Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 11 Februari 2012

Menjunjung tinggi keadilan sejagat!

Setelah mengeluarkan kenyataan yang amat kontroversi - beliau menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel, Anwar Ibrahim membuat justifikasi bahawa pendirian berkenaan sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjunjung tinggi prinsip keadilan sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Kenyataan ini memang terang-terangan tidak kena sama sekali dengan perjuangan umat Palestin. Keadilan sejagatkah namanya sekiranya negara Israel tegak atas penderitaan umat Palestin? Hak mereka untuk hidup dinafikan dan tanah mereka di rampas, mereka dibunuh dan dipenjara dan mereka dinafikan untuk hidup di tanah air mereka sendiri.

Jadi, kita semua tertanya-tanya kamus politik mana yang dirujuk oleh Anwar untuk membuat justifikasi menjunjung tinggi keadilan sejagat ini? Kenyataan yang tersurat dan maksud yang tersirat menepati kias pepatah 'sekilas ikan di air sudah diketahui jantan betinanya'.

Mana mungkin orang yang mengikuti perjalanan hidup politik Anwar boleh memandang remeh kehadiran ejen asing yang dijadikan kawan sekian lama. Kalau itupun dikatakan suatu helah politik tetapi tidak sampai membuat kenyataan yang sangat menyinggung seolah-olah Anwar bercakap bagi pihak orang lain dan mempunyai maksud politik yang tertentu.

Umat Islam di seluruh dunia tidak akan merelakan penggadaian prinsip berlaku atas dorongan keinginan untuk sampai ke Putrajaya segera.

Bayangkan kalau itulah kenyataan yang dibuat apakah takdirnya Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia (minta dijauhkan Allah) nanti perkara yang pertama yang dilakukan adalah mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

Tentera Israel sentiasa bertindak kejam terhadap penduduk Palestin termasuklah sanggup mengacukan senjata api kepada kanak-kanak yang tidak berdosa.

Kerajaan Malaysia mengambil pendirian tidak mengiktiraf Israel atas asas berlaku ketidakadilan kepada perjuangan umat Palestin. Nampaknya pendirian kerajaan Malaysia jauh lebih jelas dan tegas berbanding kenyataan Anwar itu.

'Membela hak mereka yang dizalimi' memberi maksud seolah-olah selama ini Israel dan kelompok zionisnya dizalimi oleh orang-orang Palestin dan pembelaan harus dilakukan terhadap mereka. Ini adalah kenyataan songsang yang di luar akal kemanusiaan menerimanya.

Semua orang tahu dan Anwar juga tahu kelompok Hamas dan PLO sejak zaman Arafat lagi cuba melakukan rundingan damai. Tetapi apa hasilnya? Hasilnya adalah bedilan peluru yang tidak berperikemanusiaan dan penempatan baru yang merampas hal-hak orang Palestin.

Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tulang belakang mempertahankan negara Israel tahu kezaliman yang berlaku. Apa makna sebuah negara yang menjadi rujukan demokrasi dan kebebasan hak asasi manusia boleh membiarkan ia terjadi.

Jawapannya mudah. Sesiapa yang ingin menang sebagai Presiden di AS mesti mendapat dukungan pelobi zionis dengan jaminan bahawa keselamatan Israel dijamin. Penulis percaya Anwar tahu silat politik zionis ini.

Anwar cuba mengemukakan strategi 'Two State Solution' iaitu suatu gagasan idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang dianggotainya iaitu International Crisis Group (ICG) yang mengesyorkan agar Israel dan Palestin sama-sama diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat di samping mencadangkan agar dunia Islam khususnya negara-negara Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel.

Apakah ini gambaran keadilan sejagat yang ingin dibawa oleh Anwar dan ingin membela yang menzalimi dan bukan dizalimi? Apakah idea itu tercetus daripada rumusan gerakan Islam seluruh dunia? Atau ia adalah corong agen asing yang Anwar jadi jurucakapnya.

Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Aziz Abughoush melihat kenyataan berkenaan sebagai 'pelik dan ganjil'.

"Kami tidak tahu siapa yang sebenarnya memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk yang mencabul undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Asia Barat", tambahnya.

Perkara yang sama diulas oleh Dr. Azzam Tamimi, Wakil Perikatan Pimpinan Ikhwan Muslimin yang berpangkalan di London.

"Ini adalah tindakan seorang pemimpin Islam yang benar-benar tidak layak memimpin,'' katanya.

Dr. Azzam seorang ahli gerakan Islam yang berpengaruh di dunia Islam dan di Malaysia memberikan beberapa asas hujah mempertikaikan kenyataan Anwar itu (rujuk Utusan Malaysia, 9 Februari dan blognya).

Kritikan yang serupa dibuat oleh Dr. Abdul Mu'ti, Setiausaha Pertubuhan Muhammadiyyah sebuah organisasi Islam terbesar di Indonesia dengan menyatakan bahawa kenyataan Anwar merupakan sikap politik yang tidak bijaksana dan ia merupakan kesilapan politik yang sangat serius.

Tegasnya, ia tidak saja menyakiti umat Islam bahkan tidak sesuai dengan sikap dan pandangan masyarakat Muslim di seluruh dunia. Di dalam negara pula, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak setuju dengan pandangan Anwar.

Menurutnya, masyarakat Palestin telah lama tertindas di tanah air sendiri. Oleh itu, setiap rakyat negara ini perlu menyokong perjuangan rakyat Palestin supaya akhirnya mereka dapat hidup di tanah air sendiri dengan aman".

Ia dikongsi oleh Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia), suatu gerakan Islam semasa yang mengambil pendekatan wasatiyyah menyatakan bahawa ia suatu kenyataan yang "menakjubkan" seolah-olah mengiktiraf penjajahan Israel terhadap Palestin dan memandang bahawa Israel dan Palestin mempunyai hak yang sama ke atas bumi Palestin.

Polimik ini disertai sama oleh bekas sahabat baik Anwar, Ismail Mina iaitu Jawatankuasa MUAFAKAT Malaysia sebuah organisasi dakwah yang menampung orang lama ABIM dengan menyatakan bahawa kenyataan itu berbahaya dan boleh mengancam negara.

Malangnya, kepimpinan ABIM dan JIM, PKPIM dan Wadah tidak merasakan kenyataan Anwar itu relevan dengan perjuangan mereka. Pertubuhan ini kelihatan partisan atau pendukung tegar Pakatan Rakyat dan sanggup membisu seribu bahasa mengenai isu ini.

Pertubuhan ini dulunya adalah pejuang barisan depan mengenai isu umat Palestin di Malaysia. Apakah kerana partisan politik kenyataan Anwar itu tidak perlu diberikan pendirian?

Anwar seperti biasa dalam siri ceramahnya di mana-mana akan menyalahkan orang lain dan menuduh akhbar-akhbar di Malaysia memutarbelitkan kenyataannya.

Pengikut tegarnya yang tidak tahu dan taksub kepada kepimpinannya tidak akan berganjak bahawa Anwar sentiasa betul dan sejak dalam ABIM lagi terkenal sebagai tokoh memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Orang-orang yang cerdik dan mengikuti perkembangan Anwar dengan isu pluralismenya, hubungan intimnya dengan agen-agen luar dan kredibiliti moralnya yang merudum dapat membuat timbangan yang rasional.

Kalangan pengikutnya yang tegar tetap menutup pintu minda dan hati untuk tidak mahu berbincang apalagi menerima hakikat bahawa Anwar bukanlah pemimpin yang bersih atau kelihatan bersih.

Buktinya kenyataan Anwar yang terakhir di Wall Streets Journal mempunyai maksud yang tersirat. Kenyataan di BBC juga serupa.

Semakin dekat pilihan raya semakin banyak kenyataan kontroversi dibuat sekadar menggembirakan 'tuan'nya dan mempunyai kesan kepada iklim politik Malaysia masa kini dan masa depan.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 10 Februari 2012

Mengapa Pakatan Rakyat masih amal pilih bulu?


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat bersikap 'pilih bulu' apabila tiada sebarang desakan dibuat ke atas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan ekoran penyebaran gambar separuh bogelnya sebelum ini.

Sambil mempersoal keputusan taklimat tertutup pakatan rakyat tiga tahun lalu yang memutuskan Elizabeth perlu meletakkan jawatan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, kegagalan itu membuktikan pembangkang tidak sensitif berhubung isu moral pemimpin mereka.

Dakwanya, dalam taklimat tertutup yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang tersebut memutuskan Elizabeth perlu melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

"Dalam taklimat yang turut dihadiri Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim itu, pucuk pimpinan PKR sebulat suara memutuskan supaya dia Elizabeth meletakkan jawatan.

"Namun sehingga hari ini, kita lihat Elizabeth masih bertugas dan perkara ini membuktikan pembangkang mengambil jalan mudah untuk berdiam diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap berdiam diri pembangkang yang tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap Elizabeth semenjak penyebaran gambar separuh bogelnya.

Sementara itu, bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong pula menyifatkan Elizabeth sebagai seorang yang mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab kerana tidak tampil untuk meletak jawatan.

"Dia sepatutnya bertanggungjawab terhadap perkara itu dan tampil memberi penjelasan kepada rakyat kerana dia adalah pemimpin.

"Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dia tidak rasa malu dengan kisah aib itu bahkan turut sama berdiam diri dan membiarkan rakyat tertanya-tanya di manakah kebenaran isu tersebut," katanya.

Tambah Lum Yong, sikap berdiam diri yang ditunjukkan pembangkang juga menunjukkan mereka masih mengamalkan konspirasi dengan hanya mencari salah pihak lain.-UMO

Wasabi Oyabun..

Khamis, 9 Februari 2012

Anwar dicabar saman 3 pihak!...Ada berani ka?


Demi membersihkan namanya yang tercalar dengan pelbagai tuduhan, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dicabar menyaman tiga pihak untuk menyelesaikan kemelut yang memalukan itu.

Bekas Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip berkata, tiga pihak itu ialah Datuk Eskay Abdullah, Ummi Hafilda Mohd Ali dan akhbar berpengaruh Wall Street Journal edisi Asia.

Beliau berkata, Eskay adalah orang yang bertanggungjawab mendedahkan bahawa individu atau pelaku yang terlibat dalam video seks dengan ‘China Doll’ ialah Anwar, termasuk membuat sumpah di dalam sebuah masjid di Wilayah Persekutuan bagi mempertahankan kenyataannya.

"Ummi mendakwa Anwar berzina dengan kakaknya iparnya. Wall Street pula melaporkan kenyataan Anwar yang menyokong segala langkah untuk menjamin keselamatan rakyat Israel walaupun beliau menyatakan kenyataan itu tidak tepat.

"Sebagai seorang yang kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar tidak boleh berdiam diri atau sekadar hanya menjawab di pentas ceramah.

“Dia perlu tampil membersihkan dirinya dengan mengheret individu terbabit ke muka pengadilan dengan segera dengan memfailkan saman malu," katanya pada sidang media di sini petang semalam.

Kalau berani saman la ANWAR AL-JUBURI WOOOOOOIT..!!!Jangan KITA lupa hubungan Anwar dengan Martin Indyk, seorang Yahudi yang juga bekas Duta Amerika ke Israel. Juga hubungan Anwar dengan seorang lagi Yahudi bernama James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia. Dan rakyat Malaysia pasti tak lupa hubungan akrab Anwar & Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika yang begitu biaDAP menghina Kerajaan Malaysia semasa datang sebagai tetamu Kerajaan dalam sidang APEC 1998 di Kuala Lumpur.

Begitu juga hubungan akrab Anwar dengan seorang lagi yahudi bernama William Cohen, bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan Amerika semasa zaman Presiden Bill Clinton. Dan jangan lupa juga Michael Danby, seorang keturunan Yahudi yang menjadi Ahli Parlimen di Australia, menjadi penyokong kuat kumpulan seks bebas Gay & Lesbian di Australia, dan mengetuai kumpulan beberapa Ahli Parlimen Australia yang mendesak Kerajaan menggugurkan tuduhan liwat Anuwar terhadap stafnya Saiful.

Anwar terpaksa “berlari” ke New York “melutut” minta maaf kepada Yahudi apabila timbul isu dia mengkritik isu APCO Yahudi di Malaysia! INILAH SIKAP HIPOKRIT MANUSIA BERNAMA ANWAR AL-JUBURI, PAKAR SANDIWARA POLITIK DUA ALAM; SANA CAKAP LAIN, SINI CAKAP LAIN…TIPU MELAYU TIPU CINA TIPU INDIA...TIPU MAKCIK2 KAMPUNG TIPU PAKCIK-PAKCIK NELAYAN..KAH KAH KAH...boleh belah la lu..!!!


Wasabi Oyabun..

Rabu, 8 Februari 2012

Kematian misteri pemberi maklumat ( Whistle blower ) ada kaitan dengan skandal pasir di Selangor - RPK!



Pengendali portal berita Free Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini mendakwa kematian ahli perniagaan, Datuk Patrick Wong Kie Yik yang terjatuh dari balkoni rumahnya pada 19 November 2009, sebenarnya dibunuh.

Lebih mengejutkan, Raja Petra mendakwa kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan pasir membabitkan pemimpin pakatan pembangkang di Selangor.

Katanya, ia berdasarkan pertemuan antara beliau dengan mendiang di United Kingdom pada Oktober 2009 atau sebulan sebelum kejadian itu, di mana Patrick telah berjanji untuk mengumpul maklumat mengenai penyelewengan pasir untuk disiar dalam Free Malaysia Today.

Jelas Raja Petra, beliau percaya tiga perompak bersenjata parang yang memecah masuk rumah mendiang di Bukit Bandaraya, Bangsar, adalah pembunuh yang diupah oleh pihak yang terbabit dalam penyelewengan pasir kerana bimbang isu rasuah tersebut didedahkan Patrick.

“Seorang kawan baik saya telah dibunuh dan saya ingin tahu mengapa. Sekarang, selepas hampir tiga tahun, saya memiliki bukti yang akan mendedahkan cerita ‘rasmi’. Sumber dalaman memberitahu saya ia bukan rompakan, ia satu pembunuhan berkait dengan perniagaan.

“Ini kerana selepas pertemuan di United Kingdom, Patrick meminta tempoh sebulan untuk mengumpul maklumat mengenai sindiket perlombongan pasir di Selangor, bererti pada November saya boleh mula menyiarkan pendedahan itu tetapi ia tidak berlaku.

“Beberapa minggu kemudian, Patrick dibunuh. Polis kata mendiang maut kerana terjatuh tetapi laporan bedah siasat mendapati kematiannya disebabkan kecederaan di kepala dan leher (seperti dicekik),” dakwanya seperti mana dipetik dari http://www.freemalaysiatoday.com.

Dalam kejadian pada 19 November 2009 lalu, Patrick, 57, yang ketika itu berada dalam bilik komputer dilaporkan maut apabila terjatuh daripada balkoni, ketika cuba menyelamatkan diri selepas panik melihat dua daripada tiga perompak menyerbu tingkat atas rumahnya.

Bagaimanapun, anak perempuan dan lelaki Patrick yang masing-masing berusia 18 dan 25 tahun serta pembantu rumah tidak diapa-apakan, sebaliknya perompak hanya melarikan dompet mangsa berisi USD300 (RM1,018) dan telefon bimbit milik anak perempuan mendiang.

Dalam pada itu, sebagai memperjuangkan kematian sahabat baiknya itu, Raja Petra berikrar akan mendedahkan segala bukti rasuah dan penyelewengan pasir yang didalangi beberapa pemimpin pakatan pembangkang selepas tiga tahun beliau mengumpul maklumat.

Ujarnya, tindakan tersebut demi memberi penghormatan kepada Patrick kerana mendiang semasa hayatnya menentang aktiviti rasuah dan penyelewengan pasir di Selangor yang seolah-olah ‘dihalalkan’ walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui perkara itu.

“Sekurang-kurangnya saya dapat memberi penghormatan kepada mendiang walaupun sedar dengan risiko nyawa yang terpaksa saya hadapi tetapi jika apa yang berlaku pada Patrick terjadi ke atas saya, ia mengesahkan apa yang saya kata (pembunuhan) tentang mendiang,” dakwanya.

Pyssss...Baik Anwar mahupun Khalid Ibrahim langsung tidak menafikan dakwaan Raja Petra Kamarudin. Begitu juga dengan portal kegemaran juak-juak pembangkang langsung tidak 'highlight' dakwaan RPK, kecuali portal Free Malaysia Today.









Wasabi Oyabun..

Selasa, 7 Februari 2012

Sokong Israel seperti hapuskan Palestin!

Dalam wawancara dengan harian terkemuka, The Wall Street Journal edisi Asia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongannya terhadap keamanan dan keselamatan negara Yahudi, Israel.

"Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel," kata Anwar dalam wawancara tersebut.

Wawancara yang dilakukan Januari lalu itu bukan sahaja menyebabkan rakyat Malaysia terkejut, tetapi juga umat Islam antarabangsa, termasuk di Indonesia, mereka berasa hairan dan tertanya-tanya.

Adalah amat malang untuk pemimpin seperti Anwar yang ketokohan beliau begitu dikenali di Indonesia membuat kenyataan seperti itu ketika beliau sedang giat mencari sokongan politik.

Sebagai pemerhati masalah Palestin dan Asia Barat, saya pun terkejut membaca kenyataan pemimpin pembangkang dari negara jiran tersebut di media online.

Seperti kita ketahui Palestin adalah masalah sensitif dan terus menjadi sorotan dunia antarabangsa. Berpuluh-puluh tahun (sejak 1948, bersamaan berdirinya negara Israel), bangsa Palestin ditindas dan dijajah hingga hari ini oleh Israel.

Akibat penjajahan dan penindasan itu, bangsa Palestin berpecah-belah dan menjadi pelarian di seluruh pelosok dunia. Penduduk Palestin sekitar 6 juta orang, sebahagiannya iaitu kira-kira 2.7 juta menetap di tebing barat, 1.5 juta orang menetap di Genting Gaza dan selebihnya menjadi pelarian di negara-negara Arab, Teluk dan Afrika.

Dalam sejarahnya pula, negara Israel didirikan di atas tanah yang dirampas daripada Palestin dan hingga kini terus meluaskan pembangunan pemukiman Yahudi, sehingga menyebabkan semakin sempit wilayah geografi Palestin kesan pencerobohan yang dilakukan oleh pemerintahan zionis tersebut.

Ketika melancarkan buku barunya kelmarin yang berjudul, Gilad Atzmon: Catatan Kritikal Palestina dan Masa Depan Zionisme, Ahmad Syafii Maarif menyatakan, masalah Palestin bukan masalah agama atau etnik.

"Masalah Palestin adalah masalah kemanusiaan," kata beliau.

Buku baru bekas Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiah itu adalah hasil interaksi dirinya dengan Gilad, bekas anggota tentera udara Israel, yang membelot dan kini menetap di England.

Gilad menentang keras pemerintahan rasis Israel, dan menyokong perjuangan kemanusiaan membela Palestin.

Hakikatnya, organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Liga Arab dan lain-lainnya tidak mampu membendung serta menghentikan tindakan ganas yang dilakukan Israel terhadap Palestin.

PBB yang dikuasai Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, selama ini lebih menyokong tindakan Israel. Sementara negara-negara Arab tidak boleh melakukan banyak tindakan kerana sebahagian besar adalah sekutu rapat AS.

Jika ada negara yang dengan tegas membantu dan menyokong Palestin, seperti Iran, pastilah akan dimusuhi AS dan Barat, dengan pelbagai alasan klasik.



Perjuangan Palestin meraih kemerdekaan dan berdiri sebagai negara yang bebas, memang sangat mencabar. AS dan Barat yang memveto cadangan kemerdekaan Palestin tidak mengambil kira kejahatan Israel yang melebihi aksi pengganas dengan membunuh ratusan ribu warga Palestin.

Ia seperti mana peristiwa pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Sabra Shatila dan aksi-aksi keji lainnya, termasuk penyerbuan ke Gaza tahun 1998 lalu.

Ia menjadi catatan penting pelanggaran serius hak asasi manusia dan pengingkaran terhadap nilai-nilai kemanusiaan oleh Israel, jelas membuktikan bahawa Israel adalah negara 'penaja' keganasan dan pengganas.

Ketika negara-negara Arab sukar bersatu, maka seharusnya penyatuan dan penggabungan dokongan terhadap perjuangan bangsa Palestin ditingkatkan.

"Bangsa Arab juga salah kerana ikut menyekat rakyat Palestin seperti di Rafah, Mesir. Tapi penyatuan kemanusiaan harus terus diperjuangkan bagi menyokong Palestin," kata bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, dalam majlis pelancaran buku Ahmad Syafii tersebut.

Meningkatkan semangat dan penyatuan kemanusiaan terhadap bangsa Palestin memang harus terus dilakukan, biar apa pun yang terjadi.

Politik bebas Indonesia setakat ini belum mampu dipraktikkan secara tegas dan nyata. Sokongan terhadap perjuangan Palestin lebih banyak sekadar seruan dan ucapan. Tindakan yang konkrit belum banyak dilakukan.

Indonesia dan juga Malaysia berpotensi menjadi pelopor perjuangan dan sokongan terhadap Palestin.

Oleh itu, tidak sepatutnya jika perjuangan kemanusiaan tersebut dirosakkan oleh individu-individu atau pemimpin Islam yang mendakwa membela dan memperjuangkan bangsa Palestin, tetapi hakikatnya turut menyokong negara zionis Israel.

Menyokong Israel sama seperti menyokong penghapusan bangsa Palestin. Jangan sampai terjadi seperti itu.

Oleh HERY SUCIPTO
(dipetik dari akhbar Rakyat Merdeka)
PENULIS ialah Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiyah Jakarta.


Wasabi Oyabun.

Isnin, 6 Februari 2012

Anwar dinasihatkan tutup mulut 'longkang'!

Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) menasihati Anwar Ibrahim agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang meragukan kerana ia boleh memecahbelahkan umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, perbuatan ketua pembangkang itu menafikan apa sahaja yang diperkatakan setelah perkara tersebut menerima kritikan dan menjadi kontroversi, mengakibatkan kekeliruan kepada orang ramai.

"Kemungkinan orang yang bercakap dalam isu ini (menyokong Israel) tidak bermaksud hendak menyokong, tetapi perkataan dia itu dianggap jelas menyokong.

"Jadi nasihat saya kepada orang yang selalu mengeluarkan kenyataan seperti ini, lebih baik dia tak bercakap. Kalau meragukan atau memecahbelahkan manusia, buat apa dia bercakap," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Surau Ehsaniah, Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Baru-baru ini, Anwar dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) menyatakan sokongan terhadap semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.

Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.

Menurut Fathul Bari, Islam tidak pernah memberi pengiktirafan kepada agama Yahudi dengan menyatakan sokongan mahupun melakukan perkara yang menggembirakan mereka.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 5 Februari 2012

Malaysia tidak terjamin bawah Anwar!


Seorang demi seorang rakan rapat yang satu ketika dahulu begitu memuja Anwar Ibrahim, melangkah kaki meninggalkan beliau. Ezam Mohd. Nor, Chandra Muzaffar dan Zulkifli Nordin antara beberapa nama yang bertindak demikian dengan seribu satu fakta dan kenyataan kerana tidak sanggup lagi bersekongkol dalam kemungkaran.

Salah seorang rakan baik Anwar yang juga pernah menganggapnya sebagai mentor, DATUK AIDIT GHAZALI, turut mengambil tindakan sama. Dalam pertemuan di kediamannya Rabu lalu, Aidit yang pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perkembangan Minda (INMIND), dengan tenang menjelaskan kenapa beliau tidak lagi sanggup bersama pemimpin pembangkang itu.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia, beliau mengatakan bahawa Anwar bukan lagi seperti yang beliau kenali dahulu. Anwar baginya, bukan lagi seorang yang boleh diharapkan dari segi kewibawaan perjuangan dan pemikiran Islam.

Beliau yang pernah bergiat aktif di dalam ABIM satu ketika dahulu turut memberi sebab-sebab utama kenapa kini menolak untuk bersama Anwar, antaranya sifat kemaruk kuasa, kelonggaran pendirian dalam isu-isu berkaitan Islam dan beberapa lagi.

Selain itu beliau yang kini menjawat Pengerusi Eksekutif Akademi Aidit turut mengungkap permasalahan perpecahan di kalangan umat Melayu/Islam, pluralisme dan gaya kepimpinan yang boleh dijadikan contoh.

MINGGUAN: Sejak zaman mahasiswa lagi Datuk amat rapat dengan pemikiran dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengapa sekarang Datuk sangat kritikal terhadap perjuangan dan pemikirannya?

AIDIT: Zaman 1970-an dan awal 80-an adalah zaman di mana tahap idealisme Islam dalam kalangan mahasiswa serta mahasiswi Muslim di seluruh dunia Islam sangat tinggi. Pelbagai faktor menyumbang kepada fenomena ini. Antara lain, kesan usaha dakwah pelbagai jemaah Islam yang muncul di hampir seluruh pelosok dunia Islam, krisis sistem ekonomi, politik dan pendidikan yang berasaskan nilai serta budaya Barat dan juga interaksi yang semakin rancak antara para pelajar kita yang dihantar belajar ke luar negara dengan rakan-rakan mereka dari negara-negara Islam yang lain.

Generasi muda di Malaysia termasuk saya tidak terpisah daripada arus positif ini. Maka secara logiknya, proses pencarian ilmu, wadah gerakan Islam serta contoh mithali berjalan dengan gigih. Saya diketemukan dengan sahabat-sahabat daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat dalam menubuhkan ABIM (United Kingdom) pada awal 1980-an. Ketika itu Anwar ialah Presiden ABIM.

Memandangkan sifat saya yang meletakkan standard tinggi pada apa yang saya buat dan pegang dalam hidup, maka Anwar ketika itu layak menjadi contoh perjuangan saya atas kewibawaan diri yang beliau tonjolkan ketika memimpin ABIM sehingga beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan terlibat dalam peristiwa-peristiwa pasca 1998.

Tetapi sejak beberapa tahun ini, khususnya setelah PRU-12, pendirian saya mula goyah dan penuh pertanyaan apabila saya melihat dalam percaturan Anwar berlakunya: pertama, sifat terlalu kemaruk memegang kuasa secara pintas, dengan khabar bahawa berpuluh wakil rakyat BN akan berpaling tadah selepas PRU-12 dan baru-baru ini dengan laungan untuk menjadi Perdana Menteri walau apa pun berlaku.

Kedua, kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan DAP yang jelas tidak mahu pada negara Islam. Ketiga, pengasingan diri ramai bekas kenalan Anwar dalam kalangan ulama, cendekiawan Islam yang saya hormati dan sahabat-sahabat karib beliau dalam pergerakan Islam.

Keempat, kelonggaran pendirian beliau berkaitan dengan isu penggunaan nama Allah, penterjemahan Bible ke Bahasa Melayu, isu LGBT, isu menjaga keselamatan Israel, kefahaman pluralisme terhadap Islam dan kelima, sikap kurang tegas beliau terhadap golongan yang mencabar IMR (martabat Islam, kedudukan umat Melayu sebagai kustodian Islam di Malaysia serta pemeliharaan Institusi Raja sebagai Pelindung dan Pemayung agama Islam di Malaysia).

Sifat kompromi melampau beliau atas kepentingan politik sehingga menimbulkan kekhuatiran saya yang amat sangat bahawa masa depan Islam dan umatnya di Malaysia tidak lagi terjamin jika Anwar dan pakatan politik beliau menerajui negara.

Terhadap isu-isu moral yang didakwa disabitkan dengan beliau juga ada kesan besar kepada saya kerana sumber-sumber saya adalah daripada mereka yang mempunyai tahap integriti yang tinggi di sisi saya serta yang bukan ada kepentingan politik dan juga mereka yang satu ketika dahulu mempunyai tahap kepercayaan terhadap Anwar yang melebihi tahap saya.


Namun jiwa saya bukan jiwa menghukum. Justeru, tanpa isu-isu moral ini pun, saya sudah ada cukup asas untuk tidak lagi berpegang pada Anwar sebagai insan yang saya boleh pegang dari segi kewibawaan perjuangan dan pemikiran Islam beliau. Saya telah capai pada peringkat ini dalam keadaan penuh kesedihan kerana satu ketika, saya sangat sanjung kemampuan dan peribadi beliau.

Anwar dikatakan mendukung fahaman pluralisme yang kelihatan bercanggah dengan fahaman arus perdana ahli Sunah Wal Jamaah. Apa pandangan Datuk mengenai aliran fahaman sebegini dan kesannya kepada akidah umat?

AIDIT: Fahaman pluralisme yang meletakkan kesucian dan kebenaran agama Islam pada tahap sama dengan agama-agama serta kepercayaan lain adalah kefahaman yang jelas sesat. Ia boleh menggegarkan syahadah seseorang Muslim kerana ia seolah-olah mempersoalkan martabat Islam sebagai satu-satunya agama yang benar di sisi Allah.

Ucapan Anwar satu ketika dahulu di United Kingdom berkaitan pluralisme kononnya di hadapan audiens yang bukan Muslim dan wajarlah kononnya beliau membawa pandangan yang melihatkan sifat keterbukaan seorang Muslim. Tetapi pada saya, ada perkara yang kita boleh kompromi dan ada perkara pokok yang kita tidak boleh langsung berkompromi, lebih-lebih lagi jika ia disabitkan hal akidah (pegangan agama Islam) dan soal Syariah yang jelas hukumnya. Jika seseorang itu sudah mula berkompromi satu hal pokok, maka kekhuatiran saya adalah ia akan sanggup melonggarkan hal-hal pokok yang lain sehingga nanti seluruh akar Islam itu tercabut dan mungkin diganti dengan baja pemikiran, benih kefahaman dan pokok pegangan yang langsung tidak ada sifat Islam.

Justeru perjuangan saya dalam agenda IMR adalah supaya jangan nanti nasi jadi bubur, jangan sehingga menangis tak berlagu tentang akibat pada Islam dan umatnya dan jangan pula saya kesal kemudian akibat berdiam diri yang tidak kena pada tempatnya. Umat Islam yang kurang faham implikasi halus yang dibawa oleh fahaman pluralisme akan mula nanti membelai sifat berkompromi dengan tuntutan agama Islam dalam hidup kita; mereka akan berjinak dengan sifat liberal dan tuntutan yang haram boleh jadi halal dan yang halal boleh ditegah, serta macam-macam lagi pemikiran yang kabur kerana pegangan kita pada agama yang satu sudah dicairkan.

Perpecahan kalangan umat Islam di Malaysia amat membimbangkan. Apakah faktor yang menyebabkan ia berlaku dan mungkin ada jalan keluar darinya?

AIDIT: Pelbagai analisis tentang perpecahan umat Islam telah dikupas oleh pihak-pihak lain. Kebanyakannya ada asasnya. Saya tidak berniat untuk mengulanginya. Tetapi faktor-faktor yang paling ketara saya yakini menjadi penyebab pada hari ini adalah lima yang utama.

Pertama, tahap ilmu dan kemahiran untuk menilai sesuatu perkara termasuk maklumat yang diterima, secara waras, bijaksana, berfikiran panjang dan menyeluruh.

Kedua, ketandusan ikon-ikon insan atau manusia-manusia yang boleh masyarakat jadikan ikutan dan rujukan yang diyakini tidak berbelah bagi dan yang bersifat adil serta membina dalam penilaian mereka.

Ketiga, masalah ketaksuban yang amat sangat dalam kalangan sebahagian masyarakat terhadap tokoh-tokoh kesayangan mereka dan wadah pilihan mereka sehinggakan ketaksuban kepada Allah dan Rasul-Nya, serta ketaksuban terhadap kebenaran telah diketepikan tanpa sedar.

Keempat, suasana yang tidak kondusif pada perpaduan akibat budaya menghasut, berdendam dan takbur bahawa diri mereka yang benar dan kelima, kurangnya alternatif atau pilihan bagi umat Islam yang kecewa dan seolah-olah hilang harapan pada wadah-wadah sedia ada. Penyelesaiannya adalah supaya kita tinjau serta kaji sedalam-dalamnya punca pada faktor-faktor ini dan kita selesaikan pada punca-punca.

Yang penting kita berusaha secara sistematik dan berterusan. Soal bila kita berjaya jangan kita jadikan desakan utama kerana itu urusan Allah. Saya juga tidak mahu terperangkap dalam membuat kerja secara gopoh sehingga mengorbankan kualiti dan berkat Allah dalam perjuangan saya.

Pada pandangan Datuk gaya kepimpinan yang bagaimana seharusnya menjadi sumber ikutan dan teladan dalam realiti masyarakat berbilang kaum dan agama?

AIDIT: Sebenarnya, jika kita memahami Islam secara menyeluruh serta kandungan al-Quran, sunah Rasulullah, sejarah hidup para ulama dan tokoh Islam serta hakikat bahawa pintu ijtihad tidak ditutup, soal masyarakat majmuk ini bukan faktor besar. Madinah yang dijadikan sebagai contoh negara Islam pertama pun bukan semua warganya beragama Islam.

Justeru, masyarakat yang sama ada keseluruhannya umat Islam atau bersifat majmuk berkehendakkan gagasan kepemimpinan yang boleh memberi mereka keyakinan, harapan, pengukuhan, bimbingan serta jawapan pada pelbagai kemelut dan cabaran. Dalam konteks ini, saya melihat bahawa belum ada seorang yang boleh sampai pada tahap itu. Yang kita perlu adalah gagasan kepemimpinan yang saling melengkapi antara satu sama lain.


Justeru jika sesebuah negara itu mempunyai seorang pemimpin utama, maka amat penting sekali mereka yang di kelilingnya mestilah mereka yang juga mencerminkan tahap kepemimpinan tinggi, khusus dari segi kemahiran, ilmu, integriti, moral, amal ibadat, niat suci, rekod prestasi, hubungan masyarakat, jiwa murabbi, rekod prestasi, pergaulan, wawasan dan gagasan mentor yang hebat. Jika budaya kita tidak menjurus ke arah formula ini, maka kita mesti bergerak ke arahnya sebelum terlambat.

Anwar dikatakan membuat kenyataan kontroversi mengenai Israel yang disiarkan dalam Wall Street Journal. Apa pandangan Datuk dalam konteks sikap politik yang diambil dan kesannya terhadap perjuangan umat Palestin?

AIDIT: Kenyataan Anwar itu memang langsung tidak boleh diterima, walau apa pun alasan beliau. Israel adalah sebuah negara yang kewujudannya dari segi Islam adalah haram. Warganya kebanyakan berjiwa Zionis yang jelas bermusuh dengan Islam.

Rekod rejim Zionis juga terkenal dengan kezaliman bersifat Firaun terhadap umat Islam di Palestin. Jadi untuk membuat kenyataan itu walau atas kepentingan apa sekalipun tidak boleh diterima. Ia ibarat mencurah air garam yang sedang menggelegak panasnya ke atas luka yang masih berdarah dengan isi badan terdedah.

Mereka yang diam seribu bahasa termasuk rakan-rakan Anwar yang sering berhujah tentang kezaliman Zionis dan memperjuangkan umat Islam Palestin mesti bersuara untuk membuat pendirian. Ini yang saya lihat adalah ujian asid sama ada taksub kita pada Allah dan kebenaran atau taksub kita pada manusia?

Pendirian kita terhadap perkara-perkara yang mencabar Islam dan umatnya seperti yang saya sebutkan awal tadi juga adalah ujian asid dari segi di mana terletak prinsip kita. Kita mesti ingat bahawa manusia tidak sempurna. Janganlah disamakan kesempurnaan Allah dengan kehebatan mana-mana manusia sehingga kita sanggup menggadai agama sendiri demi kepentingan politik duniawi dan keseronokan sementara.

Sebahagian besar penganalisis berpendapat bahawa masyarakat Islam di Malaysia kini berhadapan dengan masalah persepsi. Apa pendapat Datuk terhadap perkara ini?

AIDIT: Saya amat bersetuju dengan pandangan ini. Memang kita kini dibelenggu dengan masalah persepsi. Masalah ini bersifat akumulatif, yakni telah membesar dengan peralihan masa dan tidak diatasi ketika ia masih kecil.

Antara penyebabnya adalah pengalaman buruk masyarakat dengan pihak-pihak yang berkepentingan secara tidak beretika, kawalan emosi yang diganggu dengan budaya menghasut, budaya fitnah dan budaya agresif yang bertentangan dengan nilai serta tata susila hidup kita, termasuk apa yang berlaku di sebahagian masjid, surau dan kebanyakan laman sesawang dan blog/facebook dalam Internet; ketaksuban yang pada tahap melampau terhadap tokoh dan wadah sehingga maklumat yang sahih pun ditolak jika mencemarkan tokoh dan wadah mereka; ketandusan pilihan-pilihan lain bagi mereka yang kecewa; realiti ibarat mencurah air di daun keladi dengan satu pihak ada yang membuat baik dan di satu pihak pula ada yang membuat perkara-perkara yang mencairkan usaha baik; kurang usaha turun ke akar umbi dengan penuh tawaduk dan ikhlas serta tidak bermusim; dan akhir sekali, kurang mencari berkat Allah dalam apa yang kita buat.

Namun, kita jangan pasrah. Kita mesti kuasai profil masalah persepsi ini secara lengkap dan mendalam. Sesuaikan penyelesaian pada kelompok-kelompok yang terlibat. Dekati mereka tanpa prejudis dan pasrah. Jadi contoh yang baik dari segi perlakuan kita sendiri dan yakin pada takdir Allah untuk membuka hati mereka yang Allah pilih. Pastikan ahli-ahli keluarga kita dahulu yang kita bimbing sebelum kita nak bimbing orang lain. Jangan lupa doa berterusan.

Dan akhir sekali, mesti rasa seronok buat kerja perjuangan supaya tahap pengorbanan kita bukan dijana oleh kepentingan material dan duniawi tetapi dipacu dengan sifat cinta pada agama Islam, umatnya, Institusi Raja sebagai pelindung agama Islam dan hasrat kita untuk membuktikan kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia ini bahawasanya umat Islam memang umat terbaik di sisi Allah.-UMO

Wasabi Oyabun..