kalau tak mahu berdebat, saya cabar (Anwar) masuk masjid dan buat sumpah laknat. Saya cabar Azmin, Shamsidar (Shamsidar Taharin, isteri Azmin) dan Wan Azizah sekali.

"Kenapa nak takut sangat bersumpah kalau rasa tidak bersalah. Pada saya mereka ini munafik dan perosak bumi yang wajib ditentang habis-habisan," katanya yang turut bersumpah bahawa beliau tidak pernah menerima bayaran atau upah daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atau kerajaan ekoran pendedahan tentang salah laku Anwar ketika itu.

Rakaman sumpah yang dibuatnya pada sidang akhbar Khamis lalu turut dimuat turun dalam blognya, http://www.srikandi7.blogspot.com.

"Sumpah bukan perkara suka-suka. Saya buat kerana saya yakin saya benar. Kalau nak kata saya nyamuk, dia nyamuk aedes yang hanya tahu gigit orang itu, gigit orang ini dan merosakkan ummah. Kerana lakonan dan kemunafikannya, orang Pas pun tak boleh buka minda, buka mata," katanya.

Mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan 'itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab' terhadap saman yang bakal difailkan, Ummi Hafilda berkata, beliau tidak takut untuk memfailkan saman itu.

"Mereka orang pengecut yang memporak-porandakan ummah. Saya orang yang berprinsip. Saya tidak takut dengan tindakan saya," jelasnya.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 13 Januari 2011

GEMPAR - Nazri Aziz Punya Penangan, Anwar Ibrahim Dapat Malu Besar !

Anwar Ibrahim sibuk sangat nak berdebat dengan Najib Tun Razak. Habis di canang sana sini yang D.S.Najib ni penakut. Ada pulak Blogger upahan Anwar yang kata Najib bachol, tak ada telor dan macam macam lagi. Emmm ye lah Mulut depa kita mana boleh kawal. Kira macam ayam bertelorlah..riuh sekampung. Cakap berdegar-degar, tapi bontot penuh dengan taik..!

He he he... tetapi Anwar Ibrahim lah yang sebenarnya Penakut, Bachol malah Boleh dikatakan Anwar Ibrahim tidak lagi mempunyai Telor. Kalau tak percaya boleh tanya Wan Azizah sendiri ada ke tidak Telor Anwar tu. Ha..ha..ha!

Ikutilah isu Kemelut Parlimen dari siri 1 sehingga 5 yang mana dalam siri Video ini Dato Seri Nazri Aziz Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menceritakan segala kemelut yang berlaku sehingga puak Pakatan Pembangkang menjadikan Parlimen SARKAS pada 16 December 2010.
















Emmm...Diharap anda semua dapat menghayati dan boleh menilai sendiri apa yang telah di nyatakan Oleh Dato Seri Nazri Aziz ini. So harapan kita juga untuk melihat Anwar Ibrahim menjawap apa-apa yang di rasakan sendiri oleh Anwar Ibrahim bahawa Nazri Aziz telah berbohong!!!

Sebelum Anwar Ibrahim nak Berdebat dengan Dato Seri Najib eloklah Anwar Ibrahim berdebat dengan Nazri Aziz. Sekarang Nazri Aziz dah Sound Lebih sama lu Anwar Al Juburi, Lu takkan takda rasa marah? He he he...

Jangan tunggu Lagi wahai Anwar Al Juburi( kata Mat sabu lah ) Raja Drama. Lawan Je Nazri Aziz ni!!! Ha ha ha

Konspirasi...Konspirasi..Konspirasi....Tu je lah Modal kau Nuar!!! Dah bagi peluang Jawap dan dedahkan Bukti tapi sampai ke sudah Lubang Ekszos juga kamu cari..!!!

Terima kasih GOMO

Wasabi Oyabun

Jumaat, 7 Januari 2011

Tuduhan melampau Khalid Gereja : 'Agong diguna tarik Nik Aziz ke pertemuan kontroversi'!

Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Umno telah menggunakan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghadiri pertemuan kontroversi pada 25 Disember di Istana Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Katanya, tindakan itu sebenarnya menunjukkan bagaimana terdesaknya Umno yang sanggup menggunakan Seri Paduka untuk menjemput pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam itu. Khalid membuat dakwaan itu dalam satu sidang akhbar di pusat perkhidmatnya di Shah Alam semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir dalam pertemuan tersebut. Pertemuan tersebut telah mencetuskan spekulasi mengenai wujudnya usaha untuk memulihkan semula perbincangan mengenai 'kerajaan perpaduan'.

Nik Aziz enggan mengulas mengenai pertemuan tersebut kepada pihak media, dengan menyatakan bahawa beliau perlu menghormati pertemuan tertutup itu. Bagaimanapun, Khalid berkata, satu taklimat telah diberikan oleh mursyidul am itu mengenai perkara tersebut dalam satu mesyuarat badan penerangan PAS Kelantan.

Maklumat daripada pertemuan itu telah 'ditiris' kepada para bloger oleh beberapa pemimpin PAS.

Malah pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron, menulis mengenainya dalam Facebook. Khalid berpendapat ini menunjukkan bagaimana kuatnya Pakatan sehinggakan Umno terpaksa menggunakan cara licik seperti itu untuk cuba memujuk PAS meninggalkan sekutunya.

Katanya lagi, adalah penting untuk diketahui bahawa pemimpin PAS memahami yang konsep kerajaan perpaduan dan kerjasama dengan Umno, telah ditolak oleh ahli parti itu. Menurutnya, walaupun apa pun yang dibincangkan di majlis makan malam itu, PAS akan tetap terus bersama dengan Pakatan.

Secara berseloroh, Khalid berkata, situasi tentu begitu terdesak sekali bagi Umno sehinggakan Najib dan Muhyiddin bersetuju hadir di majlis makan malam yang sama. Katanya, ini kerana bukan mudah bagi PM dan DPM untuk hadir bersama," tambahnya.

Dilihat PAS melalui Khalid Samad telah merendah-rendahkan kredibiliti YDP Agong selepas menyatakan bahawa UMNO telah mempergunakan Agong bagi menarik Pok Nik ke satu perjumpaan tertutup baru-baru ini.

Khalid sememangnya biadap sebiadap Shuhaimi Shafiei, ADUN Seri Muda menidakkan kuasa Sultan Selangor, sehingga Khalid sanggup memperlekeh kedudukan YDP Agong. Penyataan Khalid kononnya UMNO menggunakan Agong ibarat Agong tiada kedaulatan dan mudah dipermainkan oleh politikus berkepentingan. Penyataan itu harus diambil serius oleh para pejuang raja-raja Melayu!

Kenyataan Khalid di atas sebenarnya lebih kepada mahu melegakan perasaan sesama ahlul PAS kerana menganggap pertemuan itu ada kaitan dengan kerajaan perpaduan. Khalid juga mengatakan bahawa UMNO sudah terdesak dan menunjukkan Pakatan Al-Harami makin kuat.

Kuat dimanapun tak tahulah, tetapi apa yang kita boleh nampak, kuat mereka kepada kuat menipu dan memutarbelit isu. Fikir-fikirkanlah.
Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 4 Januari 2011

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya : Shuhaimi Shafei, mana kamu nak lari!

Kenyataan Akhbar Istana Selangor

Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.

Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Januari 2011, di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan. Ini adalah kerana sepengetahuan D.Y.M.M. Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Dato’ Haji Mohamed Khusrin bin Haji Munawi telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Pada Majlis tersebut akan diadakan upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada D.Y.T.M. Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 D.Y.M.M. Sultan Selangor kerana ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada penerima-penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 65 D.Y.M.M. Sultan Selangor yang berlangsung pada 11 haribulan Disember 2010, D.Y.T.M. Raja Muda Selangor berada di luar negara.

Selain daripada itu, pada Majlis tersebut juga akan diadakan upacara Angkat Sumpah Taat Setia Penjawat Jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor. Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.

Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada Negeri Selangor.

Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar.

Berkenaan dengan tulisan Ahli Dewan Negeri Seri Muda, Y.B. Shuhaimi bin Haji Shafiei pada 30 haribulan Disember 2010 yang disiarkan di dalam laman blog beliau. Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh. Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A). Oleh itu, sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-olah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.

Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai “Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA” oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B. Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN). Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di Negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B. Dato’ Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat. Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor. Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di Negeri Selangor.

Mengenai cadangan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan. Tindakan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor.

Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu.

(DATO HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI)

Tarikh : 4 Januari 2011

Wasabi Oyabun

Sabtu, 1 Januari 2011

Tuntutan dunia lelaki 'jambu'!

















Kisah pusat hiburan khusus untuk satu kaum iaitu Adam atau Hawa bukan lagi rahsia. Sejak beberapa tahun lalu, kerap diperkatakan tentang pusat-pusat hiburan seumpama itu. Di situ lelaki berselera lelaki bertemu. Manakala di satu pusat hiburan lain gadis atau wanita yang meminati kaum sejenis, saling bermesra. Kelab-kelab seperti itu kini umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Di sebalik percambahan itu, golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual yang mahu dikenali sebagai LGBT memelihara eksklusif mereka.

Jarang sekali tempat pertemuan mereka diserbu. Tidak kedengaran juga berita lelaki ditangkap ketika sedang berdua-duaan dengan lelaki atau wanita dengan wanita. Ada sumber menyebut, golongan yang mendakwa minoriti terpinggir, disalahfahami dan mudah diancam di Malaysia menjadi penghuni kondominium di kawasan tertentu yang juga eksklusif sifatnya. Sebab itu kegiatan mereka sukar ditembusi.

Istilah lelaki 'jambu' misalnya telah lama berlegar di dalam masyarakat kita. Seorang teman pernah disentuh di pipi oleh lelaki yang mengagumi kecomelannya. Mungkin lelaki yang ada nama itu dan terkategori dalam VIP terangsang melihat kulit teman yang licin lantaran hilang sifat malu untuk menyentuh dan berbisik: ''Awak cute.'' Seorang lagi teman yang sememangnya 'jambu' selamba memberitahu dia disimpan seorang VIP yang sudah ada isteri.

Dalam menagih cinta luar biasa itu dia mengomel kerana sering ditinggalkan. ''Janji nak tinggalkan isteri, tapi tiap-tiap tahun beranak juga perempuan tu,'' rungutnya. Dia juga tidak segan bercerita tentang aktiviti seksual mereka. Agak menghairankan apabila golongan ini mahu 'percaya' bahawa diri mereka terpinggir. Siapa pula yang meminggirkan mereka. Keluarga, sahabat-handai, masyarakat atau pemimpin? Teringat filem Beautiful Boxer yang sememangnya menarik perhatian saya.

Kisah benar di Thailand - negara majoriti penduduknya beragama Buddha itu memperlihatkan konflik dalaman seorang lelaki (peninju Muaythai) yang mempunyai kecenderungan menjadi wanita. Ada penentangan, kecaman dan penolakan masyarakat di sana terhadap kegilaan Parinya Charoenphol mahu menjadi perempuan sejak zaman kecilnya. Dia tidak disenangi, diejek dan tidak ada kawan lelaki.

Paparan kisah Beautiful Boxer menunjukkan bahawa dunia sejagat sememangnya menolak amalan-amalan pelik seks songsang waima di mana dan apa agama mereka. Walaupun di negara yang menjadikan seks, pelacuran sebagai industri dan sumber utama menarik pelancong.

Songsang

Tentunya ada sebab jadi begitu. Yang pasti sebab-sebabnya jelas dan tidak ada yang mengelirukan. Bukan kerana amalan tersebut baru maka ia tidak dapat diterima - lantaran kisah seks sejenis disebut di dalam al-Quran semasa zaman Nabi Lut a.s. Sebaliknya kerana amalan songsang bertentangan dengan hukum alam sememangnya sentiasa mendapat penolakan lantaran sifatnya yang tidak betul sewajarnya disanggah.

Sebab itu ajaran songsang Ayah Pin contohnya biar pun ada pengikut tetapi mereka dipinggirkan, sukar difahami dan yang pasti mudah mengancam orang lain walaupun tidak mudah diancam. Lantaran selesa dan berasa tidak bersalah, maka seorang pemuda berani merakamkan pengakuan bahawa dia adalah seorang gay. Bagi pemuda itu: ''Saya gay, saya ok.''

Pengendali laman web Seksualiti Merdeka sepatutnya telah menjangka reaksi rakyat negara ini kerana mengetahui bahawa norma-norma masyarakat di sini bukan seperti di negara barat. Malah di barat pun tuntutan kumpulan gay dan lesbian melalui jalan berliku sejak bertahun-tahun lamanya. Justeru tidak timbul soal menarik balik video Azwan Ismail kerana ancaman dan komen pelbagai blog.

Ternyata gay dan lesbian yang satu ketika dulu hanya diperkatakan di asrama lelaki dan perempuan, kini menjadi trend dan pada masa yang sama penyakit masyarakat. Sedar atau tidak sedar kita hidup bersama mereka - tidak mustahil di tempat kerja, dalam keluarga atau di majlis-majlis sosial. Bagi kumpulan LGBT, mereka tidak membuat apa-apa kesalahan. Mereka tidak mengganggu orang lain.

Naluri mendorong mereka menjadi begitu. Ada juga membuat ulasan, banyak lagi masalah sosial di Malaysia yang perlu dibendung berbanding nak kecoh dan mengamuk tentang hal homoseksual. Ada juga yang memuja keberanian pemuda itu membuat pengakuan jujur dia adalah seorang gay. Ada pendapat mengatakan hanya 2 peratus rakyat Malaysia terlibat dalam gejala homoseksual.

Berapa peratus pula lesbian, biseksual dan transeksual? Bukankah 2 peratus pada 2010 itu mungkin angkanya adalah 0.0 peratus sebelum negara mencapai kemerdekaan? Dari 0 peratus bercambah kepada 2 peratus dan percayalah jumlah itu akan meningkat dan meningkat.

Mengimbau persekitaran 30 tahun lalu di kampung, memang ada pak cik-pak cik yang lembut sifatnya. Ciri-ciri wanita ada pada mereka. Tetapi sehingga ke akhir hayat mereka akur dilahirkan sebagai lelaki lantas memasuki alam rumah tangga dan menyempurnakan hidup sebagai lelaki sejati.

Saya pasti di mana-mana ada lelaki begitu. Di mana-mana juga ada wanita yang keras membanting tulang dan menjadi tonggak keluarga. Tetapi mereka tidak memesongkan kelembutan dan kekerasan itu sehingga menjadi naluri gay atau lesbian. Biar apa pun alasannya, kebimbangan tentang trend LGBT ada asasnya sebagaimana kerisauan meningkatkan kes-kes jenayah yang lain.

Begitu juga keprihatinan kadar jenayah moral seperti seks luar nikah, sumbang mahram yang tidak boleh dinafikan sesiapa pun bahawa sedikit sebanyak menjadi punca kepincangan masyarakat. Ramai juga melihat golongan tersebut sebagai tidak berdosa, tidak merosakkan dan tidak mencetuskan apa-apa keburukan dalam masyarakat. Benarkah begitu? - UM.

Wasabi Oyabun..

Cikgu Rahim ( PAS ) sanggup mati pertahankan Karpal!

Sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh pernah memberi amaran 'langkah mayatnya dahulu' jika Pas mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Kini seorang wakil rakyat Pas turut memberi amaran 'langkah mayat saya dahulu' jika ada pihak yang ingin 'mengusik' Pengerusi DAP itu.

Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkata, pengorbanan itu dibuat atas dasar kesetiaan dan semangat setia kawan Pas terhadap pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kenyataan Ahli Parlimen Kota Bharu itu dipercayai bertujuan mempertahankan Karpal yang 'diserang' pelbagai pihak, berhubung pendiriannya membela Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan, Pengerusi DAP itulah yang mendedahkan kegiatan salah laku seks ketua pembangkang tersebut pada tahun 1997 di Dewan Rakyat.

"Inilah YB (Yang Berhormat) Karpal Singh...Anda selalu berkata 'langkah mayat saya dulu', anda satu-satunya tetapi sekarang saya beritahu anda, atas kesetiaan dan setia kawan pakatan, saya cabar sesiapa sahaja yang nak ambil (usik) Karpal... langkah mayat saya.

"Sesiapa sahaja, jika ada sesiapa yang cuba ambil (usik) anda, saya bagi amaran kepada mereka....Ini, Cikgu Rahim... Langkah mayat saya dulu," katanya seperti dipetik daripada laman sosial YouTube sambil diberi tepukan gemuruh oleh pemimpin pembangkang.



Difahamkan juga Wan Abd. Rahim berkata demikian semasa berucap di konvensyen pakatan pembangkang di Dewan Millenium Kepala Batas pada 19 Disember lalu, yang mana, majlis tersebut turut dihadiri Karpal dan beberapa pemimpin pembangkang lain.

Karpal merupakan pemimpin DAP yang paling lantang menentang sebarang usaha Pas untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang berteras hukum hudud dengan mengatakan Pas perlu 'melangkah mayatnya terlebih dahulu' jika mahu menyaksikan cita-cita itu tercapai.

Malah, nada Karpal tidak pernah kendur walaupun Pas telah bergabung dengan DAP dan PKR di bawah pakatan pembangkang. Beliau berterusan mempertahankan pendirian tegas tersebut kerana bagi Pengerusi DAP itu, Malaysia lebih sesuai dengan sistem sekular.

Apa yang boleh dikatakan ialah PAS memang sanggup mati demi kafir DAP! Inilah ciri-ciri puak khawarij! Sesama Islam dikafirkan....dikatakan munafik, kafir, dimaki hamun, dengan kafir sangat mesra bagai saudara!!!!

Wasabi Oyabun..