Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 2 Julai 2014

Isu MB: Khalid sinis sindir pimpinan PKR?


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara sinis menyindir pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat tidak mengambil apa-apa ketetapan berhubung desakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin supaya beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Sambil menyatakan pimpinan PKR harus bertanggungjawab dalam isu tersebut, beliau menuntut semua pihak dalam parti itu supaya menunjukkan kematangan masing-masing sebagai ahli serta pemimpin kepada sebuah parti politik di negara ini.

"Saya rasa, pimpinan PKR mestilah bertanggungjawab dan pada masa sama, kita perlulah tunjuk kematangan kita. PKR sebagai sebuah parti dalam pakatan (bersama-sama DAP dan Pas).

"Kita perlu tunjukkan kematangan serta lebih bijaksana dalam apa yang dilakukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Semalam, Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil mendesak Abdul Khalid supaya tidak lagi meneruskan peranannya sebagai Menteri Besar apabila kalah dalam pemilihan jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor yang berlangsung pada 21 Jun lalu.


Menurut Shamsul Iskandar, pengunduran itu perlu sebagai tanggungjawab moral kerana menganggap kekalahan tersebut merupakan isyarat penolakan akar umbi terhadap pimpinan Menteri Besar Selangor itu.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut menerima reaksi balas daripada Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Faekah Husin yang disiarkan menerusi sebuah portal berita propembangkang, www.malaysiakini.com.

Menurut Faekah, kenyataan Shamsul Iskandar itu telah melangkaui arahan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim agar pemimpin parti berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.

Jelas Faekah, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad juga membuat kenyataan balas dengan berkata parti itu tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam pakatan sama ada PKR atau DAP membuat keputusan bagi pihak mereka.

Kenyataan Shamsul Iskandar menurut Faekah secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam pakatan PKR, DAP dan Pas selain merosakkan imej PKR di mata rakyat.

Bagaimanapun, kritikan terhadap pihak yang mahu Abdul Khalid berundur daripada jawatan Menteri Besar tersebut dibalas dengan tindakan disiplin oleh PKR apabila Faekah dikenakan surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin parti itu hari ini.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen