Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 18 Julai 2014

Khalid Samad biadap : Pas mesti berani bertindak tegas?


Pas perlu menunjukkan keberaniannya dengan mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen parti itu, Khalid Samad yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sehingga Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berasa kesal dan kecewa.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) berkata, sudah tiba masanya Pas bertindak kerana banyak perbuatan Khalid dilihat jelas melanggar dasar dan perjuangan parti itu selain bukan pertama kali terlibat secara langsung mempertikaikan institusi serta sistem perundangan berkaitan Islam di Selangor.

Malah dakwa beliau, Ahli Parlimen Shah Alam tersebut juga secara konsisten mempertikaikan kepimpinan Pas antaranya mempersoalkan Datuk Dr. Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor semasa bekas Naib Presiden Pas itu memegang jawatan berkenaan.

''Beliau juga mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu walaupun Pas Selangor menyatakan ia bukan pendirian mereka.

''Banyak perbuatan dan perlakuannya yang jelas melanggar dasar dan perjuangan Pas. Saya hairan mengapa kepimpinan Pas kelihatan takut mengambil tindakan terhadap ahli seperti Khalid,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu, kata Zulkifli, Pas didesak supaya memecat keahlian Khalid bagi memberi isyarat kepada ahli-ahli lain supaya tidak membelakangkan dasar dan mempertikaikan kepimpinan parti berkenaan.

Jika gagal berbuat demikian, kata beliau, Pas akan dilihat sebagai sebuah parti cacamarba dan pemecatan Khalid juga adalah sebagai bukti ketaatan parti itu kepada institusi diraja serta menghormati titah Sultan Selangor.

''Pada masa sama, kepimpinan Pas Pusat perlu menyatakan pendirian dengan jelas menolak kenyataan Khalid yang mahu menggunakan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk menghapuskan kuasa dan bidang kuasa MAIS,'' katanya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan