Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 1 September 2010

Adakah Khalid Samad juga pertikaikan Titah Sultan Selangor semata-mata pertahankan tindakan DAP!
















Sultan Selangor dapat maklumat salah


Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad percaya kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berucap di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, disebabkan baginda diberikan maklumat yang salah.

Sambil mempertahankan tindakan Nie Ching itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam turut membayangkan ada pihak tertentu yang mengapi-apikan baginda mengenai kes tersebut yang berlaku pada 22 Ogos lalu.

Beliau turut mendakwa, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammad Khusrin Munawi mungkin mengeluarkan kenyataan mengenai larangan bukan Islam masuk ke surau atau masjid tanpa merujuk kepada mufti.

‘‘Tidak ada masalah kerana beliau (Nie Ching) dijemput, beliau juga datang sebagai ahli Parlimen untuk beri sumbangan dan berucap mengenai hal pendidikan serta tidak berniat jahat.

‘‘Berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam portal e-fatwa juga tidak menyatakan salah jika orang bukan Islam masuk ke dalam masjid malah hingga ke tempat solat, malah Rasulullah pada zamannya juga tidak melarang,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Pada 27 Ogos lalu, Sultan Sharafuddin menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) agar melakukan siasatan serta mengambil tindakan segera terhadap pengurusan Surau Al-Huda kerana membenarkan Nie Ching memberi ‘tazkirah’ di ruang solatnya.

Baginda turut murka dan dukacita dengan situasi yang berlaku.

Setelah melakukan siasatan, pihak MAIS membuat keputusan untuk mengambil alih Surau Al-Huda dan menguruskan pentadbiran surau tersebut serta-merta kerana situasi itu jelas bertentangan dengan titah baginda yang mahu kesucian surau dan masjid dipelihara.

MAIS juga akan mengeluarkan surat amaran kepada Nie Ching kerana memasuki ruang solat di Surau Al-Huda untuk memberi ‘tazkirah’ pada hari tersebut.

Sementara itu : Sultan tak terima maklumat salah - Khusrin

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kejadian di Surau Al-Huda, Kajang Sentral dekat sini adalah disebabkan maklumat salah daripada pihak-pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Muhammad Khusrin Munawi berkata, baginda memang maklum mengenai perkara yang berlaku di surau tersebut dan meminta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan.

''Jadi, saya minta agar jangan ada pihak yang cuba membuat tuduhan tanpa usul periksa apatah lagi melibatkan Sultan Sharafuddin," kata beliau ketika dihubungi di sini petang ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang tidak menolak kemungkinan kemurkaan Sultan Sharafuddin berhubung tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berucap di ruang solat surau itu adalah disebabkan baginda diberikan maklumat salah oleh pihak-pihak tertentu.

Sehubungan itu, Muhammad Khusrin mahu pihak-pihak yang tidak berpuas hati atau mempunyai pendapat yang berlainan mengenai larangan bukan Islam masuk ke masjid agar merujuk atau berjumpa dengan pihaknya untuk mendapat penjelasan.

''Jangan keluarkan kenyataan yang bukan-bukan dan tidak benar. Hormatilah bulan Ramadan dan jauhi fitnah," katanya.

Khalid dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini memberitahu tindakan Nie Ching berucap di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dekat sini pada 22 Ogos lalu, tidak salah.

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan kemurkaan Sultan Selangor berhubung perkara itu adalah disebabkan baginda diberikan maklumat yang salah dan ada pihak mengapiapikan perkara itu. Beliau mendakwa, Muhammad Khusrin juga mungkin mengeluarkan kenyataan mengenai larangan bukan Islam masuk ke surau atau masjid tanpa merujuk kepada mufti.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 31 Ogos 2010

Lawak merdeka : Benarkah Anwar akan pertahankan Perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan!

Pada tahun penghujung tahun 2007 ketika Anwar menghadiri sambutan hari Krismas di sebuah restoran Cina di Kelang, dalam ucapannya beliau pernah berkata " Malaysia ini orang Cina yang punya, orang India yang punya. Jangan fikir Malaysia ini Melayu yang punya".

Berdesing-desing telinga apabila mendengar apa yang diucapkan oleh " pengkhianat " bangsa ini. Demi mendapatkan sokongan dari bukan melayu, Anwar sanggup memperlekehkan bangsanya sendiri! Sila ikuti rakaman video yang di sertakan bersama artikel ini. Anwar bukan sahaja memperlekehkan bangsa Melayu di tanah air mereka sendiri, malah setiap kali ke luar negara juga beliau akan berbuat demikian demi memenuhi nafsu serakahnya untuk menjadi Perdana Menteri!

Dan nak dijadikan cerita, Anwar atau pengkhianat bangsa ini dengan muka tak tahu malunya membuat cerita lawak semasa Malaysia menyambut hari ulangtahun kemerdekaannya. Anwar membuat penegasan agar Perlembagaan serta hak dan kepentingan Melayu-Islam yang termaktub dalam perkara 152 dan 153 dipertahankan. Pelik tapi benar! Tapi itulah hakikatnya apabila pada suatu ketika beliau mencemuh bangsa sendiri, dan kini hendak pula mempertahankan hak-hak orang Melayu seperti yang tercatit didalam perkara 152 dan 153!



Dalam perutusan merdeka yang disiarkan di blognya, http://anwaribrahimblog.com, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan keperluan menjaga hak dan kepentingan Melayu-Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau dalam perutusannya itu turut menggesa agar peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan dipertahankan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan selain mengesyorkan agar dibatalkan semua pengisytiharan darurat yang masih berkuatkuasa.

Adakah ini tindakan terdesak untuk mengalih tumpuan rakyat kepada kes liwatnya ataupun setelah mendapati orang Melayu sudah mula sedar dan menjauhi PKR dan Pakatan Rakyat, maka beliau perlu berbuat sesuatu untuk menarik semula sokongan orang Melayu terhadapnya!

Anwar Ibrahim diminta untuk mencermin dirinya sendiri apabila membuat penegasan agar Perlembagaan serta hak dan kepentingan Melayu-Islam yang termaktub dalam perkara 152 dan 153 dipertahankan. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, YB Zulkifli Noordin berkata, dalam masa sama, Anwar perlu menilai semula setiap perkara yang dilakukannya selama ini sama ada bertepatan dengan apa yang diucapkannya.

Menurutnya, sebagai permulaan untuk mengotakan apa dikata, Anwar diminta untuk berterus-terang dengan akar umbi Pas mengenai komitmennya dengan parti itu dalam menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam.

"Bagi saya semua ini wayang. Semua itu tidak pernah ada dalam perancangannya. Beliau sebelum ini buat kenyataan mahu pertahan Perlembagaan sedangkan Pas mahu ubah Perlembagaan jadi negara Islam.

"Jadi bagaimana mahu pertahan Perlembagaan? Saya percaya beliau hanya akan meneruskan apa yang Barisan Nasional lakukan selama ini dan penyokong-penyokong Pas terpedaya. Lebih baik berterus terang dengan mereka," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Anwar untuk membuat pendirian jelas bahawa beliau sememangnya turut sama mempertahankan hak dan kepentingan Melayu.

Menurutnya, Anwar tidak perlu berdolak-dalih mengenai pendiriannya kerana banyak tindak-tanduknya sebelum ini tidak menampakkan bahawa beliau benar-benar mempunyai semangat seperti itu.

"Apa pendiriannya apabila wakil-wakil rakyat bukan Islam masuk ke masjid? Saya tidak dengar sebarang komen beliau mengenainya.

"Beliau yang saya kenali tidak mengotakan apa yang dikatakannya. Contoh terbaik, kononnya mahu bersikap telus. Kini Selangor di bawah PKR, tetapi tiada seorang pun wakil rakyat atau exco yang mengisytiharkan harta sampai sekarang seperti dijanjikan," katanya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula menganggap perutusan itu hanyalah usaha untuk mengaburi penyokong pembangkang terutamanya kaum bumiputera yang kepercayaan mereka semakin lama kian terhakis.

"Beliau sebenarnya sedang memalu gendang lama. Gendang sama yang pernah dipalunya ketika bersama dengan UMNO suatu ketika dahulu bagi menarik sokongan orang Melayu dan Islam.

"Di pentas ceramah PKR, beliau berulang kali menyatakan untuk memberi hak sama rata kepada bukan bumiputera. Bukankah itu terang-terang melanggar Perlembagaan?" katanya.

"Saya desak beliau tampil menjelaskan bagaimana beliau boleh melaksanakan perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan. Anwar perlu keluar idea untuk melaksanakannya dan bukan sekadar bercakap serta menyeru orang lain melakukannya," katanya.

Persoalannya adalah, beranikah Anwar tampil untuk membuat penjelasan! Setelah mengatakan negara ini bukan Melayu yang punya, tiba-tiba cuba untuk menjadi jaguh mahu mempertahankan hak-hak orang Melayu pula. Benarlah apa yang dikatakan oleh rakyat sebelum ini bahawa Anwar adalah "sesumpah hidup" yang pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 30 Ogos 2010

Nilai Kemerdekaan Bagi Orang Melayu!

Sejak dari selesai PRU ke-12 yang lepas dan sepertimana yang kita ketahui akan keputusannya dimana lima negeri telah jatuh ketangan pembangkang, kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu. Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO didalam Barisan Nasional. Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku didalam senario politik negara.

Penulis tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, dimanakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh dibelakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang. Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan Barisan Nasional jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Dimanakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk selama ini sejak dari merdeka lagi diantara semua parti-parti komponen Barisan Nasional. Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan dari orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah perolehi dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini. Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu?

Ingatlah kaum bukan Melayu,orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri. Orang Melayu tidak mahu hidup merempat ditanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta apa-apa dari bukan Melayu. BN yang ditunjangi oleh UMNO telah berusaha merangka berbagai polisi untuk menaikan taraf hidup orang Melayu sejak merdeka disamping tidak mengabaikan hak-hak kaum lain. Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah-sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.

Ingatlah kaum bukan Melayu, tidak ada didalam dunia ini manusia yang begitu baik bernama “ Melayu “ yang sanggup menerima kaum-kaum pendatang ini sebagai warganegara setelah negara mencapai kemerdekaan. Tanah Melayu tidak meletakkan apa-apa syarat kepada kaum bukan Melayu untuk menerima mereka sebagai warganegara Tanah Melayu. Malah mereka bebas mengamalkan adat resam mereka selepas merdeka.

Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayai hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu. Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya. Bagaimana pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang rata-ratanya orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah.

Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia sepertimana yang ada pada masa ini. Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu diatas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara? Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah.

Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri. Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian dari tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar “ tuan “.

Maka tidak perlulah bukan Melayu terus mempersoalkan akan Ketuanan Melayu kerana semuanya sudah termaktub didalam perlembagaan. Boleh dikira dengan jari berapa ramai perajurit yang berpangkat rendah dari kalangan bukan Melayu kecuali bumiputra dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat didalam pasukan angkatan tentera Malaysia. Kalau mereka benar-benar sayangkan negara mengapa mereka tidak mahu menyertai angkatan tentera Malaysia bermula dari pangkat paling bawah. Kalau adapun yang mahu menyertai ,mengapa mereka cuma memilih untuk pangkat-pangkat atasan sahaja. Apakah jijik sangat pangkat bawahan itu?

Mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup menggalas tangungjawab ini meninggalkan anak dan isteri serta keluarga berada didalam hutan atau disempadan untuk menjaga keselamatan negara sedangkan kaum bukan Melayu yang mendabik dada mengatakan yang mereka juga adalah “ tuan” kepada tanah air ini duduk bersenang lenang dengan rumah besar, kereta mewah dan segala kemewahan yang lain. Sanggupkah mereka yang bongkak dan lupa daratan ini berada bersama-sama perajurit Melayu didalam hutan demi menjaga keselamatan negara? Dimanakah bukan Melayu bila setiap tahun Tabung Rayuan hari Pahlawan dilancarkan? Berapa ramai yang sanggup menderma bagi membantu ahli-ahli keluarga perajurit yang daif ataupun yang terkorban semasa menjalankan tugas?

Begitu juga dengan tugas-tugas menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Berapa ramaikah bukan Melayu yang mahu menjadi konstabel Polis? Mengapa jika ada cuma memilih pangkat atasan sahaja. Adakah pangkat bawahan ini untuk orang Melayu sahaja? Bukankah soal keamanan adalah tanggungjawab bersama. Malah ada ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kredibiliti anggota polis dalam menjaga keamanan negara. Sepatutnya sebagai rakyat dan pembangkang, beliau menyeru kepada bukan Melayu untuk menganggotai pasukan polis bagi sama-sama menjaga keamanan. Ini tidak, malah mempersalahkan pasukan polis dengan kadar jenayah yang tinggi sekarang.

Bagi penulis tanggungjawab pasukan Polis adalah seperti berat mata memandang, tetapi lebih berat bahu yang memikul . Cuma yang faham sahaja yang akan menghormati kerja-kerja yang ditanggung oleh pasukan Polis. Adakah tugas-tugas menjaga keselamatan dan keamanan terletak dibahu orang Melayu sahaja sedangkan kaum bukan Melayu sibuk menghimpun harta kekayaan. Adakah bukan Melayu pernah bersyukur dengan kenikmatan dan hidup senang lenang mereka sekarang adalah hasil dari susah payah orang Melayu yang menjadi pewaris kepada bumi tercinta ini.

Jika bukan Melayu masih lagi mempersoalkan tentang Ketuanan Melayu, adalah lebih baik mereka cermin dulu diri masing-masing tentang asal-usul mereka. Hayati apa itu kontrak sosial, apa itu rukun negara dan apa yang termaktub dan terkandung didalam perlembagaan. Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr,Nazrin tidak lama dahulu:

Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘ Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung ‘.

Sama-samalah kita renungkan.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-53...Salam Merdeka.

Luahan rasa anak bangsa..!

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 27 Ogos 2010

Sabar itu ada tahapnya, tetapi ini sudah melampau!

Malaysia terus dihina

Penunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak “ganyang Malaysia” bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, 13 Ogos lepas.

Demonstrasi bermula kira-kira pukul 1 petang itu berakhir kira-kira dua jam kemudian dan tunjuk perasaan kali ini disertai oleh anggota Forum Kebangsaan Indonesia, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Benteng) dan Forum Betawi Rempug.

Tunjuk perasaan menjadi kecoh apabila polis menangkap dua orang penunjuk perasaan yang membakar Jalur Gemilang, menyebabkan para penunjuk perasaan bertempiaran lari dan ada juga melempar buluh serta kasut ke arah polis.

Cuaca yang terlalu panas menyebabkan para penunjuk perasaan keletihan dan berkumpul di bawah pokok untuk berteduh dan pada masa yang sama ketua-ketua mereka juga seolah-olah telah kehilangan suara untuk berucap menggunakan alat pembesar suara.

Tunjuk perasaan pada mulanya mengecam penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia dekat perairan Johor, tempoh hari, akhirnya bertukar kepada tunjuk perasaan mengecam kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Tunjuk perasaan bertema ‘Panggung Merah Putih-Tegakkan Harga Diri Bangsa’ itu mendesak Malaysia supaya meminta maaf kepada seluruh rakyat Indonesia kerana perbuatan menghina kedaulatan Indonesia.

Mereka juga mahu Malaysia menghormati hak asasi manusia serta memberi perlindungan undang-undang kepada seluruh rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia. Penunjuk perasaan juga mendesak kerajaan Indonesia supaya bertindak tegas dan berani dalam menyelesaikan persoalan dengan Malaysia.

Mereka juga mahu kerajaan Indonesia mengambil alih semua ladang kelapa sawit milik syarikat Malaysia di seluruh Indonesia. Pada Isnin lalu, 37 anggota Bendera mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia turut membawa bersama lima bungkus najis manusia.

Salah seorang daripada mereka sempat melemparkan bungkusan itu ke dalam pagar kedutaan manakala yang lainnya meletakkan najis tersebut di atas Jalur Gemilang dan memijaknya.

Sementara itu : Najib kecewa tindakan hina Malaysia

Perdana Menteri melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan sekumpulan rakyat Indonesia yang bertindak memijak Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan bangunan Kedutaan Malaysia di Jakarta, Isnin lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan perkara tersebut dalam mesyuarat Kabinet semalam selepas dimaklumkan kejadian itu.

''Beliau amat kecewa kerana menjadi satu kesalahan untuk mereka bertindak sedemikian rupa tetapi beliau menaruh kepercayaan bahawa pihak berkuasa Indonesia bertindak sewajarnya untuk menyelesaikan kejadian itu.

''Kita percaya rakyat Malaysia amat rasional dan mereka diminta bersabar serta jangan lakukan perkara yang sama seperti di Indonesia," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan sesi dialog bersama 24 orang Duta Belia Indonesia di Wisma Putra di sini hari ini.

Anifah memberitahu, kerajaan Indonesia sendiri telah memberi jaminan akan melindungi rakyat negara ini daripada sebarang gangguan atau ugutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab itu. ''Saya ada menghubungi Menteri Luar Indonesia tengah hari ini dan kita bersetuju bahawa jaminan itu perlu diberikan keutamaan.

''Bagaimanapun pada masa sama, kita akan terus beri tekanan kepada Indonesia supaya tindakan tegas diambil ke atas Bendera bagi membendung segala kegiatan melampau," katanya.

Sementara itu, Anifah memberitahu, tidak ada unsur perisikan yang telah dijalankan oleh Malaysia dalam mendapatkan kepastian bahawa sebuah parti politik Indonesia terbabit dengan kumpulan yang mengadakan demonstrasi tersebut.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 25 Ogos 2010

Gerakan Usir Rakyat Malaysia di Indonesia!

Semua lokasi berkepentingan Malaysia di Jakarta dikawal polis berikutan terdapat maklumat Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia atau Sweeping Malaysian hari ini.

Antara langkah diambil oleh pihak berkuasa Indonesia ialah menempatkan sebanyak 200 anggota polis mengawal kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia di sini, sejak pukul 9.30 pagi.

Selain itu, polis juga ditempatkan bagi mengawal keselamatan di Kedutaan Besar Malaysia, Pejabat Petronas dan Bank CIMB Niaga. Petronas turut mengarahkan kakitangannya supaya pulang awal iaitu pada pukul 1 petang setelah menerima ancaman tersebut.

Polis memberitahu demonstrasi itu akan dilakukan oleh Gerakan Pemuda Pemudi Anti Malaysia iaitu salah satu cabang di dalam Bendera. Seorang pegawai polis yang berkawal di kediaman duta besar turut mengingatkan wartawan supaya berhati-hati kerana ada maklumat menyebut kumpulan itu nekad untuk menahan rakyat Malaysia.

Berikutan itu, semua pelajar Malaysia di Jakarta telah dinasihatkan tidak melalui kawasan Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta Pusat untuk mengelakkan daripada tindakan 'sweeping' oleh anggota Bendera.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar mengingatkan pelajar supaya keluar rumah dalam berkumpulan dan segera menghubungi beliau atau pemimpin pelajar jika diancam oleh mana-mana pihak.

"Saya minta seluruh mahasiswa Malaysia agar menghindari kawasan Menteng, khususnya Jalan Diponegoro. ia dikenal pasti antara kawasan yang akan dilakukan 'sweeping' rakyat Malaysia oleh kumpulan Bendera," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagaimanapun sehingga pukul 6 petang ini, iaitu had waktu dibenarkan oleh polis untuk mengadakan demonstrasi, hanya satu demonstrasi kecil dilakukan kira-kira 15 minit di hadapan Kedutaan Besar Malaysia.

Daripada maklumat polis, dijangka satu demonstrasi besar-besaran membabitkan pelbagai badan bukan kerajaan akan diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia esok yang disertai kira-kira 1,000 orang.

Difahamkan demonstrasi itu akan disertai ramai penunjuk perasaan kerana mereka mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan 'duit raya' kerana semakin hampirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Petang Isnin lalu, 37 anggota Bendera berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan membawa bersama lima bungkus najis manusia kerana membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin Indonesia oleh Polis Marin Malaysia pada 13 Ogos lalu.

Salah seorang daripada mereka sempat melempar bungkusan najis itu masuk ke dalam pintu pagar kedutaan besar, manakala yang lainnya meletakkan kotoran itu ke atas bendera Malaysia di jalan dan memijaknya. - UM

Wasabi Oyabun

Selasa, 24 Ogos 2010

Laporan polis terhadap Nurul Izzah!

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya yang memperlekehkan kemampuan pasukan keselamatan negara dan kerajaan Malaysia kepada media asing baru-baru ini.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Tun H.S Lee di sini pada pukul 12.30 tengah hari.

Mohd. Zahid ketika ditemui pemberita selepas itu berkata, Nurul Izzah dalam wawancara bersama akhbar Harian Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu telah mempertikaikan kemampuan operasi kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.

Katanya, selain itu, Nurul Izzah juga turut melakukan pembohongan besar tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan mempersendakan pelan ekonomi yang telah membangunkan negara selama ini.

Sehubungan itu, kata Mohd.Zahid, pihaknya meminta polis menyiasat tindakan Nurul Izzah yang tergamak 'melacurkan' keselamatan negara demi meraih simpati politik untuk kepentingan keluarganya.

"Ia memberi gambaran buruk dan menjejaskan imej Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Seperti yang telah dimaklumkan media tempatan kapal selam dimiliki negara itu telah melakukan beberapa siri ujian termasuk mengebom dan ia berjalan lancar.

"Dengan pembohongan yang telah dilakukan Nurul Izzah kita bimbang pihak luar cuba menyerang negara dan merosakkan keselamatan negara. "Dengan tindakan tersebut saya tidak nampak semangat patriotik dalam diri Nurul Izzah sebagai ahli parlimen yang perlu memperjuangkan hak rakyat dan negara," ujarnya.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 23 Ogos 2010

Penghinaan Namewee lebih dahsyat tapi mengapa tiada tindakan diambil!

Satu laporan polis telah dibuat terhadap Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor iaitu yang dikatakan memarahi pelajar-pelajarnya dengan perkataan berbaur perkauman. Ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP, Lim Kit Siang awal-awal lagi mendesak pihak Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan keras terhadap pengetua sekolah ini yang disifatkannya amat rasis.

Terbaru, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua mendakwa Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghayati konsep 1Malaysia apabila gagal bertindak terhadap pengetua itu.

Sebagai seorang guru, apa yang diluahkan oleh pengetua itu adalah satu teguran dan nasihat kepada pelajar-pelajarnya yang pasti seringkali ingkar arahan dan peraturan-peraturan di sekolah. Namun ahli politik pembangkang sering mensensasikan sesuatu isu terutama apabila ia melibatkan kaum bukan Melayu.

Ahli politik pembangkang seperti Lim Kit Siang akan segera mendesak kerajaan kerana insiden tersebut kononnya telah menghina dan menghiris hati kaum bukan Melayu. Mengapa Lim Kit Siang mensensasikan isu ini sedangkan ia boleh diselesaikan secara dalaman oleh pihak Jabatan Pelajaran Johor.

Inilah petunjuk betapa kiasunya Lim Kit Siang dan DAP. Apabila orang Melayu menyentuh kaum dan keturunan bukan Melayu, itu adalah perkauman atau rasis. Sebaliknya apabila ahli politik pembangkang bukan Melayu mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan agama Islam itu dinamakan pandangan hak asasi dan kesamaan!

Politikus pembangkang sengaja memperlihatkan seolah-olah pemikiran mereka dangkal iaitu tidak pernah terlintas memikirkan hati dan perasaan orang Melayu terhadap segala tindakan mereka mempersoalkan hak orang Melayu termasuk menyentuh agama Islam.

Siapa yang tahan apabila setiap kali bangun dari tidur, lantang kedengaran bangsa dan agamanya asyik dikecam dan dihina! Inilah bukti bahawa politik mainan pembangkang terutama DAP telah membunuh rasa kasih sesama rakyat Malaysia. Sebaliknya hanya membarakan lagi perasaan marah dan geram antara sesama rakyat berbilang kaum.

Namun sebelum tindakan diambil ke atas pengetua itu, kita perlu rujuk kembali kes seorang pelajar Cina, Namewee yang telah melakukan penghinaan yang menyeluruh melibatkan agama, bangsa Melayu, organisasi kerajaan dan negara menerusi klip video nyanyian lagu kebangsaan Negaraku yang di beri 'nafas baru' iaitu Negarakuku!

Pun begitu tiada sebarang tindakan yang diambil ke atas Namewee sedangkan penghinaan yang dilakukan oleh Namewee 900 peratus lebih dahsyat dari apa yang dilakukan oleh pengetua terbabit.

Mungkin sebab Namewee adalah berbangsa Cina justeru perbuatan biadap itu dianggap tidak apa-apa, sekadar luahan kemarahan seorang anak muda iaitu ayat yang sering diguna pakai oleh pemimpin-pemimpin pembangkang apabila mempertikaikan hak-hak istimewa bumiputera dan agama Islam!

Sebaliknya nasib pengetua itu agak malang kerana beliau berbangsa Melayu dan beragama Islam, justeru semua pemimpin politik Cina terus mendesak agar beliau dikenakan hukuman.

Justeru elok rasanya jika syor Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin agar parti politik jahat seperti DAP dipertimbangkan oleh kerajaan untuk diharamkan kerana membahayakan rakyat dan negara ini.

Komen : Siapa yang sebenarnya RASIS!

Isu Namawee ini barulah rasis sebenar. Namun DAP tidak pernah menganggap ini sebagai rasis. Double standard parti yang mendakwa mereka sebagai parti demokratik rakyat. DAP membela pula Namewee dalam forum . Amat tidak masuk akal Tony Pua dan Lim Kit Siang membela Namewee yang mempermainkan azan. Jika Namewee ditahan, DAP akan cakap tidak adil. Inilah perangai DAP.

Namewee menghina azan seperti kokokan ayam dan hanya meminta maaf untuk menutup kesnya. Selepas itu, Namewee tidak pernah serik untuk terus bersikap biadap dan rasis termasuklah di pages Facebooknya. Mengapa tiada pasukan petugas untuk Namewee? Ini tidak sama rata sama adil. Pembohongan demi pembohongan dibuat oleh DAP untuk tutup kesalahan mereka. Namewee dibela habis habisan dan dimaafi tetapi pengetua yang beri analogi kereta tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya!

Perbuatan memijak gambar orang Melayu ini tidak rasis pula ( gambar DUN Bebas yang keluar PR di Perak ). DAP tidak pula menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dan mendakwa anak dan bapak ini ( Keluarga Lim ). Minta maaf pun tidak. DAP sebenarnya memainkan isu pengetua sekolah yang dikatakan rasis untuk mengalihkan kemarahan rakyat tentang kebiaDAPan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Selain membuat rakyat terlupa tentang tuntutan pemansuhan ekuiti Tony Pua dan kes kecurian pasir di Selangor. Isunya dialihkan ke jauh ke selatan dan utara (Sungai Petani).

Wasabi Oyabun..