Dua Negara Muslim yang diiktiraf Anwar Ibrahim sebagai Negara Terbaik Demokrasi adalah Turki dan Indonesia. Anwar bersama Perdana Menteri Turki Recep Teyyip Erdogan dan Abdullah Gul meraikan kemenangan bersejarah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pada Julai 2007. Anwar selalu mengecam pemerintahan Suharto yang dianggap diktator.
Amin Rais kawan rapat Anwar meniupkan gelombang reformasi yang menjatuhkan Suharto. Kemudian Amin Rais melobi kenaikan Gus Dur menjadi Presiden Indonesia dari tahun 1999 - 2001. Sejak itu menurut Anwar demokrasi mula tersemai di Indonesia. Berikut adalah kenyataan Anwar mengenai demokrasi tulen di dunia Muslim.
Menyemai benih demokrasi tulen di dunia MuslimOleh Anwar Ibrahim
Semenjak 9/11, Amerika Syarikat telah menjalankan apa yang dinamakan oleh White House (Rumah Putih) satu "strategi hadapan untuk kebebasan" berdasarkan kepercayaan bahawa matinya demokrasi di negara Muslim telah membawa kepada penyebaran beban maut ekstremisme Islam. Satu percubaan yang berani walaupun kemenangan ideologi yang amat sukar terhadap Eropah Timur semasa Perang Dingin, Amerika (AS) sekali lagi telah mencuba untuk membangkitkan demokrasi di luar negara bagi memastikan keselamatan di negara sendiri.
Namun, sebagai yang pertama kembali dalam usaha pendemokrasian di negara Muslim, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat terhadap AS tentang ciri-ciri hasil akhir yang mulai tumbuh iaitu kerajaan yang dipilih dengan bebas. Sesetengahnya telah mula mempersoal sama ada negara-negara tersebut mempunyai kebolehan semula jadi untuk mempertahankan demokrasi.
Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa usaha AS untuk perubahan telah memberikan sumbangan penting dalam pembangunan di Timur Tengah, kebimbangan semakin meningkat di mana golongan radikal mungkin akan merampas demokrasi. Kejayaan pilihan raya golongan Islamik baru-baru ini di Iran, Mesir dan Wilayah Palestin telah menimbulkan pertanyaan tentang keupayaan kuasa liberal untuk mengatasi kumpulan fundamentalisme (kumpulan penyokong asas agama).
Untuk Amerika Syarikat, kebimbangan tersebut sememangnya benar, walaupun mungkin dihebahkan dengan slogan Islamophobia (ketakutan terhadap ajaran Islam) : Bagaimana teruknya satu ironi akan berlaku sekiranya usaha yang hebat ini dalam menyebarkan kebebasan di luar negara menimbulkan kesan negara AS sebagai anti-Islam terhadap Syariah, atau undang-undang Islam, kepada orang-orang mereka.
Contoh kemenangan Hamas di Gaza dan Tebing Barat menggambarkan kesukaran yang jelas. Tetapi ia akan menjadi tafsiran yang salah untuk menganggap bahawa demokrasilah yang telah memilih ekstrimisme Islam. Lebih tepat, ianya disebabkan oleh rasuah dan salah guna kuasa selama bertahun-tahun dalam pentadbiran yang dipimpin oleh Fatah menyebabkan Hamas diundi untuk berkuasa.
Sekiranya amalan demokrasi adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan kemarahan orang ramai terhadap kuasa yang ada, maka hasilnya merupakan penyelesaian yang sudah pasti. Biarkan ia seperti yang dikehendaki, sesetengah yang mengatakan bahawa "kestabilan" bukan kebebasan adalah apa yang perlu dipromosikan oleh AS di seluruh dunia Islam.
Pada pandangan mereka, memenangi pilihan raya demokrasi tidak bermakna mereka secara terus memenuhi kehendak AS di luar negara, khususnya dalam perang ke atas keganasan, dan bahawa hati dan minda pengganas dan pengebom berani mati tidak dapat diubah dengan kebaikan demokrasi.Mereka mengatakan perang menentang keganasan mesti dilancarkan dengan tangan besi, bukan sarung tangan kanak-kanak yang ditenun daripada fabrik kebebasan berperlembagaan.
Kesemua pandangan terhadap demokrasi dan kestabilan dalam dunia Muslim bukan sahaja salah tetapi membawa kepada kematian.Dalam satu jalan, strategi Washington mungkin dilihat sebagai menebus dosa-dosa yang lalu, ketika AS merupakan batu penghalang kepada demokrasi di Timur Tengah. Iran berada dalam demokrasi pada 1953 apabila rampasan kuasa yang didalangi CIA yang telah menukarkannya kepada monarki mutlak.
AS juga telah menyokong kezaliman di wilayah-wilayah, termasuk, Saddam Hussein.Kesemua ini di atas nama kestabilan dan keselamatan dalam konfrontasi selama berdekad-dekad dengan blok komunis.Adakah Washington benar-benar terperangkap di antara Scylla (raksasa laut) yang menyokong diktator dan Charybdis (juga raksasa laut) yang menggalakkan demokrasi yang boleh membawa radikal Islam ke tampuk kuasa?
JAWAPAN TERBAIK kepada soalan sama ada Amerika perlu menilai kembali strateginya di Indonesia dan Turki, contoh yang memberangsangkan dalam memperlihatkan kemampuan mereka untuk demokrasi Muslim.Tujuh tahun yang lepas, Indonesia terlibat ke dalam demokrasi selepas kepimpinan diktator kuku besi lebih daripada 30 tahun . Sebagai sebuah negara Muslim terbesar di dunia, ia mungkin berdiri sebagai fenomena politik yang paling penting dalam sejarah demokrasi kebelakangan ini.
Rakyat Indonesia telah membuang undi sebanyak 2 kali sejak itu, dan mereka dengan berjaya menolak radikal Islam, yang cuba untuk menaikkan agenda mereka melalui jalan lain. Sekali lagi, perkara tersebut telah berhadapan dengan laungan "tidak" oleh rakyat Indonesia, termasuk pertubuhan Islam yang utama.
Media Indonesia bebas, dan pilihan raya adalah adil. Asas kebebasan yang termaktub dalam perlembagaan dan dihormati dan diiktiraf sepenuhnya oleh yang memegang kuasa.Sebagai contoh, tidak seperti negara jiran Malaysia, rakyat Indonesia boleh berkumpul untuk memprotes keputusan kerajaan atau dasar tanpa bimbang terhadap tindakan balas. Penahanan secara rambang dan penahanan politik tidak pernah didengar.
Dengan demokrasi yang belum matang, Indonesia dan Turki masih mempunyai perjalanan yang jauh. Di Indonesia, ia dalam keadaan memenuhi objektif sosioekonomi demokrasi yang hanya akan berlaku. Di Turki, sekatan kewujudan ketenteraan yang tidak terbatas telah membantu dalam menaikkan negara tersebut dalam European Union (Kesatuan Eropah).
Walau bagaimanapun, sekarang mereka berdiri sebagai penunjuk, untuk kedua-dua negara Muslim dan untuk mereka yang cuba untuk membantu mereka.Untuk berjaya dalam usahanya menyebarkan kebebasan, AS mesti ingat bahawa demokrasi berperlembagaan tidak dapat berakar umbi dalam sebuah masyarakat, sama ada sekular atau Islamik, tanpa komitmen yang kuat daripada mereka yang memegang kuasa secara politik untuk melindungi hak asas- asas untuk kebebasan, persamaan dan kebebasan untuk semua.
Penyemaian demokrasi yang sebenar memerlukan lebih daripada pengenalan pilihan raya semata-mata.Ia juga memerlukan kewujudan proses demokratik dan padang permainan politik yang sama rata. Ia memerlukan jaminan pengagihan kuasa dan kebebasan sistem kehakiman daripada cengkaman pemimpin kuku besi dan zalim. Yang amat penting, ia memerlukan perlindungan terhadap kebebasan asas dan media yang bebas.
Ianya merupakan prasyarat demokrasi yang mana AS dan dunia Muslim perlu berikan, dengan lebih usaha-usaha yang penting, untuk menjadi punca kepada kebebasan yang sebenar-benarnya.
-Anwar Ibrahim!
Soalan UPSR rakyat:
Setelah membaca lontaran fikiran Anwar Ibrahim yang ditulis pada 25 Mac 2006 di Angeles Times bertajuk "Cultivating the seeds of democracy" ada beberapa persoalan yang bermain di minda rakyat:
1. Adakah Anwar Ibrahim menyokong atau menentang Projek White House melancarkan satu "strategi hadapan untuk kebebasan" terhadap dunia Islam berasaskan kepercayaan Amerika bahawa matinya demokrasi di negara Muslim telah membawa kepada penyebaran beban maut ekstremisme Islam ?
2. Benarkah Dunia Islam telah mati demokrasi (kecuali Turki dan Indonesia yang Anwar iktiraf) sehingga memunculkan kumpulan ekstrimis Islam?
3. Apa kelayakan Anwar menuduh hanya Turki dan Indonesia yang mengamalkan demokrasi, sedangkan semua negara Islam lain telah mati demokrasinya?
4. Apakah piawaian takrif "demokrasi" menurut kaca mata Anwar ? Adakah piawaian berdasarkan kaca mata Amerika atau Al Quran dan Sunnah?
5. Benarkah dakwaan Anwar kumpulan ekstimis Islam benar-benar wujud? Kalau wujud apakah ciri-cirinya?
6. Kenapakah Anwar bersekongkol dengan Amerika mengatakan kumpulan fundamentalis dan kumpulan radikal Islam atau ektrimis Islam adalah negatif?
7. Benarkah dakwaan Anwar masalah di dunia Islam hanya akan selesai dengan "dailog antara Islam dan Barat" atau yang Anwar sering sebut sebagai "constructive engagement"?
8. Benarkah dakwaan Anwar bahawa 'muslim' yang paling layak dalam menjalankan misi "dailog antara Islam dan Barat" atau "constructive engagement" adalah tidak lain tidak bukan hanya Anwar Ibrahim dari Malaysia?
9. Benarkah hanya beliau sahaja yang paling berkelayakan dan semua tokoh-tokoh Islam dari negara-negara lain tidak berkelayakan kerana kekurangan ilmu seperti Dr Zakir Naik dari Pakistan?
10. Benarkah dakwaan sesetengah pihak penggunaan istilah "dailog antara Islam dan Barat" atau "constructive engagement" adalah bahasa lunak yang tidak membinasakan Anwar sebagai tokoh politik di negara Islam, sedangkan hakikatnya, Anwar bukan berunding sebaliknya mengaut keuntungan peribadi dan menjadi alat bersekongkol dengan kuasa Barat memerangi pihak Islam?
11. Walaupun nada penulisan Anwar Ibrahim nampak seperti bersimpang siur, tetapi nampak jelas, bahawa beliau menyokong Projek White House itu serta memberi beberapa cadangan balas untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan program Amerika itu.
12. Adakah dengan kesimpulan di atas, membawa maksud Anwar menawarkan diri sebagai seorang Muslim untuk bersekongkol dengan Amerika memerangi Islam yang dilabel fundamentalis?
13. Sejak Anwar menjadi "orang perantaraan", antara dunia Islam dan Barat dalam menjalankan misi "constructive engagement" sejauh manakah prestasi kejayaannya?
14. Apakah misi Anwar sebagai "constructive engagement" menguntungkan dunia Islam atau dunia Barat?
15. Sejak Anwar berunding dengan Amerika dan Yahudi, apakah sudah berubah sikap mereka kepada dunia Islam?
16. Adakah Amerika yang didalangi Yahudi sekarang menjadi makhluk yang baik, sedangkan Al Quran dengan tegas menyatakan Yahudi dan Nasrani tetap selama-lamanya memusuhi Islam dan mencari tipu muslihat untuk merosakkan Islam?
17. Membaca kembali tulisan di atas, Adakah Anwar turut berkongsi perasaan kecewa dengan Amerika apabila kejayaan golongan Islamik di Iran, Mesir dan Wilayah Palestin dalam pilihanraya baru-baru ini sehingga Anwar mengungapkan kata-kata kuasa liberal ditewaskan oleh kuasa fundamentalis?
18. Anwar menyokong kumpulan mana di Palestin : Kumpulan HAMAS (anti Israel) atau Kumpulan FATAH (Pro-Israel)? Kumpulan manakah yang dilabel oleh Anwar sebagai eksrimis Islam (HAMAS atau Fatah?) apabila Anwar menulis begini, "Contoh kemenangan Hamas di Gaza dan Tebing Barat menggambarkan kesukaran yang jelas. Tetapi ia akan menjadi tafsiran yang salah untuk menganggap bahawa demokrasilah yang telah memilih ekstremisme Islam".
19. Apa maksud Anwar apabila beliau menulis, "perang menentang keganasan mesti dilancarkan dengan tangan besi, bukan sarung tangan kanak-kanak yang ditenun daripada fabrik kebebasan berperlembagaan"? Apatah lagi Anwar memberi contoh kes Iraq dengan tulisan begini, "AS juga telah menyokong kezaliman di wilayah-wilayah, termasuk, Saddam Hussein. Kesemua ini di atas nama kestabilan dan keselamatan dalam konfrontasi selama berdekad-dekad dengan blok komunis".
20. Apakah ini bermaksud, Anwar menyalahkah Amerika kerana bersekongkol dengan Sadam Hussein sebelum ini atas nama kestabilan dan keselamatan ? Apakah Anwar memberikan hujah bahawa serangan ke atas Iraq dan pembunuhan Sadam Hussein adalah langkah paling tepat untuk menyemai benih demokrasi di Iraq?
21. Apakah maksud sebenar Anwar apabila menulis, "Adakah Washington benar-benar terperangkap di antara Scylla yang menyokong diktator dan Charybdis yang menggalakkan demokrasi sehingga boleh membawa radikal Islam ke tampuk kuasa?" Adakah bermaksud Anwar menyeru Amerika agar tidak bermain politik, sewajarnya memerangi 'Scylla' yang diktator dan menyokong sepenuhnya 'Charybdis' yang pro demokrasi?
22. Adakah ini bermaksud Anwar telah memberi teguran kepada Amerika, jika Amerika tidak menetapkan pendirian, bukan sahaja diktator terus berkuasa malah mungkin pro demokrasi kehilangan kuasa kerana ditumpaskan oleh radikal Islam?
23. Apakah ukuran "diktator, demokrasi, radikal Islam", Anwar sama seperti ukuran Amerika ? Kalau sama, apakah ciri-ciri yang membezakan terma di atas ? Apakah terma 'diktator, demokrasi dan radikal Islam" berlaku di seluruh dunia Islam ? Kalau berlaku, Anwar berada di pihak mana?
24. Kenapa Anwar hanya memberi memberi contoh demokrasi terbaik di dunia Islam hanya berlaku di Turki dan Indonesia? Adakah ini bermaksud demokrasi tidak baik di Iran, Palestin, Sudan, Mesir, Malaysia dan negara Islam lain?
25. Apa maksud demokrasi terbaik di Turki dan Indonesia ? Adakah kerana sikap kerajaan itu yang sanggup sujud kepada Amerika dan pro Israel?
26. Apakah maksud sebenar Anwar apabila menulis, "rakyat Indonesia telah membuang undi sebanyak 2 kali, dan mereka dengan berjaya menolak radikal Islam, yang cuba untuk menaikkan agenda mereka melalui jalan lain? Sekali lagi, perkara tersebut telah berhadapan dengan laungan "tidak" terhadap pertubuhan Islam yang utama".
27. Apa maksud Anwar apabila menukilkan, "demokrasi berperlembagaan tidak dapat berakar umbi dalam sebuah masyarakat, sama ada sekular atau Islamik, tanpa komitmen yang kuat daripada mereka yang memegang kuasa secara politik untuk melindungi hak asas- asas untuk kebebasan, persamaan dan kebebasan untuk semua"?
28. Adakah tulisan di atas mengambarkan Anwar tidak mahu konsep "demokrasi berperlembagaan" (seperti di Malaysia?) dan beliau hanya peruangkan "demokrasi tulin" yang memberi kebebasan dari semua aspek termasuk agama?
29. Apabila membaca keseluruhan tulisan Anwar, apakah yang boleh penyokong PKR simpulkan tetang Anwar? Adakah beliau pembela Islam di Amerika yang sentiasa menepis salah anggap Amerika kepada dunia Islam seperti yang dimainkan peranan oleh Dr Zakir Naik dari Pakistan? Atau Anwar sebagai seorang tokoh politik murahan yang sanggup menggadai prinsip, menyeronokkan dunia Barat dengan kata-kata pujian, serta mengecam semula kelemahan dunia Islam lantaran kerakusannya untuk mendapat nama, kuasa dan naungan politik daripada Amerika?
Sama-samalah kita fikirkan?
Wasabi Politik
Oyabun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan