Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 19 Januari 2011

Kerajaan Selangor buat laporan polis berhubung penerbitan akhbar “Selangor Terkini” gunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran!

Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pukul 4.30 petang Isnin.

Menurut sumber Pejabat Menteri Besar, laporan itu adalah bagi pihak polis memulakan siasatan ekoran penyalahgunaan logo pada akhbar yang tidak diketahui penerbitnya itu.

Dakwa sumber itu, kandungan akhbar itu adalah usaha untuk mencemarkan imej Selangor dan mengelirukan orang ramai kerana akhbar rasmi kerajaan negeri ialah “Selangor Kini”.

“Tindakan menerbit akhbar menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran adalah salah. Maka pihak kerajaan negeri membuat laporan untuk polis menyiasat perkara ini.

“Setakat ini kerajaan negeri tidak mengetahui siapa yang menerbit, malah kami tidak tahu kewujudan akhbar ini,” katanya di sini.

“Akhbar Selangor Terkini itu sudah diedarkan secara meluas kepada orang ramai,” katanya.

Apa sebenarnya tujuan laporan ini dibuat? Adakah semata-mata kerana logo kerajaan negeri ataupun rejim MB Khalid G sebenarnya takut untuk menghadapi kenyataan pembohongan mereka akan terbongkar dengan cara sama mereka menipu rakyat Selangor?

Untuk pengetahuan, akhbar tersebut bukan hanya diterbitkan secara bercetak, ianya juga di terbitkan secara digital. Ini bermakna kita boleh membaca akhbar tersebut melalui internet tanpa perlu mencari di kawasan mana edaran akhbar tersebut. Sila klik di sini .

Nampak sangat Kerajaan MB Khalid sudah takut dengan bayang-bayang mereka sendiri dengan pembongkaran akhbar tersebut!!!

Wasabi Oyabun

Tiada ulasan:

Catat Komen