Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 19 September 2011

Ibarat ‘Lalu jarum, lalu kelindan’!

Mula-mula mereka mohon, lepas itu ugut. Itulah yang berlaku apabila Pengerusi kepada Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia, Tan Sri William Cheng mengkehendaki kerajaan mengenakan cukai import kepada besi yang diimport daripada Indonesia dan Thailand.

Beliau menyatakan besi kita yang dieksport ke sana dikenakan cukai sehingga 45% sedangkan yang kita import daripada mereka tidak dikenakan apa-apa cukai. Ini meletakkan syarikat beliau dalam keadaan kurang dayasaing dengan syarikat asing. Beliau menyatakan, kalau kerajaan tidak akan mengenakan cukai tersebut, beliau akan membawa operasi syarikatnya ke Indonesia.

Pada waktu yang sama rumusan daripada suatu perbincangan di kalangan peniaga-peniaga runcit bangsa Cina, mereka tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan untuk membuka kedai rakyat yang katanya membunuh peniaga runcit Cina.

Begitu berani bangsa lain sekarang ini bersuara bukan saja setakat memohon lagi tetapi sehingga mengugut dan usaha kerajaan untuk menawarkan harga barang-barang keperluan dengan lebih murah lagi ditentang. Apakah ini akan menjadi trend golongan ini sehinggakan usaha kerajaan membantu rakyat dilihat sebagai suatu ancaman kepada mereka?

Pepatah Melayu menyatakan ‘Lalu jarum lalu kelindan’. Sekian lama mereka sudah berani bersuara lantang meminta ini dan itu sehinggakan apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu pun sudah berani diminta.

Dan pihak pemerintah kita pula, akur dengan apa jua yang mereka minta. Lama-lama mereka ini pun naik tocang. Kalau orang Melayu bersuara mempertahankan hak mereka, mereka dilabel sebagai rasis atau bersifat perkauman, kalau mereka membuat tuntutan mereka menganggap mencari keadilan.

Lihat saja di keliling kita siapa yang sebenarnya ketinggalan, orang Melayukah atau orang bukan Melayu? Lihat saja taman-taman perumahan yang naik macam cendawan di merata tempat dan kondo-kondo mewah dan mega mewah yang dibina di merata tempat yang orang Melayu tidak mampu untuk miliki.

Kebanyakan tempat kediaman ini jadi bahan spekulasi mereka yang mampu beli bukan untuk tinggal di sana tetapi untuk dijual balik dan ini membuatkan harga rumah melambung tinggi.

Tiada siapa ambil peduli kalau harga rumah naik ‘gila-gila’. Bila pemaju ini tidak boleh jual mereka akan buat pameran dan beri potongan dan orang yang tidak sedar cara ini akan berduyun-duyun pergi ke pameran ini kononnya mereka mendapat suatu tawaran terbaik.

Begitu juga dengan rantaian bekalan apa jua barangan. Kalau kontraktor Melayu dapat projek sekalipun dia akan terpaksa mengadap penjual bahan binaan bukan Melayu untuk mendapatkan bahan binaan mereka seperti simen, batu bata dan besi dan harga yang dikenakan tidak sama dengan kontraktor bukan Melayu.

Rantaian bekalan yang mengandungi pelbagai jenis barangan ini mempunyai pelbagai jenis persatuan yang mampu mengugut kerajaan sekiranya sesuatu keputusan yang dibuat kerajaan tidak mereka persetujui. Dan bila ada usaha untuk memecah bekalan rantaian seperti kedai rakyat yang menjual barang-barang 30% atau lebih lebih murah mereka akan membantah dan menentang kononnya orang mereka mengalami kerugian.

Rantaian bekalan ini tidak termasuk dalam Program Transformasi Kerajaan sedangkan ini merupakan suatu perkara yang penting dan perlu diolah supaya tidak ada sesuatu golongan peniaga membolot segala-galanya.

Contohnya, kalau ada orang Melayu yang mampu menghasilkan sayur-sayuran dan tanam-tanaman mereka sama ada akan ditolak bulat-bulat atau akan tertakluk kepada apa jua harga yang diletakkan oleh pemborong barang-barang tersebut.

Inilah yang membuatkan ramai usahawan dalam bidang pertanian lumpuh dan akhirnya beredar terus. Disebabkan rantaian bekalan ini dikuasai oleh sesuatu golongan peniaga kita melihat harga dinaikkan sesuka hati dan rakyat tidak dapat berbuat apa-apa.

Kalau ditentukan sesuatu had bekalan akan diporakperandakan seperti sanggup membakar anak ayam sekiranya tidak dapat harga ayam yang dikehendaki. Rakyat kini berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat disebabkan oleh harga barang-barang yang melonjak naik sedangkan upah dan gaji tidak meningkat sudah bertahun.

Alasan yang kerap digunakan adalah bekalan daripada negara pembekal terganggu disebabkan faktor cuaca dan lain-lain. Sebenarnya keadaan itulah yang memberikan alasan terbaik kepada peniaga untuk menaikkan harga barang-barang.

Kita patut ada suatu pangkalan maklumat tentang apa yang dihasilkan oleh setiap kampung di negara ini dan ini boleh dipadankan dengan pihak mana yang memerlukan tanpa orang tengah yang lazimnya membuat keuntungan berlebihan.

Kita mempunya banyak agensi pertanian seperti FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI dan macam-macam lagi yang boleh digembleng supaya keperluan pengguna boleh dipenuhi.

Ini boleh diusahakan melalui portal di Internet dan pusat-pusat pengedaran dibuka di seluruh negara. Pengguna bolehlah mengambil keperluan mereka di pusat pengedaran ini. Bagi kampung yang jauh dari pusat pengedaran ini, agensi kerajaan ini bolehlah membantu. Dengan ini pengguna akan mendapati bekalan yang segar.

Berbalik kepada William Cheng, kita berharap Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan Perdasama dan lain-lain NGO patut membuat suatu pendirian dan membuat kenyataan sewajarnya. Jangan kita berdiam diri sahaja. Fikir-fikirkanlah..!!!

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 17 September 2011

Presiden ACCCIM Tan Sri William Cheng sepatutnya kritik DAP dan bukannya Kedai 1Malaysia!

Jika kita masih ingat inilah propaganda yang dimainkan sebelum PRU ke-12 yang lalu. Tujuan mereka hanyalah satu iaitu supaya ketika pilihanraya diadakan, rakyat bangun membantah dan membuat undi protes terhadap BN. Dan ianya telah berjaya sehingga Pakatan Rakyat menang di lima buah negeri. Mungkin kebanyakkan rakyat tidak mengetahui sangat siapa yang sebenarnya mengawal harga barangan jika tidak peniaga-peniaga Cina yang didalangi oleh DAP! Sebab itu mereka kerap memainkan isu harga barang ini supaya pengundi dapat menyebelahi mereka!

Dan ketika kerajaan cuba membantu rakyat yang berpendapatan rendah mengurangkan beban belanja harian mereka, timbul pula seorang manusia bernama Tan Sri William Cheng iaitu Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) bersuara mengkritik kedai 1Malaysia.

Sebagai seorang Presiden ACCCIM, sepatutnya beliau bertindak menegur DAP dan bukannya mengkritik kerajaan dengan projek kedai 1Malaysia! Cheng mendakwa kedai 1Malaysia menjejas peruncit biasa, yang mungkin ditujukan kepada peruncit berbangsa Cina.

Cheng dipetik sebagai berkata, langkah kerajaan mewujudkan kedai-kedai 1Malaysia itu sedikit sebanyak menjejaskan operasi peniaga-peniaga runcit kecil di bawah naungan ACCCIM. Dakwa Cheng, kerajaan perlu berlaku adil dengan membekalkan produk harga patut yang sama kepada 30,000 kedai runcit sedia ada supaya mereka mampu bersaing.

Pertanyaan penulis kepada Cheng pula adalah jika kerajaan berlaku adil kepada 30,000 kedai dibawah payung ACCCIM, adakah ianya dapat memenuhi tuntutan DAP dan Pakatan Pembangkang supaya harga barangan harian dapat diturunkan! Adakah mereka akan menjual barangan yang dibekalkan mengikut harga kedai 1Malaysia?

Dan satu lagi pertanyaan kepada Cheng adalah bagaimanakah harga barang-barang yang dikenakan kepada peruncit-peruncit ACCCIM dari pemborong-pemborong sedia ada berbanding dengan harga yang dikenakan kepada peruncit-peruncit melayu! Adakah ianya sama? Buat pengetahuan Cheng peruncit-peruncit kecil Melayu peniaga kecil Melayu sebenarnya bergelut kerana keuntungan diboloti oleh pemborong yang kebanyakan mereka berbangsa Cina.

Buat pengetahuan, pekedai-pekedai yang cuba dilindungi oleh Cheng itu sebenarnya menjual barangan dengan harga yang ada kalanya tidak masuk akal, sehingga ada yang berani menyorok bagi memberi tekanan supaya kerajaan menaikkan harga barangan tertentu.

Malah ada peruncit-peruncit kecil Melayu mengadu, harga borong yang diperoleh mereka berbeza harga dengan pekedai lain yang sebangsa dengan pemborong itu. Jadi, peruncit Melayu hanya akan untung kecil saja atau tak untung langsung jika harganya terpaksa diselaraskan dengan kedai pesaing tadi. Mungkin William Cheng tidak menyedari akan berlakunya hal-hal seperti ini? Ataupun tahu, tetapi buat-buat tak tahu?

Cuba bayangkan jika kedai 1Malaysia dapat menjual barangan 30~40% yang jauh lebih murah dari harga pasaran sekarang, berapakah keuntungan yang didapati oleh peruncit-peruncit dibawah naugan ACCCIM jika menjual barangan yang sama?

Penulis amat bersetuju agar kedai 1Malaysia ini dapat diperluaskan keseluruh negara dengan seberapa segera yang dapat. Feedback yang penulis dapat dari kedai 1Malaysia ini memang mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat. Harga berpatutan dengan barangan yang berkualiti.

AWAS!!! INI ADALAH CONTOH PROPAGANDA POLITIK MURAHAN DAP DAN PAKATAN PEMBANGKANG UNTUK MENDAPAT KUASA!!

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 16 September 2011

Pro-ISA: 'Roh' ISA tak terjejas!

Kumpulan pro-ISA beranggapan pemansuhan ISA dan memperkenalkan undang-undang baru sebagai ganti satu petunjuk bahawa "roh ISA" untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman negara tidak terjejas.

Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) mengibaratkan langkah terbaru kerajaan itu sebagai proses penjenamaan semula dan bukan "melenyapkan produk" dari pasaran.

Pemansuhan ISA ini bukan kejayaan GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) , tetapi GMI juga selepas ini perlu re-branding nama mereka mengikut aksara akta baru yang bakal diumumkan nanti," kata Penasihat Undang-undang Magaran Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan keputusan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataannya disini hari ini, Khairul Azam (gambar kanan) mencadangkan dibentuk undang-undang baru dibentuk berdasarkan Akta Patriot yang digunapakai Amerika Syarikat.

Serangan pencegahan

"Elok ikut Akta Patriot di AS. Ia membenarkan pre-emptive strike (serangan pencegahan) jika ancaman dipercayai wujud.

"Akta Patriot membenarkan serangan pencegahan atas sasaran yang dipercayai boleh ancam keselamatan AS walaupun sasaran itu tidak berada di bumi AS," katanya.

Sebagai contoh, Khairul Azam berkata, menggunakan akta itu, anggota Agensi Perisikan Pusat (CIA) boleh datang ke negara lain untuk menyerang pihak yang menjadi ancaman kepada Rumah Putih.

Mengulas pengumuman Najib semalam, Magaran menyifatkannya "tindakan populis" pentadbiran perdana menteri. Magaran sebelum ini mencuri tumpuan dengan menganjurkan perhimpunan menyokong ISA pada hari dan tempat yang sama dengan perhimpunan anjuran GMI.

Bagaimanapun, jumlah penyokonya yang hadir pada 1 Ogos dua tahun lalu di ibu negara jauh lebih kecil daripada pihak yang menentang ISA. Kedua-dua pihak gagal mendapat permit polis.

Mungkin persoalan yang bakal timbul nanti akan bertanyakan adakah tindakan ini sesuatu yang positif yang telah di lakukan oleh Datuk Seri Najib untuk kesejahteraan dan ketenteraman negara sejajar dengan keperluan dunia masa kini? Adakah 2 akta baru dan beberapa akta yang lain yang bakal diperkenalkan nanti akan menjamin keselamatan warganegara dari elemen subversif, keganasan, talibarut dan fitnah memfitnah samaada secara fizikal, siber mahupun berbentuk hasutan.

Bolehkah penggubalan akta baru ini nanti akan lebih praktikal sesuai dengan era tekonologi dan sekurang-kurangnya boleh digunapakai untuk 50 tahun akan datang?

Oyabun berpendapat bahawa didalam isu ini, pembangkang mungkin terperangkap dengan perjuangan untuk memansuhkan ISA namun Datuk Seri Najib tidak mudah terjebak dengan idea pembangkang malah berada selangkah dihadapan dari mereka. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 12 September 2011

Kita layan dahulu episod-episod pembohongan PAS!

Bagi menutup malu Pas kerana terhimpit dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja 3 Ogos lalu, Datuk Mustafa Ali cuba mengalih pandangan dan menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik isu itu. Bagi UMNO Selangor, ini satu pembohongan, dan sudahpun memulakan proses menyaman Setiausaha Agung Pas itu.

Dalam pada itu, seorang pemimpin Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menyelar Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana banyak mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai projek pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng. Che Rosli, seorang pakar sains nuklear, mendapati Fuziah menggunakan fakta palsu. Che Rosli juga mengkritik Harakah kerana menyiarkan laporan tidak benar. Tapi Penerangan Pas Pusat dan kalangan pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Ahli Parlimen Pas Hulu Langat ini. Ini semua bermaksud apa? Pas lebih senang rakyat terus dibohongi dengan maklumat palsu daripada diberikan fakta sebenar.

Terbaru, Jamilah Abu Bakar, yang melihat ibu bapa dan adiknya ditembak komunis 61 tahun lalu, memberitahu bahawa Naib Yang Dipertua Pas Pulai, Zaaba Ibrahim, telah memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai kerajaan semasa melawat ke rumahnya Ahad lalu bagi pihak Mat Sabu. Jirannya, Mokhtar Jalok, 72, berkata pemimpin Pas itu berbohong kerana dia kenal Zaaba bukan kakitangan awam tapi peniaga besi buruk.

Jamilah dan keluarganya tidak mahu berjumpa Mat Sabu kerana sakit hati dengan pembohongan Timbalan Presiden Pas itu mengenai peranan dan jasa pahlawan Melayu yang menentang komunis. Mat Sabu berkeras mengatakan komunis adalah wira, seolah-olah polis dan tentera adalah tali barut British.

Sebelum ini, Mat Sabu terbabit dalam kontroversi pasca-Bersih. Dia mendakwa cedera dilanggar kereta polis. Rakaman polis yang ditonton jutaan penduduk Malaysia menerusi TV menunjukkan beliau tidak dilanggar kereta polis, malah jatuh longkang kerana motornya terbabas. Dia menafikan versi polis tapi ramai percaya dia berbohong.

UMNO tidak perlu berbuat apa sebenarnya. Sejak akhir-akhir ini, pemimpin Pas seperti Mat Sabu dan parti pembangkang lain bagaikan menggali kubur sendiri atas percakapan dan tindakan yang menyakiti hati rakyat. Episod terbaru ini pasti menyebabkan Pas kehilangan banyak sokongan dan undi orang Melayu.

Padahal Pas beria-ia benar mahu menggantikan UMNO sebagai parti tunggal orang Melayu dan pernah menguar-uarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri. Ini sekadar mimpi kerana Pas sudah menjadi parti terkecil dalam Pakatan Rakyat. Hakikatnya, populariti UMNO semakin melonjak dan Pas pula merudum.

Hari ini, UMNO mempunyai 79 kerusi di Parlimen, Pas hanya ada 24 sahaja. UMNO juga memenangi empat pilihan raya kecil berturut-turut, mengalahkan calon Pas di Galas (4 November 2010), Tenang (30 Jan. 2011), Merlimau (6 Mac 2011), dan Kerdau (6 Mac 2011). Undi yang Pas perolehi di DUN-DUN bermajoriti Melayu dalam Pilihan Raya Kecil 2010 dan 2011 semuanya semakin menguncup berbanding yang diperolehinya pada 2008.

Bilangan kerusi Pas di Parlimen adalah paling sedikit. Apabila bersekongkol dengan DAP dan PKR bermakna Pas tidak mungkin lagi dapat bertanding kerusi Parlimen yang mencukupi dalam pilihan raya untuk membolehkannya menjadi parti terbesar di Dewan Rakyat. Ini juga bermakna sampai bila-bila pun Pas tidak boleh menubuhkan negara berkebajikan. Inilah realiti yang harus disedari semua ahli dan penyokong Pas.

Ramai berkata, punca populariti Pas menjunam sekarang adalah kerana kerjasama politiknya dengan PKR dan DAP. Pemimpin Pas pernah menyatakan kesanggupan bekerjasama dengan sesiapa saja, waima syaitan, untuk menjatuhkan UMNO. Belum sempat berpakat dengan syaitan, baru dengan PKR dan DAP pun, Pas sudah longlai dan tidak konsisten dalam perjuangannya. Kerana mahu ambil hati kawan, Pas sanggup gadai prinsip perjuangan.

Kerana ingin mengecap sedikit kuasa, Pas tidak lagi mempertahankan konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak, judi dan rumah urut di Selangor. Untuk pilihan raya umum 2004 dan 2008, Pas tidak lagi mengangkat Dokumen Negara Islam seperti 1999, tapi menjunjung pula Buku Jingga, yang sarat dengan janji palsu yang tidak tertunai.

Janji palsu terbesarnya ialah hudud. Pas menentang UMNO di Kelantan pada 1990 dan Terengganu pada 1999 kerana tidak melaksanakan undang-undang Islam. Bila dapat memerintah, Pas memberi pelbagai alasan kenapa tidak melaksanakan hudud. Antaranya, sekatan Kerajaan Persekutuan, mahu memberi masa kepada rakyat terutama bukan Islam memahami konsepnya dan tidak cukup pelaksana seperti peguam dan hakim.

Sebagai Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi pernah berkata hudud tidak penting untuk dilaksanakan kerana ia cuma 0.00001 peratus daripada syariah Islam. Di muktamar Pas ke-57 lalu, dia baru sedar negara Islam tidak disebut dalam al-Quran. Dalam keadaan sekarang, kerana bersekongkol dengan PKR dan DAP yang sememangnya menolak undang-undang syariah, maka janji Pas ini tidak akan tertunai sampai bila-bila.

Dan dalam keadaan beginilah, bagaikan orang mabuk baru bangun tidur, Pas membuat kenyataan mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa. Dulu, Pas menolak hak keistimewaan orang Melayu. Pas juga menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang banyak menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi orang Melayu. Adakah Pas sudah berubah sikap dan pendirian mengenai kedua-dua perkara ini? Bolehkah orang Melayu mempercayai Pas lagi? Pemimpin Pas kutuk bangsa sendiri, malu jadi Melayu kononnya. Pas anggap orang Melayu yang tidak menyokong calonnya sebagai jahiliah. Sejak 1950an lagi orang Melayu dikafirkan, dan masyarakat Melayu berpecah-belah kerana fatwa yang songsang. Mat Sabu pula menghina pemimpin Melayu seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak serta anggota keselamatan, yang sebahagian besarnya Melayu, menentang komunis untuk mencapai kemerdekaan.

Kenapa tiba-tiba Pas mahu jadi jaguh perjuang orang Melayu? Jika benarlah Pas sungguh-sungguh hendak menjadi parti mewakili Melayu, kenapa Pas tidak memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang, yang dilayan bagaikan orang Melayu di Singapura, dan di negeri-negeri lain? Kenapa pemimpin Pas sanggup 'bisu dan pekak' walaupun DAP sering mengganggu gugat urusan agama Islam?

Malah, dalam kertas kerjanya di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan Pas pada 19 Februari lalu, Abdul Hadi sangat kabur dalam penjelasannya mengenai pengupayaan bangsa Melayu. Tiada saranan khusus bagaimana meningkatkan keupayaan dan penguasaan orang Melayu. Dia cuma berkata perjuangan Pas untuk memakmurkan "seluruh penghuni bumi termasuk binatang dan alam sekitar."

Pas jelas adalah sebuah parti oportunis, dan hanya gilakan kuasa. Dulu Pas mahu lelong Putrajaya, sekarang mahu menguasai Putrajaya pula. Tapi Pas tahu bahawa ia akan kehilangan kira-kira 34 kerusi Parlimen jika gagal mendapat semula sokongan pengundi Melayu dalam PRU-13 nanti. Kerana itulah ia mahu kembali menjadikan pengundi Melayu sebagai 'power base'nya.

Pada 2008, hampir semua kawasan yang Pas berjaya catat prestasi baik adalah di kawasan majoriti bukan Melayu. Oleh itu, bila nak undi orang Cina dan India, dia kata tidak bangga jadi Melayu.

Bila nak undi Melayu, dia sebut Ketuanan Islam pula. Kononnya pemimpin UMNO tidak Islamik, kepimpinan negara mewarisi pemikiran penjajah dan akan menerima nasib yang sama seperti pemimpin Mesir dan Tunisia.

Pemimpin Pas apabila bercakap, sering merujuk diri dan kerja mereka dengan apa yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW. Kelantan pula disebut sebagai Serambi Mekah, dan Kota Bharu pula sebagai Kota Islam. Ini adalah strategi melengkapkan gambaran Islamik kepada pemimpin Pas dan negeri yang mereka perintah.

Tapi di manakah Islamiknya pemimpin Pas jika suka berbohong dan cakap berbelit-belit? Apakah merit parti yang menggunakan nama 'Islam' tapi memberi janji palsu, memberi gelaran buruk dan hina Muslimin lain? Ingatlah, Nabi Muhammad menggunakan agama untuk mengislamkan orang-orang kafir. Tapi Nik Aziz dan Abdul Hadi menggunakan agama untuk mengkafirkan orang yang sudah Islam. Itu bezanya.

Oleh : DATUK DR. MASHITAH IBRAHIM

Wasabi Oyabun..

Rabu, 7 September 2011

Dendam Khalid Gereja terhadap JAIS - Dakwa ada pertemuan sulit mahu jatuhkan MB Selangor!

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa pihak-pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO) untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Langkah itu didakwa diusahakan ekoran kes serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran kononnya ada usaha memurtadkan umat Islam.

Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam berkata, pertemuan membabitkan beberapa NGO Islam bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa serta wakil dari Pejabat Peguam Negara.

“Mereka membincangkan memorandum untuk dihantar kepada Sultan Selangor, menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan Menteri Besar. Adalah diharapkan tiada Exco dari Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta,” kata beliau dalam entri blognya semalam di bawah tajuk “Coret Minggu Pertama Syawal”.

Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Khalid berkata beliau tidak pasti bila pertemuan itu diadakan tetapi telah diadakan bulan lalu.

Kata Khalid, sebelum era Mac 2008, semuan pihak termasuk Jais dan Mais mengambil sikap berdiam diri dengan cara pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Tetapi di zaman Menteri Besar yang berkebajikan (pimpinan Khalid Ibrahim), bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak Menteri Besar.

“Adalah dikhuatiri akan ada yang mula bertanya, “mengapa dulu diam, sekarang nak bising?” Seterusnya nanti ada pula yang akan menganggap dulu dapat bahagian! Sekarang habuk pun tiada, maka itulah sebabnya bikin kecoh,” katanya.

Dalam entrinya juga, Khalid berkata, Umno terus mengheret pihak istana untuk kepentingan politik parti komponen BN itu. Katanya, ketika zaman BN memerintah Selangor, jarang sekali kedengaran berita Sultan Selangor kecuali berhubung program adat istiadat tetapi sekarang kerap diketengahkan.

“Itulah perangai Umno. Bila Umno sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan.

“Yang paling saya khuatir ialah tercemarnya imej pihak Istana dan DYMM Sultan Selangor sekiranya terus diheret sedemikian rupa oleh juak-juak Umno-BN,” katanya sambil menambah, institusi yang above politics’ atau ‘mengatasi pertimbangan politik’ ini akan tercemar dalam kelicikan politik Umno yang hanya ingin terus berkuasa walau apa sekalipun berlaku.

“Sanggup mengorbankan rakyat dan negara asalkan mereka kembali memerintah Selangor. Itulah dasar (bekas pemimpin Libya) Muammar Gaddafi, dan itulah yang mencerminkan dasar Umno sekarang!” kata Khalid lagi.

Mengenai isu tindakan Jais ke atas gereja tersebut, Khalid berkata, beliau sangat kecewa apabila mendengar Jais memohon sebulan lagi untuk menyediakan laporan.

“Ini akan pasti memberikan gambaran negatif terhadap profesionalisme Jais yang bertindak dengan begitu cepat ‘memeriksa’ sebuah Gereja tetapi begitu lambat dalam mengeluarkan laporan mengenainya.

“Saya difahamkan bahawa pihak DUMC telah bertemu dengan rombongan PAS dan secara umumnya menyatakan mereka tidak ada kena-mengena dengan majlis malam tersebut,” katanya ia adalah majlis NGO yang memohon jasa baik mereka untuk membenarkan mereka menggunakan dewan milik gereja dan itu sahaja.

“Laporan ‘memurtadkan orang Islam’ diterima dari pihak yang tidak dikenali dan pihak Jais bertindak tanpa siasatan yang lebih terperinci. Pihak yang tidak dikenali’ yang melaporkannya mungkin berniat jahat dari awal?” katanya lagi.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor berkata laporan lengkap daripada Jais akan diterima selepas beliau pulang ke tanah air dari lawatan kerja ke Jerman pada 16 September ini.

“Kami masih lagi menunggu laporan lengkap Jais itu dan saya tidak sabar untuk mengetahuinya, Sekembalinya dari Jerman kita jangka akan menerima laporan tersebut,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.

Satu soalan kepada Khalid...Tangan siapa disebalik pembatalan sita terhadap premis DUMC yang dikatakan tiada permit setelah MBPJ mengesahkannya?

Wasabi Oyabun..

Selasa, 6 September 2011

Kerajaan harus segera 'selamatkan' Mat Sabu Bintang 3!

Kelewatan kerajaan untuk bertindak mematikan kemarahan orang ramai terhadap penyokong Parti Komunis Malaya (PKM), Mat Sabu menampakkan dengan jelas kelemahan kerajaan yang berterusan dalam menangani dengan segera dan berkesan masalah keselamatan negara.

Berasaskan kepada kemarahan dan desakan rakyat dari berbagai pertubuhan dan juga orang ramai yang mewakili pelbagai sektor masyarakat terutama bekas polis dan tentera maka kelewatan kerajaan untuk bertindak berasaskan undang-undang terhadap Mat Sabu menampakkan kerajaan lebih mementingkan politik dan dari tugas terhadap rakyat dan negara.

Sikap kerajaan dilihat sebagai acuh tak acuh dalam isu ini walaupun kebencian dan kemarahan rakyat semakin memuncak dari hari ke hari akan membahayakan Mat Sabu sendiri dan dalam keadaan ini jika berlaku sesuatu yang buruk terhadapnya maka beliau akan menyalahkan anggota polis, UMNO dan kerajaan.

Sikap kerajaan dalam hal ini merupakan kemuncak daripada kelemahan kerajaan dalam menangani berbagai isu berkaitan politik dan kepentingan negara yang genting yang telah menghakiskan keyakinan rakyat.

Ini dapat dilihat dalam masalah kecelaruan dan flip flop dalam pendaftaran pendatang asing tanpa izin (PATI), dalam memberikan kemaafan terbuka terhadap pegawai Imigresen yang telah dikenakan tindakan ISA dan dalam menangani kes Anwar Ibrahim.

Orang ramai pada keseluruhannya melihat majlis keinsafan atau bertaubat antara pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Dalam Negeri dengan berpelukan dengan bekas pegawai Imigresen yang telah menjadi pengkhianat negara dan ditahan di bawah ISA kerana rasuah sebagai tidak wajar sama sekali diadakan.

Ini bukanlah caranya untuk memulihkan keyakinan pegawai-pegawai kerajaan terhadap kerajaan sebaliknya kerajaan hendaklah menunjukkan ketegasan.

Walaupun mereka itu telah ditahan di bawah ISA tetapi menampakkan kerajaan tidak serius malah begitu mudah untuk memberikan kemaafan kepada kes yang telah dihebohkannya sebagai begitu bahaya tetapi tiba-tiba pegawai-pegawai yang telah menjadi pengkhianat berpelukan dengan pihak berkuasa.

Kelewatan menyelesaikan kes Anwar juga telah diperkatakan dari semasa ke semasa sebagai kelemahan yang amat ketara Peguam Negara dalam memberikan keutamaan kepada kes-kes yang boleh menggugat keyakinan rakyat atau yang digunakan bagi memulihkan kepercayaan terhadap sistem keadilan negara.

Kerajaan mestilah bertindak dengan cepat terhadap Mat Sabu sebelum satu lagi kelemahan kerajaan mendalam dan membarah di hati rakyat sehingga mereka tidak lagi dapat melihat kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merancang dan bekerja bermati-matian untuk memulihkan maruah negara, bangsa dan agama.

Kerajaan perlu bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menyelamatkan Mat Sabu dari terus terdedah kepada keadaan yang membahayakan dirinya yang akan membolehkannya menuding jari kepada orang lain.

Wasabi Oyabun

Ahad, 4 September 2011

Norlia : Azmin Ali pernah mengakui Anwar merupakan abang kandungnya?

Kakak sulung Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, Norlia, 53, hari ini menyuarakan kekecewaan beliau terhadap kecenderungan politik adiknya itu menjadi orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika diminta mengulas pandangan beliau terhadap pendirian politik Azmin, Norlia menegaskan: "Tiada kata-kata hendak saya ucapkan untuk Azmin, semoga Allah tunjukkan jalan yang benar kepada beliau."

Menurutnya, Azmin kini sudah 'berpatah arang' dengan adik-beradiknya yang lain terutama dirinya sendiri serta adik mereka, Ummi Hafilda yang merupakan saksi utama kes liwat Anwar pada 1997 lalu.

Katanya, ini terbukti apabila Azmin langsung tidak pulang ke rumah ibu mereka di Klang Gate dekat sini pada setiap kali sambutan Aidilfitri sejak 1997 terutama ketika adik-beradik beliau berada di rumah tersebut. Bagaimanapun, dia akan melawat ibu mereka ketika Norlia dan Ummi tiada di rumah berkenaan.

"Tetapi pada 2007, Azmin tiba-tiba muncul pada hari pertama Aidilfitri dan tahun ini juga dia muncul di Klang Gate (rumah ibu mereka) tetapi hanya meluangkan masa selama 15 minit tanpa mahu berbual-bual dengan kami adik- beradiknya sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama Ummi pada rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Seri Kembangan dekat sini hari ini.

Pergeseran antara Azmin, Ummi, Norlia dan adik-beradik mereka timbul pada 1997 apabila Ummi menghantar surat kepada Dr. Mahathir meminta bekas Perdana Menteri itu mengambil Azmin bekerja di bawah beliau daripada Anwar yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Norlia menambah, Azmin dalam satu mesyuarat keluarga pada tahun itu pernah mengakui Anwar merupakan abang kandungnya dan ia adalah sesuatu yang menguntungkan sekiranya dia berbaik dengan Anwar berbanding adik-beradiknya yang lain.

Dalam pada itu, Ummi memberitahu, Azmin perlu segera kembali ke 'pangkal jalan' dan tidak terus dibuai kemewahan yang dikecapi bersama pakatan pembangkang.

"Apakah ertinya Azmin menjadi Yang Berhormat dan orang nombor dua dalam sebuah parti politik di negara ini sedangkan dia langsung tidak mampu berbaik-baik dengan adik-beradiknya," jelas Norlia.

Wasabi Oyabun..