Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 27 Ogos 2010

Sabar itu ada tahapnya, tetapi ini sudah melampau!

Malaysia terus dihina

Penunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak “ganyang Malaysia” bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, 13 Ogos lepas.

Demonstrasi bermula kira-kira pukul 1 petang itu berakhir kira-kira dua jam kemudian dan tunjuk perasaan kali ini disertai oleh anggota Forum Kebangsaan Indonesia, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Benteng) dan Forum Betawi Rempug.

Tunjuk perasaan menjadi kecoh apabila polis menangkap dua orang penunjuk perasaan yang membakar Jalur Gemilang, menyebabkan para penunjuk perasaan bertempiaran lari dan ada juga melempar buluh serta kasut ke arah polis.

Cuaca yang terlalu panas menyebabkan para penunjuk perasaan keletihan dan berkumpul di bawah pokok untuk berteduh dan pada masa yang sama ketua-ketua mereka juga seolah-olah telah kehilangan suara untuk berucap menggunakan alat pembesar suara.

Tunjuk perasaan pada mulanya mengecam penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia dekat perairan Johor, tempoh hari, akhirnya bertukar kepada tunjuk perasaan mengecam kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Tunjuk perasaan bertema ‘Panggung Merah Putih-Tegakkan Harga Diri Bangsa’ itu mendesak Malaysia supaya meminta maaf kepada seluruh rakyat Indonesia kerana perbuatan menghina kedaulatan Indonesia.

Mereka juga mahu Malaysia menghormati hak asasi manusia serta memberi perlindungan undang-undang kepada seluruh rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia. Penunjuk perasaan juga mendesak kerajaan Indonesia supaya bertindak tegas dan berani dalam menyelesaikan persoalan dengan Malaysia.

Mereka juga mahu kerajaan Indonesia mengambil alih semua ladang kelapa sawit milik syarikat Malaysia di seluruh Indonesia. Pada Isnin lalu, 37 anggota Bendera mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia turut membawa bersama lima bungkus najis manusia.

Salah seorang daripada mereka sempat melemparkan bungkusan itu ke dalam pagar kedutaan manakala yang lainnya meletakkan najis tersebut di atas Jalur Gemilang dan memijaknya.

Sementara itu : Najib kecewa tindakan hina Malaysia

Perdana Menteri melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan sekumpulan rakyat Indonesia yang bertindak memijak Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan bangunan Kedutaan Malaysia di Jakarta, Isnin lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan perkara tersebut dalam mesyuarat Kabinet semalam selepas dimaklumkan kejadian itu.

''Beliau amat kecewa kerana menjadi satu kesalahan untuk mereka bertindak sedemikian rupa tetapi beliau menaruh kepercayaan bahawa pihak berkuasa Indonesia bertindak sewajarnya untuk menyelesaikan kejadian itu.

''Kita percaya rakyat Malaysia amat rasional dan mereka diminta bersabar serta jangan lakukan perkara yang sama seperti di Indonesia," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan sesi dialog bersama 24 orang Duta Belia Indonesia di Wisma Putra di sini hari ini.

Anifah memberitahu, kerajaan Indonesia sendiri telah memberi jaminan akan melindungi rakyat negara ini daripada sebarang gangguan atau ugutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab itu. ''Saya ada menghubungi Menteri Luar Indonesia tengah hari ini dan kita bersetuju bahawa jaminan itu perlu diberikan keutamaan.

''Bagaimanapun pada masa sama, kita akan terus beri tekanan kepada Indonesia supaya tindakan tegas diambil ke atas Bendera bagi membendung segala kegiatan melampau," katanya.

Sementara itu, Anifah memberitahu, tidak ada unsur perisikan yang telah dijalankan oleh Malaysia dalam mendapatkan kepastian bahawa sebuah parti politik Indonesia terbabit dengan kumpulan yang mengadakan demonstrasi tersebut.

Wasabi Oyabun..

1 ulasan:

  1. Kalaupun najis yang dilontar di kedutaan Malaysia di Indonesia itu dilontar ke pemimpin kita, mereka mungkin juga tidak akan berani bertindak kerana mereka dari sp. penakut. Minta linkkan blog http://braveheart- blogger.blogspot.com

    BalasPadam