Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 28 Mac 2009

Dr. Mahathir bakal sertai semula UMNO

Kehadiran bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka petang ini mengejutkan para perwakilan UMNO yang sedang khusyuk mengikuti sesi penggulungan oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Beliau dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali muncul pada pukul 12.30 tengah hari ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menyampaikan ucapan penggulungan perhimpunan agung parti ke-59 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Muhyiddin yang menyedari kehadiran Dr. Mahathir dan isteri terus mengucapkan selamat datang kepada kedua-duanya. Para perwakilan yang kelihatan terkejut, terus bangun sambil memberikan tepukan gemuruh kepada negarawan ulung itu.

Dari pentas utama, Muhyiddin mendongak ke atas seraya meluahkan harapannya untuk melihat bekas Perdana Menteri itu kembali ke pangkuan UMNO. Dr. Mahathir pula menganggukkan kepala bagaikan bersetuju. ''Kehadiran Tun berdua merupakan pengiktirafan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan pimpinan baru parti, terima kasih Tun,'' kata Muhyiddin.

Selepas majlis penutupan Perhimpunan Agung UMNO berakhir, Dr. Mahathir kemudian naik ke pentas dan bersalam-salaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Ahli-ahli MT. Ahli-ahli MT yang lain turut bersalaman dan memeluk bekas Perdana Menteri itu.

Beliau kemudian menjulang tangan bersama-sama Abdullah, Najib dan Muhyiddin. Sementara itu di luar Dewan Merdeka, orang ramai berasak-asak mengerumuni Dr. Mahathir dan Siti Hasmah untuk bersalaman sewaktu kedua-duanya berjalan menuju ke kereta. Sebahagiannya kelihatan mengesat air mata kerana terharu dan sebak dengan kehadiran bekas Perdana Menteri walaupun sebelum ini, beliau menegaskan tidak akan menghadiri majlis tersebut.

Dr. Mahathir yang ditemui pemberita selepas majlis itu mengesahkan beliau akan menyertai semula UMNO. Menurutnya, tarikh untuknya berbuat demikian akan diumumkan pada satu masa sesuai 'selepas beberapa perkembangan'. ''Saya kena isi borang, lambat sikit. Saya akan beritahu kemudian,''katanya.

Pada 19 Mei tahun lalu, Dr Mahathir dalam satu ceramah di Alor Setar mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti itu. Ditanya mengapa beliau menghadiri persidangan berkenaan selepas memutuskan untuk tidak berbuat demikian, Dr. Mahathir berkata, pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden telah memberi keyakinan kepadanya bahawa perubahan yang diharapkan akan berlaku.

''Pasal itu, pemilihan Muhyiddin meyakinkan saya ada perubahan," katanya. Beliau juga tidak menolak bahawa barisan kepimpinan baru UMNO memberi gambaran baik bahawa parti itu akan berubah ke tahap yang lebih cemerlang berbanding sebelum ini. ''Saya ingat ada harapan baik untuk masa depan,'' katanya.

Wasabi Oyabun - UM

Ahad, 22 Mac 2009

Demokrasi Tulen Anwar ?

Dua Negara Muslim yang diiktiraf Anwar Ibrahim sebagai Negara Terbaik Demokrasi adalah Turki dan Indonesia. Anwar bersama Perdana Menteri Turki Recep Teyyip Erdogan dan Abdullah Gul meraikan kemenangan bersejarah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pada Julai 2007. Anwar selalu mengecam pemerintahan Suharto yang dianggap diktator.

Amin Rais kawan rapat Anwar meniupkan gelombang reformasi yang menjatuhkan Suharto. Kemudian Amin Rais melobi kenaikan Gus Dur menjadi Presiden Indonesia dari tahun 1999 - 2001. Sejak itu menurut Anwar demokrasi mula tersemai di Indonesia. Berikut adalah kenyataan Anwar mengenai demokrasi tulen di dunia Muslim.

Menyemai benih demokrasi tulen di dunia MuslimOleh Anwar Ibrahim

Semenjak 9/11, Amerika Syarikat telah menjalankan apa yang dinamakan oleh White House (Rumah Putih) satu "strategi hadapan untuk kebebasan" berdasarkan kepercayaan bahawa matinya demokrasi di negara Muslim telah membawa kepada penyebaran beban maut ekstremisme Islam. Satu percubaan yang berani walaupun kemenangan ideologi yang amat sukar terhadap Eropah Timur semasa Perang Dingin, Amerika (AS) sekali lagi telah mencuba untuk membangkitkan demokrasi di luar negara bagi memastikan keselamatan di negara sendiri.

Namun, sebagai yang pertama kembali dalam usaha pendemokrasian di negara Muslim, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat terhadap AS tentang ciri-ciri hasil akhir yang mulai tumbuh iaitu kerajaan yang dipilih dengan bebas. Sesetengahnya telah mula mempersoal sama ada negara-negara tersebut mempunyai kebolehan semula jadi untuk mempertahankan demokrasi.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa usaha AS untuk perubahan telah memberikan sumbangan penting dalam pembangunan di Timur Tengah, kebimbangan semakin meningkat di mana golongan radikal mungkin akan merampas demokrasi. Kejayaan pilihan raya golongan Islamik baru-baru ini di Iran, Mesir dan Wilayah Palestin telah menimbulkan pertanyaan tentang keupayaan kuasa liberal untuk mengatasi kumpulan fundamentalisme (kumpulan penyokong asas agama).

Untuk Amerika Syarikat, kebimbangan tersebut sememangnya benar, walaupun mungkin dihebahkan dengan slogan Islamophobia (ketakutan terhadap ajaran Islam) : Bagaimana teruknya satu ironi akan berlaku sekiranya usaha yang hebat ini dalam menyebarkan kebebasan di luar negara menimbulkan kesan negara AS sebagai anti-Islam terhadap Syariah, atau undang-undang Islam, kepada orang-orang mereka.

Contoh kemenangan Hamas di Gaza dan Tebing Barat menggambarkan kesukaran yang jelas. Tetapi ia akan menjadi tafsiran yang salah untuk menganggap bahawa demokrasilah yang telah memilih ekstrimisme Islam. Lebih tepat, ianya disebabkan oleh rasuah dan salah guna kuasa selama bertahun-tahun dalam pentadbiran yang dipimpin oleh Fatah menyebabkan Hamas diundi untuk berkuasa.

Sekiranya amalan demokrasi adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan kemarahan orang ramai terhadap kuasa yang ada, maka hasilnya merupakan penyelesaian yang sudah pasti. Biarkan ia seperti yang dikehendaki, sesetengah yang mengatakan bahawa "kestabilan" bukan kebebasan adalah apa yang perlu dipromosikan oleh AS di seluruh dunia Islam.

Pada pandangan mereka, memenangi pilihan raya demokrasi tidak bermakna mereka secara terus memenuhi kehendak AS di luar negara, khususnya dalam perang ke atas keganasan, dan bahawa hati dan minda pengganas dan pengebom berani mati tidak dapat diubah dengan kebaikan demokrasi.Mereka mengatakan perang menentang keganasan mesti dilancarkan dengan tangan besi, bukan sarung tangan kanak-kanak yang ditenun daripada fabrik kebebasan berperlembagaan.

Kesemua pandangan terhadap demokrasi dan kestabilan dalam dunia Muslim bukan sahaja salah tetapi membawa kepada kematian.Dalam satu jalan, strategi Washington mungkin dilihat sebagai menebus dosa-dosa yang lalu, ketika AS merupakan batu penghalang kepada demokrasi di Timur Tengah. Iran berada dalam demokrasi pada 1953 apabila rampasan kuasa yang didalangi CIA yang telah menukarkannya kepada monarki mutlak.

AS juga telah menyokong kezaliman di wilayah-wilayah, termasuk, Saddam Hussein.Kesemua ini di atas nama kestabilan dan keselamatan dalam konfrontasi selama berdekad-dekad dengan blok komunis.Adakah Washington benar-benar terperangkap di antara Scylla (raksasa laut) yang menyokong diktator dan Charybdis (juga raksasa laut) yang menggalakkan demokrasi yang boleh membawa radikal Islam ke tampuk kuasa?

JAWAPAN TERBAIK kepada soalan sama ada Amerika perlu menilai kembali strateginya di Indonesia dan Turki, contoh yang memberangsangkan dalam memperlihatkan kemampuan mereka untuk demokrasi Muslim.Tujuh tahun yang lepas, Indonesia terlibat ke dalam demokrasi selepas kepimpinan diktator kuku besi lebih daripada 30 tahun . Sebagai sebuah negara Muslim terbesar di dunia, ia mungkin berdiri sebagai fenomena politik yang paling penting dalam sejarah demokrasi kebelakangan ini.

Rakyat Indonesia telah membuang undi sebanyak 2 kali sejak itu, dan mereka dengan berjaya menolak radikal Islam, yang cuba untuk menaikkan agenda mereka melalui jalan lain. Sekali lagi, perkara tersebut telah berhadapan dengan laungan "tidak" oleh rakyat Indonesia, termasuk pertubuhan Islam yang utama.

Media Indonesia bebas, dan pilihan raya adalah adil. Asas kebebasan yang termaktub dalam perlembagaan dan dihormati dan diiktiraf sepenuhnya oleh yang memegang kuasa.Sebagai contoh, tidak seperti negara jiran Malaysia, rakyat Indonesia boleh berkumpul untuk memprotes keputusan kerajaan atau dasar tanpa bimbang terhadap tindakan balas. Penahanan secara rambang dan penahanan politik tidak pernah didengar.

Dengan demokrasi yang belum matang, Indonesia dan Turki masih mempunyai perjalanan yang jauh. Di Indonesia, ia dalam keadaan memenuhi objektif sosioekonomi demokrasi yang hanya akan berlaku. Di Turki, sekatan kewujudan ketenteraan yang tidak terbatas telah membantu dalam menaikkan negara tersebut dalam European Union (Kesatuan Eropah).

Walau bagaimanapun, sekarang mereka berdiri sebagai penunjuk, untuk kedua-dua negara Muslim dan untuk mereka yang cuba untuk membantu mereka.Untuk berjaya dalam usahanya menyebarkan kebebasan, AS mesti ingat bahawa demokrasi berperlembagaan tidak dapat berakar umbi dalam sebuah masyarakat, sama ada sekular atau Islamik, tanpa komitmen yang kuat daripada mereka yang memegang kuasa secara politik untuk melindungi hak asas- asas untuk kebebasan, persamaan dan kebebasan untuk semua.

Penyemaian demokrasi yang sebenar memerlukan lebih daripada pengenalan pilihan raya semata-mata.Ia juga memerlukan kewujudan proses demokratik dan padang permainan politik yang sama rata. Ia memerlukan jaminan pengagihan kuasa dan kebebasan sistem kehakiman daripada cengkaman pemimpin kuku besi dan zalim. Yang amat penting, ia memerlukan perlindungan terhadap kebebasan asas dan media yang bebas.

Ianya merupakan prasyarat demokrasi yang mana AS dan dunia Muslim perlu berikan, dengan lebih usaha-usaha yang penting, untuk menjadi punca kepada kebebasan yang sebenar-benarnya.

-Anwar Ibrahim!

Soalan UPSR rakyat:

Setelah membaca lontaran fikiran Anwar Ibrahim yang ditulis pada 25 Mac 2006 di Angeles Times bertajuk "Cultivating the seeds of democracy" ada beberapa persoalan yang bermain di minda rakyat:

1. Adakah Anwar Ibrahim menyokong atau menentang Projek White House melancarkan satu "strategi hadapan untuk kebebasan" terhadap dunia Islam berasaskan kepercayaan Amerika bahawa matinya demokrasi di negara Muslim telah membawa kepada penyebaran beban maut ekstremisme Islam ?

2. Benarkah Dunia Islam telah mati demokrasi (kecuali Turki dan Indonesia yang Anwar iktiraf) sehingga memunculkan kumpulan ekstrimis Islam?

3. Apa kelayakan Anwar menuduh hanya Turki dan Indonesia yang mengamalkan demokrasi, sedangkan semua negara Islam lain telah mati demokrasinya?

4. Apakah piawaian takrif "demokrasi" menurut kaca mata Anwar ? Adakah piawaian berdasarkan kaca mata Amerika atau Al Quran dan Sunnah?

5. Benarkah dakwaan Anwar kumpulan ekstimis Islam benar-benar wujud? Kalau wujud apakah ciri-cirinya?

6. Kenapakah Anwar bersekongkol dengan Amerika mengatakan kumpulan fundamentalis dan kumpulan radikal Islam atau ektrimis Islam adalah negatif?

7. Benarkah dakwaan Anwar masalah di dunia Islam hanya akan selesai dengan "dailog antara Islam dan Barat" atau yang Anwar sering sebut sebagai "constructive engagement"?

8. Benarkah dakwaan Anwar bahawa 'muslim' yang paling layak dalam menjalankan misi "dailog antara Islam dan Barat" atau "constructive engagement" adalah tidak lain tidak bukan hanya Anwar Ibrahim dari Malaysia?

9. Benarkah hanya beliau sahaja yang paling berkelayakan dan semua tokoh-tokoh Islam dari negara-negara lain tidak berkelayakan kerana kekurangan ilmu seperti Dr Zakir Naik dari Pakistan?

10. Benarkah dakwaan sesetengah pihak penggunaan istilah "dailog antara Islam dan Barat" atau "constructive engagement" adalah bahasa lunak yang tidak membinasakan Anwar sebagai tokoh politik di negara Islam, sedangkan hakikatnya, Anwar bukan berunding sebaliknya mengaut keuntungan peribadi dan menjadi alat bersekongkol dengan kuasa Barat memerangi pihak Islam?

11. Walaupun nada penulisan Anwar Ibrahim nampak seperti bersimpang siur, tetapi nampak jelas, bahawa beliau menyokong Projek White House itu serta memberi beberapa cadangan balas untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan program Amerika itu.

12. Adakah dengan kesimpulan di atas, membawa maksud Anwar menawarkan diri sebagai seorang Muslim untuk bersekongkol dengan Amerika memerangi Islam yang dilabel fundamentalis?

13. Sejak Anwar menjadi "orang perantaraan", antara dunia Islam dan Barat dalam menjalankan misi "constructive engagement" sejauh manakah prestasi kejayaannya?

14. Apakah misi Anwar sebagai "constructive engagement" menguntungkan dunia Islam atau dunia Barat?

15. Sejak Anwar berunding dengan Amerika dan Yahudi, apakah sudah berubah sikap mereka kepada dunia Islam?

16. Adakah Amerika yang didalangi Yahudi sekarang menjadi makhluk yang baik, sedangkan Al Quran dengan tegas menyatakan Yahudi dan Nasrani tetap selama-lamanya memusuhi Islam dan mencari tipu muslihat untuk merosakkan Islam?

17. Membaca kembali tulisan di atas, Adakah Anwar turut berkongsi perasaan kecewa dengan Amerika apabila kejayaan golongan Islamik di Iran, Mesir dan Wilayah Palestin dalam pilihanraya baru-baru ini sehingga Anwar mengungapkan kata-kata kuasa liberal ditewaskan oleh kuasa fundamentalis?

18. Anwar menyokong kumpulan mana di Palestin : Kumpulan HAMAS (anti Israel) atau Kumpulan FATAH (Pro-Israel)? Kumpulan manakah yang dilabel oleh Anwar sebagai eksrimis Islam (HAMAS atau Fatah?) apabila Anwar menulis begini, "Contoh kemenangan Hamas di Gaza dan Tebing Barat menggambarkan kesukaran yang jelas. Tetapi ia akan menjadi tafsiran yang salah untuk menganggap bahawa demokrasilah yang telah memilih ekstremisme Islam".

19. Apa maksud Anwar apabila beliau menulis, "perang menentang keganasan mesti dilancarkan dengan tangan besi, bukan sarung tangan kanak-kanak yang ditenun daripada fabrik kebebasan berperlembagaan"? Apatah lagi Anwar memberi contoh kes Iraq dengan tulisan begini, "AS juga telah menyokong kezaliman di wilayah-wilayah, termasuk, Saddam Hussein. Kesemua ini di atas nama kestabilan dan keselamatan dalam konfrontasi selama berdekad-dekad dengan blok komunis".

20. Apakah ini bermaksud, Anwar menyalahkah Amerika kerana bersekongkol dengan Sadam Hussein sebelum ini atas nama kestabilan dan keselamatan ? Apakah Anwar memberikan hujah bahawa serangan ke atas Iraq dan pembunuhan Sadam Hussein adalah langkah paling tepat untuk menyemai benih demokrasi di Iraq?

21. Apakah maksud sebenar Anwar apabila menulis, "Adakah Washington benar-benar terperangkap di antara Scylla yang menyokong diktator dan Charybdis yang menggalakkan demokrasi sehingga boleh membawa radikal Islam ke tampuk kuasa?" Adakah bermaksud Anwar menyeru Amerika agar tidak bermain politik, sewajarnya memerangi 'Scylla' yang diktator dan menyokong sepenuhnya 'Charybdis' yang pro demokrasi?

22. Adakah ini bermaksud Anwar telah memberi teguran kepada Amerika, jika Amerika tidak menetapkan pendirian, bukan sahaja diktator terus berkuasa malah mungkin pro demokrasi kehilangan kuasa kerana ditumpaskan oleh radikal Islam?

23. Apakah ukuran "diktator, demokrasi, radikal Islam", Anwar sama seperti ukuran Amerika ? Kalau sama, apakah ciri-ciri yang membezakan terma di atas ? Apakah terma 'diktator, demokrasi dan radikal Islam" berlaku di seluruh dunia Islam ? Kalau berlaku, Anwar berada di pihak mana?

24. Kenapa Anwar hanya memberi memberi contoh demokrasi terbaik di dunia Islam hanya berlaku di Turki dan Indonesia? Adakah ini bermaksud demokrasi tidak baik di Iran, Palestin, Sudan, Mesir, Malaysia dan negara Islam lain?

25. Apa maksud demokrasi terbaik di Turki dan Indonesia ? Adakah kerana sikap kerajaan itu yang sanggup sujud kepada Amerika dan pro Israel?

26. Apakah maksud sebenar Anwar apabila menulis, "rakyat Indonesia telah membuang undi sebanyak 2 kali, dan mereka dengan berjaya menolak radikal Islam, yang cuba untuk menaikkan agenda mereka melalui jalan lain? Sekali lagi, perkara tersebut telah berhadapan dengan laungan "tidak" terhadap pertubuhan Islam yang utama".

27. Apa maksud Anwar apabila menukilkan, "demokrasi berperlembagaan tidak dapat berakar umbi dalam sebuah masyarakat, sama ada sekular atau Islamik, tanpa komitmen yang kuat daripada mereka yang memegang kuasa secara politik untuk melindungi hak asas- asas untuk kebebasan, persamaan dan kebebasan untuk semua"?

28. Adakah tulisan di atas mengambarkan Anwar tidak mahu konsep "demokrasi berperlembagaan" (seperti di Malaysia?) dan beliau hanya peruangkan "demokrasi tulin" yang memberi kebebasan dari semua aspek termasuk agama?

29. Apabila membaca keseluruhan tulisan Anwar, apakah yang boleh penyokong PKR simpulkan tetang Anwar? Adakah beliau pembela Islam di Amerika yang sentiasa menepis salah anggap Amerika kepada dunia Islam seperti yang dimainkan peranan oleh Dr Zakir Naik dari Pakistan? Atau Anwar sebagai seorang tokoh politik murahan yang sanggup menggadai prinsip, menyeronokkan dunia Barat dengan kata-kata pujian, serta mengecam semula kelemahan dunia Islam lantaran kerakusannya untuk mendapat nama, kuasa dan naungan politik daripada Amerika?

Sama-samalah kita fikirkan?

Wasabi Politik
Oyabun

Sabtu, 14 Mac 2009

KEADILAN yang wajar diludah!

Kelicikan Anwar telah membuat Pak Lah menuruti "kemahuan" dia. Anwar berjaya mempengaruhi Pak Lah mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail supaya tidak terlibat dengan kes liwatnya. Ekoran kejayaan Anwar mengetepikan peranan Gani Patail selaku Peguam Negara terlibat dengan kes liwatnya, Anwar telah dapat melambat-lambatkan perbicaraan kes liwatnya di mahkamah.

Anwar menggunakan alasan surat "bertanda-tangan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail mengarahkan perbicaraan kes liwatnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi adalah tidak sah" kerana maksud Pak Lah mengarahkan Peguam Negara supaya tidak terlibat dengan kes liwatnya merangkumi juga seperti membuat keputusan memindahkan perbicaraan kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi.

Begitu hebat kelicikan Anwar sehingga hakim Mahkamah Sesyen pun dia dapat jadikan lembu kena cucuk hidung selain Pak Lah. Hakim Mahkamah Sesyen telah bersetuju berkali-kali dengan bantahan yang dibuat oleh peguam Anwar bahawa pemindahan perbicaraan kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi adalah tidak sah. Akhirnya, bantahan yang dibuat oleh peguam Anwar itu telah memihak kepada pihak pendakwaraya yang mahukan perbicaraan kes liwat Anwar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi sejak dari awal lagi.

1. Wajar diludah KEADILAN parti Anwar ini kerana KEADILAN SENGAJA MELAMBAT-LAMBATKAN PROSES PENGADILAN YANG HARUS DIBIARKAN BERJALAN DENGAN LANCAR.Demokrasi masih hidup di Malaysia. Sidang Parlimen masih berjalan lancar. Jenayah masih berlaku dan dilakukan. Tembak menembak antara Polis dengan penyamun masih berterusan.

Dadah masih diseludup, dijual, diedar dan disalahgunakan. Polis masih menjalankan tugas mereka. Tangkapan masih dijalankan dan didakwa. Bunuh, rompak, samun, rogol, lewat, ragut, sogok dan demonstrasi masih dijalankan. Yang ditangkap dan yang didapati ada saksi dan keterangan dibawa ke Mahkamah untuk dituduh, didakwa dan dibicarakan.

TETAPI ada banyak cara untuk melengah-lengahkan perbicaraan, untuk mengelakan diri daripada dibicara dan diadili dengan segera. Antaranya ialah.....

1. Membuat tuduhan-tuduhan yang Hakim tidak layak mendengar dan membicarakan kes.

2. Satu lagi cara ialah membuat tuduhan bahawa arahan Peguam Negara tidak boleh dipakai.

3. Lagi satu cara ialah peraturan Mahkamah atau peraturan menduduh dan mendakwa yang dijalankan oleh pehak Pendakwa Raya tidak betul.

4. Satu lagi cara ialah peguam bagi tertuduh tidak hadir oleh kerana sakit atau lain-lain sebab. Maka dengan helah dan sebab2 diatas pengadilan keatas sesuatu kes itu terpaksa ditangguh dan menjadi tertangguh. Proses untuk mendapatkan keadilan kepada 'si mangsa' dilambat-lambatkan.

Itu semua demokrasi yang ada di Malaysia. Yang untung peguam. Yang rugi rakyat, duit rakyat, dan duit pembayar cukai. Perbelanjaan kakitangan awam kena dibayar. Elaun mereka kena dibayar.http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=76992. Wajar diludah KEADILAN parti Anwar ini kerana TELAH MELENGAH-LENGAHKAN KEADILAN YANG HARUS DIBERIKAN KEPADA SI MANGSA BERNAMA SAIFUL. Pasti ramai tertanya-tanya termasuk pemuja Anwar "kenapa tidak dibiarkan saja kes liwat Anwar dibicarakan di Mahkamah Sesyen?"

Jawapannya ialah, wajar dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi kerana.....

1. Kita tidak mahu melihat proses keadilan itu dilengah-lengahkan sekali lagi oleh Anwar. Anwar berpeluang melengah-lengahkan sekali lagi proses keadilan jika kes liwatnya dibicarakan di Mahkamah Sesyen kerana.....

2. Kalau nantinya ada keputusan2 yang dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen berhubung perbicaraan kes liwatnya tidak memuaskan-hati ataupun tidak memihak kepada Anwar....

3. Sudah tentu Anwar akan meminta hakim dan Mahkamah Sesyen supaya memindahkan perbicaraan kes liwatnya ke Mahkamah Tinggi dimana Anwar(menerusi peguamnya) akan menggunakan berbagai-bagai alasan lagi seperti berkata "(konon2) dia tidak mendapat perbicaraan yang adil dan harus dipindahkan perbicaraan kes liwatnya ke Mahkamah Tinggi".

4. Kalau sudah ditetapkan secara muktamad sekarang perbicaraan kes liwat Anwar harus dibicarakan di Mahkamah Tinggi, sudah tentu Anwar tidak berpeluang lagi untuk cuba melengah-lengahkan lagi proses keadilan itu agar terus dapat dilaksanakan dan dapat berjalan dengan lancar.

Akan menjadi bahan ketawa kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah dan juga mengikut norma sistem kehakiman negara jika Anwar mahu membawa perbicaraan kes liwatnya ke Mahkamah Sesyen setelah segala keputusan2 yang dibuat oleh hakim berhubung perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi tidak memuaskan-hatinya ataupun tidak memihak kepadanya.

Sepertimana umum telah ketahui Ketua Polis Negara dan Peguam Negara didapati tidak bersalah berhubung aduan yang dibuat oleh Anwar pada tahun lepas bahawa Ketua Polis Negara dan Peguam Negara telah memalsukan bukti siasatan kes matanya lebam dulu.

Anwar sekarang terpaksa berhadapan dengan tindakan saman Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana telah membuat fitnah. Keceluparan mulut seorang pakar membuat putar-belit, pembohongan dan fitnah bernama Anwar terserlah lagi apabila dia mendakwa berlakunya "cover-up" selepas dia mengetahui Ketua Polis Negara dan Peguam Negara didapati tidak bersalah berhubung "aduannya" itu.

Anwar telah membuat satu kenyataan memperlekeh dan menghina jika benar dia mendakwa berlakunya "cover-up" berhubung "aduannya" itu yang tidak memihak kepadanya. Selain Ketua Polis Negara, amat wajar juga sekiranya 3 panel hakim itu yang telah meneliti, menilai dan membuat keputusan bahawa Ketua Polis Negara dan Peguam Negara tidak bersalah dapat mengambil apa2 tindakan undang2 terhadap Anwar.

Integriti dan kredibiliti panel 3 hakim itu harus dipertahankan, tindakan undang2 harus diambil dan dikenakan terhadap si pakar membuat putar-belit, pembohongan dan fitnah seperti Anwar untuk dijadikan sebagai pengajaran.

Wasabi - Isu Panas Politik
Oyabun

Khamis, 12 Mac 2009

TIAN CHUA AKUI PKR SEKULAR!

PAS berselongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM

Kesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahruz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS. Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam. Niz Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS berselongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.

PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR, sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 08, antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.

Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam.

Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya. Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam.

Bayangkan Tian hua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk. DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP.

Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam. Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa.

Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.

Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini. Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR (bagi yang sedar percaturan politik DAP) pada pilihanraya ke12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran.

Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyangah perkara yang sedang dilakukan DAP ini?
Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam? Fikir-fikirkan lah..

Wasabi Oyabun

Ahad, 8 Mac 2009

Keadilan untuk Anwar?






















Siapa kata mahkamah di negara ini akan membuat keputusan yang tidak memihak kepada pembangkang? Rakyat lontarkan pertanyaan ini kerana isu inilah yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat terutama menjelang perbicaraan sebenar kes tuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan isu kemelut Dewan Undangan Negeri Perak sekarang.

Jika dibuat kajian, banyak kes ternyata berakhir dengan mahkamah membuat keputusan menyebelahi pemimpin pembangkang. Antaranya ialah kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan 2004, kes penulis blog, Raja Petra, petisyen-petisyen pilihan raya, kes saman Mahfuz terhadap Utusan dan banyak lagi. Malah UMNO sendiri pernah diharamkan atas keputusan mahkamah.

Rakyat tidak terkejut dengan sentimen yang dimainkan kerana ia bukan baru. Itulah strategi pembangkang, yang sangat difahami majoriti rakyat negara ini. Keadilan hanya untuk pembangkang. Jika apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka maka ia akan dituduh sebagai konspirasi, kezaliman dan kejahatan.

Begitu juga dalam kes Anwar dan Saiful. Daripada awal lagi, pembangkang mengambil strategi pre-emtif seolah-olah Anwar tidak bersalah sedangkan perbicaraan belum bermula. Sekali lagi, isu yang dimainkan ialah keadilan untuk Anwar. Bagaimana pula keadilan untuk rakyat kecil seperti Saiful?

Sebab itu, rakyat tidak faham mengapa ada pihak yang gundah dan mahu melengah-lengahkan perbicaraan kes tersebut sedangkan Anwar telah dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada Ogos tahun lalu - tempoh yang lama.

Lagi lama kes itu tertangguh kepada isu-isu yang berlegar kepada soal semakan permohonan dan bantahan, selagi itulah ia juga menafikan keadilan untuk pengadu kes ini iaitu Saiful.
Harapan rakyat, janganlah ada mana-mana pihak gentar dengan proses keadilan di mahkamah negara ini termasuk bagi kes Anwar - Saiful. Sebenarnya ini adalah kesempatan terbaik kepada Anwar untuk mempertahankan diri dan membersihkan tuduhan terbaru yang dihadapinya.

Setelah dipersoalkan oleh banyak pihak kerana tidak berani melakukan sumpah laknat atau muhabalah sebagaimana yang dilakukan oleh Saiful, Anwar boleh tampil dengan berani dan menyakinkan di mahkamah bagi membuktikan dia di pihak yang benar.

Kepada Saiful, diharap beliau dapat terus bersabar melalui ujian yang amat berat ini. Terbaru, ada laman blog pembangkang yang mendakwa dia tenat akibat sumpah laknat yang dilafazkannya di dalam masjid, tahun lalu.

Sebaliknya beliau kelihatan sihat, cergas dan tenang ketika muncul di balai polis untuk membuat laporan mengenai fitnah yang dilemparkan menerusi laman blog itu, baru- baru ini. Fitnah sebegini pernah dihadapi oleh beberapa tokoh seperti bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan juga Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Musa Hassan.

Adalah menyedihkan fitnah ini menimpa mereka yang cuma menjalankan tugas, tanggungjawab dan mahu menegakkan kebenaran. Golongan pencipta dan penyebar fitnah ini lupa bahawa akhirnya Allah yang menentukan segala-galanya.

Rakyat masih ingat bagaimana suatu ketika dahulu ramai termasuk ulama pembangkang melakukan sembahyang hajat selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan dipenjarakan kerana kesalahan liwat. Malah ada pemimpin pembangkang yang mengaitkan sembahyang hajat itu untuk tujuan pembalasan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang diramalkan akan menerima akibatnya dalam masa terdekat.

Dengan izin Allah, Tun Mahathir bukan sahaja melalui hidup yang lebih tenang, sejahtera malah terus disegani termasuk di peringkat antarabangsa. Apa maknanya? Kita tidak mahu dan tidak layak untuk menafsir panjang. Tetapi seperti kata Saiful dalam laman blognya, yang hak pasti berdiri dan yang batil pasti jatuh.

Wasabi - Oyabun




Rabu, 4 Mac 2009

Mengapa Tiada Tindakan DiAmbil Terhadap " Menteri Parlimen Malaysia " !


Adakah disebabkan kerap ponteng semasa pembukaan sidang Parlimen yang turut disertai oleh Yang DiPertuan Agong, maka kerajaan mengambil keputusan untuk menubuhkan satu lagi portfolio baru didalam kabinet?Adakah ianya benar? Adakah jawatan baru "Menteri Parlimen" Malaysia benar-benar wujud? Kalau tidak wujud mengapa pula ada manusia yang tak tahu malu menganggap dirinya seorang Menteri Parlimen yang mewakili Malaysia.

Adakah pihak Wisma Putra tahu akan perkara ini? Tidakkah Wisma Putra akan kelam kabut jika apa-apa terjadi kepada "Menteri" yang berada di luar negara. Bukankah ini boleh dianggap sebagai satu " penyamaran " tahap " Ranking A " yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana individu negara semasa berada diluar negara? Bukankah " penyamaran " ini akan memalukan Malaysia disebalik nama negara yang sudah terkenal diseluruh pelusok dunia?

Jadual " Menteri Parlimen " berucap :

18:30 – 19:30Al Mirqab Ballroom(I, II, III), Lobby LevelCOMMON CHALLENGES: ADDRESSING TOGETHER EMERGING GLOBAL ISSUES * (Photos )Moderator:- Carlos E. PASCUAL — Vice President and Director, Foreign Policy Studies, The Brookings Institution, United StatesSpeakers:- Madeleine K. ALBRIGHT — Former United States Secretary of State- Anwar IBRAHIM — Minister of Parliament, Federation of Malaysia- David PETRAEUS — Commander, U.S. Central Command- Barham SALIH — Deputy Prime Minister of the Republic of Iraq.

Adakah kerajaan Malaysia akan berdiam diri dengan " penyamaran ranking A " yang memalukan ini? Mengapa tiada tindakan yang di ambil terhadap " Menteri Parlimen " yang disuruh bertaubat oleh Karpal Singh Celaka? Mana rakyat Malaysia nak letak muka apabila ada" Menteri Palsu" pergi bersidang disebuah forum antarabangsa, padahal sidang yang lebih penting yang sepatutnya beliau hadiri dinafikan ( ponteng ). Apakah hukuman yang sewajarnya dijatuhkan kepada " penkhianat " negara ini?

Lihatlah gaya Anwar yang mendakwa mewakili Malaysia ke Forum Dunia Islam anjuran AS dan berjawatan " Menteri Parlimen Persekutuan Malaysia. " klik di sini Bilalah pula SiAnwar ini masuk BN dan mendapat jawatan Minister of Parliament,Federation of Malaysia . Agak kelakar juga kerana ianya bukan setakat satu Malaysia sahaja dia menipu dan kelentong , malah rupa-rupanya Amerika , pemimpin Yahudi , Tok arab kawan-kawan Anwar pun terkena juga.

Apabila pulang Malaysia , Anwar mereka cerita di ceramah-ceramah dan blog mengatakan yang beliau diiktiraf oleh dunia sehingga mereka menjemputnya dan memperjuangkan Islam apabila berdepan dengan Yahudi dan AS . Memang hipokrit dan retorik kuat Anwar ini menipu penyokong-penyokongnya dan rakyat . Rakyat sedang menunggu hukuman yang setimpal yang bakal dijatuhkan terhadap Anwar kerana MENIPU!!! Dan mungkin asyik dengan jawatan baru "Menteri Parlimen" sehingga ketinggalan kapalterbang? Wallahuallam.
Wasabi Oyabun