Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 14 April 2010

PRK P94 - HULU SELANGOR : Panas..Panas..Mugilan berdepan kemungkinan dipecat!

Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih esok sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat MIC di ibunegara malam ini. Dalam sidang akhbar ringkas selepas itu, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bertindak untuk menghancurkan parti.

"Sesiapa pun daripada parti kita yang mempermainkan parti, mereka yang ambil tindakan sendiri untuk menghancurkan parti, kita sudah putuskan ambil tindakan tatatertib mengikut undang undang," katanya..Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Mugilan, Samy Vellu menjawab: "Boleh jadi Mugilan atau sesiapa saja.

Muligan adalah yang teratas dalam senarai. "Ditanya apakah Mugilan akan dipecat, beliau menjawab: "Kita telah memutuskan untuk menunggu hingga esok. Kami mahu siasat lebih lanjut."Kita telah putuskan mengenai Muligan. Kita mahu tunggu hingga jam 10 pagi esok," katanya sambil menambah mereka akan menunggu keputusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya sama ada Muligan dipilih sebagai calon, Samy Vellu jawab: "Saya tidak mahu kata apa apa mengenainya." Sementara itu, difahamkan sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan jam 10 pagi esok selepas Samy Vellu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan memberitahu kemudiannya bahawa Samy Vellu dijadualkan menemui Muhyiddin di Putrajaya pagi esok."Kita akan keluarkan maklumat (mengenai calon) selepas jam 10 pagi esok," katanya. Bagaimanapun, Kamalanathan menambah, parti itu hanya akan mengiktiraf timbalan presidennya, Datuk G Palanivel sebagai calon.
Selain Palanivel, satu lagi nama yang disebut-sebut disokong oleh Umno untuk dicalonkan bertanding di Hulu Selangor ialah Mugilan.

Cawangan MIC Hulu S'gor beri kata-dua

Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mencalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.

Tindakan itu dilihat menghangatkan lagi suasana apabila BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini. Hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk meluahkan sokongan kepada Palanivel.

Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu.“Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K.Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.

Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, jika tuntutan mereka agar Palnivel dicalonkan ditolak."Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily.

Beliau menjelaskan Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak semestinya dilahirkan di kawasan pilihan raya itu untuk diiktiraf sebagai anak tempatan."Dia (Palanivel) kenal siapa Ah Kaw, Ahmad dan Ramasamy di sini kerana telah berada 18 tahun di sini,” katanya. Ditanya sama ada mereka akan menyokong calon MIC yang lain, Raily berkata: “Jawatankuasa pusat MIC telah memutuskan Palanivel sebagai calon Hulu Selangor dan perkara itu adalah muktamad.”

Wasabi Oyabun

Isnin, 12 April 2010

Siapa Sebenarnya Karpal Singh dan Mengapa Anwar Ibrahim Mempertahankannya!


DAP apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, Perak ( sebelum ) dan Selangor dengan pertolongan Pas dan PKR dalam PRU ke-12 yang lalu, mereka telah mula menunjukkan belang mereka bilamana pengerusinya Karpal Singh telah berani dengan angkuhnya mencabar titah Sultan Perak dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sultan tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk di Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Sehingga kini masih lagi dengan keputusannya tidak mahu memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Perak dan juga Agong walaupun didesak oleh ramai pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk membuat lapuran polis, Karpal Singh masih tetap dengan pendiriannya mengatakan dia tidak bersalah.

Tun Dr. Mahathir pernah menggambarkan Karpal Singh sebagai ahli politik yang licik dan merbahaya dan saya fikir amat wajar memandang serius kenyataan yang keras tersebut kerana ianya datang daripada seorang pemimpin yang terkenal dengan daya pemikiran yang hebat dan sentiasa berfikiran jauh ke hadapan. Sebab itu sampai sekarang Karpal Singh masih berdendam dengan Tun Dr.

Mahathir dan terbaru Karpal Singh telah membuat lapuran polis terhadap Tun Dr. Mahathir berikutan kes perlantikan hakim. Karpal Singh memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana. Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.

Isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu sengaja yang dimainkan oleh DAP dan Karpal Singh khususnya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas. Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya,ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.

Apa yang tersirat sebenarnya adalah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikkan semula nilai penghakiman tersebut. Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.

PAS yang terperangkap dengan isu dan fakta ini terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui. Sebab itu manifesto Pas 2008 tiada menyebut langsung dengan penubuhan Negara Islam. Mereka takut dengan DAP dari Allah Taala.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh ( dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang ) adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur.

Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk.

Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.

Pelik tapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar tetapi hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk dipercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.

Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada udang di sebalik batu “? Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks. Atau adakah disebabkan dendam Karpal Singh terhadap Tun Dr. Mahathir pada masa itu?

Saya berpendapat Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana beliau tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini.

Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti. Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.

Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya. Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya.

Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, saya yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.

Karpal bijak mengatur strategi politiknya dengan baik dan hebat sehingga sampai ke hari ini dia tidak begitu menonjolkan sikapnya yang sebenar sebagai seorang anti Melayu dan anti Islam. Sememangnya percaturan politiknya sukar dibaca dan hebat kerana berjaya memperbodohkan ramai pemimpin Melayu Islam dari PAS dan PKR!!

Karpal Singh sedar bahawa dia tidak boleh memecahbelahkan orang Melayu tanpa menggunakan orang Melayu sendiri. Jadi, dia berjaya menggunakan isu Anwar dengan baik untuk memecahkan perpaduan orang Melayu seterusnya melemahkan Islam di Malaysia. Karpal sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang berwibawa dan berpandangan jauh seperti Tun Dr Mahathir.

Pada masa itu, dia juga tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri kerana dia adalah seorang Melayu Islam. Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat. Terbaru DAP menggunakan Hindraf untuk menekan kerajaan BN. Ramai pemimpin Hindraf adalah ahli DAP dan Anwar sendiri menyokong Hindraf.

Alasannya cukup mudah dan hebat!! Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Saya yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.

Tetapi Karpal ini sebenarnya bukan seorang yang amanah dan jujur, dia lebih mementing kepentingan politik dan tidak kisah sekiranya hilang kelayakan professional sebagai seorang peguam. Lebih besar faedahnya, jika dia berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuknya dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal.

Anwar yang sememangnya gilakan populariti pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia. Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada Karpal Singh dan DAP.

Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan. Tidak hairanlah kenapa Anwar Ibrahim begitu mempertahankan Karpal Singh dalam kes biadapnya di negeri Perak. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun

Sabtu, 10 April 2010

PRK P94 - HULU SELANGOR : Mereka tahu Anwar...!

Tertarik dengan permohonan maaf Ezam Mohd. Nor secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana pernah membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertamanya.

''Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu. Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar," kata Ezam, Rabu lalu.

Ezam merujuk kepada kes liwat pertama Anwar. Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Kini Anwar menghadapi tuduhan sama iaitu didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Sejarah berulang kembali.

Ezam mendakwa beliau mempunyai bukti penglibatan Anwar dalam perbuatan itu dan sedia mendedahkannya jika dicabar. ''Dia (Anwar) tahu apa yang saya tahu," katanya lagi.
Sehari kemudian, bekas Naib Presiden PKR, Saidatu Badru Tun Said Keruak menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakan lain yang telah meninggalkan PKR lebih tahu cerita dalaman Anwar, Wan Azizah dan Azmin. ''Kebanyakan mereka yang masih dalam PKR belum cukup kenal Anwar," kata beliau.

Kelmarin, bekas sahabat baik Anwar, S. Nallakaruppan turut mendedahkan bahawa Anwar mempunyai banyak rancangan 'gila' yang orang tidak buat semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri.

Antaranya kata beliau ialah rancangan 16 September mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong dan terbaru, usaha menuntut kemerdekaan Sarawak jika PKR menang pilihan raya negeri.
Nalla juga bersedia membuat lebih banyak pendedahan tentang salah laku Anwar selain apa yang beliau sifatkan sebagai kedayusan Azmin.

Berpuluh-puluh bekas pemimpin dan sahabat Anwar sudah tidak dapat bersabar dengan hipokrasi dan manipulasi Anwar. Mereka tahu beliau seorang putar alam dan licik terutama ketika terdesak, lebih-lebih lagi situasi sekarang.

Mesejnya, sudah ramai pemimpin dalam PKR hilang kepercayaan kepada Anwar terutama dalam soal moral. Kepada yang masih mempertahankan beliau, renungkanlah. Jangan pertahankan apa yang kita tidak tahu kerana ia hanya akan menutup pintu kebenaran.

Kepada pengundi-pengundi P94 - Hulu Selangor, adakah kita perlu menyokong Pemimpin parti yang tidak ada moral seperti Anwar! Fikir-fikirkanlah demi kebaikan dan masa depan kita semua. UNDI LAH BN. ANDA AKAN SELAMAT. InsyaAllah.

Wasabi Oyabun

Khamis, 8 April 2010

Saya Rakyat Malaysia Yang Setia - Anwar!

Siasat sajalah - Kata Anwar

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh meneruskan siasatan berhubung dakwaan beliau kononnya pasukan keselamatan itu bekerjasama dengan perisik Israel.

Katanya, Tan Sri Musa Hassan diminta meneliti semula hansard ucapannya ketika membuat dakwaan itu di dalam Dewan Rakyat berhubung kerjasama dengan Israel yang turut mempunyai kaitan dengan firma perunding antarabangsa, Apco Worldwide.
''Siasat sajalah. Nak tanya banyak-banyak soalan apa lagi. Ini jawapan saya kepada Ketua Polis Negara dan saya harap beliau boleh sambung semula siasatan berdasarkan laporan polis pada 2008 tapi agak terbantut. Saya mengambil inisiatif untuk memberi semua maklumat yang saya ada.
''Terpulang kepada mereka (polis) kalau nak saya tolong, saya akan lakukan tugas saya sebagai rakyat Malaysia yang setia supaya UMNO dan media UMNO tidak memanipulasi dan menutup isu pencerobohan keselamatan negara yang serius ini," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara semalam yang mencabarnya supaya tidak menjadi pengecut apabila hanya berani menuduh polis di dalam Dewan Rakyat kononnya ada perisik Israel yang bertugas di Bukit Aman.
Musa turut menggesa Ketua Pembangkang itu mengemukakan bukti dengan segera berhubung dakwaannya itu agar siasatan segera dapat dijalankan.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut ditanya tentang kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa Ketua Pembangkang itu telah mengarahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Anwar menjawab ringkas:"Kalau ada bukti tunjukkanlah".
Kepada pembaca terpulanglah untuk menilai apa yang diperkatakan oleh Anwar bahawa beliau adalah Rakyat Malaysia yang setia? Mengapa setiap kali apabila Anwar berhadapan dengan masalah, setiap kali itulah bantuan segera akan datang dari negara Uncle Sam dan juga Yahudi menghulur tangan untuk membantu?
Tidak kah pelik semasa Anwar dituduh dalam kes liwat 2, Duta Malaysia di Washington di panggil mengadap White House? Apa makna semuanya ini. Adakah Anwar sebenarnya RAKYAT AMERIKA ataupun SPY Uncle Sam dinegara ini?
Sama-samalah kita fikirkan SIAPA sebenarnya ANWAR A/L IBRAHIM ini?
Wasabi Oyabun

Rabu, 7 April 2010

Zahrain: Anwar arah YB Zul kaitkan PM, isteri dengan Altantuya!

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, mendakwa ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Berita Harian online melaporkan Zahrain turut mendakwa bahawa Anwar juga mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar undang-undang, Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.

Zahrain mendakwa diberitahu perkara itu oleh Zulkifli yang sebelum ini enggan mendedahkan nama individu yang mengarahkannya untuk memburukkan nama Najib, Rosmah dan Nazri."Zuklifli yang menjadi peguam bela (Cif Inspektor) Azilah (Hadri) (tertuduh kes pembunuhan Altantuya), diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Rosmah dengan kes itu.

Beliau juga diarahkan oleh Anwar untuk mengaitkan nama anak Nazri dalam kes pembunuhan (Darrren)," katanya.dalam ceramah 'Ini Kisah Sebenar' di Paya Keladi, di Kepala Batas, malam semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina dan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor. Ceramah itu dianjurkan oleh Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda).

Zulkifli ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, baru-baru ini mendedahkan beliau pernah ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya.

Zulkifli yang pada pertengahan tahun lalu menarik diri menjadi peguam bela kepada Azilah, dilapokan berkata beliau juga diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes itu.

Beliau turut mendedahkan pernah diminta untuk cuba mengaitkan Nadim, dengan kes pembunuhan Darren.

Pendedahan Zulkifli itu menggemparkan kerana ia dilakukan seminggu selepas bekas rakan partinya, Zahrain memecahkan tembelang Anwar berhubung rancangan mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

Berikutan itu, polis akan memanggil kedua-dua wakil rakyat bebas berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung pendedahan mereka. Zahrain yang keluar PKR selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu, Mac lalu, berkata negara akan hancur jika Anwar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memerintah Kerajaan Pusat.

"Anwar ini adalah seorang pemimpin yang sanggup melakukan apa saja bagi mencapai cita-cita menjadi perdana menteri termasuk menafikan hak Bumiputera. Guan Eng pula tidak layak kerana sikap diktator, cauvinis dan berfikiran seperti komunis."Saya menyeru supaya rakyat negara ini menolak mereka ini bagi mengelakkan negara mengalami kehancuran. Saya sendiri akan berusaha untuk pastikan Guan Eng keluar dari negeri ini," katanya.

Sementara itu dalam majlis yang sama : Maafkan saya – Ezam

Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor secara terbuka memohon maaf kepada rakyat khususnya orang Melayu kerana pernah membela Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam kes liwat pertamanya. Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui perangai sebenar Anwar dan tidak mahu percaya dengan tuduhan tersebut.

“Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu. “Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar,” katanya ketika berucap pada majlis ceramah umum anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Kampung Paya Keladi Tengah di sini malam tadi.

Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Wasabi Oyabun

Isnin, 5 April 2010

Bahana akibat terpengaruh dengan 'gula-gula' pembangkang!

Pada 8 Mac 2008, seramai 3,796,464 pengundi telah membuat keputusan untuk memilih calon-calon daripada pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

Daripada jumlah pengundi tersebut, kesemua mereka bertanggungjawab menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, kehilangan kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak (selama 11 bulan) dan Selangor serta BN terus menjadi pembangkang di Kelantan.

Sebahagian besar pengundi bertindak demikian pada masa itu bukan sahaja kerana tidak puas hati dengan kerajaan BN malah ada di antara mereka terpengaruh dengan 'gula- gula' yang ditawarkan oleh pembangkang.

Tambahan pula, dalam kempen sepanjang pilihan raya umum dijalankan pembangkang menjanjikan bulan dan bintang serta memaparkan bahawa parti mereka paling terbaik di muka bumi Allah ini.

Oleh itu mereka berkempen habis-habisan supaya rakyat menumbangkan BN dan memberi peluang kepada mereka untuk memerintah, kononnya mereka boleh membawa harapan baru. Tetapi setelah dua tahun, mungkin sebahagian besar pengundi yang sudah pasti ada antara mereka yang merajuk kepada BN ketika pilihan raya umum lalu kini menyesal dengan keputusan melontarkan undi kepada pembangkang.

Bagi kelompok penyokong tegar pembangkang, mereka mungkin tidak mempunyai apa- apa perasaan tetapi bagaimana dengan pengundi atas pagar yang memberikan undi kepada kelompok berkenaan atas dasar 'protes'? Apa yang ditunjukkan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang sepanjang tempoh dua tahun ini seharusnya memberi pengajaran kepada pengundi atas pagar atau mana-mana juga pengundi supaya tidak mengikut perasaan dalam membuat keputusan.

Sehelai kertas undi yang mereka pangkah boleh menentukan sama ada, negara akan berada dalam kesejahteraan atau 'dihuru-harakan' oleh gelagat pemimpin-pemimpin pembangkang. Perilaku yang ditunjukkan pembangkang di Dewan Rakyat dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak minggu lalu sudah menjadi bukti bahawa pakatan berkenaan sepatutnya tidak layak dipilih sebagai wakil rakyat.

Mereka 'mengubah wajah' Dewan Rakyat dengan berselindung di sebalik imuniti sebagai ahli dewan untuk melemparkan fitnah, tohmahan dan dakyah kepada kerajaan. Sepanjang persidangan berlangsung ada sahaja isu yang dibangkitkan dengan tujuan untuk mencemarkan imej pemimpin-pemimpin utama kerajaan. Persoalan sama ada apa yang mereka bangkitkan itu benar atau tidak, ia soal kedua apa yang penting bagi mereka ialah mencetuskan persepsi - satu strategi yang digunakan dalam pilihan raya umum lalu.

Di DUN Perak pula, mereka yang kehilangan kuasa pemerintahan kerajaan negeri berikutan ada ahli parti mereka menjadi wakil rakyat bebas, bertindak bagaikan kanak-kanak kehilangan gula-gulanya. Bagaikan kelompok 'gila talak', mereka terpekik terlolong di dalam dewan dan cuba melakukan provokasi supaya dewan tidak mampu bersidang dengan tenang bagi membincangkan soal kesejahteraan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga 'menyerang' institusi-institusi tertentu dengan sewenang-wenangnya, ia termasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mana-mana juga pihak yang 'tidak sebulu' dengan mereka, biarpun bertindak benar akan dikecam habis-habisan.

Inilah bahana atau balasan yang harus diterima oleh pengundi-pengundi yang pada pilihan raya umum lalu ada antara mereka terlalu teruja untuk menyebelahi pembangkang. Kini mereka harus sedar bahawa apa yang mereka lakukan ketika pilihan raya lalu sama sekali tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat dan negara.

Wakil rakyat pembangkang yang diharapkan memainkan peranan sebagai pembangkang berhemah kepada kerajaan sebaliknya bertindak membangkang sepanjang masa. Bagi mereka, tidak ada satu pun yang kerajaan lakukan adalah baik. Sebab itulah, apa juga dasar dan langkah yang dilakukan oleh kerajaan yang dilihat mendapat sokongan rakyat akan cuba diburuk-burukkan.

Ini termasuklah gagasan 1Malaysia yang berlandaskan kepada slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'. Apabila pembangkang melihat ia semakin diterima oleh rakyat maka mula mereka menyebarkan fitnah dan tohmahan. Tetapi dalam kesibukan mereka terlalu ingin memburukkan kerajaan dalam masa yang sama pekung mereka juga terdedah. Satu demi satu keburukan mereka dipaparkan kepada rakyat.

Pendedahan itu bukan dilakukan orang lain tetapi di kalangan bekas pemimpin mereka sendiri yang sebelum ini setia dengan parti. Melalui pendedahan tersebut, pengundi-pengundi yang memilih pembangkang pada pilihan raya umum lalu atas apa alasan sekali pun akan mengenali itulah wajah sebenar calon yang mereka pilih sebagai wakil rakyat.

Jika sebelum ini pembangkang menggambarkan kerajaan BN buruk dalam segala-galanya tetapi hakikatnya mereka lebih buruk daripada apa yang mereka dakwa. Politik yang berasaskan matlamat menghalalkan cara menjadi 'senjata utama' kepada pembangkang dalam usaha mereka meraih sokongan rakyat. Pengundi yang terpedaya dengan lakonan pembangkang dalam pilihan rakyat umum lalu perlu bertanggungjawab menamatkan segala kecelaruan yang berlaku.

Perhatikanlah dengan fikiran yang terbuka dan hati yang tenang, kemudian nilailah, apakah parti pembangkang yang mereka pilih sudah benar-benar memenuhi apa yang mereka hajati selama ini. Kelebihan kerusi di Parlimen mahupun di DUN, bukannya digunakan untuk menjadi pembangkang atau pentadbir yang terbaik, sebaliknya dipenuhi dengan adegan-adegan bermotifkan politik yang memualkan.

Kegilaan pembangkang dalam keghairahan mereka merasakan pakatan itu sudah kuat harus diletakkan noktah. Cukuplah dalam tempoh dua tahun dan sehingga menjelang pilihan raya umum akan datang, negara 'dikucar-kacirkan' oleh permainan politik tidak berkesudahan pembangkang.

Negara perlu bergerak ke hadapan, banyak lagi langkah dan program yang harus dilakukan oleh kerajaan untuk kesejahteraan rakyat yang perlu diberi tumpuan dan bukannya melayan kerenah pembangkang yang tiada berkesudahan. Sememangnya dalam sebuah negara demokrasi, Malaysia memerlukan pembangkang tetapi biarlah barisan pembangkang yang benar- benar bertanggungjawab dan bukannya hanya gilakan kuasa. - UM

Wasabi Oyabun

Sabtu, 3 April 2010

Karpal Singh sebenarnya tidak bersungguh bela Anwar !

Foto bukti Saiful 'budak pembancuh kopi Anwar. Sebelum ini Anwar menafikan beliau intim dengan Saiful, tetapi apabila terdedah foto ini membuktikan Saiful mampu keluar masuk ke dalam rumah kediaman Anwar, hatta ke ruang dapur.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan sebutan kes perbicaraan liwat Anwar ditunda kepada 10 Mei. Sebenarnya Karpal Singh masih belum berpuas hati dengan tarikh itu kerana dianggap terlalu awal, Karpal mencadangkan bulan Julai.

Sepatutnya Karpal mengambil kesempatan menyoal balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari pagi ini, tetapi Karpal tidak berbuat demikian kerana memberi alasan pada masa ini beliau dan anak guamnya (Anwar Ibrahim) sibuk dengan urusan parlimen.

Oleh yang demikian hakim mencadangkan tarikh baru iaitu sepanjang bulan Mei sebagai tarikh perbicaraan baru, tetapi dibantah oleh Karpal dengan alasan pada bulan Mei, jadualnya padat dengan kes-kes lain.Karpal juga turut berhujah pada bulan Jun juga tidak sesuai kerana persidangan Dewan Rakyat kembali bermula dan beliau dan anak guamnya amat sibuk dengan urusan parlimen.

Hujah Karpal, anak guamnya adalah Ketua Pembangkang di parlimen dan bertanggungjawab membangkitkan isu-isu penting negara. Jadi tarikh yang paling sesuai untuk mereka adalah sekitar bulan Jun. Sebenarnya hujah Karpal ini adalah alasan untuk mengelakkan diri dari meneruskan perbicaraan atau memilih pendekatan untuk melewat-lewatkan perbicaraan. Ini bukan kali pertama, Karpal menggunakan taktik ini, bahkan pernah digunakan berkali-kali hingga kes ini meleret-leret tanpa kesudahan hingga ke hari ini.

Untuk mengatakan Anwar seorang yang berdisiplin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, hujah ini tidak kukuh, kerana Anwar pernah ponteng menghadiri sidang parlimen semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi dari luar negara. Ketika sidang dewan sedang dilangsungkan baru-baru ini, Anwar melarikan diri ke London berjumpa dengan Al Gore, Marry Robinson dan James Wolfensohn dan selepas itu ke Baharain menghadiri sidang mesyuarat yang boleh menjana kewangan kepada dirinya.

Ekoran daripada permintaan Karpal mahukan perbicaraan pada bulan Julai itu, hakim terpaksa menangguhkan prosiding dan berbincang dalam kamar dengan kedua-dua pihak (pendakwa dan peguam bela) berkenaan dengan tarikh yang paling sesuai.Akhirnya hakim membuat keputusan, setelah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, tarik baru sebutan kes adalah 10 hingga 14 Mei, 31 Mei hingga 4 Jun , 14 hingga 23 Julai dan 2 hingga 30 Ogos.

Tentulah keputusan hakim itu sangat menggembirakan Karpal dan Anwar kerana memang dari awal lagi Karpal memasang niat untuk menangguhkan kes. Anwar mempunyai masa lebih dari sebulan untuk menyusun strategi mempengaruhi minda rakyat melalui 'mahkamah rakyat' dan dalam masa sama menyusun jadual ke luar negara untuk meminta sokongan kuasa-kuasa asing agar campurtangan ke atas negara Malaysia.

Persoalannya sekarang, di mana kehebatan Karpal Singh sebagai orang yang didewakan sebagai peguam bela terhandal di Malaysia, jika sikapnya acuh tidak acuh dan mengambil pendekatan untuk melarikan diri daripada membicarakan kes ini ?Untuk memberi alasan sibuk, sebagai ahli parlimen dan peguam, kesibukan akan sentiasa membelenggukan dirinya. Kalau sudah tahu sibuk, kenapa bersedia ambil kes ini ?

Kenapa tidak serahkan kes ini kepada Raja Aziz Adruse yang tidak sibuk dengan urusan parlimen ?Ini sekaligus membenarkan gosip-gosip liar yang pernah berlegar sebelum ini, bahawa Karpal Singh mengambil kes Anwar bukan berasaskan 'faktor perundangan', tetapi berasaskan 'faktor politik'. Karpal sendiri sudah tahu kes ini sukar dimenangi oleh Anwar kerana bukti-buktinya amat kuat dan yang tinggal kepadanya hanyalah strategi untuk melengah-lengahkan kes.

Tujuan sebenar Karpal mengambil kes ini untuk mengaut sokongan saki baki ahli-ahli PKR (terutamanya Cina), selepas Anwar dipenjarakan, DAP boleh dakwa mereka telah berjuang bermati-matian untuk menyokong Anwar. Buktinya Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri dihantar menjadi Ketua Peguam Bela Anwar. Jadi apabila Anwar sudah tiada, maka sokonglah DAP.

Kalau Karpal tidak mengambil faktor politik sebagai pertimbangan menjadi peguam Anwar, sudah tentu Karpal juga menarik diri daripada menjadi peguam Anwar seperti yang pernah dilakukan oleh Sulaiman Abdullah atau menolak awal-awal menjadi peguam Anwar seperti yang pernah dilakukan oleh Zulkifli Noordin. - Cybertrooper

Wasabi Oyabun