Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 27 Julai 2010

Orang kampung MB Khalid mengamuk : Perlombongan pasir di Kampung Bestari Jaya ancam penduduk!

Penduduk Kampung Bestari Jaya di sini mendakwa kegiatan melombong pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) kini menyebabkan kediaman mereka diancam tanah runtuh. Mereka mendakwa, perlombongan yang kini sudah 'melepasi sempadan' sehingga semakin hampir dengan penempatan penduduk menyebabkan rumah mereka mula retak.

Penduduk kampung turut mendakwa kegiatan melombong pasir itu kini hanya kira-kira 200 meter dari rumah yang paling hampir dengan lombong berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Penduduk (JKKP) Kampung Bestari Jaya, Yeop Sanip, 62, berkata, keadaan itu menyebabkan 500 buah rumah berdepan dengan pelbagai risiko termasuk tanah runtuh.

Menurut beliau, lebih membimbangkan apabila kegiatan itu semakin aktif dan menggunakan penyedut pasir yang dipercayai turut memberi kesan kepada kedudukan pasir di kawasan bawah tanah penempatan penduduk.

"Keadaan ini sangat berbahaya dan penduduk bimbang ia akan menyebabkan berlaku runtuhan pada suatu hari nanti jika kerja-kerja itu masih diteruskan. "Sebagai wakil penduduk, saya mendesak KSSB menghentikan kerja-kerja tersebut dan beralih lebih jauh dari kediaman penduduk. "Aktiviti perlombongan pasir itu membahayakan kira-kira 7,000 penduduk termasuk penuntut Universiti Industri Selangor (Unisel)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menyertai perhimpunan aman kira-kira 50 penduduk Kampung Bestari Jaya yang mendesak KSSB menghentikan kegiatan melombong pasir di kawasan berhampiran di sini hari ini.

Seorang penduduk, R. Dewiendren, 53, turut mendakwa rumahnya sendiri sudah mengalami keretakan kerana jaraknya dengan tebing lombong hanya kira-kira dua meter sahaja. Dewiendren bimbang jika aktiviti berterusan itu akan menyebabkan rumahnya roboh dan boleh mengakibatkan kemalangan jiwa.

Seorang lagi penduduk, Sahril Malek, 30, berkata, sejak kegiatan itu dimulakan, mata pencariannya sebagai nelayan turut terjejas kerana air sungai sudah tercemar. Jika sebelum ini dia mampu mendapat RM60 sehari tetapi akibat pencemaran itu, dia mendakwa hanya memperoleh kurang RM20 yang sekali gus menambahkan bebannya.

Ketua Ranting Angkatan Muda Keadilan Kampung Bestari Jaya, Mohd. Ibrahim Abd. Rahman pula mempersoalkan janji-janji yang ditaburkan oleh kerajaan negeri sebelum ini kononnya akan membela nasib rakyat terutama daripada golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, seharusnya masalah itu mendapat perhatian kerajaan negeri kerana sudah dilaporkan kepada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Permatang tetapi sehingga hari ini tiada tindakan sewajarnya dilaksanakan.

"Bila dah buat laporan adalah orang yang turun tengok tetapi tidak ada pula tindakan susulan yang diambil sehingga kini. Keadaan ini bukan sahaja mengecewakan penduduk kampung tetapi saya sendiri rasa terpinggir. "Apa yang saya harapkan kerajaan negeri menunjukkan bukti bahawa mereka prihatin dengan masalah rakyat. Jangan sekadar berjanji kosong sahaja," tegasnya lagi.

Komen : Dengar tu MB Khalid. Orang kampung dah "mengamuk". Nasihat buat MB Khalid, rajin-rajinlah balik menjengok kampung sendiri. Dah banyak lubang-lubang pasir di korek berhampiran dengan Ijok..nanti kata tak tahu pulak!!! Sebelum lebih banyak "ranting-ranting" bakal patah, lawat-lawat lah orang kampung.

Wasabi Oyabun..

1 ulasan:

  1. celaka ko MB...habis kg. aku ko buat macam tu...
    ko memang layak dihumban kedalam lombong tu je...biar mampus...paling kuat, 3-4 hari lepas orang jumpa, ko dah jadi bangkai...

    patutlah aku view GOOGLE MAPS, area KG. Berjuntai Bestari, nampak putih berlubang je...memang nampak jelas kawasan yang tengah dorang ROMPAK tu dengan kg. aku tu...luas lak tu..

    memang patut orang kg. aku buat demo..yang pasti, puak-puak PAKATAN kat kg aku mesti malu giler...malu sendiri...

    ketua kampung aku??? HHmmm tak taulah...depa sesama sendiri pun memang dah lama bergaduh..masa PAKATAN ambil alih Selangor, pening depa nak pilih ketua kampung...

    tup-tup, mamat ni yang dipilih...tu pun ramai puak PAKATAN tak puas hati...katanya mamat ni lembablah...kronilah...macam-macamlah...

    bukan aku nak buat cerita, tapi tulah kenyataan ape yang berlaku kat kg aku ni...ni baru sikit..
    lagi cerita panas masa aku balik sekejap minggu lepas...kalau tak betul, alhamdulillah...kesian guard-guard tu..

    cerita UNISEL kononnya tengah nak buang GUARD, lepas tu ambil balik sebagai kontrak yang ada EPF & SOCSO je..Medical tanggung sendiri...

    sebab tu UNISEL buang sebab tak tahan nak tanggung perubatan GUARD Unisel yang dianggarkan RM 100,000 setahun...tu pun nak berkira...
    biasalah, paling koman depa pergi klinik kat pekan tu je...

    HIsss...nak dekat puasa, tu lak yang berlaku...kesian Guard-guard tu...rata-rata penduduk kg. aku...dengar cerita lagi, pengurusan GUARD tengah "LAWAN" habis-habisan supaya benda ni tak berlaku...benda ni pun dah kecoh gak kat kg. aku ni...terutamanya yang kerja GUARD...goyang dorang...

    kalau ada blogger nak pergi lagi sana, aku alu-alukan...kot kalau ada masa, dari Shah Alam ni aku balik...sanggup aku ambil cuti...

    BalasPadam