Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 25 Februari 2010

AZIZAH BAKAL CANSELOR UNISEL YANG BARU???

Exco Selangor YB Dr. Xavier Jeyakumar umumkan Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) sekarang Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan disambung perkhidmatannya yang dijangka tamat Jun 2010. MB Khalid Ibrahim pula berkata kerajaan negeri masih belum membuat apa-apa keputusan tentangnya lagi.

'Tip' dari UNISEL menyatakan pengumuman Xavier si doktor gigi tu hampir pasti! TS Khalid masih lagi bermain tarik tali, tidak mahu umumkan secara jelas. Beberapa nama telah dicadangkan bagi menggantikan Datin Seri Rosmah. Yang lebih menarik perhatian, cadangan nama itu juga datang dari beberapa sumber.

AnWAR seperti biasa punya agenda sendiri di Selangor walaupun dia cuma Penasihat Ekonomi yang hingga kini tidak dijelaskan terma perkhidmatannya! Beliau mahukan Azizah sebagai Canselor baru. Konon kata rakyat yang mahu padahal AnWAR yang mahu sebagai balasan 'bantuan' Azizah terhadap beliau kebelakangan ini.

Azizah kini bergelar Datuk Seri anugerah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, AnWAR yang mengusulkan kuat kepada Lim Guan Eng. Kini beliau mengusulkan nama Azizah kepada Khalid Ibrahim, namun kurang disenangi Khalid. Lalu AnWAR menggunakan Azmin mempengaruhi Exco Selangor bagi menekan Khalid.

Tekanan juga dibuat melalui 'orang dalam' UNISEL, iaitu melalui Ahli Lembaga Pengarah UNISEL Sdn. Bhd., Cik Faekah Hussein. Beliau adalah bekas setiausaha politik Dr. Wan Azizah semasa Azizah Ketua Pembangkang di Parlimen 2002-Mac 2008. Sejurus menawan Selangor, Faekah Hussein dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di UNISEL.

Cadangan Azizah sebagai Canselor dibantah hebat oleh YB Dr. Halimah Ali (exco pendidikan Selangor) yang lebih relevan membuat kenyataan berkaitan hal ini berkaitan berbanding Xavier! Tidak diketahui mengapa ini terjadi. YB Rodziah (juga exco) membantah cadangan nama Dr. Wan Azizah. Mereka dilihat mewakili suara MB Selangor.

Mereka cenderung menamakan Dr. Syed Husin Ali sebagai Canselor, sesuai dengan kepakaran Syed Husin dalam bidang akademik. Malangnya cadangan ini dicantas oleh AnWAR, Azmin dan yang seangkatan dengannya dengan mencadang Syed Husin sebagai Senator di Dewan Negara. Khalid "Gagap" terpaksa akur dengan permainan ini.

Kecenderungan AnWAR 'menghadiahkan' sesuatu kepada Azizah kebelakangan ini dilihat ada kaitan dengan kes liwat AnWAR yang sedang berjalan. Kemunculan nama Azizah sebagai saksi alibi kes ini juga memeranjatkan.

Memang Azizah pernah dipanggil polis 2 tahun dahulu berkaitan kenyataan alibi Azizah tentang AnWAR, tetapi nama Azizah tiada dalam senarai awal sebagai saksi pembela/alibi di pihak AnWAR. Namun apabila nama Azizah disenarai secara tiba-tiba dalam senarai saksi alibi AnWAR, pasti ada yang tak kena!

Wasabi Oyabun

Sabtu, 20 Februari 2010

Di sebalik bantahan Australia!

ENTAH mengapa kes pertuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu menyentuh hati sekelompok ahli Parlimen di Australia.

Entah mengapa juga, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Amerika Syarikat (AS), John Kerry mengeluarkan kenyataan supaya kes tersebut dikendalikan secara adil. Tidak diketahui mengapa Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendesak supaya dipanggil sidang khas Dewan Rakyat membahaskan usul supaya kes tersebut digugurkan.

Sedangkan 50 ahli Parlimen itu tahu batas serta sempadan dalam menjaga tatasusila hubungan dua negara serantau. Kes Anwar tidak melibatkan sesiapa pun di Australia - baik yang hidup mahu pun yang mati. Cuma mungkin ada kaitannya dari sudut penerimaan perilaku liwat di negara itu.

Atas nama akur kepada tuntutan hak asasi manusia, maka hubungan sejenis diamalkan secara bebas di negara-negara yang menjunjung demokrasi terlampau. Australia mungkin tidak terkecuali. Sebab itu mereka berpandangan kes liwat membabitkan Anwar mesti digugurkan lantaran tiada yang silap dari sudut hak asasi manusia.

Begitu juga di Amerika Syarikat (AS). Perkahwinan sesama lelaki dan wanita semakin mendapat tempat. Ia bertentangan dengan undang-undang di sesetengah wilayah di negara itu tetapi sah di wilayah yang lain.

Maka sesiapa yang kepingin melunaskan hasrat mengahwini pasangan sejenis pergi sahaja ke wilayah tersebut, akan termeterai ikatan perkahwinan yang sah di sisi undang-undang. Cumanya dalam hal percintaan atau perkahwinan sesama jantina yang diterima di AS dan Australia, ada kelainan jika mahu dibandingkan dengan kes liwat.

Percintaan berlaku tanpa paksa - ia terjalin dan dijalin secara rela, saling bersetuju terhadap apa juga perlakuan yang berlangsung tidak kira sesama jantina mahu berlainan jenis.

Biar pun haram di sisi agama (kesemua agama tidak membenarkan jalinan percintaan jauh sekali perkahwinan sesama jantina), namun hubungan seumpama itu dilangsungkan secara sembunyi dan tidak dikaitkan dengan kesalahan di sisi undang-undang dunia.

Justeru, semua negara termasuk Malaysia berhadapan dengan kemunculan kelompok lesbian dan gay. Cuma di negara ini hubungan terlarang itu tidak pernah mendapat restu mana-mana pihak jauh sekali mahu disah-tarafkan seperti mana berlaku di negara-negara maju.

Tetapi dalam kes pertuduhan liwat ke atas Anwar, ia bukan hubungan sejenis dua insan yang ada unsur rela dan terima. Pertuduhan yang dibacakan membawa bersama unsur paksa. Sebab itu ia dibawa ke muka pengadilan.

Jauh lebih penting, kes itu bukan hanya mementaskan Anwar seorang. Jika Australia (biarpun dikatakan 50 ahli Parlimen itu hanya mengetengahkan pandangan peribadi) mahu bercakap mengenai soal hak asasi dan keadilan maka hak serta nasib Mohd. Saiful Bukhari Azlan mesti diambil kira.

Begitu juga dengan pandangan John Kerry yang sepatutnya tertumpu kepada kedua-dua pihak terlibat iaitu Anwar dan Mohd. Saiful. Keadilan bukan hanya untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Proses menuntut keadilan juga mesti melingkari Mohd. Saiful yang pernah berperanan sebagai pembantu peribadinya. Dan tempat paling sesuai untuk mengetengahkan tuntutan serta proses pencarian keadilan itu adalah di mahkamah Malaysia, bukan di Australia jauh sekali di AS.

Undang-undang yang digunapakai mestilah berpaksikan kepada norma-norma masyarakat di negara ini sementelah liwat sememangnya tidak pernah diizinkan oleh undang-undang di mana-mana sekali pun.

Lebih daripada itu, hakikatnya pertuduhan kes liwat terhadap Anwar tidak menawarkan sebarang keistimewaan sehingga melayakkan ia mendapat perhatian negara-negara maju seperti AS dan Australia.

Ketajaman akal

Melainkan jika ada maksud tersirat yang menuntut ketajaman akal serta pembongkaran tentang apa sebenarnya maksud di sebalik desakan 50 ahli Parlimen Australia dan kenyataan khas yang dikeluarkan oleh John Kerry berhubung kes itu.

Kes Anwar - Mohd. Saiful adalah perbicaraan biasa. Ia menjadi tumpuan kerana ada siri road show di pihak Anwar dan penyokong-penyokongnya. Road show itu telah berlangsung lebih setahun lalu. Dalam road show itu telah diuar-uarkan bahawa Anwar mangsa keadaan, Anwar tidak bersalah, sistem perundangan negara tidak bebas. Road show yang dilangsungkan dipercayai menjalar ke peringkat antarabangsa.

Bukan sekadar sokongan domestik. Simpati pemimpin negara-negara tertentu diraih supaya kes Anwar yang sepatutnya bermula setahun lalu dapat digugurkan terus. Dan proses itu tidak pernah berhenti.

Sokongan di peringkat dalam negara yang semakin merosot menuntut pasukan Anwar menggunakan strategi lain. Ia tidak lain tidak bukan menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap sistem kehakiman dan perundangan negara.

Hanya semata-mata kerana beberapa keputusan awal hakim tidak cenderung kepada Anwar mengapa terus sahaja disimpulkan hakim berat sebelah. Sedangkan keputusan hakim bersandarkan fakta dan garisan undang-undang. Namun bagi Anwar apa sahaja keputusan yang tidak memihak kepada beliau adalah berat sebelah dan perkara itu bukan sahaja mesti dicanang malah mesti dipanjangkan.

Buktinya sehingga sekarang, perbicaraan kes tersebut tidak dapat dijalankan secara sempurna. Ada sahaja tuntutan dan permohonan dikemukakan - menunda kes tersebut dari satu tarikh ke satu tarikh sehingga tidak mustahil memerlukan tempoh sekurang-kurangnya setengah tahun untuk diselesaikan.

Tidak mustahil strategi ketiga (selepas proses meraih simpati dan platform undang-undang) berkisar pula kepada soal kesihatan. Mungkin akan ada penyakit baru yang menjadi kambing hitam untuk menunda lagi tarikh perbicaraan.

Sedangkan semua orang tahu. Jika benar Anwar, maka tugas Anwar dan pasukannya membuktikan dia tidak meliwat dan Mohd. Saiful mengada-adakan cerita. Tunjukkan semua bukti, bentangkan semua hujah - semestinya ia dilakukan secepat mungkin untuk membersihkan nama serta imej penasihat PKR itu.

Itu yang mahu dilakukan oleh Mohd. Saiful. Dia mahu membuktikan bahawa perlakuan liwat itu berlaku. Dia mahu membentangkan kesnya. Apa yang perlu dilakukan oleh Anwar adalah membentangkan apa sahaja bukti dan alibi jika dia benar-benar tidak bersalah. Itu hukum undang-undang dan bukannya mempergunakan segala sudut teknikal untuk mengelirukan orang ramai dan memperlekehkan sistem perundangan negara.

Itu proses yang sepatutnya berlangsung dalam kes Anwar dan Mohd. Saiful. Kes yang bersifat peribadi itu tidak menuntut sebarang prosedur luar biasa untuk menentukan siapa yang bersalah atau sebaliknya.

Sebab itu apabila Kit Siang mengusulkan sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan gesaan supaya kes Anwar digugurkan, ada sesuatu yang luar biasa di situ.

Kes Anwar tidak melibatkan kepentingan negara. Ia juga tidak menjejaskan kepentingan rakyat. Kes itu jauh sekali daripada menyentuh kepentingan hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara lain termasuk Australia dan AS. Kes itu adalah kes biasa yang menuntut prosedur pendakwaan serta pembelaan di antara tertuduh dan pihak yang mendakwa menjadi mangsa.

Tidak ada yang istimewa selain kerajaan terpaksa menanggung tanggungjawab memberi penjelasan kepada negara-negara yang ingin menunjuk ajar tentang prinsip undang-undang dan keadilan. Seolah-olahnya Malaysia tidak pandai mengendalikan sistem kehakiman sehingga menuntut pihak luar memberi tunjuk ajar agar kes tersebut diadili secara saksama. Sedangkan banyak lagi kes yang berlangsung di negara ini tidak pula mendapat perhatian mereka.

Hakikatnya, 50 ahli Parlimen Australia itu tahu fakta pertuduhan kes terhadap Anwar. Kecanggihan teknologi maklumat tidak mengehadkan pengetahuan John Kerry tentang kes tersebut. Lebih daripada itu, tidak mustahil mereka lebih mengetahui fakta-fakta tersembunyi yang rakyat negara kita sendiri tidak ketahui.

Keprihatinan mereka hanya kerana nama yang terlibat Anwar Ibrahim - nama yang satu masa dulu pernah hampir menjerumuskan negara dalam belenggu hutang Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Nama yang satu masa dulu berbangga dengan sistem kehakiman negara tetapi kini menyanggah apa sahaja kebaikan yang pernah disanjung. Nama yang mempunyai jalinan istimewa dengan rangkaian negara luar sehingga apa sahaja perlakuannya menjadi 'halal' dan cuba 'dihalalkan'.

Wasabi Oyabun

Selasa, 16 Februari 2010

PKR semakin goyang!


















Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor meramalkan lebih ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengikut langkah Ahli Parlimen Ba-yan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meninggalkan parti itu.

Menurutnya, keputusan dibuat Zahrain yang diketahuinya amat rapat dengan Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti memberi kesan besar terhadap PKR.

"Zahrain bukan bukan calang-calang orang. Beliau seorang pemimpin politik yang matang dan berpegang teguh pada prinsip. Tindakan berani beliau pasti akan melemahkan PKR memandangkan ia dibuat berdasarkan alasan kukuh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Perdana di Dewan Alamanda, di sini, malam kelmarin.

Ezam berkata, beliau percaya keputusan Zahrain dibuat semata-mata untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara daripada dipesongkan serta dirosakkan oleh permainan politik melampau Anwar. "Anwar meletakkan kepentingan dan masalah peribadinya lebih tinggi daripada kepentingan negara,” jelasnya.

Mengenai saranan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Zahrain mengosongkan kerusi Parlimen Bayan Baru, Ezam menganggapnya tidak wajar. Katanya, Menteri Besar Kelantan itu tidak membuat saranan serupa semasa Penasihat PKR menguar-uarkan kononnya sebahagian besar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan keluar parti pada 16 September 2008.

“Mengapa pada masa itu Nik Aziz tidak menyebut mana-mana Ahli Parlimen BN yang lompat parti perlu kosongkan kerusi masing-masing?. “Beliau juga tidak mencadangkan supaya pilihan raya kecil diadakan di kawasan Parlimen terbabit,” katanya. Menurutnya, saranan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan beliau seorang pemimpin politik yang tidak mempunyai pendirian kukuh.

Zahrain undur jika Guan Eng lepas jawatan

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dalam kenyataan terbarunya berkata bahawa beliau akan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat sekiranya Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertindak sama. Beliau menegaskan, individu yang perlu meletakkan jawatan ialah Guan Eng dan bukan dirinya atau pun orang lain kerana masalah sebenar berpunca daripada Setiausaha Agung DAP itu.

‘‘Saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan wakil rakyat dengan syarat Guan Eng sanggup melepaskan jawatan Ketua Menteri kerana Pulau Pinang perlu diselamatkan daripada orang sepertinya. ‘‘Dialah punca sebenar segala permasalahan yang sedang berlaku sekarang ini, jadi adalah wajar dia tidak lagi jadi Ketua Menteri,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Zahrain keluar parti sebagai mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasannya.
Justeru beliau menyarankan Ahli Parlimen itu melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat baru kerana Zahrain perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya.

Mengulas lanjut, bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu berkata, Nik Aziz boleh berkata apa sahaja kerana tidak merasa tempias pentadbiran Guan Eng memandangkan beliau menetap di Kelantan.

Wasabi Oyabun

Ahad, 14 Februari 2010

Anwar dan kebenaran!


Bersyukur kebenaran akhirnya terjelma. Tuduhan liar dan kata-kata cerca Anwar Ibrahim terhadap Utusan Malaysia berkaitan laporan perbicaraan kes liwat terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, ternyata tidak berasas. Minggu lalu dakwaan Anwar dan barisan peguamnya terutama Karpal Singh bahawa tajuk utama laporan hari pertama perbicaraan, adalah salah dan berniat jahat.

Gambar katil yang disiarkan oleh Utusan selain beberapa akhbar lain, turut dipersalahkan. Anwar telah meminta akhbar berkenaan disabitkan atas kesalahan menghina mahkamah. Cubaan itu ditolak oleh hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah kerana tiada asas. Menerusi portal pro pembangkang seperti Malaysiakini, Anwar melabelkan Utusan sebagai biadab, kotor dan jijik.

Nampaknya Utusan menjadi kambing hitam bagi menjayakan strategi Anwar melengah-lengahkan perbicaraan yang makin panas dengan fakta-fakta, yang beliau amat tidak selesa. Usaha Anwar memohon hakim ditukarkan kononnya kerana bias sudah dijangka. Ketegasan Mohamad Zabidin menyebabkan Anwar merasa goyah.

Rabu lalu dalam perbicaraan yang sama, mahkamah diberitahu oleh Peguam Cara Negara II, Mohd. Yusof Zainal Abiden bahawa laporan Utusan adalah benar berdasarkan nota prosiding. Malah beliau menyatakan bahawa Anwar dan barisan peguamnya perlu memohon maaf kepada Utusan. Apakah wajar Anwar menuduh Utusan yang melaporkan kebenaran sebagai biadab, kotor dan jijik?

Pun begitu kita tidak akan tergamak mengucapkan kata-kata itu terhadap beliau dalam kaitan apa sekalipun. Kita juga tidak akan teruja mengharapkan Anwar memohon maaf. Cukuplah sekadar ia menjadi pengajaran kepada Anwar. Janganlah terbawa-bawa dengan sentimen liar, yang hanya memburukkan lagi reputasi beliau.

Di luar mahkamah, banyak petunjuk menampakkan Anwar makin terdesak. Lebih-lebih lagi selepas gagal dalam usaha untuk mengheret rakyat menyokong beliau sebagaimana kes liwat pertama 10 tahun lalu. Rakyat malah ramai penyokong pembangkang tidak mahu terjebak dalam isu moralnya. Kerana menyedari tiada sokongan, Anwar mendapatkan bantuan negara luar.

Kenapa sampai begitu sekali? Tidakkah kita belajar daripada sejarah lampau betapa padah yang bakal menimpa jika ada pembesar dan pemimpin mengundang campur tangan asing? Sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, berapakah harga yang perlu dibayar untuk semua itu? Sudah pasti terlalu besar nilai balasannya yang kedaulatan negara menjadi pertaruhan.

Sebab itu, kita agak marah apabila 50 ahli Parlimen Australia menuntut agar pertuduhan terhadap Anwar ditarik balik. Ia adalah tindakan angkuh dan bermotif jahat. Janganlah jadi anjing yang suka menyalak. Tetapi tidak adil menyalahkan kumpulan ahli parlimen itu, semata-mata. Anwar juga perlu dipertanggungjawabkan. Gerakan beliau sejak tahun lalu bagi melobi mendapatkan simpati dan bantuan asing berhubung kes mahkamahnya, bukan rahsia lagi.

Tidak cukup setakat itu, kini digerakkan pula kempen Selamatkan Malaysia di dalam negara, yang turut memaparkan gambar beliau pada pemidang dan papan iklan. Ceramah yang menyentuh kes liwat itu turut diatur oleh PKR sedangkan perbicaraan sebenar masih berjalan. Ia ternyata menghina mahkamah. Apakah itu semua dilakukan untuk menyelamatkan Malaysia atau sebenarnya menyelamatkan Anwar? Wallahuallam.

SELAMATKAN MALAYSIA DARI ANWAR JAHANAM!

Wasabi Oyabun

Rabu, 10 Februari 2010

Tindakan tegas ke atas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu - Anwar!


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bakal menerima padah ekoran kenyataannya yang mendakwa pakatan pembangkang tidak memerlukan DAP.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan dikenakan ke atas Zulkifli termasuk kemungkinan untuk sekali lagi mengheretnya ke Lembaga Disiplin PKR.

"Itu pandangan peribadi dia yang bertentangan dengan pendirian pimpinan dan dasar pakatan pembangkang serta PKR," katanya selepas menghadiri prosiding berkaitan kes perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini

Mengulas dakwaan itu dan tindakan yang boleh diambil ke atas Zulkifli, Anwar berkata: "Ia dalam proses mesyuarat jawatankuasa disiplin dan kita akan tegas.

"Kita tidak mahu lagi orang cari alasan apa-apa. Kita kena ikut dasar dipersetujui dan kalau tidak setuju, kita tiada pilihan."

Anwar menambah, dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini, ketiga-tiga parti gabungan itu telah memutuskan untuk saling menerima di antara satu sama lain.

"Kita juga terima beberapa prinsip asas Perlembagaan seperti bahasa, hak keistimewaan Melayu, agama Islam dan kedudukan raja-raja tetapi semuanya telah dipermainkan oleh media UMNO untuk memecahbelahkan Melayu dan Cina.

"Kini, ia masih diteruskan. Media UMNO masih memperbesarkannya seolah-olah DAP menentang hak keistimewaan Melayu yang sepatutnya tidak berbangkit kerana pimpinan DAP, PKR dan Pas telah menandatangani permuafakatan bersama," ujarnya.

Ditanya pandangannya berhubung keinginan Pas untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO, Ketua Pembangkang itu menganggap ia bukan satu masalah kepada pakatan berkenaan.

"Tidak ada masalah, kita tidak pernah larang perbincangan dengan sesiapa pun dan pimpinan Pas turut memaklumkan kepada kita mengenai perkembangan semasa.

"Kita yakin kalau soal prinsip, Pas masih bersama pakatan pembangkang menentang kezaliman, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan (perkara) itu tidak akan berganjak sedikit pun," tegasnya.

Sebelum itu : DAP tidak mahu layan Zulkifli!

DAP tidak akan melayan kecaman Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin terhadap parti itu. Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, kecaman Zulkifli juga bukannya sesuatu yang penting untuk diambil kira oleh pihaknya.

Manusia memang banyak mulut, kita pun tak boleh nak tutup mulut orang yang mengata kita. "Bagi saya ini (kecaman Zulkifli) tidak penting sama sekali," katanya sewaktu dihubungi, di sini hari ini.

Malam kelmarin sewaktu ditemu bual dalam program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung oleh TV3, Zulkifli menegaskan, DAP tidak diperlukan dalam pakatan pembangkang kerana parti itu menjadi punca utama kepada semua masalah dalaman pakatan tersebut.

Beliau yang merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, kes pusat penyembelihan babi di Kedah dan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin sebahagian contoh tindak-tanduk DAP sebagai "duri dalam daging" bagi pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut, Seng Giaw turut menafikan parti-parti yang menganggotai pakatan pembangkang kini sudah tidak lagi serasi. Katanya, bukti keserasian di kalangan pimpinan tertinggi pakatan pembangkang adalah jelas malah ia turut merangkumi kerjasama di luar isu politik.

"Bila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim naik mahkamah, DAP jugalah yang membela, bukankah Karpal itu Pengerusi DAP? "Sesiapa yang masih cakap kita tidak 'ngam' saya tak tahulah, saya tak nampak dari sudut mana kita tidak 'ngam','' tegasnya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar juga senada dengan Seng Giaw dan menyifatkan kenyataan itu tidak perlu dilayan. Kata beliau, Pas, PKR dan DAP akan mengukuhkan kerjasama bagi menentang musuh politik yang sama iaitu UMNO.

Wasabi Oyabun

Selasa, 9 Februari 2010

Pakatan pembangkang tidak perlukan DAP!


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan, DAP tidak diperlukan dalam pakatan kerana parti itu menjadi punca utama kepada semua masalah dalaman yang melanda pembangkang sekarang.

Katanya, kes pusat penyembelihan babi di Kedah dan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin sebahagian contoh tindak-tanduk DAP sebagai “duri dalam daging” bagi pakatan.

“DAP tidak diperlukan, malah ‘duri dalam daging’ kepada pakatan selain menjadi punca kepada masalah-masalah yang berlaku dalam pembangkang.

“Di Kedah, DAP mengugut kerajaan apabila pusat membela babi dirobohkan pihak berkuasa, manakala Fairus Khairuddin pula ditekan sehingga berhenti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pada program Soal Jawab disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam tadi.

Jelas Zulkifli, pakatan pembangkang perlu berani mengambil risiko termasuk kemungkinan hilang kuasa di negeri yang mereka tadbir sekarang bagi menyingkirkan DAP demi kepentingan rakyat dan negara.

Mengulas lanjut mengenai peranan sulit DAP, beliau memberitahu, banyak aduan telah dibuat sejak pakatan pembangkang ditubuhkan termasuk tindak-tanduk parti tersebut, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

“Bukan tak guna saluran dalaman, sudah disuarakan dalam mesyuarat dan sebagainya, tetapi tiada tindakan diambil,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meramalkan akan ada anggota parti itu yang bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) beramai-ramai dalam masa dua hingga tiga minggu ini kerana kecewa dengan pendirian pucuk pimpinan parti yang tunduk kepada DAP.

Mengulas kerjasama dengan UMNO, Zulkifli berkata, Pas dan PKR seharusnya mengambil peluang mengadakan perbincangan Islamiah dengan UMNO dan membuang perasaan buruk sangka atau prejudis. “Siapa yang memartabatkan perjuangan Islam adalah sahabat kita, tidak kiralah PKR, Pas atau UMNO,” tegasnya.

Wasabi Oyabun

Rabu, 3 Februari 2010

Apa yang Wan Azizah beritahu Ezam ?


Jika anda ingin mencari salah seorang inner circle dan paling rapat dengan Anwar. Ezam lah jawapannya. Bukan setakat itu, malah Ezam sanggup 'mempertaruhkan' nyawanya semata-mata untuk membela bekas bosnya, Anwar Ibrahim.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Ezam terus menyertai gerak kerja badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD). Pada tahun 1994, ketika berusia 26 tahun, dia telah dilantik sebagai Timbalan pengarah IKD. Satu jawatan yang cemerlang jika dibandingkan dengan usianya.

Semua itu menggambarkan kerja keras anak muda dan kesetiaannya kepada Anwar. Maka tidak hairan, dalam masa dua tahun selepas itu Ezam dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan.

Malah ketika bekas bosnya dipecat dari UMNO pada tahun 1998, Ezam juga menjadi tulang belakang menghidupkan obor reformasi warisan Anwar. Bukan Azmin Ali, bukan Khalid Jaafar yang bertempur dengan FRU di jalanan, tetapi anak muda lulusan sarjana muda ekonomi bernama Ezam Mohd Nor.


Dia pernah ditahan dan menghabiskan usia mudanya di dua penjara berasingan. Lebih 10 kali keluar masuk lokap polis. Semburan gas pemedih mata adalah teman sepermainan. Ditahan polis, digari, tidur atas simen tanpa selimut di lokap polis semuanya telah dirasai. Kenapa dia lakukan semua itu. Motifnya satu sahaja untuk membela manusia bernama Anwar.

Jadi sekiranya ada di kalangan anak muda pasca-Reformasi cuba memperkecilkan sumbangan dan kesetiaan Ezam kepada Anwar, itu satu kesilapan besar. Mereka tidak kenal sejarah Ezam.

Ezam menggerakkan massa rakyat dan bertarung nyawanya, di tengah ibu kota ketika anak muda lain sibuk berulang alik ke dewan kuliah atau sibuk lepak di Mid Valley.

Ezam pimpin tangan Wan Azizah, isteri Anwar untuk gerakkan Parti Keadilan Nasional, ketika parti itu baru setahun jagung. Dari Utara, Selatan, Timur dan Barat Ezam jelajah tanah air ini semata-mata untuk menghidupkan obor perjuangan Anwar Ibrahim.

Kenapa Ezam sanggup melakukan semua itu ? Kerana dia percaya ketika itu Anwar tidak bersalah. Kerana dia percaya Anwar dituduh dengan tuduhan jahat semata-semata untuk membunuh karier politik bosnya itu. Itulah tiang kepercayaannya satu ketika dahulu. Bermakna Ezam berjuang atas prinsip mahukan kebenaran dan Keadilan.

Bukan faktor wang. Bukan faktor pangkat.


Berjuang atas prinsip

Membaca buku karya terbaru S H Alattas, "Malaysia Without Malay" kita akan menjumpai jawapan sebenar kenapakah Ezam sanggup meninggalkan bekas bosnya yang pernah dijulang hingga ke titisan darah terakhir sebelum ini.

Selepas Anwar keluar penjara Sungai Buloh. Selepas Anwar mencapai kemenangan besar dalam PRU 12, Ezam mengambil keputusan nekad meninggalkan Anwar.

"Betulkah anda tinggalkan bos anda kerana dibayar jutaan ringgit?", provoke Pak Habib

Ezam : "Pak Habib anda adalah manusia berprinsip. Anda juga pernah ditahan lokap kerana mempertahankan prinsip anda. Tiada nilaian harga yang boleh dibayar jika dibandingkan dengan pengorbanan saya dan keluarga saya mengharunginya. Kalau harga perjuangan diukur dengan wang ringgit, kenapa saya perlu menunggu selepas tujuh tahun. Kenapa perlu saya melalui semua ini semata-mata untuk mendapat jutaan ringgit sedangkan saya boleh mendapat jutaan ringgit itu bermula dari hari pertama berjuang untuk membebaskan Anwar ?

Itu jawapan tulus dari lubuk hatinya. Ezam tinggalkan Anwar pada pertengahan tahun 2008. Ketika PKR memenangi kemenangan besar dalam sejarah partinya. Ketika PKR parti yang masih setahun jagung memimpin dua parti terbesar, yang berusia panjang, PAS dan DAP dalam PR.

Malah, jika jutaan ringgit menjadi ukurannya, Ezam akan menerima tawaran jawatan 'senator' atau sekurang-kurang pengarah salah satu jawatan dalam GLC kepunyaan negeri Selangor yang diperintah oleh PKR itu.

Khabarnya sebelum Ezam membakar jambatan, Anwar telah hantar wakil memujuk Ezam dengan tawaran jawatan lumayan di Selangor, tetapi Ezam secara tegas menolaknya.

Bukan itu yang dikejar Ezam. Dia sanggup memertahankan Anwar satu ketika dahulu kerana prinsip. Dia juga sanggup meninggalkan Anwar juga kerana prinsip.


Wan Azizah telefon Ezam

Al Attas : "ada seseorang beritahu saya yang Wan Azizah pernah telefon anda dari Washington DC untuk pergi 'siasat' Anwar. Masa tu ada seorang lelaki dalam rumahnya, see if Anwar is up to something, adakah itu benar..?'

Ezam : "Jawapan saya kepada soalan ini nanti boleh membuka aib seseorang. Saya tak akan berbuat begitu melainkan saya dicabar sehingga menggugat maruah saya dan sudah tentu saya akan pertahankan maruah saya ini. Apabila tiba waktu saya memberikan keterangan bersumpah dalam mahkamah, saya akan jawab semua soalan termasuklah soalan anda tadi.."

Jawapan Ezam itu membuatkan Pak Habib tertanya-tanya. Penulis tersohor itu yang sebelum ini pernah menghasilkan pelbagai buku-buku politik tanah air boleh membaca minda tersirat orang yang diinterbiunya.

Sekilas ikan di air, sudah kenal jantan betina, begitulah perumpamaan yang paling sesuai kepada Pak Habib dalam menghadapi tokoh-tokoh politik.

Minda Pak Habib berfikir di sebalik kata-kata itu. Ezam tidak menafikan soalan yang telah diajukan kepadanya, walaupun dia mempunyai pilihan untuk berbuat demikian.

Kenapa Wan Azizah sentiasa curiga dengan suaminya, hinggakan ketika dia melawat anak-anaknya di universiti Amerika Syarikat dan suaminya (Anwar) pulang ke tanah air, Wan Azizah terpaksa menelefon Ezam untuk memeriksa sikap suaminya di rumah kediamannya sendiri ?

Kenapa Wan Azizah sangat takutkan lelaki lain berada di rumah kediamannya, ketika ketiadaanya?

Kenapa Wan Azizah sentiasa curigai dengan tabiat suaminya ? Adakah Wan Azizah cuba menyembunyikan sesuatu yang sebenarnya telah diketahuinya ?

Itulah persoalan-persoalan yang bermain di minda Pak Habib dan kini penulis prolifik itu seakan-akan menemui titik jawapannya.

Hanya Ezam yang boleh memberi jawapannya, kerana Ezam boleh masuk ke rumah Wan Azizah, dan boleh membawa anak-anaknya dari halaman tamu hatta ke ruangan dapur.

Tinggalkan Anwar



Pak Habib juga masih ingat kata-kata Ezam.

Ezam : " Secara politik, meninggalkan (Anwar) bukan satu pilihan kepada saya kerana saya pernah menjalani banyak rintangan. Saya telah memberi hidup saya untuk perjuangan dan parti itu serta kepadanya sebagai pemimpin. Tetapi perkara ini (tinggalkan Anwar) bukan kerana politik. Perkara ini berkenaan dengan kepercayaan saya, sistem nilai, kepercayaan saya, sebagai seorang Muslim, yang membangkitkan saya untuk meninggalkannya tanpa keraguan walaupun keputusan ini paling menyakitkan yang pernah saya buat"

Al Attas : Ini adalah tanggungjawab anda juga untuk memberitahu orang ramai ?

Ezam : Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya rasa saya telah memberi cukup petunjuk kepada orang ramai untuk mencari kebenaran tentang pemimpin mereka. Dan perkara ini sangat serius, oleh itu saya tidak akan mendedahkannya kepada sesiapa. Ini adalah tanggungjawab mereka mencari kebenaran berkenaan dengan pemimpin mereka. Dan menjadi kewajipan mereka untuk meninggalkan pemimpin yang mereka dapati melakukan banyak perkara yang bertentangan dengan ajaran Allah.


Al Attas : Bolehkah anda bersumpah ?

Ezam : Boleh ! Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya meninggalkannya disebabkan prinsip saya sebagai seorang muslim yang tidak membenarkan saya untuk terus menyokong Anwar sebagai seorang pemimpin dalam cara mana sekali pun.

Al Attas : Kenapa anda tidak katakan bahawa dia seorang homoseksual ?

Ezam : Saya tidak boleh terperincikannya kerana ia bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam dengan memalukan orang lain di khalayak ramai.

Jawapan tulus bekas Setiausaha Politik Anwar ini telah memberi jawapan yang dicari-cari oleh Pak Habib selama ini. Ezam juga telah menemui jawapannya sendiri yang dia terpaksa meninggalkan Anwar setelah separuh usia dikorbankan kepadanya.

Di tengah perjuangan itu Ezam telah menemui jawapan yang amat menyakinkan dirinya untuk meninggalkan perjuangannya itu dan sebab-sebabnya itu dirahsiakan dalam dirinya sendiri kerana tidak mahu mengaibkan individu tertentu.

Sumber : AIDC

Wasabi Oyabun