Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 31 Januari 2010

Selamatkan Malaysia dari siapa?

TIBA-TIBA suhu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) naik mendadak menjelang perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2 Januari ini.

Semua usaha digerakkan. Selain Anwar melancarkan siri jelajah atau road show untuk pertahankan dirinya, penerbitan akhbar dan laman web parti berkenaan menyeru agar rakyat bangkit. Laporan utama di muka hadapan penerbitan rasmi parti itu bertajuk, Selamatkan Malaysia selain tulisan peguam bela Anwar, S. Sivarasa (Ahli Parlimen PKR) yang kononnya membuktikan beliau tidak bersalah. Seperti yang sudah dijangka, strategi Anwar ialah membakar sentimen rakyat.

Kalau tidak silap tiada mana-mana personaliti dan tokoh dalam dunia yang mengadakan road show apabila mahu dihadapkan ke mahkamah. Tetapi Anwar unik. Beliau tetap mahu mengheret rakyat dalam kes moralnya dan mengaitkan segala-galanya sebagai konspirasi. Keghairahan Anwar mengadakan perbicaraan di luar mahkamah untuk memberikan perspektif keadilannya, adalah tidak wajar. Mengapa perlu gundah dan takut jika yakin di pihak yang benar?

Anwar adalah pemimpin sebuah parti menggunakan nama keadilan rakyat tetapi ternyata beliau hanya memikirkan keadilan untuk dirinya dan bukan untuk Saiful. Apakah kerana Saiful rakyat kecil, hak keadilan untuk beliau boleh dinafikan begitu sahaja. Berdasarkan maklum balas yang diterima, sambutan terhadap road show tersebut tidaklah seberapa.

Sentimen sudah berubah. Ramai penyokong Pas tidak lagi teruja dengan pemimpin PKR itu sebagaimana kes liwat pertamanya, sebelum ini. Sesi penjelasan Anwar bagi sebahagian yang hadir, kurang terkesan di hati mereka. Tetapi road show itu juga bertujuan membina momentum bagi menarik kehadiran ramai pada hari perbicaraan nanti, yang beliau sedia untuk melambaikan tangan kepada mereka.

Kita tidak kisah sama ada nanti Anwar menang atau kalah dalam perbicaraan, biarlah mahkamah menentukan. Yang penting ialah keberanian menghadapi kes itu dengan jiwa besar. Kalau Saiful boleh menampakkan ketenangannya, mengapa tidak Anwar. Lebih menimbulkan persoalan mengapa beliau mahu menangguh-nangguhkan kes tersebut atas pelbagai alasan sehingga tidak boleh diterima dek akal? Akibatnya ada golongan pada awalnya menyokong beliau, kini turut ragu-ragu.

Dalam perkembangan terbaru, Anwar sudahpun mengemukakan 13 saksi alibi termasuk isterinya, Dr. Wan Azizah Ismail. Berikutan itu, polis telah mengambil keterangan Wan Azizah bagi kali kedua, baru-baru ini yang mencetuskan rasa tidak puas hati di pihak Anwar kerana polis pernah berbuat demikian dua tahun lalu. (Tanpa disedari kes Anwar ini sudah memakan masa begitu lama sejak aduan polis dibuat tetapi belum dapat dibicarakan).

Polis dalam kenyataannya menjelaskan, keterangan kali kedua terpaksa diambil kerana Sivarasa dalam laporan media, tidak ingat sama ada Wan Azizah telah dikemukakan sebagai saksi oleh pihaknya atau tidak. Dengan adanya saksi alibi, kita tidak nampak mengapa Anwar perlu mencari jalan untuk menangguhkan lagi perbicaraan. Tiada alasan lagi. Memandangkan Anwar sentiasa mempolitikkan kes berkaitan isu moralnya ini, ia secara tidak langsung mengundang persepsi negatif terhadap beliau.

Bahkan, semakin ramai melihat Anwar telah mempertaruhkan agama dan bangsa bagi menjayakan percaturan politiknya, yang keuntungan dinikmati oleh bukan Islam. Pendirian beliau dalam banyak isu kritikal seperti membenarkan Chin Peng pulang, menyokong agenda DAP menuntut hak kesamarataan, menolak semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi gereja Katholik, ternyata bermotif politik. Bahkan, sudah ada gerakan secara senyap-senyap melakukan sembahyang hajat dan mendoakan agar Malaysia diselamatkan daripada orang bernama Anwar Ibrahim.

Wasabi Oyabun

Selasa, 26 Januari 2010

Tuduhan Anwar di WSJ : Muslims Have No Monopoly over 'Allah' !

Malaysia has once again resurfaced in international headlines for the wrong reasons. Over the last two weeks, arsonists and vandals attacked 10 places of worship, including Christian churches and Sikh temples. Though there were no injuries and the material damage is reparable, the same cannot be said about the emotional and psychological scars left behind. After numerous conflicting statements from government officials, the underlying causes of the violence are still unaddressed. Malaysia's reputation as a nation at peace with its ethnic and religious diversity is at stake.

Malaysia's poor handling of religious and sectarian issues is not unique. The ill treatment of minority groups in Muslim countries is often worse than the actions Muslims decry in the West. I have called attention to the broader need in the Muslim world for leadership that demonstrates consistency and credibility in our call for justice, fairness and pluralism. These values are embedded in the Islamic tradition as the higher objectives of Shariah expounded by the 12th-century jurist al-Shatibi.

We have seen Muslims around the world protest against discriminatory laws passed in supposedly liberal and progressive countries in the West. Yet just as France and Germany have their issues with the burqa and Switzerland with its minarets, so too does Malaysia frequently fail to offer a safe and secure environment that accommodates its minority communities.

The recent arson attacks exemplify what's wrong with the way Malaysia regards its non-Muslim citizens. The attacks were provoked by a controversy over the use of the word "Allah" by Malaysia's Christian community, which numbers over two million, or about 10% of the population. In late 2007, the Home Ministry banned the use of the word by the Herald, a Catholic newspaper, and later confiscated 15,000 copies of Malay-language Bibles imported from Indonesia in which the word for God is translated as "Allah." A Dec. 31, 2009 ruling by the Kuala Lumpur High Court overruled the earlier ban, asserting constitutional guarantees regarding the freedom of religion in Malaysia. Since then, an already tense situation boiled over, largely due to incitement by a few reckless politicians, the mainstream media and a handful of nongovernmental organizations linked by membership and leadership to the United Malays National Organization, the ruling party.

For example, Utusan Malaysia, the nation's largest Malay-language daily—which is also owned by UMNO—has inflamed Muslim religious sentiments by accusing non-Muslims of desecrating the name of the "Muslim" God and alleging a Christian conspiracy to overrun this predominantly Muslim nation through conversion. I have seen these incendiary propaganda techniques used before, when politicians and demagogues exploit public sentiment to garner support by fomenting fear. Such tactics are useful diversions from embarrassing scandals ranging from controversial court decisions, to allegations of exorbitant commissions extracted from military procurements, to the theft of two jet engines from the inventory of the Royal Malaysian Air Force. This behavior has been exacerbated since the ruling party lost its two-thirds majority in parliament last year. UMNO is now desperately struggling to regain public support.

Few Muslims around the world would endorse the claim that we have a monopoly on the word "Allah." It is accepted that the word was already in the lexicon of pre-Islamic Arabs. Arabic's sister Semitic languages also refer to God as "Allah": namely, "Elaha" in Aramaic, and "Elohim" in Hebrew. Historical manuscripts prove that Arabic-speaking Muslims, Christian and Jews have collectively prayed to God, the Creator and Sustainer of the Universe, as "Allah" for over 1,400 years. The history of Islam in Southeast Asia is known for its pluralistic and inclusive traditions, and amicable relations between Muslims and non-Muslims have been the norm for generations.

Muslim scholars outside of Malaysia thus find our "Allah" issue absurd and cannot fathom why it has sparked protest and outrage. Minority Muslim populations living in the West, particularly in the aftermath of 9/11, have diligently tried to remind the public that Muslims, Christians and Jews share common Abrahamic roots and ultimately worship the same God.

Local sensitivities have been aroused over this issue. They should be handled through dialogue and engagement. Instead of permeating a sense of insecurity or a siege mentality, Muslims must be encouraged to engage and present their concerns to the Christians in a constructive manner. The example of Muslim Spain is a moment in our history to which Malaysian Muslims should aspire. But efforts toward fostering a convivencia are not only found in the past. The ongoing "Common Word" initiative, a global effort launched in 2007 that captured the support of over 130 of the world's most prominent Muslim scholars, has made historic progress towards building goodwill among Muslims and Christians to find ways to live in sincere peace and harmony. It is ironic that noble efforts such as these are being undone by the actions of Muslims themselves.

Malaysia's international reputation has taken a beating since Prime Minister Najib Razak was sworn in last year. Despite his efforts to promote national unity, news about the caning of a young Muslim woman charged with drinking, the mutilation of a cow head in protest of the construction of a Hindu temple, ill treatment of Muslim converts who revert to their earlier faith and even the outlawing of the practice of yoga by Muslims have many at home and abroad wondering which direction Malaysia is headed under Mr. Najib's leadership. There are already misgivings about governance, human rights, the rule of law and rampant corruption; Malaysia dropped 10 spots on Transparency International's 2009 Corruption Perception Index, our worst showing in over 15 years. The vision of Malaysia as a peaceful and stable location for investment, tourism and migration is now in peril.

This matters most for Malaysians who have to contend with an increasingly polarized social and political landscape. Malaysia cannot afford to be held hostage by the vested interests of a few who manipulate faith and identity as a means to elicit fear for political and economic gain. This is old politics, and it has become clear that those who incite hatred are only doing so to prolong their monopoly on power. The majority of Malaysians reject this approach. They realize that overcoming the challenges we face—a stagnant economy, declining educational standards and rising crime—depends on our ability as a nation to internalize and make real the principles of fairness and justice to all.

Mr. Anwar, a former deputy prime minister of Malaysia, is a member of parliament for the Justice Party and leader of the opposition.

The Wall Street Journal

Komen : Adakah Penasihat Ekonomi Selangor ini mengingkari titah Sultan Selangor?
Wallahuallam.

Wasabi Oyabun

Sabtu, 23 Januari 2010

Lagi kaitan Anwar-Azmin dipersoal!

Isu 'hubungan istimewa' antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden parti itu, Azmin Ali sekali lagi dipersoalkan kerana ia semakin menjadi- jadi.

Kali ini ia dibangkitkan oleh bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak yang mendakwa tahap hubungan mereka amat sukar difahami kerana Anwar dilihat akan memenuhi apa jua kehendak Azmin.

Beliau yang merupakan kawan keluarga Anwar berkata, 'hubungan istimewa' itu menyebabkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail umpama tiada kuasa dan sekadar menjadi patung dalam struktur kepimpinan parti.

"Pemerhatian saya mendapati hubungan mereka penuh kerahsiaan, saya tidak dapat memahami kenapa, apa jua kehendak Azmin akan dipenuhi Anwar sehingga diberi peluang mengetuai PKR Sabah walaupun ia tidak logik.

"Memanglah PKR ini diberi jolokan parti 3A tetapi yang berkuasa ialah Anwar dan Azmin sahaja, Azizah ini sekadar 'patung' sahaja," katanya sewaktu dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Saidatul Badru menyertai PKR pada 1998 dan sewaktu berada di puncak kerjaya politik bersama parti itu beliau meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden dan Pengerusi PKR Sabah pada 3 April 2006 dan kemudiannya keluar parti pada 13 Ogos 2007.

'Hubungan istimewa' antara Anwar dan Azmin sebelum ini pernah dipersoalkan oleh bekas rakan karib Anwar pada 18 Oktober tahun lalu, Datuk S. Nallakarupan yang berkata: "Anda (wartawan) sepatutnya tanya Anwar kenapa Azmin begitu istimewa? Kalau dia tidak mahu jawab bolehlah tanya isterinya, Wan Azizah."

Mengulas lanjut, Saidatul Badru berkata beliau yakin sebenarnya Wan Azizah sendiri tidak menyukai 'hubungan istimewa' Anwar dan Azmin tetapi beliau terlalu takut untuk bersuara.

Lantaran itu katanya, Wan Azizah terpaksa taat secara melulu kepada suaminya dan memendam rasa. "Memang Wan Azizah selalu menonjolkan imej wanita Islam yang tidak pernah lekang dengan zikir tetapi dia perlu sedar ketaatan kepada suami perlu ada syarat-syaratnya, asas kebenaran perlu jadi perkiraan.

Namun dalam isu tuduhan meliwat bekas pembantunya, Anwar kita lihat banyak berdalih, kini sibuk pula mahu kesnya dibicarakan mengikut undang-undang syariah supaya empat saksi dikemukakan tapi tidak mahu membersihkan namanya dengan cara alternatif iaitu bersumpah laknat," tegasnya yang merupakan peguam syariah.

Dalam perkembangan berkaitan, Saidatul Badru menasihatkan rakyat Sabah supaya tidak tertipu dengan permainan politik Anwar. Katanya, sejak Anwar keluar dari penjara beliau tidak pernah menunaikan janji-janji PKR yang ditabur untuk rakyat Sabah.

"Nasihat saya janganlah terpedaya, saya ini kawan keluarga Anwar dan Wan Azizah malah pernah berada dalam kepimpinan tertinggi parti. "Kalau saya sendiri sudah terkena, apatah lagi mereka yang baru bersama PKR dan tidak mengenali mereka berdua secara peribadi," katanya.

Azmin mahu jatuhkan Khalid?

Pembubaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor didakwa adalah sebahagian perancangan Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali yang mahu menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat sebagai pencabar terkuatnya bagi jawatan Timbalan Presiden parti.

Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, Abdul Khalid dilihat calon paling berpotensi untuk memegang jawatan tersebut berbanding Azmin selepas spekulasi pengunduran Senator Dr. Syed Husin Ali daripada jawatan itu.

"Abdul Khalid lebih banyak jawatan di Selangor berbanding Azmin. Ekoran itu, Azmin bimbang Menteri Besar Selangor itu akan menjadi pencabar utamanya lalu merancang apa jua mainan politik untuk menjatuhkan beliau.

"Kesannya, para perwakilan parti akan melihat, Abdul Khalid gagal mentadbir cabangnya sendiri di Kuala Selangor dan bagaimana beliau mahu menjadi orang atasan parti iaitu selaku Timbalan Presiden.

''Inilah yang Azmin mahu bagi memastikan cita-citanya menjadi Timbalan Presiden parti tercapai," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, spekulasi pengunduran Senator Dr. Syed Husin Ali daripada jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan akan datang, didakwa bertujuan memberi laluan kepada Azmin untuk menduduki kerusi nombor dua dalam parti itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim mendakwa, spekulasi itu heboh diperkatakan pada pertengahan bulan ini ketika cabang-cabang PKR di seluruh negara bersiap sedia untuk membuat pencalonan bermula Mac ini.

Dakwanya, memandangkan masa semakin suntuk untuk calon-calon lain mendapatkan sokongan, sudah tentu Azmin yang telah turun bertemu ahli di peringkat akar umbi atas kapasitinya sebagai Naib Presiden akan mendapat kelebihan.

Mohd. Nazmi menambah, kemenangan Syed Husin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR 2007 tanpa dicabar selepas Azmin disebut-sebut akan menentangnya tetapi menarik diri juga didakwa adalah perancangan Naib Presiden PKR itu.

Beliau berkata, strategi licik tersebut adalah bagi memenuhi kehendak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Azmin dilantik sebagai Timbalan Presiden.

"Kini, Azmin berusaha untuk menjatuhkan Abdul Khalid pula yang dianggap sebagai pencabar utamanya. Inilah masalah yang akan berlaku apabila mendapat kuasa dan mula berebut jawatan.

"Budaya 'cah keting' bukan sahaja wujud dalam Pas seperti yang Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat katakan, ia juga wujud dalam PKR," katanya. Beliau juga meluahkan rasa simpati kepada Abdul Khalid yang kini menjadi mangsa mainan politik Anwar dan Azmin.

"Sehubungan itu beliau lebih baik meletak jawatan daripada arena politik dan memberi tumpuan kepada dunia korporatnya. ''Abdul Khalid harus sedar dirinya dipermainkan oleh Anwar dan Azmin yang mempunyai agenda sendiri untuk mencapai cita-cita mereka," dakwanya.

Wasabi Oyabun

Jumaat, 22 Januari 2010

Khalid Samad buat hal lagi!

Khalid Abdul Samad hari ini mencadangkan supaya 25 kalimah yang dilarang penggunaannya oleh bukan Islam termasuk Allah di negeri ini dikaji semula kerana ia sudah ketinggalan zaman.

Beliau berkata, larangan tersebut yang terkandung dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 sepatutnya diubah suai dan dibahas secara ilmiah.

Menurut Yang Dipertua Pas Shah Alam itu, semasa enakmen tersebut diluluskan tahap kefahaman umat Islam terhadap agama mereka sendiri mungkin masih begitu lemah sehingga perlu dilindungi sedemikian rupa.

''Enakmen itu boleh dikaji semula dari semasa ke semasa dan sekiranya kefahaman umat Islam semakin mantap, tiada sebab ia tidak boleh dikaji semula atau diubah suai.
''Umat Islam kena ingat, kita bertanggungjawab dan berkewajipan untuk menjelaskan risalah Islam kepada semua dan menyeru manusia kepada Allah, bukan menghalang mereka daripada menyebut nama-Nya," kata beliau pada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua pihak di negeri ini berpegang teguh pada pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa dilaporkan berkata, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu. Larangan itu seperti mana yang termaktub Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak tahun 1988.

Di bawah enakmen itu terdapat 25 kalimah yang dilarang pengunaannya oleh orang bukan Islam antaranya ialah Allah, ulama, hadis, ibadah, kiblat, haji, mufti, nabi, fatwa, khalifah, sheikh, imam, dakwah, wahyu dan mubaligh.

Selain kalimah tersebut, terdapat juga 10 perkataan yang turut dilarang digunakan oleh penganut bukan Islam seperti alhamdulillah, insya-Allah, Allahuakbar, Lailahaillallah, Masya-Allah, Astaghfirullah dan Subhanallah.

Sementara itu kata Khalid, enakmen itu juga merupakan undang-undang pentadbiran keagamaan dan bukan merupakan hukum yang bersifat 'qatii' atau mutlak yang tidak boleh diubah.

Dalam masa sama, beliau turut mengulangi cadangan supaya pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan MAIS digantikan di kalangan mereka yang berpengetahuan agama, bebas dari kefahaman politik selain 'politik Islam'.

Jelas beliau, ramai ulama yang berpengalaman seperti Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Haron Din boleh diberi peluang untuk menerajui pentadbiran baru MAIS dan JAIS. ''Cadangan ini saya tujukan kepada sesiapa yang berkenaan dan jika berpeluang akan saya kemukakan kepada Sultan Sharafuddin ketika menghadap baginda kelak," katanya.

Khalid turut menafikan bahawa beliau tidak menghormati Sultan Sharafuddin apabila mengheret institusi di bawah naungan baginda ke kancah politik. Katanya, tuduhan yang dibuat dalam satu laporan polis oleh 16 badan bukan kerajaan (NGO) Shah Alam pada 18 Januari lalu adalah tidak benar.

Wasabi Oyabun

Rabu, 13 Januari 2010

Anwar Ibrahim perlu jelas dakwaan!

Anwar Ibrahim perlu menjelaskan dakwaan pertemuannya dengan dua tokoh media tempatan, Datuk Nazri Abdullah dan Datuk Kalimullah Hassan di London baru-baru ini. Jika dakwaan itu benar, Anwar mungkin mempunyai peranan dalam kejayaan pengendali portal berita Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin meloloskan diri secara haram dari negara ini dan berlindung di London.

Penjelasan Anwar penting kerana sekiranya beliau mempunyai hubungan dengan dua individu media itu, mungkin mereka merancang memburukkan UMNO di laman-laman blog apatah lagi Kalimullah dikatakan mengendalikan portal berita The Malaysian Insider.

Sebab itulah Anwar secara terang menyalahkan UMNO dalam insiden pembakaran gereja serta isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Katholik (Herald-The Catholic Weekly) dan ia disambut di portal berita seperti Malaysian Insider dan Malaysiakini. Sebelum itu kenyataan bekas setiausaha sulit Anwar, Anuar Shaari memberitahu mengenai penglibatan kroni Anwar bagi membiayai kehidupan Raja Petra di London.

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Anuar Shaari mendedahkan Nazri telah menghubunginya setelah tersiar kenyataannya mengenai kroni Anwar menaja Raja Petra di London. Dalam perbualan itu, Nazri tidak berpuas hati kerana kenyataan Anuar Shaari itu didakwa merujuk kepadanya.

Bagaimanapun, Anuar Shaari menegaskan, kenyataan beliau mengenai kroni Anwar yang menaja kehidupan Raja Petra yang bersembunyi di London itu bersifat umum dan tidak merujuk kepada Nazri.

Pihak berkuasa juga perlu menyiasat dakwaan itu kerana sekiranya benar, Anwar, Kalimullah dan Nazri mungkin berperanan dalam membantu Raja Petra meloloskan diri secara haram ke luar negara bagi mengelakkan perintah mahkamah ke atasnya. Banyak blog memperkatakan tentang perjumpaan Anwar dengan Kalimullah dan Nazri di London baru-baru ini dan apakah agenda sebenar perjumpaan itu.

Media alternatif seperti blog dan portal berita propembangkang kini juga giat mempersalahkan UMNO dalam isu kalimah Allah dan insiden-insiden serangan bom petrol ke atas beberapa gereja seluruh negara sejak Jumaat lalu.

KDN akan ambil tindakan ke atas Anwar

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim jika beliau sengaja menggunakan isu agama dan perkauman berhubung insiden serangan ke atas gereja.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika terdapat bukti dan laporan bahawa Anwar atau pihak-pihak tertentu sengaja menggunakan isu tersebut, mereka akan dikenakan tindakan tegas.

"Isu-isu berkait agama dan perkauman besar risikonya, tetapi kita menanganinya dengan bertemu untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan iaitu pengurusan gereja, bukan untuk melaga-lagakan tetapi tenangkan keadaan supaya kita stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, majoriti rakyat sudah cukup matang dan tidak mahu melihat kekecohan atau polemik tetapi ada segelintir pihak yang cuba mempolitikkan isu serangan ke atas lapan buah gereja sejak minggu lalu. Beliau diminta mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membendung gejala serangan ke atas gereja dan menuduh UMNO sebagai dalang sebenar di dalam perkara ini.

"Kestabilan dan keharmonian adalah hasil tindakan dan perancangan pihak berkuasa tetapi ia tidak boleh diumumkan kepada orang ramai. "Rakyat perlu faham, ada maklumat yang kita boleh kongsi, ada yang tidak agar proses siasatan lancar, sebab itu polis perlu melihat sesuatu kes secara menyeluruh dan ia memakan masa," katanya.- UM

Wasabi Oyabun

Isnin, 11 Januari 2010

'Anwar takut mahkamah' !

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim sebenarnya takut untuk menghadapi perbicaraan di mahkamah kerana bimbang kelakuan sebenarnya diketahui rakyat.

Menurut Datuk S. Nallakarupan yang merupakan bekas sahabat baik Anwar, perbicaraan di mahkamah yang berasaskan fakta paling ditakuti oleh Ketua Pembangkang itu. Baginya, tingkah laku dan tindak tanduk Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sekarang sama seperti 12 tahun dahulu apabila tembelang beliau mula terbongkar.

"Anwar nampak berani tapi sebenarnya dia amat takut dengan mahkamah. "Ini kerana mahkamah berpandukan fakta, sedangkan Anwar amat takut dengan fakta," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Pada 7 Januari lalu, Anwar telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan atas tuduhan qazaf.

Permohonan itu ditetapkan untuk sebutan pada 13 Januari ini di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Shukor Sabudin. Perbicaraan kes beliau di Mahkamah Tinggi pula akan bermula 25 Januari ini. Jelas Nallakarupan, Anwar hanya pandai membakar sentimen rakyat dan bijak memanipulasi fakta untuk melepaskan dirinya daripada tindakan undang-undang.

"Dia tidak suka undang-undang. Baginya, undang-undang adalah untuk orang ramai. "Anwar anggap dirinya melebihi undang-undang. Sebab itu dia suka saman orang tapi dia sendiri takut hadir ke mahkamah," ujarnya. Menurut beliau, Penasihat PKR itu kini terdesak untuk mengalih tumpuan rakyat daripada perbicaraan kes liwatnya.

Wasabi Oyabun

Ahad, 10 Januari 2010

ANWAR PERLEKEH HUKUMAN SEBAT!

Tuntutan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim diadili mengikut hukum Islam adalah perkara yang pelik. Ini kerana, ketua pembangkang itu tidak pernah peduli soal itu jika ia tidak memberi faedah kepadanya.

Sebelum itu Anwar memperlekehkan hukuman enam sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak di khalayak ramai. Hukuman sebat ini adalah mengikut hukum Islam. Kenapa Anwar memperlekehkan hukuman yang telah diputuskan? Kartika setuju dia dihukum secara Islam tetapi Anwar tidak setuju malah dia mempolitikkan isu Kartika kerana ada keuntungan politik dan dia tidak peduli pun soal hukum Islam?

Yang peliknya dalam kes pertuduhan liwat terhadap dirinya pula, Penasihat PKR itu mahu ia dibicarakan mengikut undang-undang Islam kerana sedar pihak pendakwa akan berdepan dengan kesulitan mengemukakan empat orang saksi yang melihat jenayah tersebut berlaku. Tambahan pula syarat-syarat untuk menjadi seorang saksi dalam Islam amat ketat dan yakin inilah alasan utama mereka memilih undang undang Islam dan Anwar boleh menang tanpa perlu dibicara kerana sukar mencari empat saksi utama.

Sebenarnya ramai yang lupa bahawa Anwar pernah memfailkan permohonan kes qazaf pada Julai 2008 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Namun Mahkamah Syariah menangguhkan permohonan itu sehinggalah kes Anwar selesai dibicarakan oleh mahkamah sivil yang akan bermula pada 25 Januari ini.

Anwar sudah tentu kecewa dengan keputusan itu kerana perbicaraan di mahkamah sivil sudah tentu lebih rumit dan mencabar buatnya. Mungkin ramai yang turut mempersoalkan pendirian PKR dan Anwar jika terdapat penjenayah termasuk perompak bank, perogol dan perasuah beragama Islam menuntut supaya mereka dibicarakan mengikut undang-undang Syariah dengan alasan juga mempunyai hak dari sudut itu untuk mempertahankan diri.

Soalnya, jika itu berlaku adakah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bersedia memperjuangkan isu itu ke peringkat antarabangsa. Difahamkan Zulkifli ada berkata PKR akan menghantar satu delegasi untuk mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia supaya pertuduhan liwat terhadap Anwar dibawa ke peringkat antarabangsa.

Agak menghairankan apabila Parti itu mahu menuntut kes itu diselesaikan secara perundangan Islam dan bagaimana pula dengan sikap PAS yang hanya mendiamkan diri dalam isu tuntutan perbicaraan Anwar sedangkan mereka yang menjadi jaguh memperjuangkan Hukum Hudud sebelum ini? Adakah sikap berdiam diri itu merupakan petunjuk bahawa Pas tidak bersetuju kes berkenaan dibicarakan mengikut perundangan Islam?

Wallahuallam..

Wasabi Oyabun

Isnin, 4 Januari 2010

Raja Petra hanya pandai propaganda tetapi pengecut!

RAJA Petra Raja Kamarudin akan terus menjadi buruan polis walau di mana beliau berada. Pengendali laman web Malaysia Today yang menghilangkan diri sejak lapan bulan lalu itu mesti dibawa pulang untuk menjalani tuduhan di mahkamah.

Perkara ini adalah suatu tindakan yang wajib dilaksanakan. Raja Petra tidak boleh dibiar bebas membuat tuduhan yang menjejaskan nama baik individu dan negara.

Apa yang paling kita bimbangkan ialah perbuatannya menyebar dakyah dan membuat propaganda menghasut rakyat supaya membenci pemimpin tertinggi negara.

Bagaimana seorang yang berketurunan raja tergamak menggesa rakyat menghapuskan sistem beraja dan membentuk republik yang ditulisnya di dalam Malaysian Today.

Di dalam Go Malaysian (gomalaysian.blogspot.com) Raja Petra menulis, negara memerlukan sekurang-kurangnya satu atau dua generasi lagi sebelum orang Melayu berasa selesa untuk berbincang tentang penghapusan sistem beraja dan mengubah Malaysia menjadi sebuah republik.

Katanya, ini pasti akan berlaku kerana sistem beraja termasuk raja berperlembagaan adalah sistem yang sudah ketinggalan zaman.

Perbuatan tidak sayangkan bangsa Melayu itu adalah hak Raja Petra tetapi ia tidak boleh menghasut orang lain supaya membenci sistem beraja di Malaysia.

Seperti biasa, lelaki yang kuat bermain dengan propaganda itu tidak bertanggungjawab sebaliknya pengecut.

Sampai sekarang beliau tidak menghormati undang-undang. Sampai bila orang buruan dan pelarian ini mahu bersembunyi.

Tidak usah percaya kepada orang ini, beliau tidak memegang kata-katanya sendiri tentang ketelusan dan kebebasan bersuara serta memegang prinsip mencari keadilan.

Jika Raja Petra orang yang benar, tidak perlu beliau cabut lari daripada berhadapan dengan sistem keadilan negara ini.

Kalau tuduhannya terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bukan bersifat hasutan atau fitnah, maka dia perlu ke muka pengadilan membuktikan dirinya adalah benar.

Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh Raja Petra ialah menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2009 lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain Rosmah, Raja Petra didakwa memfitnah pengawal pengiring isteri Perdana Menteri itu, Leftenan Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Leftenan Kolonel Norhayati Hassan.

Kita menaruh keyakinan pihak polis Malaysia tidak akan menghentikan usaha mengesan Raja Petra selagi waran penahanannya masih ada.

Raja Petra kini adalah seorang pelarian memandangkan semua dokumen termasuk pasportnya dirampas selepas beliau disahkan muflis.

Hakikatnya Raja Petra adalah orang yang terdesak. Dan kita boleh memahami kenapa beliau melarikan diri. Ini adalah kerana Raja Petra sendiri menunjukkan dirinya telah melakukan perkara yang tidak betul dan melanggar undang-undang.

Kita akan lihat dan menunggu sampai bila Raja Petra hendak melarikan diri. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga.

Wasabi Oyabun

Ahad, 3 Januari 2010

Anwar Cuba Berdalih Lagi!

Sudah banyak kali mendengar cerita berhubung isu Anwar Ibrahim yang sentiasa berusaha melengah-lengahkan perbicaraan sebenar kes tuduhan liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Azhar Bukhari. Orang ramai dan banyak pihak tertanya-tanya mengapa Anwar bersikap sedemikian sehingga membawa tanggapan beliau takut menghadapi perbicaraan itu.

Apakah kerana pendakwa mempunyai bukti lebih kukuh untuk mensabitkan beliau maka ketua pembangkang itu tidak berani ke mahkamah? Terbaru, Anwar menerusi pasukan pembelanya mencari apa sahaja alasan untuk menangguhkan kes itu. Pada masa yang sama, akhbar PKR memainkan isu perlunya Anwar diadili mengikut undang-undang Islam.

Kita sepatutnya tidak berasa terkejut dengan perkembangan terbaru ini kerana dari awal telah menjangkakan taktik beliau. Tidak salah merumuskan bahawa Anwar mencari apa sahaja ruang yang boleh memihak kepadanya dan bukanlah sangat atas pertimbangan undang-undang Islam.

Jika benar beliau mahu mengambil semangat undang-undang Islam, mengapa tidak berani melakukan sumpah laknat atau mubahalah sebagaimana diambil oleh Saiful. Kita mungkin juga bersependapat dengan Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang mempersoalkan sikap Anwar meminta diadili secara undang-undang Islam tetapi memperlekehkan hukuman syariah terhadap Kartika Sari Dewi atas kesalahan meminum arak.

Persoalan lain, apa istimewanya beliau berbanding banyak tertuduh lain termasuk kes liwat dan rogol yang diadili di mahkamah sivil? Mengapa mereka semua tidak dilayan seperti Anwar? Apakah kes mereka juga memerlukan saksi empat orang? Jika mahu mengikut undang-undang Islam, ia mesti melibatkan semua tertuduh beragama Islam dan bukan Anwar sahaja.

Kita mungkin tidak tidak kisah dalam kes itu nanti sama ada Anwar didapati bersalah atau tidak, biarlah mahkamah menentukan. Yang penting ialah keberanian untuk diadili.
Keadilan bukan sahaja hak orang besar seperti Anwar tetapi juga hak rakyat kecil seperti Saiful. Maka janganlah sesiapa sahaja apatah lagi Anwar yang mempromo diri sebagai pejuang keadilan dan demokrasi, mahu menafikan keadilan.

Kita boleh mencadangkan ahli-ahli PKR dan penyokong Anwar yang beragama Islam supaya mengadakan sembahyang hajat untuk mencari petunjuk. Tujuannya mudah, pemimpin anda tidak perlu berasa takut untuk hadapi kebenaran melainkan jika beliau benar-benar melakukannya? Wallahuallam.

Wasabi Oyabun