Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 8 Jun 2010

Rumah urut berleluasa – Dasar libreal kerajaan negeri rancakan maksiat!


Kemunculan pusat urut di merata kawasan di Selangor terutama sejak dua tahun lalu yang mengeksploitasi ramai wanita warga asing mengundang persoalan mengenai apa yang sedang berlaku di negeri itu yang sudah mencapai status negeri maju.

Jumlah pusat urut begitu banyak sehingga menyebabkan ada pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri tidak tahu jumlah sebenar pusat urut di kawasan masing-masing. Realitinya hanya tiga PBT iaitu Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang sanggup mendedahkan jumlah sebenar rumah urut berlesen di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, ketika diminta mendedahkan jumlah rumah urut haram, pegawai MPSp dan MPAJ enggan memberikan sebarang butiran. Itu belum dikira lagi pendedahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai kewujudan kira-kira 4,500 pusat hiburan di Selangor yang ada di antaranya menawarkan khidmat urut.

Banyak pihak percaya dasar liberal kerajaan negeri dalam pengeluaran lesen pusat urut menjadi punca kegiatan tersebut berleluasa berbanding sebelum ini. Tinjauan wartawan Kosmo! di beberapa lokasi seperti Kota Damansara, Petaling Jaya, Kajang, Ampang, Selayang, Subang dan Puchong mendapati kelemahan penguatkuasaan sebagai punca utama kewujudan pusat-pusat urut baru.

Jangan terkejut jika ada pusat urut di Selangor ketika ini beroperasi seawal pukul 10 pagi dan masih menerima pelanggan sehingga pukul 12 tengah malam. Malah tinjauan di Bandar Sunway mendapati terdapat beberapa premis beroperasi sehingga pukul 3 dan 4 pagi sama seperti operasi kelab malam dan karaoke.

Lebih mengejutkan, terdapat juga rumah urut yang beroperasi tanpa papan tanda, malah cara perkhidmatannya tidak ubah seperti rumah pelacuran.- Kosmo

Sementara itu : Bendung pusat judi, urut di Selangor - Perkasa

Anggota Exco kerajaan negeri yang beragama Islam digesa bersuara dan memainkan peranan sepatutnya dalam membendung aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa di negeri ini.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor berkata, anggota Exco terlibat seharusnya menggunakan kelebihan yang ada untuk menyuarakan pandangan mereka terhadap sebarang dasar atau keputusan membabitkan pemberian lesen pusat-pusat berkenaan.

''Exco beragama Islam yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan negeri perlu lakukan sesuatu, bukannya sekadar tunduk dan akur terhadap keputusan sebelah pihak sahaja sehingga tidak memberikan manfaat terhadap pembangunan sosial rakyat.

''Walaupun perkara seperti pusat judi, rumah urut, pusat hiburan dan penjualan arak bukan di bawah portfolio mereka, sebagai pemimpin negeri, mereka perlu bersuara dan melaksanakan tanggungjawab," katanya di sini baru-baru ini.

Tambah Abdullah, meskipun pihaknya kesal dengan sikap pentadbiran kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang yang seperti 'melepaskan batuk di tangga', pihaknya berharap Exco yang beragama Islam dapat memainkan peranan mereka.

Menurutnya, ketika ini Selangor mempunyai lebih daripada 4,500 premis perjudian dan rumah urut di serata negeri. Jumlah itu katanya, mungkin lebih besar lagi sekiranya mengambil kira premis-premis perjudian dan urut yang beroperasi secara haram.

Beliau berkata, premis-premis berkenaan turut membuka ruang khususnya kepada belia Islam untuk terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang akhirnya akan memusnahkan hidup dan masa depan mereka.


Wasabi Oyabun..

4 ulasan:

  1. ALOOOOOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU...

    BEWAK2 SUMA CAYA KA LANI ZAMAN KEBANGKITAN ISLAM? SAPA2 YANG DOK ATAIH JALAN ISLAM DEPA ADALAH MENGIKUT ARUS. SAPA2 YANG DOK ATAIH JALAN ISLAM SUKU POLITIK SUKU, DEPA ADALAH MELAWAN ARUS.

    YAHUDI DAN NASARA YAKIN BAHWA ISLAM AKAN BANGKIT AKHIR ZAMAN.SABIK TU LA DEPA BUAT MACAM2 SUPAYA BULIH MEMPERLAHANKAN KEBANGKITAN ISLAM.AKIDAH ISLAM DEPA TAKLEH NAK GODAM OOOIII...
    DEPAN RANCANG PROGRAM2 LAGHA YANG BULIH MENCELAGHUKAN AKIDAH. ADIK2 BEWAK TAU DAK RANCANGAN TUH......
    TAK LEIN DAN TAK BUKAN 1. PAKAIAN 2. SUKAN DAN PERMAINAN DAN 3. HIBURAN. SUMA KETIGA2 MEDIUM NI
    DIULI, DIGAUL DAN DIHIGHLIGH BEGITU GHUPA SUH KITA LALAI NGAN RANCANGAN DEPA TUH.SEBAHAGIAN DARI RANCANGAN DEPA BUKAN SAJA LAGHA TAPI ADA JUGAK YANG SYIRIK. CONTOHNYA LARIAN OBOR. ADIK2 BEWAK TAW DAK LARIAN OBOR TU ADALAH UPACARA PEMUJAAN DEWA OLYMPUS DALAM SUKAN OLYMPIK DI ROME. INI BERSESUAIAN NGAN MAKSUD AYAT" YAHUDI DAN NASARA TAKKAN BERDIAM DIRI SEHINGGA KAMU MENGIKUT MEREKA"

    SEDAQ ATAU TIDAK ADIK2 BEWAK, DI MALAYSIA EJEN UNTUK MERUSAKKAN AKIDAH ORANG MELAYU ADALAH PARTI BEWAK......SABIK SUMA RANCANGAN2 YAHUDI DAN NASARA ITU MASUK KE MALAYSIA MELALUI UMNO. TAK CUKUP NGAN PENYANYI TEMPATAN...JEMPUT GEMULAH MAIKEL JEKSEN.

    ADIK2 BEWAK TENGOK LA SAPA2 YANG BERGIAT DAM KETIGA2 BIDANG NI MISTI MUDA2 LAGI DAPAT GELARAN DATUK. KALU USTAZ2 YANG BERJASA NGAN ISLAM....... NAK MAMPUIH PON TAK BAGI GELARAN DATUK... RUGI KOTA JER.

    BENGONG LA ALI RUSTAM BAGI PINGAT KAT SHAH RUKH KHAN, SABIK JASA SHAH RUKH KHAN TU BANYAK JASA KAT MELAKA TUH. DAPAT JUGAK SEMAH KATIB TU PELUK SHAH RUKH KHAN TU.

    he he he
    gurau ngan puak2 bewak

    BalasPadam
  2. ALOOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU....

    SAMBUNG SIKIT LAGI HAIH.......

    SEBELUM ISLAM NEIK ALLAH MEMATIKAN ULAMAK2 DAN ORANG SOLEH, YANG TINGGAL HANYA MALAON2 TERMASUK ADIK2 BEWAK SUMA. DI KALA MAKSIAT BERLELUASA. BERZINA DI TEPI JALAN SAJA, MAKA TIMBULNYA DAJJAL. DAJJAL NI HEBAT. TUHAN KASI KAT DIA
    KEHEBATAN SIHIR. DIA BULIH WAT HUJAN DAN KEMARAU, DIA BULIH BAGI EMAS DAN BERLIAN TAPI KENA NGAKU DIA TUHAN. MASA NI PUAK2 BEWAK JOLI SAKAN. NAK MAKSIAT APA PON ADA. KALU JUDI LEBIH BEIK DARI JUDI BOLA SEPAK PON ADA.

    DAJJAR MERINTAH DUNIA DALAM MASA 40 HARI.... ADA RIWAYAT KATA 2 TAUN.
    MASA TURUN LA NABI ISA UNTUK MELAWAN DAJJAL DAN MEMBEKI KEROSAKAN YANG DILAKUKAN DAJJAL.

    NAK HABAQ NABI ISA MERINTAH NGAN HUKUM HAKAM MAKNUSIA KA..... OH....
    BUKEEEEEEN, BUKEEEN. TENTU LA NABI ISA MERINTAH HUKUM ALLAH.
    KIAMAT PULA PUAK2 BEWAK NI...

    MASUK UTAN NEIK POKOK, MASUK GUA DOK PERASAP KERIH LA.... SABIK MASIH LAGI KETAGIH UNDENG2 LORD RIED.

    KATA ABANG..... BUAT LA MENDE2 YANG ADIK2 BEWAK SUKA.

    he he he
    gurau ngan puak2 bewak

    BalasPadam
  3. lord reid??? Tengok kat Penang, Selangoq,PAS pun dah gugoq Hudud depa dlm Perlembagaan PR...apacerita?? Dalam Hudud PAS dulu pun dok gugoq pasai Larangan untuk merusuh tuh pasai apa?? Kan patutnya ada dalam Hudud yang betui?? Maap ah, hamba ni marhaen, mungkin Tok Hadi bleh usui kat dewan rakyat tukaq perlembagaan kepada Hudud Islam, bukan Hudud Pas na...Takut Karpal kata "Hang langkah mayat aku dulu"...Kunci dia perpaduan, bila dok caci maki,tuduh dan pikiaq diri sendiri, ini cara puak khawarij na..lord reid pun suka baca sejarah kot..tengok puak khawarij ini pecah belah umat dulu..last2 hancoq abih.. Dok sama2 bincang molek..Insya-Allah...jgn dok pikiaq dendam saja...Mai bersatu....Amiin

    BalasPadam
  4. Bab larian oboq itu, tegoq baik2...Nanti macam Upacara letak bunga kat Tugu Negara masa Hari Pahlawan, Dato` Zahid dan Dato` Ustaz Jamil, Dr. asri dan Mufti Perak tegoq perelok..lani dah tak buat dah...Cara Berhikmah tu baru kita bleh terima dan Nabi suruh mcm tuh...Dato`, ramai ja ustaz kita dapat dato`..dato` seri hadi, DS Azizan, Dato` Nik Aziz, Dato` Haron Din, dato` Sti Bahiyah, Tan Sri Imam Putrajaya, Dato` Ismail kamus, Dato` Pirdaus Ismail, Dato` fazilah Kamsah, Dato` Nakhaei, Dato` SS Mufti..ramai lah...nak taip suma ka? merentasi politik lagi.. Lord Reid nak Dato` ka?? Banyak jugak jasa UMNO dlm perluaih syiar Islam (dlm nak toleran dgn Cina dan India)...bab yg bukan2 depa buat tuh, kita tegoq perelok...tu tugaih PAS pula..baru check and balance...Paling penting bila mai bab Islam dan umatnya kita bersatu na....Sama2 kita cuba usaha pereloq bumi milik Tuhan ni...Insya-Alah..

    BalasPadam