Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 28 Jun 2011

Terkini - Polis serbu, gelidah sekretariat BERSIH 2.0 di PJ!

Sekretariat BERSIH 2.0 hari ini diserbu dan digelidah oleh polis.

Lima belas anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower. Pejabat BERSIH 2.0 terletak di Seksyen 4, Petaling Jaya.

Maria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini. Sementara itu, menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata, kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi. Tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk.

Mereka menuduh dan mendakwa anggota polis tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggelidah pejabat itu. Sasaran mereka adalah baju-T BERSIH yang sedang dihitung jumlahnya itu oleh polis. Adalah dipercayai serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli.

Walau apa yang berlaku, Oyabun menyokong penuh tindakan polis kerana berjaya menghalang dan melakukan kerja-kerja 'preventive action' bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku pada perhimpunan haram yang ditetapkan pada 9 Julai nanti. Satu pertanyaan kepada sekretariat BERSIH. Buat kerja haram dipejabat yang tidak didaftarkan, perlu kan WARAN ke?

Yang penting sekarang adalah menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan haram kerana ia adalah satu budaya negatif yang mengganggu ketenteraman awam.

Tidak kira siapa pun penganjurnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang cuba menggerakkan budaya perhimpunan haram di negara ini.

CEGAH SEBELUM PARAH...

Wasabi Oyabun

Isnin, 27 Jun 2011

Panas..!!! Pengakuan dan penafian oleh Johari Abdul, pelaku dalam video seks itu adalah Omegay!



Kita tengok aksi bersahaja Johari Abdul apabila dijemput oleh Trio-Dato T untuk melihat adengan seks yang dilakukan oleh 'pemimpin pujaan' beliau. Tanpa disedari Johari Abdul turut tidak mengetahui perbualan beliau turut dirakamkan oleh Trio Dato T!

'It's Not About Anwar, It's About The Scene'! ... Gurauan beliau disambut gelak ketawa Trio Dato T.

Dato Eskay sempat menunjukkan Jam Tangan Omega Anwar Ibrahim kepadanya.

Selang beberapa lama selepas itu, di buat pula penafian yang mengatakan bahawa pelaku dalam video panas itu bukanlah Anwar Ibrahim? Rupanya selama ini Johari Abdul cuba menjadi penjilat setia Anwar Ibrahim demi mengekalkan jawatan dalam PKR!



Memang ada kebenaran seperti yang dikatakan oleh Dato Eskay, Johari Abdul meminta RM 1 Juta sebagai 'Ransom Money'! Aduh! Malunya! Johari Abdul yang telah membuat dokumentari mempertahan Anwar Ibrahim sebenarnya mengaku pelakon itu ialah Anwar Ibrahim! MALU!..mana nak letak muka Brother Jo..!!!

Wasabi Oyabun..

Sampai bila Anwar Omegay mahu berbohong?

Bukti paling penting isu rakaman video seks ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sudah masuk ke mahkamah kelmarin. Dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa video tersebut adalah tulen dan pelakunya 99.9 peratus serupa dengan Anwar.

Terbukti, tiada sebarang tampering (diubah-ubah) dan super impose (pertindihan gambar).

Perkara itu terkandung dalam fakta kes di Mahkamah Majistret selepas trio ‘Datuk T’, Shazryl Eskay, Shuib Lazim dan Abdul Rahim Thamby Chik mengakui bersalah tuduhan menayangkan secara terbuka video tersebut Mac lalu.

Dalam reaksi segera, pihak Anwar dan PKR, kemudian mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa orang dalam video itu bukan beliau. Semuanya sudah boleh jangka. Memang ada segelintir manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri. Penafian dan pembohongan sudah menjadi pakaian hidup golongan itu.

Kalau bukan Anwar, apakah itu ‘hantunya’ atau kembar seperti dalam kisah filem? Dalam zaman serba moden, masih ada pemimpin yang mahu berbohong walaupun bukti sudah kukuh. Kalau di negara lain, pembohongan sebegini tidak mungkin terjadi. Jika berlaku sekalipun, ia tidak bertahan lama sebagaimana yang terdedah dalam beberapa skandal baru-baru ini.

Di Turki, enam pemimpin pembangkang letak jawatan selepas skandal video seks mereka terdedah. Banyak lagi tokoh di serata dunia yang ambil prinsip kebertanggungjawaban selepas skandal terbongkar. Yang bukti masih samar-samar juga berani mengaku dan berundur sama ada mereka dari agama Islam mahupun Kristian. Malah para penyokong dan sekutu mereka sendiri akan beri tekanan supaya meletakkan jawatan demi menjaga imej parti dan organisasi. Nilai moral tetap dijunjung dan mengatasi kepentingan politik.

Tetapi di Malaysia, ketua pembangkang sendiri berjaya main silap mata dan sedihnya, ramai yang terpedaya. Apa jenis pembangkang yang kita ada pun, kita tak tahu. Lekeh selekeh-lekehnya. Memalukan imej negara, umat Islam dan warga dunia. Mana ada di pelosok dunia, ketua pembangkang yang terlibat dua kali kes liwat, skandal seks bersama pelacur dan menipu terang-terang, boleh terus memimpin parti dan pakatan pembangkang tanpa rasa malu dan bersalah.

Bayangkan kalau ditakdirkan Anwar menjadi Perdana Menteri, lingkup negara dan rosak masyarakat. Beliau boleh buat apa sahaja. Ulas panjang pun, buang masa. Kita hanya mampu berdoa agar Allah memberikan petunjuk dan penyelesaiannya. Selicik-licik manusia dan sehebat mana tipu daya serta hipokrasi, tidak mampu menghadapi ketentuan-Nya. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 24 Jun 2011

Pelakon utama video seks panas bakal diketahui nanti!

Lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus” Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa peguam yang mewakili bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah (kanan) berkata, pakar video Amerika yang dirujuk polis Malaysia, telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

“Ini bererti A and B adalah orang yang serupa,” katanya kepada wartawan ketika mahkamah berehat.

Menurutnya, mengikut laporan 4 Jun profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah.

Rakaman video seks itu, memaparkan aksi seks oral dan juga persetubuhan lelaki dan wanita, dianalisis oleh kedua-dua pakar tersebut.

Perkara itu dinyatakan dalam fakta kes pendakwaan yang dikemukakan dalam perbicaraan melibatkan trio 'Datuk T' hari ini.

Pakar berkenaan mendapati, rakaman berkenaan berasal daripada satu alat perakam video yang dirampas daripada Shazryl Eskay.

Pakar berkenaan seterusnya menjalankan analisis pengenalpastian wajah terhadap pelaku seks lelaki berkenaan dan hasilnya didapati menyerupai Anwar.

Anwar juga didapati hadir di sebuah pangsapuri di Ampang, Kuala Lumpur yang menjadi lokasi rakaman video seks tersebut.

Polis telah mendapati kehadiran Anwar bersama salah seorang tertuduh -- Datuk Shazryl Eskay Abdullah -- di apartmen berkenaan pada 21 Februari lalu.

Perkara itu adalah berdasarkan rakaman litar tertutup yang diperolehi polis di apartmen berkenaan.

Berikut adalah fakta kes pendakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur:

1. Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah,
2. Tan Sri A Rahim Tamby Chik
3. Dato' Shuaib Lazim.

Fakta kes

1. Pada akhir bulan Februari 2011, Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah (selepas dirujuk sebagai “Dato' Eskay”) telah pergi berjumpa dengan Dato' Shuaib bin Lazim (selepas ini dirujuk sebagai “Dato' Shuaib”) di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media USB (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (selepas ini dirujuk sebagai “Dato' Seri Anwar”) dengan seorang perempuan warganegara China.

2. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri A Rahim bin Tamby Chik (selepas ini dirujuk sebagai “Tan Sri A Rahim”) berkenaan kandungan peranti tersebut memandangkan ianya sensitif dan melibatkan kepentingan negara.

3. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berjumpa dengan Tan Sri A Rahim di Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Setelah berbincang, mereka bertiga membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti tersebut dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut.

4. Dalam perbincangan tersebut, Tan Sri A Rahim mencadangkan tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui oleh Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib.

5. Pada 19 Mac 20011, Tan Sri A Rahim telah menghubungi seorang bernama Haji Kamarulail bin Sulaiman dan meminta beliau menempah sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara.

6. Pada 20 Mac 2011, Haji Kamarulail telah pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur dan telah menempah bilik Seri Makmur di atas nama Tan Sri A Rahim bermula daripada hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin).

7. Pada 20 Mac 2011, Dato' Shazryl telah meminta ketua wartawan The Star, Sirajinisa bt Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita yang besar demi kepentingan negara.

8. Sirajinisa telah menyebarkan jemputan ini kepada beberapa wartawan dan wartawan-wartawan tersebut pula turut membuat sebaran yang sama pada wartawan-wartawan lain.

9. Pada 21 Mac 2011, ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di Hotel Carcosa Seri Negara seawal jam 9.00 pagi. Dato' Shazryl telah meminta Dato' Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara bagi menyaksikan tayangan video tersebut.

10. Pada jam 10.00 pagi, penayangan rakaman video yang mengandungi adegan aksi lucah ini kemundiannya dilakukan oleh Dato' Shazryl menggunakan sebuah LCD CPU jenama Lenovo kepunyaan Dato' Shazryl. Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Dato' Shazryl juga telah memberi penerangan mengenai rakaman video tersebut. Dato' Shazryl juga telah menerangkan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China. Dato' Shuaib juga hadir pada sepanjang masa penayangan di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tayangan hanya beberapa orang wartawan sahaja yang dibenarkan untuk menontonnya.

11. Tayangan ini mengambil masa di antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya, seramai 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari.

12. Pada 22 Mac 2011, Dato Seri Anwar telah membuat laporan polis berhubung penayangan tersebut vide Tun SHL Report 9703/11.

13. Pada 23 Mac 2011 jam 4.00 petang, satu sidang media telah dilakukan oleh Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut, Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim mengaku mereka bersama Dato Shuaib bertanggungjawab menayangkan rakaman video tersebut kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Negara pada 21 Mac 2011.

14. Pada 24 Mac 2011 jam 5.00 petang, Dato Shazryl dan Tan Sri A Rahim telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. Dato' Shazryl telah menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai sebagai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China.

15. Pada 25 Mac 2011, Dato' Shuaib telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

16. Keterangan mendapat rakaman tersebut diambil dalam sebuah bilik apartment di .... [dipadam] Ampang .... [dipadam] Kuala Lumpur.

17. Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Dato' Seri Anwar bersama Dato' Shazryl di lobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011.

18. Keterangan menunjukkan rakaman video tersebut mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya bogel.

19. Hasil analisa oleh pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang tampering dan superimpose serta berasal daripada satu alat perakan DVR yang dirampas dari Dato' Shazryl.

20. Pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika juga telah menjalankan facial recognition analysis terhadap pelaku seks (lelaki) di dalam rakaman video dan hasilnya mendapati .... [dipadam] adalah menyerupai Dato' Seri Anwar.

Barang kes:

1. Tun HSL Report 9703/11
2. Alat perakan DVR
3. Satu peranti storan media USB (pendrive) LCD CPU jenama Lenovo
4. Laporan pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 22 Jun 2011

Adakah ini sandiwara terbaru BERSIH : SMS ugut bunuh Ambiga, pemimpin Pakatan diedarkan!

Beberapa wartawan dan ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung ugutan bagi membunuh pemimpin NGO itu dan Pakatan Rakyat lewat malam semalam dan awal pagi ini.

SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin PAS serta PKR yang akan terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Ambiga, ketika dihubungi mengesahkan beliau menerima SMS itu.

"Ya, saya juga terima dan akan buat laporan polis,” katanya.

SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti." Klik di sini .

Nasihat Oyabun senang saja : Kalau berani buat, kena beranilah tanggung. Tak kerja, yang pergi cari pasal tu siapa suruh..!!! Kalau PRU tak BERSIH, masakan 5 negeri boleh jatuh ketangan Pakatan Rakyat..!!! Jadi apa sebenarnya tujuan BERSIH 2.0 ini?

Wasabi Oyabun..

Selasa, 21 Jun 2011

MB Khalid kaki demo sokong BERSIH 2.0!

Seperti diduga, perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini turut mendapat sokongan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menyifatkan perhimpunan haram itu sebagai saluran yang amat penting untuk menyatakan pandangan terhadap kerajaan secara terbuka. Katanya, sekiranya pihak berkuasa menyekat pihak berkenaan termasuk Bersih, ia tidak menyelesaikan masalah sebaliknya akan mengundang lebih banyak rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

"Pendekatan menyekat (perhimpunan) tidak akan selesaikan masalah. Saya berpandangan menyekat perhimpunan seolah-olah menyekat demokrasi.

"Namun, pada masa sama perhimpunan itu juga harus dilakukan secara tertib," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam Selangor di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, Malaysia sepatutnya mencontohi tindakan pemerintah di Indonesia yang membenarkan rakyatnya mengadakan demonstrasi mengkritik pentadbiran republik itu. Katanya, amalan pemerintah republik itu memberi kesan positif kepada pertumbuhan negara itu sama ada dari sudut sosial atau ekonomi pada masa ini.

Soal Bersih tidak mengambil kira soal undang-undang negara dan ketenteraman majoriti rakyat, beliau berkata, perkara itu tidak timbul sama sekali.

"Rakyat mesti bijaksana, tak kan mereka hendak robohkan warung, rosakkan teksi bila adakan perhimpunan," katanya.

Komen : Kalau MB Khalid nak cerita pasal BERSIH, lebih baik cerita pasal pentadbiran BERSIH di Selangor tu! Mulut MB Khalid macam longkang. Janji bagai dalam manifesto PRU12 banyak yang belum setle lagi? Khalid jangan lupa pasal BERSIH lah juga negeri Selangor tu dapat ke PR! Nak apa lagi! Buat kerja la... jangan sibuk nak belarak tak habis-habis.

Bercakap dan berjanji memang senang, tapi bila dah berlaku perkara yang bukan-bukan nanti siapa yang mereka akan persalahkan! Penasihat Ekonomi Selangor tu BERSIH sangat ke.!!

Wasabi Oyabun..

Isnin, 20 Jun 2011

Ketidakpuasan hati ahli bukti Pas 'terompah' DAP!

Pengakuan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat mengenai ketidakpuasan hati ahlinya dengan tindakan parti menukar istilah perjuangan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' jelas membuktikan pemimpin dan parti itu sebagai 'terompah' DAP.

Pengakuan itu juga membuktikan kepimpinan Pas lebih takut dan berusaha menjaga hati DAP sebagai sekutu pembangkangnya daripada mengambil kira pandangan ahli-ahli parti sendiri.

Jadi, Nik Abdul Aziz serta kepimpinan Pas memang jelas lebih takut kepada DAP kerana penukaran konsep perjuangan kepada 'Negara Berkebajikan' hanya diumumkan pada muktamar parti itu, baru-baru ini.

Sepatutnya, penukaran konsep itu dilakukan lebih awal melalui referendum atau forum yang diperdebatkan ahli-ahli Pas untuk dipersetujui, tetapi tiba-tiba sahaja diumumkan pada muktamar. Ini satu bentuk jenaka moden!

Pada satu majlis di Kota Bharu kelmarin, Nik Abdul Aziz turut mengakui terdapat segelintir ahli Pas sendiri yang tidak berpuas hati dengan perubahan slogan perjuangan kepada 'Negara Berkebajikan' oleh parti itu.

Lebih mengejutkan, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut mengakui pengguguran nama Islam dalam slogan itu kerana terdapat kaum Cina, India dan ahli UMNO yang takut dengan perkataan Islam dalam perjuangan Pas sebelum ini.

Adalah lebih baik kita jangan mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam dalam parti, sebaliknya merayu parti itu melaksanakannya segera kerana ia semakin mengelirukan masyarakat termasuk yang beragama Islam.

Kenyataan Nik Abdul Aziz adalah pelik dan mengelirukan dan ia jelas membuktikan Pas semakin terdedah kepada kelemahan serta kesilapan. Jadi atas prinsip moral, mereka tidak patut memperjudikan perkataan Islam yang suci itu.

Pertukaran istilah perjuangan Pas itu terjadi kerana wujud perjanjian di antara Pas dan DAP yang didalangi oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim demi kepentingan politik pihak pembangkang.

Hakikatnya, Pas yang sebenarnya tidak nyenyak tidur memandangkan tindakan mengubah laluan bahtera politik mereka dari negara Islam ke negara berkebajikan mula mendapat kritikan ramai.

Walaupun Nik Abdul Aziz cuba berhujah bahawa konsep negara berkebajikan adalah sebahagian intipati yang terdapat negara Islam tetapi semua itu boleh dianggap hujah politik sahaja atau lebih tepat lagi ke arah matlamat menghalalkan cara.

Wasabi Oyabun..