Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 8 November 2009

Isteri menangis, suami menggigil!

Terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.

Gelojak rasa itu turut dikongsi si suami yang menggigil sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri.

Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah Pas itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) selepas mendengar pengakuan daripada beberapa wakil rakyat parti itu.

Malah kata Zulkifli, wakil rakyat terbabit juga meminta bantuannya supaya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi perdebatan umum apabila disahkan oleh Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad, Khamis lalu.

Katanya, mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan yang dipikul tetapi tiada kekuatan untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan.

"Mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah.

"Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar buat mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini," kata Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laman blog beliau http://zul4kulim. blogspot.com/.

Zulkifli memberitahu, beliau lebih terkejut apabila diberitahu dasar bai'ah talak tiga itu diluluskan dan direstui kepimpinan Pas.

Katanya, beberapa tokoh parti yang dihubungi bukan sahaja tidak berasa bersalah dan berdosa dengan bai'ah itu, malah mempertahankannya dengan alasan-alasan yang dangkal lagi memualkan tanpa sandaran kepada al-Quran, sunah Rasulullah mahupun amalan para sahabat.

Sebaliknya jelas beliau, ia sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran akal dangkal semata-mata.

"Inilah apa yang saya labelkan sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi.

"Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian, kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik," katanya.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, dasar tersebut umpama kembali ke zaman jahiliah dengan menjadikan wanita sebagai bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

"Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci Allah dan kita jadikan perkara yang paling dibenci Allah ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah taat setia," katanya.

Beliau turut mempersoalkan kenapa bai'ah taat setia Pas itu tidak dibuat dalam bentuk lain seperti bersumpah laknat.

Dengan cara itu katanya, semua wakil rakyat diyakini akan berfikir banyak kali sebelum bercadang melompat parti.

"Bagaimana rakyat nak meletakkan harapan dan kepercayaan untuk kita memimpin dan memerintah negara jika kita sanggup menggadai dan menjadikan isteri dan perkahwinan kita sendiri sebagai gadaian politik?

"Apakah kelak bila menjadi kerajaan Persekutuan dan memerintah maka semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipaksa bai'ah menceraikan isteri mereka jika tidak taat kepada kerajaan," katanya.- UM

Wasabi Oyabun

8 ulasan:

  1. Majlis Fatwa Kebangsaan diminta segera bermuzakarah dan membincangkan isu bai'ah talak tiga Pas.

    Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, Dewan Muslimat Pas juga perlu menyatakan pendirian mereka berhubung isu itu demi mempertahankan hak wanita Islam.

    Zulkifli dalam blognya http://zul4kulim. blogspot.com/ menyenaraikan beberapa persoalan untuk dikupas Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu:

    > Apakah bai'ah seperti itu dibenarkan syarak?

    > Jika ya, apakah sandaran atau nas yang
    membenarkannya?

    > Jika tidak, apakah kesan bai'ah ini
    berkuatkuasa seperti satu taklik kepada
    perkahwinan mereka yang berbai'ah itu?

    > Bolehkah pembai'ah tersebut terikat dengan
    bai'ah seperti ini dan perlu mematuhinya?

    > Adakah cara untuk membatalkan sumpah bai'ah
    seperti itu? Jika ada, bagaimanakah caranya?

    > Apakah mereka yang membatalkan sumpah bai'ah
    itu perlu membayar kifarah sumpah?

    Khamis lalu, Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad mengesahkan wujudnya amalan ba'iah di kalangan calon wakil rakyat Pas bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.

    Sementara itu, Zulkifli yang merupakan Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut berharap Majlis Syura dan Dewan Ulama Pas segera memperjelaskan isu bai'ah berkenaan.

    "Saya berharap tidak muncul sindrom 'malaikat bisu' di kalangan mereka dalam menangani kemelut ini.

    "Biarlah kita berani menyatakan yang hak walaupun pahit. Lebih baik diperbetulkan segera kemungkaran ini dan berharap mendapat keampunan dan keredaan Allah," katanya.

    Beliau turut menyeru Dewan Muslimat Pas menyatakan pendirian mereka dengan jelas dalam isu itu dan akan mengambil langkah yang tegas dan berani untuk mempertahankan hak para isteri dan wanita Islam.

    BalasPadam
  2. Para pemimpin Pas diminta merujuk semula kandungan lafaz taklik pernikahan sebelum terus mempertahankan bai'ah bagi menjamin kesetiaan mereka dalam parti.

    Tokoh budayawan, Prof. Dr. Siti Zainun Ismail berkata, antara yang terkandung di dalam lafaz taklik ialah suami tidak boleh sewenang-wenangnya memperlekehkan isteri.

    Sehubungan itu jelasnya, maruah perkahwinan tidak boleh dipermainkan dengan meletakkan ia sama taraf dengan parti politik, malah harus diingat bahawa perkahwinan merupakan sunah Nabi Muhammad SAW yang suci.

    ''Jika mahu mengikut sunah nabi (memperjuangkan Islam) pun biar bertempat. Ini soal talak tiga, kembalilah kepada lafaz taklik dan janganlah mereka (pemimpin Pas) itu terlalu ego semata-mata kerana parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau diminta mengulas tindakan ahli-ahli Pas yang mempertahankan lafaz bai'ah atau sumpah taat setia iaitu talak tiga akan jatuh ke atas isteri pemimpin Pas yang mengkhianati parti itu seperti melompat ke parti lain.

    Siti Zainun berkata, soal bai'ah harus dipandang serius berikutan ia melibatkan masa depan anak-anak mereka.

    ''Nanti anak-anak menjadi mangsa dan pasti akan timbul kes tidak mahu mengaku anak kerana menjadi terlalu fanatik kepada parti.

    ''Jangan gunakan politik untuk memajukan peribadi masing-masing. Perlu diingat jodoh adalah urusan tuhan bukan kerja parti," jelas beliau.

    Penasihat Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datin Paduka Zaiton Othman turut berpandangan bahawa konsep bai'ah itu tidak adil kerana kaum wanita tidak diberikan peluang untuk mempertahankan diri ketika talak dijatuhkan.

    Menurutnya, sedar atau tidak, Pas yang seharusnya memperjuangkan Islam telah melakukan tindakan yang langsung tidak bermoral.

    ''Bayangkan, wanita diceraikan tanpa diberi peluang mempertahankan diri. Ini kerana mereka telah tersangkut dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh suami mereka sendiri," tegas beliau.

    Sementara itu, Profesor di Jabatan Fikh dan Usul Fikh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, isteri-isteri pemimpin Pas harus segera mengubah sikap suami masing-masing.

    Jelasnya, bai'ah yang diterapkan oleh parti Pas itu bertentangan dengan kaedah pemikiran Islam.

    ''Terdapat kekeliruan di sini. Memang dalam 'politik Islam' adalah perlu untuk seseorang itu memperdagangkan nilai keluarganya sendiri sekiranya berhadapan dengan perkara yang sangat jelas iaitu 'ijtihadi'.

    ''Namun, Pas hanya sebuah parti politik dan bukannya 'ijtihadi', maka kita tidak boleh untuk mengorbankan keturunan dan keluarga kerana sebuah parti," ujar beliau.

    BalasPadam
  3. Tetapi yang peliknya Haji Hadi kata dalam seminar Pas, tidak ada isu bai'ah bentuk menceraikan talak tiga isteri salepas didedahkan oleh Khalid Samad dan sekarang Zulkefli Noordin pula. Yang mana satu betul ni atau Ustaz Hadi nak menipu?

    BalasPadam
  4. Muslimat Pas pertahan bai'ah! Dewan Muslimat Pas hari ini mempertahankan amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti itu yang melompat parti. Selain membela wanita, Dewan Muslimat turut menyifatkan amalan bai'ah itu dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.

    BalasPadam
  5. Sendiri tulis sendiri komen. Blog tak laku

    BalasPadam
  6. SENANG CERITA, KALAU TAK SETUJU DENGAN LAFAZ BAI'AH JANGAN JADI WAKIL RAKYAT PAS. YANG BABGANG SETUJU PASTU PERTIKAI PULAK. APA JENIS WAKIL RAKYAT BANGANG JENIS NIE!... BAIK JADI WAKIL RAKYAT UMNO, BOLEH GAK MAKAN RASUAH

    BalasPadam
  7. salam.

    Jika Hukum Allah PAS mempersendakan inikan pula talak..yang boleh diputar belit disebalik niat...lafas !

    BalasPadam
  8. Salam Sdr.Dollah..Terpulanglah samada saya nak tulis ke atau nak komen. Banyak lagi kemungkaran PAS dan PR akan terbongkar..Ada terkena hidung sendiri ke???

    BalasPadam