Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 28 Mac 2009

Dr. Mahathir bakal sertai semula UMNO

Kehadiran bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka petang ini mengejutkan para perwakilan UMNO yang sedang khusyuk mengikuti sesi penggulungan oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Beliau dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali muncul pada pukul 12.30 tengah hari ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menyampaikan ucapan penggulungan perhimpunan agung parti ke-59 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Muhyiddin yang menyedari kehadiran Dr. Mahathir dan isteri terus mengucapkan selamat datang kepada kedua-duanya. Para perwakilan yang kelihatan terkejut, terus bangun sambil memberikan tepukan gemuruh kepada negarawan ulung itu.

Dari pentas utama, Muhyiddin mendongak ke atas seraya meluahkan harapannya untuk melihat bekas Perdana Menteri itu kembali ke pangkuan UMNO. Dr. Mahathir pula menganggukkan kepala bagaikan bersetuju. ''Kehadiran Tun berdua merupakan pengiktirafan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan pimpinan baru parti, terima kasih Tun,'' kata Muhyiddin.

Selepas majlis penutupan Perhimpunan Agung UMNO berakhir, Dr. Mahathir kemudian naik ke pentas dan bersalam-salaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Ahli-ahli MT. Ahli-ahli MT yang lain turut bersalaman dan memeluk bekas Perdana Menteri itu.

Beliau kemudian menjulang tangan bersama-sama Abdullah, Najib dan Muhyiddin. Sementara itu di luar Dewan Merdeka, orang ramai berasak-asak mengerumuni Dr. Mahathir dan Siti Hasmah untuk bersalaman sewaktu kedua-duanya berjalan menuju ke kereta. Sebahagiannya kelihatan mengesat air mata kerana terharu dan sebak dengan kehadiran bekas Perdana Menteri walaupun sebelum ini, beliau menegaskan tidak akan menghadiri majlis tersebut.

Dr. Mahathir yang ditemui pemberita selepas majlis itu mengesahkan beliau akan menyertai semula UMNO. Menurutnya, tarikh untuknya berbuat demikian akan diumumkan pada satu masa sesuai 'selepas beberapa perkembangan'. ''Saya kena isi borang, lambat sikit. Saya akan beritahu kemudian,''katanya.

Pada 19 Mei tahun lalu, Dr Mahathir dalam satu ceramah di Alor Setar mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti itu. Ditanya mengapa beliau menghadiri persidangan berkenaan selepas memutuskan untuk tidak berbuat demikian, Dr. Mahathir berkata, pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden telah memberi keyakinan kepadanya bahawa perubahan yang diharapkan akan berlaku.

''Pasal itu, pemilihan Muhyiddin meyakinkan saya ada perubahan," katanya. Beliau juga tidak menolak bahawa barisan kepimpinan baru UMNO memberi gambaran baik bahawa parti itu akan berubah ke tahap yang lebih cemerlang berbanding sebelum ini. ''Saya ingat ada harapan baik untuk masa depan,'' katanya.

Wasabi Oyabun - UM

3 ulasan:

  1. Dengan kemasukan Dr Mahathir ke umno akan meyakinkan penggundi ditiga prk yang umno benar benar ingin berubah,kalau mahathir membantu calon umno di Bukit selambau dan bukit gantang INSYAALLAH BN akan mencapai kejayaan yang besar,harap d mahathir sudi membantu calon BN,

    BalasPadam
  2. SALAM..
    TERUSKAN MENYERANG BNM DENGAN SEGALA HUJAH DAN FAKTA YANG ADA BAGI MEMBANTU KERAJAAN
    SEMEMANGNYA BNM TELAH MELAKUKAN PEKARA BANGSAT DAN BACHOL

    http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/serang-bnm-habis-habisan.html

    BalasPadam
  3. Keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kembali menyertai UMNO boleh memberi lonjakan semangat baru kepada ahli-ahli parti itu.

    Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, langkah Dr. Mahathir itu dilihat akan mengembalikan semula ahli-ahlinya yang telah 'lari' daripada UMNO sebelum ini.

    "Ini kerana Dr. Mahathir adalah ikon kepada rakyat terutama generasi muda.

    "Mereka yang merasa sinis dan ragu dengan UMNO setelah apa yang berlaku sebelum ini mungkin akan mengubah sikap itu dan mengikut jejak Mahathir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru yang berlaku di dalam UMNO apabila bekas Perdana Menteri itu secara mengejut hadir pada Perhimpunan Agung UMNO ke-59 semalam dan mengumumkan akan menyertai semula UMNO.

    Mohamad Mustafa berkata, penyatuan antara dua bekas Presiden UMNO di pentas UMNO semalam juga merupakan permulaan baik buat parti keramat orang Melayu itu.

    "Ini semua adalah respons positif yang akan membuka ruang kepada UMNO untuk kembali diyakini rakyat," katanya.

    Mengulas mengenai perubahan yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohamad Mustafa berkata, langkah segera itu membuktikan UMNO sedar kelemahannya sebelum ini dan tidak sanggup menunggu lama untuk berubah.

    Salam perjuangan

    BalasPadam