Larangan yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya masjid di seluruh negeri tersebut tidak digunakan untuk tujuan politik adalah selaras dengan kehendak agama Islam.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah (gambar) berkata, politik kepartian seperti yang diamalkan ketika ini, tidak ada sedikit pun hubung kait dengan agama malah kalimah siasah yang diterjemahkan dengan politik adalah tidak tepat dan amat kabur.
Beliau berkata, politik di zaman Rasulullah SAW dengan politik kepartian adalah amat berbeza kerana apa yang ada hari ini ialah peninggalan penjajah yang di dalamnya mempunyai seribu satu unsur bertentangan dengan Islam.
"Ini seperti fitnah-memfitnah, tuduh-menuduh, membuka aib dan jatuh-menjatuhkan sesama sendiri telah mencetuskan ketidakharmonian dalam masyarakat Islam sendiri.
"Pada pandangan saya apa yang dititahkan itu benar, tidak lari dari kehendak agama dan saya percaya larangan berpolitik di dalam masjid ini lebih terarah kepada Pas dan pakatan pembangkang yang cuba mengambil kesempatan dengan menjadikan masjid untuk mendapat pengaruh dan kuasa," katanya.
Akhbar melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertegas melaksanakan titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang program politik dianjurkan di masjid-masjid seluruh negeri ini.
Keputusan itu diambil hasil mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam yang turut menyokong penuh titah baginda.
Baru-baru ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramahnya di Tumpat menyifatkan individu yang enggan membenarkan masjid digunakan untuk berpolitik sebagai 'bodoh'.
Laporan media menyebut Nik Abdul Aziz yang mempertahankan kenyataannya bahawa masjid boleh digunakan untuk tujuan berpolitik berkata: "Baso bodo payoh nak ajar (jenis bodoh susah hendak diajar), inilah sikap orang yang amal politik suku agama suku."
Khamis lalu, Sultan Selangor menjelaskan bahawa tujuan baginda melarang masjid digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.
Abdullah yang semakin menjadi sasaran kecaman pimpinan Pas berkata, politik yang dibawa oleh pakatan pembangkang amat bercelaru dan bertentangan dengan Islam serta bercanggah dengan pandangan pimpinan Pas suatu ketika dulu.
"Banyak yang bercanggah sebagai contoh rujuk balik fatwa Dewan Ulama Pas Kelantan pada Ogos 1963, orang Islam yang berkongsi dengan orang- orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram," katanya.
Abdullah berkata, ahli Pas akan tertipu sekiranya mempercayai hujah Nik Abdul Aziz bahawa politik dan agama yang dibawanya sama dengan keadaan politik pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Tambahnya, Menteri Besar Kelantan itu hanya mahu menghalalkan perbuatan yang menjadikan DAP sebagai rakan seangkatan apabila menyatakan politik dan agama tidak dapat dipisahkan.
Wasabi Oyabun
niky ajis bukanlah ulama yg sebenar dia hanya seorang ahli politik yg memperalatkan agama untuk kepentingan diri.dia sebenarnya yg bodoh sombong.sebab tulah sahabatnya menggelarkan dia dgn gelaran SI WALI TEROMPAH!!!!!!!!!
BalasPadamFatwa Dewan Ulama Pas pd Ogos 1963 bukti sahih betapa Pas memperalatkan islam untuk kepentingan parti politik. Hari ini fatwa itu tidak dipakai lagi. Berbeza dgn ketetapan Allah didlam kitab suci Al Quraan ygmana hukum dan rukun kekal selamanya. Fatwa yg menyesatkan tidak diteliti dan dikaji oleh pengikut yg telah buta hati. Terlalu taksub terhadap guru hingga ketahap membiarkan diri dibodoh-bodohkan oleh pemimpin.
BalasPadamSemoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka yg sesat.