Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 24 Ogos 2009

Anwar perlu serah pingat !

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyerah kembali semua anugerah pingat kebesaran diterima kerana perlakuan politiknya yang mengkhianati perpaduan orang Melayu. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, Ketua Pembangkang itu juga sebenarnya sedar bahawa beliau tidak sepatutnya menggunakan gelaran 'Datuk' atau 'Datuk Seri' kerana perlakuannya yang mengguris hati raja-raja Melayu.

Terbaru katanya, Anwar terus menghina institusi istana apabila dengan angkuh mengatakan rela anugerah 'Datuk' dan 'Datuk Seri' padanya ditarik balik berikutan isu yang melabelkannya sebagai pengkhianat Melayu.

"Dalam krisis politik Perak sebelum ini, Anwar dilihat merestui perbuatan biadab Karpal Singh menghina Sultan Perak.

"Beberapa hari lalu, beliau sekali lagi melukai hati raja-raja Melayu apabila berkata pingat itu tidak akan diserah, sebaliknya diletakkan di pagar supaya boleh diambil balik.

"Hanya individu biadab dan mengkhianati bangsa yang sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu mendakwa, Anwar dalam ceramah politiknya di Permatang Janggus menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir baru-baru ini berkata bahawa beliau tidak pernah meminta darjah kebesaran yang diterimanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau memberitahu isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail agar tidak menyerahkan gelaran itu tetapi hanya perlu meletak di pintu pagar untuk diambil balik oleh pihak berkaitan.

Syed Ali menambah, kenyataan yang dibuat Anwar itu adalah biadab, sombong dan tidak menunjukkan beliau sebagai pemimpin bermoral.

Wasabi Oyabun

9 ulasan:

  1. Teman sokong sangat tu.

    Tarik balik darjah kebesaran si anwar tu.

    BalasPadam
  2. pENGKHIANAT MCM TU BUKAN JER PERLU TARIK BALIK DARJAH KEBESARAN... PERLU BUANG NEGARA . LUCUT KAN KERAKYATAN. PENGKHIANAT CELAKA

    BalasPadam
  3. Tak perlu tarik balik...........munkin dia sendiri pun dah sedar tak lama lagi dia akan mendapaat gelaran Banduan. Munkin dia lebih rela masuk penjara sebagai Anu War daripada masuk bersama gelaran-gelaran yang telah dianugerahkan oleh Duli-duli Tuanku

    BalasPadam
  4. SLM BRO..SEPATUTNYA DIA DI SULER JEK DGN BULOH RUNCING SAMPAI TEMBUS KAT KEPALE..CELAKE PUNYE MANUSIA!!! HARKKK PTUIHH!!!

    BalasPadam
  5. Malaysia ni akan aman kalau AlJuburi jadi banduan..........

    BalasPadam
  6. korang kutuk laa dan hebahkan laa segala keburukan nuar tu...penyokong jumud dia buat tak faham jee...sebab mereka ni jenis dah telinga kena sumbat dengan kata2 manis daripada nuar...mereka akan sedar sendiri bila ada perkara yang terkena pada batang idung sendiri..sepertimana para penyokong nuar dizaman reformasi dahulu..kebanyakan nya dah keluar..yang tinggal cuma berapa kerat jee..tu pun sebab dah terikat..penyokong nuar yang terkini cuma melibatkan orang yang putus harap dan telah dibuang daripada parti terdahulu..dan merupakan penyokong selepas nuar keluar daripada penjara...

    BalasPadam
  7. tarik balik. jenis melayu tak sedar diri dsai ini. raja pundisanggahnya. apa cerita

    BalasPadam
  8. Salam semua,
    Aku lagi nak tergelak dengan perangai kalian semua yang tak sedar diri.

    BalasPadam
  9. Salam Merdeka,

    Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

    Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

    BalasPadam