Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 16 Februari 2010

PKR semakin goyang!


















Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor meramalkan lebih ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengikut langkah Ahli Parlimen Ba-yan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meninggalkan parti itu.

Menurutnya, keputusan dibuat Zahrain yang diketahuinya amat rapat dengan Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti memberi kesan besar terhadap PKR.

"Zahrain bukan bukan calang-calang orang. Beliau seorang pemimpin politik yang matang dan berpegang teguh pada prinsip. Tindakan berani beliau pasti akan melemahkan PKR memandangkan ia dibuat berdasarkan alasan kukuh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Perdana di Dewan Alamanda, di sini, malam kelmarin.

Ezam berkata, beliau percaya keputusan Zahrain dibuat semata-mata untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara daripada dipesongkan serta dirosakkan oleh permainan politik melampau Anwar. "Anwar meletakkan kepentingan dan masalah peribadinya lebih tinggi daripada kepentingan negara,” jelasnya.

Mengenai saranan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Zahrain mengosongkan kerusi Parlimen Bayan Baru, Ezam menganggapnya tidak wajar. Katanya, Menteri Besar Kelantan itu tidak membuat saranan serupa semasa Penasihat PKR menguar-uarkan kononnya sebahagian besar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan keluar parti pada 16 September 2008.

“Mengapa pada masa itu Nik Aziz tidak menyebut mana-mana Ahli Parlimen BN yang lompat parti perlu kosongkan kerusi masing-masing?. “Beliau juga tidak mencadangkan supaya pilihan raya kecil diadakan di kawasan Parlimen terbabit,” katanya. Menurutnya, saranan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan beliau seorang pemimpin politik yang tidak mempunyai pendirian kukuh.

Zahrain undur jika Guan Eng lepas jawatan

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dalam kenyataan terbarunya berkata bahawa beliau akan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat sekiranya Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertindak sama. Beliau menegaskan, individu yang perlu meletakkan jawatan ialah Guan Eng dan bukan dirinya atau pun orang lain kerana masalah sebenar berpunca daripada Setiausaha Agung DAP itu.

‘‘Saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan wakil rakyat dengan syarat Guan Eng sanggup melepaskan jawatan Ketua Menteri kerana Pulau Pinang perlu diselamatkan daripada orang sepertinya. ‘‘Dialah punca sebenar segala permasalahan yang sedang berlaku sekarang ini, jadi adalah wajar dia tidak lagi jadi Ketua Menteri,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Zahrain keluar parti sebagai mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasannya.
Justeru beliau menyarankan Ahli Parlimen itu melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat baru kerana Zahrain perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya.

Mengulas lanjut, bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu berkata, Nik Aziz boleh berkata apa sahaja kerana tidak merasa tempias pentadbiran Guan Eng memandangkan beliau menetap di Kelantan.

Wasabi Oyabun

2 ulasan:

  1. Ada berani ka LGE @ Khalifah Umar Abdul Aziz mau undur? Cakap tara serupa bikin.

    BalasPadam
  2. Salam Bro, cabaran yang tepat dari Zahrain..... PKR sudah hampir karam..... akan terus karan bila big bosnya ke dalam.....

    BalasPadam